Recent Post

Tuesday, August 16, 2016

Adira Tidak Kisah Suaminya Ingin Berkahwin Lagi

Kontroversi melibatkan Dato Red dan Ruhainies baru-baru ini cukup mendapat perhatian ramai bukan? Malah, ada yang melabelkan Dato Red sebagai suami yang tidak menjaga hati isteri-isterinya.

Berbicara mengenai kontroversi berkenaan, Adira akui beliau ada merasa sakit didalam hati. Namun, beliau tidak mahu lagi mengenangkan perkara itu dan percaya apa yang berlaku ada pengajarannya tersendiri.

Sebagai isteri dan ketika itu sedang mengandung, bila dapat tahu mengenai video tersebut, tipulah kalau saya tak sakit hati tetapi bila tahu cerita sebenar kenapa benda itu terjadi, saya sudah okey.

Urusan saya dengan Ruhainies juga sudah selesai. Saya tidak marah atau simpan apa-apa. Biarlah apa yang terjadi di antara saya, suami, madu dan Ruhainies menjadi simpanan saya sahaja.

Buat Adira, beliau akui tidak kisah jika suaminya itu mahu berkahwin lagi asalkan Dato Red  mampu untuk menjaga hati isteri-isterinya dengan baik.

Saya tidak ada masalah jika dia ingin berkahwin tiga atau empat sekali pun. Janji, dia boleh jaga semua isterinya dengan baik. Jangan kahwin selagi tidak boleh berlaku adil.

Pada masa yang sama Adira memberitahu kontroversi yang melanda membuat beliau lebih untuk menjaga hatinya sendiri daripada orang lain dan ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada anaknya yang bakal dilahirkan sekitar bulan Mac 2017 nanti.

Setabah mana pun seorang wanita, jika insan yang mereka cintai melakukan perkara yang tidak sepatutnya pasti akan ada luka didalam hati.

Sumber Berita : Kosmo!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Pegawai kanan TNB direman kes rasuah - Kosmo!

Pegawai kanan TNB direman kes rasuah

16/08/2016 11:55am

Suspek ditahan reman bantu siasatan.

KOTA BHARU - Seorang pegawai kanan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kelantan ditahan reman tujuh hari bermula hari ini hingga 22 Ogos bagi membantu siasatan kes rasuah dan penggubahan wang haram.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Ahmad Adha Amir Yasser Amri terhadap suspek yang berusia 47 tahun itu di Mahkamah Kota Bharu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) dan 23 Akta SPRM 2009 serta 4(1)(b) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Suspek ditahan di pejabat SPRM di Jalan Sultan Yahya Petra di sini pada pukul 2.30 petang menerusi operasi serentak dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia termasuk di Melaka dan Kuala Lumpur. - K! ONLINE

Read more ...

Ada Sebab Huawei P9 Lebih Mantap dari iPhone & Samsung

Perkara paling penting dalam memilih telefon bimbit sekarang ini ialah kamera. Sebab apa? Sah-sahlah korang akan pilih kamera telefon bimbit yang gempak sebab nak gambar yang cantik, terang dan mantap untuk dikongsikan dalam sosial media korang kan?

Budiey percaya, setiap kali korang bukak phone tu, akan buka gallery atau guna kamera… boleh dikatakan setiap hari… apatah lagi kalau selalu ke sana sini macam Budiey ni. Sentiasa nak ambil gambar guna kamera.

Ramai juga yang bertanyakan kepada Budiey… kamera telefon bimbit mana yang lebih mantap sekarang ini. Budiey tak nak kasi pendapat berdasarkan pengalaman sendiri tapi Budiey usaha juga untuk jawab berdasarkan pengalaman dan pendapat umum. Jadi, Budiey buat survey dan kajian di internet. Okay jom kita gooogle!

Realitinya sekarang ni, zaman kamera digital dah berlalu. Kita dah tak beli kamera digital macam dulu lagi dah untuk ambil gambar kan? Sekarang zaman kita guna kamera yang sedia ada di telefon bimbit. Jadi, nak tak nak kenalah beli yang gempak sikit.

4222016115917AM_635_huawei_p9_lite

Apa yang Budiey baca di internet, bersumberkan dari www.forbes.com, telefon bimbit Huawei antara mendapat tempat dan perhatian ramai pengguna. Haa, pasti ada sebabnya, kenapa kamera Huawei P9 ni lebih gempak dan lebih terang.

Apa yang lebih penting dari sudut kaca mata pengguna, kita yang hidup di era digital sekarang ini mahu kamera yang lebih advance. Sebagai contoh, Huawei P9 yang sekarang ini tengah trending ada kamera telefon yang ada ciri Dual Lenses. Inovasi ini sememangnya memberi cabaran kepada pengeluar telefon bimbit yang lain. Memang superblah gambar dari telefon yang ada Dual Lenses ni.

Huawei P9

Apatah lagi apabila melihat kepada harga Huawei P9 yang cukup berpatutan dan tidaklah semahal telefon bertaraf high-and & premium yang lain tu. Dengan kamera belakang 12-megapixel dan didatangkan dengan tagline – Reinvent smartphone Photography, menjadikan Huawei P9 menghasilkan gambar yang lebih terang, lebih details diambil dengan dua lensa.

Secara faktanya, dari apa yang Budiey baca, Dual Lense yang ada pada Huawei P9 tu menjadikan gambar lebih cantik dari iPhone. Gempak kan?

Tambahan pula Huawei ada partnership dengan Leica di mana kebanyakan kamera yang dikeluarkan oleh Huawei adalah dari kamera leica.

Oleh kerana persaingan yang begitu sengit, masing-masing nak lebih maju. Maka adalah 'perbalahan' sana-sini. Budiey ada baca tentang Huawei saman Samsung kerana menyalahi hak patent di China dan Amerika Syarikat.

Inovasi yang dibuat oleh Huawei sikit sebanyak juga mencabar pencapaian iPhone dari sudut pengalaman pengguna dan juga reka bentuk. Ramai pengguna sekarang dah bijak buat penilaian. Diorang dah tahu telefon mana yang best, lebih gempak dan lebih hebat berdasarkan pengalaman mereka. Jadi, jangan pandang mudah juga dengan hak pengguna sekarang yang akan memberi pendapat yang jujur tentang sesuatu produk.

Jadi, korang yang di luar sana yang tertanya kamera telefon bimbit mana yang gempak, sekarang sudah terjawab. Amat jelas sekali Huawei P9 merupakan pemenang di sini.

Related

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

Olimpik Rio : Beregu Lelaki Badminton Negara Buat Kejutan Mara Separuh Akhir

RIO DE JANEIRO, 15 Ogos: Beregu lelaki badminton negara, Goh V Shem dan Tan Wee Kiong melakukan kejutan apabila mara ke separuh akhir setelah mengalahkan gandingan nombor 1 dunia, Lee Yong Dae dan Yoo Yeon Seong dari Korea Selatan.

Pasangan negara itu menang dengan mata 17-21, 21-18, 21-19.

Beregu itu akan menentang pasangan dari China, Chai Biao-Hong Wei di separuh akhir esok. - Siakapkeli.my

Read more ...

Pandangan Dr M mengenai kesetiaan, rasuah - dulu dan sekarang

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membuat banyak pandangan kritikal mengenai kesetiaan dan rasuah dalam kempennya menentang kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bagi kebanyakan orang, tindakan itu satu anjakan besar bagi Mahathir pada sekitar tahun 1980-an dan 90-an, ketika dirinya juga dituduh dengan gejala rasuah dan memupuk budaya kronisme.

Malaysiakini meneliti pandangan yang dibuat oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam dalam bukunya Frankly Speaking' dan membandingkannya dengan kenyataan Mahathir baru-baru ini, untuk melihat sejauh mana pandangan pemimpin berusia 91 tahun itu telah berubah.

Pandangan Mahathir mengenai kesetiaan ketika itu:

"Sebagai Perdana Menteri, Mahathir menuntut kesetiaan mutlak. Lebih-lebih lagi kesetiaan yang bersifat peribadi dan tidak sama sekali seperti kesetiaan yang saya pegang. Saya melihat kesetiaan sebagai khusus untuk parti, jawatan yang dipegang, kepada negara, dan akhirnya, kepada rakyat.

"Dr Mahathir menuntut kesetiaan mutlak. Tegasnya ia adalah harga untuk kerajaan yang baik. Beliau mahu seseorang untuk kekal setia kepadanya, walaupun beliau sendiri bertindak salah. Dan jika penyokong setianya bertindak salah, mereka juga akan diampunkan dan dilindungi.

"Bagi Mahathir, kesetiaan adalah obsesi - kesetiaan mengatasi prestasi, kesetiaan mengatasi keupayaan, dan kesetiaan kepada beliau sebagai ketua parti." - Musa Hitam, Frankly Speaking.

Pandangan Mahathir mengenai kesetiaan hari ini:

"Hari ini kebanyakan ahli dan pemimpin Umno sudah jadi bisu, pekak dan buta. Mereka tahu kesalahan Najib tetapi mereka sokong juga Najib." - blog Mahathir.

"Orang Melayu sekarang tidak percaya kepada diri mereka sendiri ... Mereka mengikat diri mereka kepada parti. Walaupun parti itu melakukan kesilapan besar mereka akan terus menyokong parti." - sidang akhbar Mahathir di Sungai Besar.

Pandangan Mahathir mengenai rasuah ketika itu:

"Saya dapati apabila BPR (Badan Pencegah Rasuah) menyiasat seseorang individu, ada ketikanya tiada keputusan diambil. Ada kalanya perdana menteri (Mahathir) menunjukkan kepentingan dalam kes tertentu. Pada masa lain, siasatan akan disusuli dengan tindakan yang lebih serius iaitu pendakwaan.

"Hasil perbincangan saya dengan Dr Mahathir mengenai perkara tersebut, saya dapati bahawa beliau percaya, apabila seseorang dalam kedudukan yang berkuasa, seseorang itu perlu mengunakan kearifannya untuk mencati keseimbangan antara kepentingan politik dan tadbir urus yang baik. Dalam erti kata lain, kesan politik yang lebih luas perlu dipertimbangkan. " - Musa Hitam, Frankly Speaking.

Pandangan Mahathir mengenai rasuah hari ini:

"Saya berharap rakyat tidak akan menerima rasuah kerana ia adalah haram, dan boleh memusnahkan negara." - ucapan Mahathir di Kedah.

[Baca berita penuh]

Read more ...

Semua parti komponen harus bergerak sebagai BN

SEREMBAN: Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam hari ini menyarankan semua parti komponen termasuk UMNO, MIC dan MCA bergerak sebagai satu Barisan Nasional (BN).
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *