Recent Post

Tuesday, April 19, 2016

Gila Ke Saya Nak Pakai Seluar Koyak รข€“ Rozita Che Wan

Dikecam teruk oleh netizen kerana memuat naik foto memakai seluar jeans koyak dibahagian lutut, Rozita Che Wan telah tampil mempertahankan dirinya.

Jelas Che Ta, beliau tidak mungkin akan mengenakan seluar koyak sedangkan beliau bertudung dan sebenarnya sudah mengenakan legging sebelum memakai jenas koyak berkenaan.

Awak rasa saya dah gila ke nak pakai seluar koyak tapi bertudung? Saya malas hendak jawab tentang perkara ini. Apa yang ingin saya tegaskan ialah saya tahu apa yang saya buat… itu yang penting.

Bukan pertama kali dikecam kerana cara beliau berfesyen, Che Ta tidak mahu ambil pusing akan segala komen negatif yang beliau terima daripada netizen.

Che Ta menyifatkan mereka yang mengecam beliau merasakan diri sudah terlalu suci dan suka mencari kesalahan orang lain.

Orang di Instagram itu memang rasa diri mereka suci dan nampak orang lain semua tidak betul. Saya ambil pendekatan tidak mahu bertelagah dengan mereka.

Mereka menegur Che Ta kerana sayangkan selebriti pujaan mereka bukan kerana hendak mengkritik semata-mata. Mungkin sekali sekala kita harus juga terima pendapat orang lain bukan?

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Smart tingkatkan tahap keselamatan lokap - Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 18 April – Dalam usaha meningkatkan tahap keselamatan di lokap, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperkenalkan sistem Teknologi Pelaporan Analisis Pemantauan Sendiri (Smart).

Majlis pelancaran sistem peman­tauan terbaharu PDRM itu disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika beliau melawat Pameran dan Persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Pengarah Jabatan Sumber Stra­tegik dan Teknologi PDRM, Datuk Zaleha Abdul Rahman dalam satu kenyataan sempena majlis perasmian itu memberitahu, menerusi inisiatif tersebut sebanyak 58 da­ripada 704 lokap di seluruh negara telah dilengkapi dengan sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang akan diaplikasi dengan sistem Smart bernilai RM3.5 juta .

Jelas beliau, inisiatif itu bertujuan mempertingkatkan sistem kawalan keselamatan pusat tahanan banduan di negara ini.

"Di bawah sistem ini, CCTV ditempatkan dalam setiap lokap dan kawasan sekitar bagi mengesan sebarang gerakan atau peri laku yang mencurigakan oleh tahanan termasuklah pihak-pihak lain.

"Antara aktiviti yang dapat dikesan melalui CCTV pintar itu meliputi cubaan membunuh diri, melarikan diri, serangan seksual serta memastikan integriti pihak polis yang bertugas," katanya.

Sistem Smart merupakan satu daripada beberapa inisiatif terkini PDRM yang dipamerkan semasa DSA 2016, selain sistem profiling yang berasaskan teknologi psikometrik dan sistem pengurusan sumber yang dioptimumkan untuk teknologi 'Big Data'.

Teknologi tui juga adalah hasil kerjasama antara PDRM dan MIMOS Berhad di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi serta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Mengulas lanjut, Zaleha menjelaskan PDRM dapat meningkatkan sistem pengurusan lokap berpusat di setiap kontinjen dan memastikan keselamatan tahanan sementara menunggu prosedur undang-undang yang seterusnya.

Katanya, melalui sistem itu, penekanan diberikan kepada penggunaan teknologi terkini dan baharu berbanding CCTV konvensional, selaras dengan aspirasi PDRM yang kini bergerak ke arah Internet of Things (IoT) dan Big Data.

"PDRM berharap dengan adanya sistem yang lebih efisien ini, pemantauan dan kawalan keselamatan di lokap akan dipertingkatkan selain mengelakkan insiden-insiden tidak diingini," jelas beliau.

Read more ...

Caliph Buskers Lancar Single Terbaru KAULAH DIA

Pernah menjadi fenomena ketika bersama-sama kumpulan MOJO berentap di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) satu ketika dahulu, Caliph Buskers seterusnya berdiri di atas kaki sendiri di pentas yang sama dan kini semakin gah dan terus mengembangkan sayap mereka dalam persada seni muzik tanah air negara dengan lagu mereka sendiri dan mahu dikenali sebagai kumpulan yang ternama.

Tahun lepas menyaksikan kemunculan pelbagai kumpulan buskers yang serba sedikit telah mengubah persada seni muzik tanah air. Tidak bersandarkan simpati atas kekurangan yang mereka miliki, pemuzik Caliph Buskers membuktikan mereka mampu bergerak lebih jauh ke hadapan dengan keistimewaan bakat yang mereka miliki.

Kaulah Dia Artwork

Selepas kejayaan single pertama mereka 'Hanya NamaMu', yang telah merangkul beberapa anugerah di pentas AJL dan juga sebagai lagu yang paling banyak didendangkan di pusat karaoke Redbox selain mendapat sambutan yang cukup membanggakan oleh seluruh peminat, mereka juga ingin buktikan mereka bukanlah kumpulan pemuzik yang bertahan atas tiket 'One Hit Wonder'.

Buktinya, Caliph Buskers kini tampil dengan single solo kedua terbaru mereka bertajuk 'Kaulah Dia' yang juga merupakan ciptaan dan terbitan sepenuhnya Edry Abdul Halim. Membawa genre pop kontemporari, 'Kaulah Dia' menampilkan muzik yang lebih matang dengan iringan koir dan orkestra seterusnya membawa dimensi baru dalam muzik kumpulan Caliph Buskers.

'Kaulah Dia' menceritakan sebuah kisah cinta agung, sesuai untuk dipersembahkan dalam pelbagai majlis, terutamanya Caliph Buskers yang sering memenuhi jemputan untuk majlis-majlis awam, sama ada perkahwinan atau majlis keramaian yang telah memenuhi jadual mereka sepanjang tahun ini.

Susunan muzik 'Kaulah Dia' juga menunjukkan kemampuan vokal Azmi selaku vokalis yang semakin meningkat dan setara dengan penyanyi-penyanyi hebat yang lain. Lagu ini juga diharapkan menjadi satu lagi tiket Caliph Buskers untuk ke pentas AJL hadapan.

'Kaulah Dia' secara rasminya telah dilancarkan hari ini (18hb April 2016) dan video liriknya boleh ditonton di laman YouTube KRU Music. Selain itu, lagu ini juga boleh mula dimuat turun di iTunes dan pelbagai platform muzik digital yang lain.

Komen via Facebook

Komen

— 38 Bacaan
Read more ...

Caliph Buskers Keluar Single Baharu Kaulah Dia

Read more ...

Cubaan Bunuh Komando : 4 Anggota Tentera Diburu Polis

MELAKA, 18 Apr: Polis mengenal pasti empat suspek utama dalam kes cubaan bunuh seorang anggota komando Rejiman 11 Gerak Khas Kem Sungai Udang disini yang ditemui cedera teruk di bahagian muka dengan tangan kanan digari pada kaki kiri di Sungai Timun, Lubuh China pada awal pagi semalam.

Setakat ini, polis masih giat memburu keempat-empat suspek yang menghilangkan diri dan dipercayai anggota tentera.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim, pihaknya kini bekerjasama dengan tentera bagi mendapatkan maklumat mengenai punca dan motif kejadian itu.

"Siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai ditahan di Taman Peruna, Sungai Udang, sebelum dipukul teruk serta dipaksa untuk menaiki sebuah kenderaan. 

"Mangsa kemudian digari menggunakan gari buatan negara jiran dengan tujuan untuk membuangnya ke dalam sungai," katanya sebagaimana lapor BH Online.

BH sebelum ini melapork an, Koperal Mohd Daud Karim, 26, ditemui penduduk kampung sebelum laporan polis dibuat.

Mangsa dikatakan dalam perjalanan ke rumahnya selepas menyelesaikan satu urusan di kem berkenaan, kira-kira jam 1 pagi. Kamaluddin berkata, mangsa yang menerima lebih 80 jahitan di kepala, muka dan bahagian mata akibat kecederaan teruk dipukul masih dirawat di Hospital Melaka.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, kerana cubaan membunuh," katanya. - Siakapkeli.my

Read more ...

Lembaga disiplin peguam bersihkan Cecil Abraham

Lembaga Tatatertib Peguambela dan Peguamcara telah membersihkan peguam kanan Tan Sri Cecil Abraham daripada sebarang salah laku berhubung dakwaan dia terlibat dalam merangka akuan bersumpah (SD) kedua, P Balasubramaniam lapan tahun lalu.

Difahamkan keputusan itu dihantar dua minggu lalu.

Ini telah disahkan oleh peguam Gene Anand Vendargon kepada Malaysiakini. Gene, bersama dengan Bastian Vendargon, menjalankan prosiding bagi Majlis Peguam.

Pada 22 Februari lalu, dilaporkan bahawa jawatankuasa yang dipengerusikan oleh peguam KY Foo masih belum mengemukakan laporan kepada lembaga tersebut walaupun prosiding telah berakhir pada bulan Disember 2014.

Seramai 15 saksi memberi keterangan semasa prosiding tatatertib itu

Peniaga permaidani Deepak Jaikishan tidak memberi keterangan.

Deepak tidak memberi keterangan dengan mengelakkan daripada diserahkan sepina, satu sumber memberitahu Malaysiakini pada 22 Februari.

Deepak, dalam temubual dengan lidah rasmi PAS Harakah, serta dengan Malaysiakini, mengakui peranannya dalam mendapatkan SD pertama Balasubramaniam ditarik balik, dan mengatakan bahawa dia menyesal.

Pengadu dalam perkara itu adalah Peguam Malaysia.

Presiden Majlis Peguam ketika itu, Christopher Leong telah membuat aduan rasmi selepas 14 peguam, yang diketuai oleh Wan Hidayati Nadirah Wan Ahmad Nasir, mengemukakan usul pada mesyuarat agung tahunan (AGM) Badan Peguam Malaysia pada Mac 2013, menggesa sebuah jawatankuasa bebas ditubuhkan untuk menyiasat berubung SD kedua Balasubramaniam.

Bagaimanapun, peguam Americk Sidhu, yang membantu merangka SD pertama penyiasat persendirian itu, telah, semasa AGM itu, mendedahkan bahawa Cecil telah mengaku kepadanya bahawa dia telah diarahkan oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Abdul Razak untuk merangka SD kedua.

Dalam SD pertama yang dibuat pada Julai 2008, Balasubramaniam mendakwa Najib mengenali warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, yang telah dibunuh pada tahun 2006. Penyiasat persendirian itu menarik balik dakwaan itu, dalam SD kedua, dan selepas itu dia dan keluarganya hidup dalam buangan.

Berikutan itu, balu Balasubramaniam - A Santamil Selvi dan tiga anaknya - telah memfailkan saman terhadap Najib, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan adik Najib - Nazim dan Johari; Cecil; Deepak; dan tiga yang lain, kerana didakwa berkonspirasi yang membawa kepada keluarga tersebut dipaksa hidup dalam buangan di India selama hampir lima tahun.

[Baca berita penuh]

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *