Recent Post

Friday, April 29, 2016

Selangor Food Mega Festival Pasti Akan Buat Anda Tersandar Kekenyangan 30 April & 1 Mei Ini

Apa khabar rakyat Selangor semua? Hujung minggu ini satu Malaysia akan bercuti panjang dan khas untuk orang Selangor (dan juga negeri sekitarnya), anda berpeluang untuk menjamu selera sehingga kenyang tahap gaban dengan adanya SELANGOR FOOD MEGA FESTIVAL. Excited sangat-sangat Abang Nara dibuatnya.

selangor food mega festival

Dianjurkan dengan kerjasama kerajaan negeri Selangor dan Digi, berikut adalah informasi tentang SELANGOR FOOD MEGA FESTIVAL ini:-

TARIKH: 30 April & 1 Mei 2016 (Sabtu & Ahad)TEMPAT: Dataran Kemerdekaan Shah AlamMASA: 10 pagi – 10 malam

selangor food mega festival

Apa yang ada kali ini di SELANGOR FOOD MEGA FESTIVAL kali ini? Fuh!!! Macam-macam ada. Lebih dari 120 vendor vendor makanan HIPSTER & URBAN dimana masing masing mempunyai konsep tersendiri yang unik. Semua jenis makanan ada. Yang tak pernah korang makan pun ada. Yang paling penting, kesedapan terjamin. Kena bawak emak ayah, awek-awek, isteri-isteri, suami-suami, pakwe-pakwe dan kaum keluarga untuk merasai sendiri kemeriahan dan keseronokan SELANGOR FOOD MEGA FESTIVAL ini.selangor food mega festival

Dengar ceritanya, akan ada kejutan istimewa untuk mereka yang hadir ke SELANGOR FOOD MEGA FESTIVAL kali ini. Kejutan apa Abang Nara pun tak tahu. Mungkin ada artis popular, mungkin ada makanan free, mungkin ada cabutan bertuah. Kalau nak tahu, kenalah datang. Pastikan anda kosongkan tarikh 30 April dan 1 Mei. Jangan pergi mana-mana.selangor food mega festival

Untuk informasi lanjut, boleh ikuti Instagram @FOODMEGAFESTIVAL atau hubungi IZRUL : 014 6488831 dan juga ASHRAF : 012 4577135. Selamat makan sampai tak boleh bangun.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Kes N.Dharmendran tidak patut dibincang di luar ma... - AgendaDaily

Terakhir dikemaskini: 29 April 2016 By Bernama Kes kematian N. Dharmendran tidak sepatutnya dibincang di luar mahkamah kerana boleh mendatangkan prejudis dan subjudis terhadap kes itu, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Ini kerana kes itu belum diputuskan di mahkamah malah, keempat-empat anggota polis yang dituduh terlibat dalam kes itu akan dipanggil untuk membela diri di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, katanya dalam kenyataan Khamis malam.

Beliau merujuk kepada kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) Datuk Yaacob Md Sam bahawa suruhanjaya itu mendapati kematian tahanan N.Dharmendran pada 2013 adalah akibat daripada penggunaan kekerasan fizikal oleh pihak polis.

Khalid berkata kenyataan Yaacob, yang dibuat berdasarkan laporan EAIC, melahirkan tanggapan bahawa Polis DiRaja Malaysia gagal mengambil tindakan terhadap keempat-empat anggota terlibat.

"Malah, dari peringkat awal lagi siasatan terhadap mereka dijalankan dengan menyeluruh, rapi dan telus," katanya.

Khalid berkata pihak polis tidak pernah melindungi pegawai dan anggotanya yang terlibat dalam sebarang perlakuan jenayah malah, empat anggota yang terlibat dengan kes berkenaan telah disiasat secara menyeluruh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dituduh pada 5 Jun 2013.

Menurutnya empat anggota polis itu dipanggil membela diri dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 24 hingga 27 Mei ini.

Dharmendran ditahan pada 11 Mei 2013 dan meninggal dunia pada 21 Mei 2013 ketika dalam tahanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPK KL).

Susulan itu, empat anggota polis dari IPK KL ditahan dan didakwa atas tuduhan menyebabkan kematian mangsa.

Pada 12 Dis 2014, Mahkamah Tinggi di sini membebaskan empat anggota polis itu daripada tuduhan membunuh kerana mendapati tiadanya prima facie terhadap mereka.-29/4/2016

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Read more ...

Filem & Drama Korea Menarik di TV9 Sepanjang Bulan Mei

Istimewa buat penonton TV9 yang minat filem dan drama Korea, slot Chamsarang dan Saranghae terus menyediakan barisan program menarik sepanjang bulan Mei ini.

Nantikan drama bersiri baharu "Haeundae Lovers" lakonan Kim Kang-woo, Jo Yeo-jeong, Jang Suk-won dan Nam Gyu-ri di slot Chamsarang serta tayangan lima filem hebat iaitu Love 911, The Legacy, Our School's ET, I'm In Trouble dan Intruders di slot Saranghae sepanjang bulan Mei ini.

Our School's ET (2)

Sajian Program Korea Menarik Sepanjang Bulan Mei Chamsarang: Haeundae Lovers (25 episod)

Bermula 12 Mei 2016, setiap hari Isnin hingga Khamis, 6.30 petangMengisahkan seorang pendakwa raya yang baru berkahwin telah hilang ingatan akibat serangan kumpulan gengster yang dia sedang siasat. Dia telah dibelasah dan dicampak ke laut. Ironinya, Lee Tae-sung diselamatkan oleh seorang bekas ketua gengster, Go Joong-shik dan hanya ingat identiti penyamarannya sebagai Nam Hae, seorang ahli bina badan dan artis di kelab malam. Tae-sung berkahwin dengan Go So-ra, anak perempuan kepada Go Joong-shik. Namun, selepas ingatan Tae-sung pulih, dia berada dalam dilema untuk memutuskan siapakah pasangan hidupnya. Patutkah dia kembali ke isteri yang dapat membantu kerjayanya atau memilih cinta sejati?

English synopsis: Newlywed public prosecutor, Lee Tae-sung, goes undercover in pursuit of a gangster in Haeundae, Busan, attacked by his quarry and thrown into the sea, he loses his memory of who he was. Homeless and alone in the world he is taken in by the family of a deposed crime boss, who believe him to be his cover, a body builder and performer in a night club revue, who came to Busan after falling in love with Go So-ra, the daughter of the crime boss. Despite misunderstandings and bickering, Lee and Go marry and the two fall in love for real. However after he recovers his memory, he stands at a crossroads and has to decide which of his wives he will stay with; the one he married out of duty and who can help him in his career, or the one he loves.

Saranghae: Love 911 (1 Mei, 10.00 malam)

Kang-il ialah seorang ahli bomba dan penyelamat yang sangat komited. Isterinya terkorban dalam sebuah kemalangan semasa Kang-il sedang bertugas di tempat lain. Kang-il menyalahkan dirinya atas kematian isterinya. Sejak itu, dia sering menggadaikan nyawanya dalam menjalankan misinya. Mi-soo, seorang doktor di hospital kerajaan berhadapan dengan dakwaan kecuaian ketika merawat pesakit menyebabkan pesakitnya kritikal. Dia perlukan testimoni daripada Kang-il supaya lesennya tidak digantung.

Mi-soo berusaha mendekati Kang-il dan telah menjadi ahli parademik secara sukarela di samping Kang-il. Pada mulanya, mereka sering bergaduh ibarat anjing dan kucing tetapi lama-kelamaan, perasaan cinta mula hadir. Hubungan cinta mereka tidak menjadi kerana Kang-il masih tidak dapat melupakan mendiang isterinya. Tambahan pula, dia marah selepas mendapat tahu niat sebenar Mi-soo mendekatinya. Sekali lagi, Kang-il membahayakan diri ketika menjalankan tugasnya di lokasi runtuhan bangunan. Dapatkah Mi-soo menyelamatkan Kang-il yang terperangkap dalam runtuhan bangunan itu?

English synopsis: Kang-il is a firefighter whose wife died while he was helping someone else in an accident. Struggling with guilt for being unable to save his wife, Kang-il frantically jumps into dangers to rescue others. Mi-soo, a doctor at a general hospital, makes a misdiagnosis and gets sued by the patient's husband when the patient ends up slipping into a critical condition. In danger of losing her medical license, Mi-soo's lawyer advises her to convince Kang-il to testify against the patient's husband for an assault that occurred while the husband was in grief. She sets out to win Kang-il over by "dating him."

However, Kang-il is not one to fall for Mi-soo's schemes and gives her the cold shoulder. At last, Mi-soo volunteers to be a paramedic to work alongside Kang-il and get closer to him. Despite the initial cat-and-dog relationship, as they struggle through the dangerous rescue sites together, they gradually fall in love. But their relationship falls apart since Kang-il cannot let go of the memories of his late wife and furthermore when he finds out the real reason why Mi-soo approached him. Kang-il is driven once again into chasing after the most dangerous rescue sites, while Mi-soo can no longer stop him. One day, when Kang-il gets buried under a collapsed building, Mi-soo runs after him not knowing whether he will survive.

Pelakon: Ko Soo, han Hyo-Joo, Ma Dong-Seok, Kim Sung-Oh, Hyun Jyu-Ni, Jung Jin-Young, Yang Dong-Geun

Saranghae: The Legacy (8 Mei 2016)

Jeong Do berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Seoul dalam jurusan undang-undang atas berkat usaha dan juga pengorbanan ibunya. Setelah ibunya meninggal dunia, Jeong Do seolah-olah kehilangan sumber dorongan. Dia gagal melepasi ujian Bar walaupun sudah 10 tahun mencuba. Teman wanitanya yang berasal daripada keluarga berada masih menaruhkan harapan dan setia menunggu Jeong Do. Keadaan menjadi semakin teruk apabila ayahnya disahkan mengidap kanser paru-paru dan dia perlu menanggung kos perubatan yang tinggi.

English synopsis: Jeong-do became a Seoul University Law student with the support and sacrifice of his mother. However, ever since his mother passed away, he hasn't able to pass the bar exam for 10 years, as his rich girlfriend Jin-kyeong waits for him. To make matters worse, his father is fighting with lung cancer and he has medical bills to take care of.

Pelakon: Jung Gyu-Woon, Jung In-Gi, Yoon Seung-Ah, Lim Hyun-Sung, Lee Ji-Yeon, Lee Sun-Joo, Son Min Ji, Yoon Chang-Young, Shin Soo-Yun, Park So-Dam, Jung Jae-Min, Park Hyun-Soo, Kim Hee-Chang

Saranghae: Our School's ET (15 Mei 2016)

Chung Sung-Geun ialah seorang cikgu senaman yang mengajar di sekolah menengah. Dia digelar sebagai cikgu ET bukan hanya kerana penampilannya yang pelik malahan dia juga seorang yang kelakar dan sempoi. Sung-Geun bakal tergugat dengan polisi baharu sekolah yang mahu menekankan pengajaran dalam Bahasa Inggeris. Kelas senaman akan dimansuhkan. Sung-Geun teringat bahawa dia pernah memohon untuk menjadi cikgu Bahasa Inggeris sedekad yang lalu. Demi mempertahankan kerjayanya, Sung-Geun berazam untuk menguasai Bahasa Inggeris dan mendapatkan lesen tersebut dalam masa dua minggu.

English synopsis: Chun Sung-geun is the gym teacher of a private high school in an upscale district where competition is heated among students to enter top colleges. Called "E.T." by his students because of his quirky appearance and behavior, he is a teacher who has lived life his own lazy, ignorant way for years without any worries. But one day he's hit with a crisis: At the school's board meeting, a parent requests that the school get rid of "useless" gym classes and expand the hours for English classes. The school decides to hire another English teacher—at the cost of a gym teacher. In danger of losing his position, he remembers by chance that he obtained a license to teach English a decade ago. The school board president tells him to pass a test in order for her to acknowledge it. So Sung-geun, who hasn't spoken (much less taught) English for ten years, faces the near-impossible task of becoming an English teacher within two weeks. His only weapon is his amazin gly incomparable physical strength, and with the help of a few students who understand his warm heart, the simpleton Sung-geun begins his rigorous training to exercise his brain "muscles" to master English in his journey to become the school's E.T.

Pelakon: Kim Su-Ro, Lee Han-wi, Kum Sung-Ryung, Baek Sung-Hyun, Park Bo-Young, Lee Min-ho, Moon Chae-won, Lee Chan-ho

Saranghae: I'm In Trouble (22 Mei 2016)

Seon-woo memenangi pertandingan kesasteraan anjuran Akhbar Kyeongin Ilbo tetapi dia masih menganggur. Teman wanitanya, Yu-na telah meminta Seon-Woo berjumpa dengan ayahnya tetapi Seon-Woo tidak muncul pada hari yang dijanjikan kerana berjumpa dengan Seon-Woo, rakan senior Seon-woo di pub. Yu-na nekad memutuskan hubungan cintanya dengan Seon-Woo. Ini membuatkan Seon-woo bergegas ke Donghae untuk memujuk Yu-na. Namun, sekali lagi Seon-Woo terjebak meluangkan masa bersama seorang pelayan kedai kopi. Apakah kesudahan hubungan percintaan Seon-woo dan Yu-na?

English synopsis: Seon-Woo (Min Sung-Wook) won the Kyeongin Ilbo Newspaper's Spring Literary contest, but he's still unemployed. His girlfriend of three years Yun-A (Jeong Ji-Yeon) asks Seon-Woo to meet her father, but he never shows up. Instead, he spends the night with his senior Seung-Kyu (Lee Seung-Joon) drinking alcohol.

Yu-na finally has enough and breaks up with Seon-Woo. Seon-Woo, wanting to get back with Yu-Na, travels to Donghae to reconcile, but ends up spending night with a coffee shop girl. What is the ending of Seon-woo and Yu-na's love relationship?Pelakon: Min Sung-Wook, Jeong Ji-Yeon, Lee Seung-Joon, Kim Joo-Ryung, Shin Dong-Hoon, Lee Eun-Joo

Saranghae: Intruders (29 Mei 2016)

Sang-Jin membuat keputusan untuk berpindah ke sebuah rumah di atas gunung supaya dia dapat fokus dalam penulisan novelnya. Dia berkenalan dengan Hak-Soo dalam perjalanannya dan dipelawa untuk menginap di sebuah rumah penginapan. Sang-jin mula rasa tidak senang hati apabila mengetahui bahawa Hak-Soo baru dibebaskan dari penjara. Pada malam itu, ribut salji telah turun. Sang-jin terperangkap dengan mereka yang tidak dikenali di dalam rumah tersebut. Keesokan harinya, salah seorang telah ditemui mati dan pihak polis datang untuk memulakan siasatan. Apakah yang telah berlaku pada malam tersebut?

English synopsis: Sang-Jin (Jun Suk-Ho) decides to go to a cabin in the mountains to concentrate on writing. At a village he happens to meet Hak-Soo (Oh Tae-Kyung) who takes him to the mountain lodge. He becomes uncomfortable with Hak-Soo after learning he was recently released from prison. During the night, with heavy snow, Sang-Jin is stuck with strangers at the lodge. One of the persons is found dead and the police appears.

Pelakon: Jun Suk-Ho, Oh Tae-Kyung, Choi Moo-Sung, Han Eun-Sun, Lim Hyung-Guk

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

Tak Cukup 2 Tahun, Bagi 5 Tahun Untuk Adenan Tadbir Sarawak - PM

KUCHING - Tan Sri Adenan Satem telah melaksanakan banyak inisiatif sebagai Ketua Menteri Sarawak dalam tempoh dua tahun lepas dan mampu melakukan lebih lagi jika diberi mandat besar memimpin negeri ini untuk tempoh lima tahun akan datang, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana Menteri berkata sejak memegang tampuk kepimpinan negeri ini pada Februari 2014, Adenan telah mengumumkan banyak dasar yang mesra rakyat dalam tempoh yang agak singkat. "Tidak adil kalau dia (Adenan) diberi dua tahun sahaja. Rakyat mesti berikan dia lima tahun lagi (untuk terus melaksanakan banyak lagi inisiatif)," katanya ketika berucap pada program Sembang Santai di pekan Siburan, kira-kira 35km dari Kuching, hari ini. Beliau berkata antara dasar yang telah dilaksanakan oleh Adenan dalam tempoh dua tahun ini, termasuklah pemansuhan tol jalan raya dan cukai tanah pertanian serta perumahan yang telah memberikan impak besar kepada rakyat. "Saya dan Tok Nan (Adenan) telah membuat aku janji untuk membawa lebih banyak lagi pembangunan untuk Sarawak," katanya. Najib berkata perbalahan semakin ketara dalam kalangan parti menganggotai pakatan pembangkang pada pilihan raya negeri Sarawak kali ini, seharusnya menjadi iktibar kepada rakyat untuk terus memilih Barisan Nasional (BN) memimpin Sarawak. "Pada Januari lepas, DAP, PKR serta Amanah (Parti Amanah Negara) telah membuat aku janji untuk meletakkan satu calon sahaja (bagi setiap kawasan untuk menentang BN) tetapi hari ini, janji tinggal janji sahaja. "Pembangkang sudah tidak bersatu hati sekarang dan bertembung sesama sendiri di enam kerusi. Mereka tidak ada kerjasama dan tidak mungkin dapat menubuhkan kerajaan yang stabil di Sarawak," katanya. Pada majlis itu, Najib sebagai Pengerusi BN turut mengisytiharkan sokongan penuhnya kepada pencalonan Datuk Dr Jerip Susil sebagai calon langsung BN untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mambong, yang sebelum ini dikenali sebagai DUN Bengoh. Beliau berkata pencalonan Dr Jerip, berketurunan Bidayuh yang merupakan antara kumpulan minoriti di Malaysia, membuktikan BN mengamalkan prinsip inklusif untuk memberi peluang kepada semua kaum mengambil bahagian dalam pentadbiran negara. - Bernama

Read more ...

(Video) Smule "Memori Berkasih" Dendangan Siti Nordiana dan Lelaki Ini Dapat Perhatian Netizen

Satu video karaoke menerusi aplikasi karaoke, Smule, yang memaparkan lagu "Memori Berkasih" dendangan penyanyi, Siti Nordiana dan seorang lelaki mencuri perhatian netizen.

Apa yang mencuri tumpuan adalah suara unik lelaki yang dikenali sebagai Khai Bahar itu yang dikatakan mempunyai suara dan iras-iras arwah Achik Spin.

Sejak video terbabit dimuat naik, ia telah ditonton lebih dari satu juta, lapor Sinar Online.

Seorang pengguna Youtube, Nurjalilah Janudin, menulis : "suara ada iras-iras arwah achik spin la. best. "

"Boleh lah berduet dalam album Nana selepas ni. Amat sesuai sekali, semoga bro Khai menjadi artis popular satu hari nanti.," tulis  Mohd Amir Alias.

Memetik MH Online, Khai Bahar berasal dari Perlis dan turut berduet dengan penyanyi lain seperti Eka Shariff AF9.

Read more ...

Cadangan Zaid buat S'gor dalam masalah - Penganalisis

Kerajaan Selangor akan bermasalah jika bekas menteri Datuk Zaid Ibrahim berjaya meyakinkan pemimpin popular DAP Lim Kit Siang supaya meninggalkan gabungan dengan PKR, kata seorang penganalisis.

Namun, penganalisis Khoo Kay Peng berkata cadangan Zaid itu 'tidak masuk akal' dan tidak mudah seperti diperkatakan.

"Ini sebabnya dia (Zaid) bukan sebahagian daripada gabungan (Pakatan Harapan)... Dia tidak tahu bagaimana untuk uruskan (perbezaan dalam sesebuah gabungan).

"Dalam kes ini, kerajaan Selangor akan bermasalah," kata Khoo kepada Malaysiakini.

Pakatan Harapan Selangor mempunyai 13 ADUN PKR, 15 daripada DAP dan dua lagi dari Parti Amanah Negara (AMANAH).

PAS, yang tidak bergabung dalam HARAPAN tetapi masih berada dalam kerajaan Selangor, mempunyai 12 ADUN.

Khoo diminta mengulas undangan Zaid yang mahu mengundang Lim ke sebuah majlis makan malam mewah bagi mengusulkan DAP meninggalkan HARAPAN.

Zaid, bekas menteri Umno yang pernah menyertai PKR, dilaporkan berkata gabungan bersama PKR-DAP tidak berkesan dalam pilihan raya umum ke-13 dan tidak berjaya dalam pilihan raya Sarawak.

DAP dan PKR kini bertembung di enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak selepas gagal menyelesaikan pengagihan kerusi.

Mengulas perselisihan kedua-dua parti itu, Khoo berkata PKR dan DAP patut sama-sama dipersalahkan dalam isu itu.

Katanya, kedua-dua parti harus menjaga pemimpin masing-masing dan menumpukan kepada agenda lebih besar.

"Setiap parti ada masalah sendiri untuk diselesaikan. Ia tidak semudah yang Zaid katakan. Malah kerjasama dengan AMANAH sahaja masih menjadi tanda soal, di segi sokongan akar umbi," katanya.

Pada masa depan, kata Khoo, pembangkang patut sedar mereka tidak boleh terus mendendangkan kepada rakyat bahawa terdapat harapan untuk perubahan, kecuali pemimpinnya sendiri bersedia berubah.

[Baca berita asal]

Read more ...

El Nino: Mandikan jenazah guna bekalan air bomba

RANTAU PANJANG: Akibat tiada bekalan air berikutan musim kemarau, proses memandikan jenazah seorang warga emas di Kampung Tasik Bakong, di sini malam tadi terpaksa menggunakan khidmat jabatan bomba.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *