Recent Post

Sunday, October 02, 2016

Pro Canselor UUM Tokoh Maal Hijrah 2016 - Kosmo!

Pro Canselor UUM Tokoh Maal Hijrah 2016

02/10/2016 11:44am

Oleh FARHANA HANIM MOHD. MYDIN

SERDANG - Pro Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Tun Dr. Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim (gambar) dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan bagi tahun 1438 Hijrah/2016 dalam majlis sambutan yang diadakan di Taman Ekspo Agropertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini pagi tadi.

Beliau yang berusia 75 tahun berasal dari Alor Setar, Kedah pernah menjawat jawatan Ketua Hakim Negara menerima penghargaan itu di atas jasa dan sumbangan beliau memperkukuhkan undang-undang syariah Malaysia.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Dalam pada itu, Anugerah Khas Maal Hijrah yang pertama kali diperkenalkan tahun ini dianugerahkan kepada Allahyarham Datuk Dr. Haron Din yang meninggal dunia pada 16 September lalu.

Pemilihan bekas Mursyidul Am Pas itu sebagai menghargai sumbangan besar ulama tersebut dalam memartabatkan Islam di peringkat nasional dan global yang diiktiraf pelbagai pihak. - K! ONLINE

Read more ...

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Planet Muzik APM 2016

Anugerah Planet Muzik 2016 (APM) yang bersiaran pada hari Jumaat 30 September 2016, menyaksikan 19 kategori dipertandingkan Anugerah Planet Muzik merupakan acara penganugerahan berprestij yang mengiktiraf bakat-bakat muzik terbaik dalam industri Muzik Melayu serantau.

Antara Artis Malaysia yang menerima pencalonan kali ini ialah Faizal Tahir, Ayda Jebat, Akim & The Majistret, Bunkface, Caliph Buskers, Datuk Sheila Majid, Dayang Nurfaizah, Nor Fazura, Edry Abdul Halim, Hazama, Hujan, Indah Ruhaila, Janna Nick, Nanasheme, Noh Salleh, Stacy dan Projecter Band.

Anugerah Planet Muzik 2016 diadakan di Teater MediaCorp Singapura, turut bersiaran secara langsung di Astro Ria (Malaysia & Brunei), Mediacorp Suria (Singapura), dan NET.TV (Indonesia) bermula jam 8.30 malam.

Anugerah Planet Muzik 2016

Kumpulan Caliph Buskers yang membawa pulang dua trofi menerusi Lagu Terbaik APM dan Lagu Terbaik (Malaysia) menerusi lagu Hanya Namamu.

Penyanyi yang sedang mencipta nama di Amerika Syarikat, Yuna menerima Anugerah Rentas Planet di malam kemuncak Anugerah Planet Muzik 2016 (APM 2016) yang berlangsung di The Theatre at Mediacorp di sini, malam tadi.

Yuna dalam satu klip video mengucapkan terima kasih dengan penganugerahan yang dianggap antara tertinggi dalam kerjayanya.

"Terima kasih kepada APM yang menghargai saya dan anugerah ini sangat bermakna bagi kerjaya seni saya," katanya.

Yuna tidak dapat hadir kerana sedang mengadakan siri jelajah persembahannya di Amerika Syarikat.

Selain itu, gelaran Kolaborasi Terbaik dimenangi penyanyi tempatan Awi Rafael dan Ayai Ilusi manakala Anugerah Khas Planet Muzik diberikan kepada komposer dan penerbit S Atan.

Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat muncul Artis Paling Popular pada Anugerah Planet Muzik (APM) 2016, di sini, malam ini, menewaskan bintang Singapura dan Indonesia.

Ayda yang popular dengan lagu Pencuri Hati mengetepikan pencabar seperti Afgan, Yuna dan Taufik Batisah, yang turut dicalonkan dalam kategori sama.

"Syukur kepada Allah dan semua ini adalah tanda sokongan peminat yang terus bersama saya. "Saya terharu kerana kemenangan ini juga justifikasi sokongan dari negara jiran Singapura dan Indonesia," katanya.

Ayda kelihatan terkejut dan hampir hilang kata-kata ketika berucap di pentas. Dia menjadi antara bintang yang menarik perhatian ramai dengan pencalonan dalam lima kategori.

Pelakon Rindu Awak 200 Peratus itu turut menganggap kemenangan itu sebagai pembakar semangat. Ayda juga mendedikasikan kemenangan itu buat kelab peminatnya AJ Screamers, yang menjadi tulang belakang kerjaya seninya.

Ayda yang terkenal dengan tagline 'muahciked' turut mengungguli kategori Lagu Paling Popular APM menerusi lagu Pencuri Hati serta Ikon Media Sosial.

Sementara itu, Yuna diangkat sebagai penerima Anugerah Rentas Planet atas kecemerlangan kerjaya muziknya yang merentasi pasaran antarabangsa.

Yuna mengucapkan terima kasih dengan penganugerahan yang dianggap antara tertinggi dalam kerjayanya melalui rakaman video.

"Terima kasih kepada APM yang menghargai saya dan ini anugerah sangat bermakna bagi kerjaya seni saya," katanya. Yuna tidak dapat hadir kerana sedang mengadakan siri jelajah persembahannya di Amerika Syarikat (AS).

Selain itu, komposer dari Malaysia, S Atan diumumkan sebagai penerima Anugerah Khas APM 2016.

Berikut adalah senarai pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan pada Anugerah Planet Muzik (APM) tahun 2016

Kumpulan Caliph Buskers yang membawa pulang dua trofi menerusi Lagu Terbaik APM dan Lagu Terbaik (Malaysia) menerusi lagu Hanya Namamu.

Adya Jebat Artris Paling Popular Di #APM2016

Kategori Dua /Kumpulan Terbaik Afgan & Raisa Dengan Lagu Percayalah

Kategori Kolaborasi Terbaik (Lagu) Beautiful Artis Aziz Harun

Kolabrasi Terbaik (Artis) Awi Rafael & Ayai Lagu Manusia Sempurna

Artis Baru Terbaik (Lelaki ) Rizky Febian Dengan Lagu Kesempurnaan Cinta

Artis Baru Terbaik (Wanita) Yuka Kharisma Lagu Hati Berbisik

Band Terbaik -Artis Musikimia ,Lagu Dan Bernyanyilah

Lagu Paling Popular (Singapura) -Lagu Kisah Dua Muka

Artis Paling Popular (Singapura) Sufi Rashid

Ikon Media Sosial One Drop Perfumes -Adya Jebat

Anugerah Rentas Planet -Yuna

Lagu Terbaik (Singapura)

Lagu Terbaik (Malaysia ) -Hanya Nama MU  Artis Cliph Buskers

Lagu Terbaik (Indonesia) – Dan Bernyanyilah Artis Musikimia

Anugerah Khas PLanet Muzik -S.Atan

Artis Terbaik (Wanita) )-Raisa Dengan Lagu Kali Kedua

Lagu Paling Popular Di APM -Pencuri Hati Dari Ayda Jebat

– BHarian

Related

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

TNB Beri Penjelasan Isu Bil Belum Diterima Pengguna Dan Isu Bayaran Purata Bulanan

Sebelum ini menjadi viral di laman sosial kononnya pihak TNB telah mengenakan bayaran lebih mahal dan bil lewat diterima.

Rupa-rupanya ianya sebenarnya melibatkan 8.5 juta pelanggan TNB di seluruh Semenanjung Malaysia akibat pengenalan sistem pengebilan baharu bermula 21 Julai 2016 menerusi inisiatif baharu iaitu myTNB Portal.

Berikutan peralihan kepada perkhidmatan baharu ini, telah berlaku isu bil bulanan kepada sebahagian pelanggannya, sesetengah pelanggan belum menerima bil elektrik mereka bagi bulan Julai dan Ogos 2016.

Sebahagian pelanggan lain pula mungkin telah menerima bil anggaran yang dikira berdasarkan purata penggunaan tenaga elektrik pelanggan sepanjang enam bulan yang lalu

Oleh itu pihak TNB memberi jaminan, pelanggan yang menerima bil anggaran dan tidak menerima lansung bil bulanan bagi bulan Julai dan Ogos 2016, bekalan elektrik mereka tidak akan dipotong jika lewat membuat pembayaran dalam tempoh pe ralihan ini.

Dengan pengenalan sistem baru ini, nombor akaun lama pelanggan akan ditukar dengan nombor akaun baru secara automatik kepada 12 digit dari 14 digit sebelum ini, namun pembayaran bil masih boleh dibuat menggunakan nombor akaun lama,

Selain itu, jumlah pembayaran yang dibuat menggunakan mana-mana nombor akaun akan tertera dalam bil bulanan pelanggan yang berikutnya.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai sistem baharu ini iaitu berkaitan nombor akaun baru, bil anggaran, jaminan tiada pemotongan jika bayaran lewat dan soalan lazim lain, sila layari www.tnb.com.my/mytnb-bil/ atau TNB Careline 1300885454. - Siakapkeli.my

Read more ...

Isteri ADUN Sarawak hilang bukan diculik, kata polis

Polis menafikan isteri seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sarawak, yang dikatakan hilang sejak Khamis lepas, diculik.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar ketika dihubungi berkata kes itu membabitkan isu keluarga dan wanita berusia 41 tahun itu dijangka pulang ke pangkuan keluarganya dalam masa terdekat.

Pada Khamis lepas, ketika wakil rakyat berkenaan mahu menjemput isterinya yang dijadual tiba dari Kuching di Lapangan Terbang Mukah, beliau mendapati wanita itu tidak menaiki penerbangan berkenaan.

ADUN berusia 50 tahun itu kemudian membuat laporan polis.Media sebelum ini melaporkan wanita berkenaan dipercayai diculik.-Bernama

Read more ...

Juragan kapal dibebaskan penculik - Polis Sabah

KOTA KINABALU: Polis mengesahkan juragan kapal pukat jerut yang dilarikan kumpulan bersenjata di perairan Pulau Gaya, Semporna, Selasa lalu dibebaskan awal pagi tadi.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *