Recent Post

Friday, March 18, 2016

Kazakhstan larang polis, penjawat awam guna telefon pintar semasa bertugas

Polis dan penjawat awam negara itu khuatir tentang khabar bahawa larangan tersebut akan dilaksanakan bermula 24 Mac ini sewaktu bertugas.
Read more ...

KETAHUI 5 TIPS PENJIMATAN & PENGGUNAAN PENGHAWA DINGIN DENGAN BIJAK DARI TNB

Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan para pengguna supaya menggunakan penghawa dingin secara bijak ketika cuaca panas dan kering ini. Ia bagi menjamin penggunaan elektrik diuruskan dengan lebih baik.

Oleh itu, TNB menyarankan para pengguna supaya mengamalkan lima (5) tip berikut bagi menjimatkan penggunaan tenaga:

1. Laraskan suhu sistem penghawa dingin di antara 23 ke 25 darjah celsius. 2. Tukar atau bersihkan penapis penghawa dingin dengan kerap untuk memaksimumkan potensi penyejukan unit tersebut. Penapis yang kotor menghalang edaran udara dan mengurangkan kecekapan penghawa dingin. Selain itu, penyelenggaraan secara kerap juga boleh membantu penghawa dingin beroperasi padatahap optimum.

3. Tutup semua pintu dan tingkap serta lubang edaran udara untuk memastikan udara sejuk tidak keluar dari bilik.

4. Pada waktu malam, buka kipas dan tetapkan masa penghawa dingin untuk ditutup. Selalunya suhu bilik akan mencecah tahap yang selesa selepas beberapa jam pe nghawa dingin dipasang. Tambahan, penggunaan kipas adalah lebih murah dan membantu pengedaran udara di dalam bilik.Pengguna juga diingatkan agar menggantikan penghawa dingin yang berusia lebih 10 tahun kerana unit-unit tersebut tidak lagi cekap setelah bertahun-tahun digunakan.

5. Bagi mereka yang ingin membeli penghawa dingin baharu, adalah dicadangkan supaya memilih penghawa dingin yang mempunyai bintang kecekapan tenaga yang paling tinggi kerana lebih banyak bintang bermaksud peralatan tersebut lebih cekap berfungsi.

Pemilihan saiz dan jenis penghawa dingin yang tepat juga penting kerapa penghawa dingin yang terlebih besar bukan sahaja lebih mahal untuk dibeli dan dipasang, malahan ia juga akan menyebabkan bil elektrik yang lebih tinggi kerana kompresor penghawa dingin perlu berputar dan berhenti berulang-ulang.

Read more ...

Fazura Rimas Disoal Siasat Oleh Lelaki Yang Ingin Mengenalinya

Pelakon jelita Nur Fazura Sharifuddin masih single jadi tidak hairan wajah cantik yang dimiliki menyebabkan ramai lelaki berminat untuk mengenali dirinya. Melalui Berita Harian, Fazura memberitahu dia tidak kisah berkenalan dengan mereka. photo 10735567_239402803067608_881639902_n.jpg

Namun begitu, apabila ia sudah sampai tahap mengganggu privasi dirinya, dia merasa rimas. Kata Fazura:

Walaupun Faz sibuk dengan kerja, tetapi Faz membuka ruang untuk mana-mana lelaki mengenali diri ini. Tetapi apabila diberi peluang, lain pula jadinya.

Baru kenal hari ini, sudah sibuk bertanya Faz macam-macam dan menyoal selidik apa yang Faz buat, ke mana Faz pergi dan dengan siapa Faz keluar. Semua itu membuat Faz jadi rimas.

Saya tidak kisah jika ada yang mahu berkenalan, tetapi rasanya tidak perlulah menjadi pegawai penyiasat sebab perkara seperti itulah yang akan membantutkan perasaan untuk mengenali mereka.

Biasalah orang lelaki kalau suka sangat mesti menunjukkan minat yang terlebih sampai orang perempuan boleh freak out. Sudah diberitahu sebegini diharap lelaki di luar sana bersikap sabar dan cool kalau mahu berkenalan lebih rapat dengan Fazura. Janganlah sampai orang rasa meluat pula, bukan?

 photo 1169186_224220267931189_1366027144_n.jpg

Dalam pada itu, Fazura turut memberitahu dia dilamar oleh syarikat rakaman luar negara untuk menguruskan kerjaya nyanyiannya dan sekiranya berjalan lancar, dia akan menandatangani kontrak dengan mereka dalam masa terdekat.

Jelasnya, dia berkongsi berita gembira itu dengan peminatnya, namun tidak mahu memberti keterangan lanjut. Fazura juga berkata tidak akan meninggalkan Malaysia walaupun akan sibuk ke luar negara untuk menguruskan kerjaya nyanyiannya.

Fazura telah muncul berduet dengan kumpulan Estrange untuk lagu Hancur Aku dan juga terbaru berduet dengan penyanyi Indonesia Ridho Roma untuk lagu Bulan Terbelah di Langit Amerika. Sekiranya anda masih belum mendengar lagu itu, sila dengar di sini.

Jom saksikan Slot Panggung Seni Ekstravaganza Muzikal Randai "Cindua Mato" pada 25, 26 dan 27 Mac ini di Panggung Sari,…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Sunday, 6 March 2016

TAGS: , , , , , , , , , , , , , , PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

7 GAMBAR - AKSI YATT HAMZAH & SUAMI KETIKA BERBULAN MADU DI KRABI, THAILAND

Amboii... bukan main manja Yatt Hamzah dengan suami barunya, Muhammad Zulfadli ketika berbulan madu di Krabi, Thailand baru-baru ini. Siap baring lagi di kaki suaminya. Heh!

Menerusi Instagram Yatt, dia telah berkongsi beberapa keping gambar sekitar bulan madu mereka.

Jom lihat!

         ________________________

:: FACEBOOK :: INSTAGRAM :: TWITTER :: :: YOUTUBE :: SEJARAH MYARTIS ::

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

Senarai Minuman Kecantikan Yang Dikesan Beracun Oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan senarai produk makanan dan minuman untuk kecantikan serta slimming yang dikesan beracun dan telah diharamkan.

Kebelakangan ini banyak produk minuman serta makanan tambahan pelbagai jenis dan jenama yang berada di pasaran. Semuanya gara-gara mahu menarik minat pelanggan yang ingin memperolehi kulit yang putih serta bentuk badan yang kurus.

Namun sejauh manakah anda tahu ianya selamat untuk diamalkan? KKM telah mengesan beberapa racun di dalam setiap produk ini antaranya sibutramine, tadalafil , sildenafil dan banyak lagi.

Berikut merupakan senarai produk minuman dan makanan tambahan serta kecantikan yang dikesan mempunyai bahan terlarang:

ADEQUINN NUTRICOCO - NATURAL SLIMMING SUPPLEMENTBEAUTE FIT BODY CONTOURBIO DREAM GOLDBODY LIFT BIODEXBODY TRIMZBRAZILIAN CATUABASWEET 17-ORANGE+MANGO SLIMMING FIBERTRICAJUSTRUE SELF REPAIRTRUE SRVITCA-FVITCA-MWINNIE BEAUTY V1XKL SKYFRUIT JUICE PREMIXMIRACLE OF E250

Sumber: Portal Kementerian Kesihatan (dikemaskini 7 Disember 2015)

Olahan oleh Syafiqah Jalal

Read more ...

MARA serah dokumen hartanah Australia pada SPRM - Malaysiakini (caruman) (subscription)

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Tan Sri Annuar Musa menyerahkan dokumen berhubung maklumat terbaru berkaitan pembelian bangunan oleh Mara Incorporated Sdn Bhd di Melbourne, Australia kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Berikutan pemberian dokumen terbaru itu, Annuar berkata, pihaknya akan sentiasa memberikan kerjasama kepada SPRM dalam melakukan penyiasatan yang melibatkan MARA.

"Kita perlu bekerjasama dengan SPRM dalam hal-hal berkaitan MARA atas dasar kalau saya ada dapat maklumat yang saya anggap baru, boleh bantu SPRM.

"Walaupun saya sendiri tak tahu apa perkembangannya sebab SPRM tak berkewajipan beritahu pada kita.

"Saya rasa kalau ada info baru untuk membantu saya rasa kita wajib beri perhatian sewajarnya kepada perkara ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di bangunan SPRM di Putrajaya hari ini.

Read more ...

Komposer Datuk Adnan Abu Hassan Meninggal Dunia

Komposer tersohor, Datuk Adnan Abu Hassan, 57, menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.17 pagi tadi di Hospital Selayang, di sini.

Adnan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital berkenaan tengah malam semalam kerana serangan angin ahmar, diabetes dan kegagalan buah pinggang dan hanya bergantung kepada alat bantuan pernafasan. Jenazah Adnan akan disembayangkan di Masjid Al-Falah dan dikebumikan di Sungai Ramal, Kajang.

adnan abu hassan

Keadaan kesihatan komposer yang pernah mencipta kegemilangan pada era 1980-an hingga awal dekad 2000 itu mula diperkatakan apabila dirinya dilihat lemah ketika muncul pada Anugerah MeleTOP, dua tahun lalu untuk memberi penghormatan kepada penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza.

Komposer berpengaruh yang pernah menaikkan nama penyanyi seperti Fauziah Latiff, Siti Nurhaliza, Misha Omar dan Liza Hanim itu dikenali menerusi karyanya yang meraih pengiktirafan termasuk Teratai Layu Di Tasik Madu, Jerat Percintaan, Bunga-Bunga Cinta serta Puncak Kasih.

Allahyarham telah menerima Darjah Setia Diraja Kedah (DSDK) dan menyandang gelaran Dato' sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah, Tunku Abdul Halim Mu'adzam Shah ke-8.

Sumbangan besarnya dalam industri hiburan melayakkan Adnan menerima pengiktirafan Anugerah Wirama pada Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-17 pada tahun 2010.

Komen via Facebook

Komen

— 275 Bacaan
Read more ...

5 Langkah Mudah Untuk Hilangkan Kesan Calar ini di Kereta Buat Selama-lamanya

Pernahkah anda terserempak dengan kesan calar di kereta yang akan hilang apabila dibasuh tetapi apabila kereta kering, ia akan menampakkan dirinya semula?

Mungkin anda pernah cuba menghilangkannya dengan menggunakan wax dan polish tetapi dalam masa yang singkat ia akan datang kembali.

Seorang pengguna Youtube, Chrisfix telah tampil dengan cara bagaimana untuk menghilangkan kesan calar itu buat selama-lamanya dari kereta anda. Memahami kesan calar ringan

Tapi sebelum kita pergi lebih mendalam kepada kaedah ini, mungkin agak membantu juga jika anda memahami bagaimana kesan calar ini berlaku.

Calar ringan ini berlaku apabila terdapat lohong yang mencalarkan bahagian cat 'clear' atau lapisan cat yang berada di bahagian paling luar badan kereta. Disebabkan calar itu, cahaya yang dipantul menjadi tidak sekata.

Namun, calar ini hanya kelihatan apabila kereta kering tapi nampak seperti hilang apabila kereta dalam keadaan basah. Ini kerana, ketika kereta basah, lubang calar itu dipenuhi oleh air, menyebabkan cahaya dipantul dengan sekata semula. Jadi bagaimana untuk menghilangkan kesan calar ini buat selama-lamanya? Jawapannya adalah dengan cara meratakan kembali ruang calar itu seperti gambar dibawah. Sebelum mengikuti langkah ini, anda perlu terlebih dahulu pastikan yang kesan calar itu adalah kesan calar ringan. Caranya mudah saja, jika anda menyembur air sabun kepada calar ini, ia tidak kelihatan; seperti gambar dibawah.
  • Air sabun basuh kereta
  • Salotape
  • Krim polish
  • Wax
  • Kain fiber
  • kertas pasir 3000 grit & 5000 grit
  • 5 Langkah Untuk Hilangkan Kesan Calar Ringan 1 - Gunakan air sabun & kain fiber untuk membasuh kesan calar itu supaya bebas dari habuk & pasir 2 - Gunakan salotape untuk tandakan kawasan yang perlu diratakan. 3 - Gosok kesan calar itu menggunakan kertas pasir 3000 grit dahulu. Kemudian besarkan kawasan salotape dan gosok semula menggunakan kertas pasir grit 5000.  Note: jika kesan calar anda tidak dalam, anda boleh terus guna kertas pasir grit 5000. 4 - Polish kawasan yang telah digosokkan tadi menggunakan krim polish 5 - Gosokkan wax sebagai lapisan perlindungan. Itu sahaja, selepas selesai, kereta anda akan berkilat seperti asal kembali. :-).

    Tetapi, sewaktu anda mengguna pakai langkah ini, kami nasihatkan supaya mengikuti video tutorial ini supaya anda lebih 'clear' dan mendapat hasil yang sempurna. - Siakapkeli.my

    Read more ...

    Cabul wanita di pasar, penjual besi buruk dihukum penjara

    Padah mencabul seorang wanita yang sedang membeli sayur di pasar pagi, seorang penjual besi buruk dijatuhi hukuman penjara tiga hari dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur semalam.

    Majistret Jesseca Daimis turut memerintahkan tertuduh Asmari Ampiau, 34, menjalani hukuman penjara itu dari tarikh tangkap pada 14 Mac lepas dan perlu menjalani hukuman penjara lima bulan lagi sekiranya gagal membayar denda itu.

    Terdahulu, tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan meramas punggung seorang penolong profesor sebuah kolej swasta berusia 38 tahun itu dengan maksud hendak mencabul kehormatannya di pasar pagi Alam Damai, Cheras di sini pada jam 8.30 pagi 11 Januari tahun lepas.

    Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

    Jesseca turut menasihati tertuduh agar tidak mengulangi kesalahan itu kerana mahkamah memandang serius kes cabul yang merupakan satu kesalahan serius.

    Pendakwaan kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Zuraimi Kamarozzaman.

    - Bernama

    Read more ...

    AWAS dan KEJARA dilaksana Mei ini

    KUALA LUMPUR: Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) yang menggabungkan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA) akan dilaksanakan mulai Mei ini.
    Read more ...

    Saya Tak Kisah Apa Orang Nak Kata – Wan Nor Azlin

    Pelakon Wan Nor Azlin, 48, mengakui dirinya pernah lalai dan tidak tetap pendirian hingga mengambil mudah soal berhijab yang menjadi tuntutan agama.

    Menurut Wan Nor Azlin dia enggan mengulas lebih lanjut mengenai isunya yang mengambil keputusan bertudung semula. Sebaliknya hanya berharap beliau lebih istiqamah selepas ini.

    "Tiada apa yang perlu diulas mengenai isu saya bertudung penuh semula. Ia adalah tuntutan agama dan menjadi tanggungjawab saya sebagai muslimah untuk menutup aurat.

    Artikel menarik:- Respon Ina Naim Selepas Dikritik Netizen, Kembali Menyanyi SeTelah Berpurdah!

    Menyedari akan kesilapannya dahulu pernah terpesong dari landasan yang benar, Wan Nor Azlin kini cuba sedaya upaya untuk berubah malah sering menghadiri kelas agama.

    "Mungkin saya jahil pada suatu ketika dulu dan sekarang semakin banyak ilmu yang saya timba ketika menghadiri kelas agama di kawasan perumahan saya.

    Saya Tak Kisah Apa Orang Nak Kata - Wan Nor Azlin

    Beliau dalam pada itu bersyukur kerana stesen televisyen kini juga lebih sensitif dan terbuka dengan pelakon berhijab sekaligus memudahkan beliau untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pelakon.

    "Saya kini tidak lagi memakai selendang kepala ketika berlakon, sebaliknya bertudung penuh. Alhamdulillah, stesen televisyen juga sekarang lebih sensitif dan terbuka dengan pelakon berhijab," katanya.

    Saya Tak Kisah Apa Orang Nak Kata - Wan Nor Azlin

    Tegas Wan Nor Azlin lagi, beliau tidak mahu mengambil peduli akan tanggapan negatif masyarakat kerana dia sudah lali dengan situasi itu. Sebaliknya hanya ingin memberi tumpuan sepenuhnya dalam membesarkan anak-anak.

    "Biarlah mereka hendak cakap apa sekali pun, saya sudah lali dan tidak mahu ambil kisah kata-kata orang. Apa yang penting adalah antara diri sendiri dan Allah saja.

    "Saya juga tidak terfikir untuk mencari teman hidup dan sebagainya ketika ini kerana tumpuan saya hanyalah untuk anak-anak. Saya mencari rezeki untuk membesarkan mereka," katanya.

    Saya Tak Kisah Apa Orang Nak Kata - Wan Nor Azlin

    Sementara itu, dalam perkembangan terbaru, Wan Azlin kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri berjudul Assalamualaikum Cinta di bawah arahan Michael Ang dimana beliau memegang watak sebagai ibu kepada Ayda Jebat.

    Read more ...

    SS DATO DR ASRI-Apakah Nabi saw Itu Ummi(Buta Huruf)

    Onekuliah SS DATO DR ASRI-Apakah Nabi saw Itu Ummi(Buta Huruf)
    Read more ...

    KETAHUI 5 TIPS PENJIMATAN & PENGGUNAAN PENGHAWA DINGIN DENGAN BIJAK DARI TNB

    Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan para pengguna supaya menggunakan penghawa dingin secara bijak ketika cuaca panas dan kering ini. Ia bagi menjamin penggunaan elektrik diuruskan dengan lebih baik.

    Oleh itu, TNB menyarankan para pengguna supaya mengamalkan lima (5) tip berikut bagi menjimatkan penggunaan tenaga:

    1. Laraskan suhu sistem penghawa dingin di antara 23 ke 25 darjah celsius. 2. Tukar atau bersihkan penapis penghawa dingin dengan kerap untuk memaksimumkan potensi penyejukan unit tersebut. Penapis yang kotor menghalang edaran udara dan mengurangkan kecekapan penghawa dingin. Selain itu, penyelenggaraan secara kerap juga boleh membantu penghawa dingin beroperasi padatahap optimum.

    3. Tutup semua pintu dan tingkap serta lubang edaran udara untuk memastikan udara sejuk tidak keluar dari bilik.

    4. Pada waktu malam, buka kipas dan tetapkan masa penghawa dingin untuk ditutup. Selalunya suhu bilik akan mencecah tahap yang selesa selepas beberapa jam pe nghawa dingin dipasang. Tambahan, penggunaan kipas adalah lebih murah dan membantu pengedaran udara di dalam bilik.Pengguna juga diingatkan agar menggantikan penghawa dingin yang berusia lebih 10 tahun kerana unit-unit tersebut tidak lagi cekap setelah bertahun-tahun digunakan.

    5. Bagi mereka yang ingin membeli penghawa dingin baharu, adalah dicadangkan supaya memilih penghawa dingin yang mempunyai bintang kecekapan tenaga yang paling tinggi kerana lebih banyak bintang bermaksud peralatan tersebut lebih cekap berfungsi.

    Pemilihan saiz dan jenis penghawa dingin yang tepat juga penting kerapa penghawa dingin yang terlebih besar bukan sahaja lebih mahal untuk dibeli dan dipasang, malahan ia juga akan menyebabkan bil elektrik yang lebih tinggi kerana kompresor penghawa dingin perlu berputar dan berhenti berulang-ulang.

    Read more ...

    Popular Posts

    Berita Harian

    Malaysia Kini

    Mypotnews Links

    Submit ExpressFree Webmaster Tools
    Ping search engines.

    Contact Form

    Name

    Email *

    Message *