Recent Post

Monday, January 18, 2016

Kenyataan Rafizi berulang kali salah dan tidak bertanggungjawab, kata 1MDB

Firma pelaburan negara, 1MDB menyangkal kenyataan yang dikeluarkan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli pada 14 Januari.
Read more ...

RESPECT! Wanita Paling GEMUK Di Dunia Berjaya Jadi KURUS!!

WANITA PALING OBESITI DI DUNIA BERJAYA HILANGKAN 1000 POUND BERAT BADAN Mayra Rosales wanita berusia 34 tahun ini pernah mengalami masalah obesiti melampau sehingga tidak mampu untuk bergerak dan berganjak dari tempat tidurnya. Kegemukan yang dialami membuatkan diri beliau langsung tidak produktif dan menjadi satu bebanan besar dalam kehidupannya. Beliau terpaksa meminta bantuan untuk membersihkan diri, bangun dari tempat tidur bahkan hanya mampu mandi dengan mencuci rambut sahaja di tempat tidurnya sendiri.

Namun, masalah yang dihadapi bukan penyebab untuk Mayra berputus asa dengan kehidupannya. Usaha dan kegigihan beliau membuktikan setiap masalah yang dihadapi pasti ada cara untuk menanganinya. Menerusi pembedahan, senaman dan aturan diet yang ketat dan konsisten, Mayra Rosales berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 1000 pound dan perkara ini benar-benar merupakan satu kejayaan besar bagi Mayra.

Kisah perjalanan beliau untuk menguruskan badannya ternyata amat sukar dan jika dilihat secara kasarnya tidak mungkin beliau mampu untuk mendapatkan bentuk badan yang diidamkan. Namun, berkat kegigihan dan semangat yang tidak pernah putus, Myra Rosales kini telah menjalani kehidupan yang sihat dan normal seperti orang lain. Kejayaan wanita ini sesungguhnya memberi banyak insipirasi kepada orang ramai. Benarlah kata pepatah, Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Jelas terbukti bahawa, tiada yang mustahil dalam dunia ini.

Read more ...

Zamarul Hisham Berubah Menjadi Lebih Baik Selepas Rujuk Dengan Diana Rafar

Pernah satu ketika rumah tangga Zamarul Hisham dan Diana Rafar dilanda badai sehingga merobohkan rumah tangga yang dibina. Namun, kekuatan cinta dan kasih sayang membuatkan pasangan ini kembali rujuk semula.

Sejak daripada saat itu, Zamarul mengakui kehidupannya kini bersama keluarga lebih bahagia daripada sebelumnya. Buat Zamarul, tiada apa lagi yang beliau inginkan selain menjaga "harta" yang sangat berharga buat dirinya.

Terus terang cakap, sekarang ini tiada apa yang diinginkan lagi selain menjaga harta yang saya ada sekarang iaitu keluarga tercinta. Bila orang yang disayangi gembira, sekali gus hati kita juga turut gembira dan tidak dinafikan setiap apa yang dilakukan berjalan lancar.

Tambah Zamarul, beliau setiap hari ingin menjadi insan yang lebih baik dan belajar daripada perpisahan yang lalu. Apa yang berlaku pada rumah tangganya sebelum ini adalah satu ujian buat beliau untuk lebih kuat dan mengajar beliau untuk menjadi seorang  ketua keluarga yang baik.

Apa yang berlaku dalam rumah tangga saya sebelum ini adalah ujian daripada Allah kerana apa yang datang daripada-NYA memang tidak dapat diduga. Rumah tangga ini ibarat sebuah kapal, ada ketikanya belayar di air tenang dan ada waktunya dilambung ombak.

Apa yang dapat saya pelajari daripada perpisahan sebelum ini ialah kita perlu menghargai apa yang ada dan jagalah ia sebaik mungkin kerana dalam sebuah rumah tangga perlu ada sikap tolak ansur dan percaya antara satu sama lain. Apa-apa hal yang berlaku, mesti dibawa berbincang dan selesaikan segera .

Memang jelas Zamarul Hisham dan Diana Rafar tampak lebih bahagia sekarang. Dalam rumah tangga ini, sikap sabar dan toleransi adalah kunci utama agar ia kekal sehingga ke akhir hayat. Janganlah terlalu ego, kerana jika nasi sudah menjadi bubur bukan senang untuk bina semula hubungan yang hancur.

Sumber Berita: Utusan Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

"SAYA TAK MALU JUAL PAKAIAN DALAM" - FARAH ASYIKIN

Read more ...

Dua lagi kakitangan PTG Pahang didakwa terima rasu... - AgendaDaily

Terakhir dikemaskini: 18 Januari 2016 By WARTAWAN AGENDADAILY Lagi dua kakitangan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan pada Isnin atas pertuduhan menerima suapan daripada seorang pelombong bauksit haram, awal bulan ini.

Rabu lalu dua kakitangan PTG pahang didakwa atas tuduhan yang sama.

Tertuduh, Mohd. Nurfirdaus Rahmat, 28, yang bertugas sebagai Pembantu Awam dan Abdul Rahim Sulaiman, 53, seorang Penolong Pentadbir Tanah di jabatan berkenaan bagaimanapun me­ngaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Habibah Mohamed Yusof.

Mengikut kertas pertuduhan, Mohd. Nurfirdaus dituduh menerima rasuah wang tunai sebanyak RM8,500 daripada Anurul Hiraq Abu Bakar, 33, sebagai balasan kerana memberi perlindungan bagi menjalankan aktiviti perlombo­ngan bauksit secara haram dengan menjual 50 keping borang 13D.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut pada pukul 6.05 petang di Lorong Bukit Ubi 26, Bukit Sekilau, di sini pada 6 Januari lalu.

Tertuduh kedua, Abdul Rahim Sulaiman, 53, pula dituduh bersubahat bersama Mohd. Nurfirdaus menerima suapan wang tunai sebanyak RM8,500 daripada individu sama sebagai balasan kerana memberi perlindungan bagi menjalankan aktiviti perlombo­ngan bauksit secara haram.

Pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 28 (1) (c) dibaca bersama Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Ra­suah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (a) akta yang sama.

Pertuduhan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Shafinas Shabudin dan Habibah menetapkan 15 Februari ini sebagai tarikh sebut semula kes.-18/1/2016

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Read more ...

THR Raaga Celebrated Ponggal with More Than One Thousand Fans

Ponggal is a traditional Indian harvest festival to give thanks to Sun God and Mother Earth.

Annually, THR Raaga will celebrate this festival with its listeners and this year team celebrated this festival with their listeners at 4 different locations nationwide.

THR Raaga announcers Aanantha, Uthaya, Suresh, Raam, Revathy, Kavimaaran, Ahila, Gheetha and Yashini gave away pots, sugar canes and Ponggal mix ingredients to their listeners at Ipoh, Klang, Rawang and Bahau.

'As a Tamil radio station, THR Raaga aspires to promote the Indian tradition and cultures to our younger listeners," said Content Manager of THR Raaga, Subramaniam Veerasamy.

THR Raaga Celebrated Ponggal with More Than One Thousand Fans!

Komen via Facebook

Komen

— 133 Bacaan
Read more ...

'Terkubur Hasrat Nak Jadikan Dia Sebagai Isteri'

Assalamualaikum semua. Sorry, cerita aku agak panjang. Tetapi sudah lama aku nak luahkan.  Aku sebenarnya tak belajar pun di UIA. Aku tengah belajar medik di sebuah negara bahagian Eropah. Cuma sebabnya aku confess di page IIUM Confessions ini sebab nak ceritakan kisah hidup aku bersama seorang perempuan ini.  Perempuan yang berjaya memikat hati aku buat kali pertama. Satu-satunya perempuan yang aku sangat selesa bila bersamanya. Perempuan yang dapat membuatkan hati aku berdegup kencang setiap kali bercakap dengannya dan perempuan ini kini sedang belajar di UIA. Jadi, mungkin dia akan terbaca kisah ini. Siapa tahu? Aku ini boleh dikatakan agak pemalu bila berdepan dengan perempuan. Boleh dikatakan seumur hidup setakat ini, aku tidak ada kawan perempuan yang rapat. Aku hanya bergaul dengan perempuan bila ada urusan kerja sahaja. Aku takkan menegur sapa perempuan tanpa sebab. Ceritanya bermula seperti ini. Aku kenal dia pada tahun 2005. Pada masa itu aku di penghujung sekolah rendah, dia ini salah seorang classmate aku. Tetapi dalam ramai-ramai, aku paling tertarik dengan dia. Dia lemah lembut, senyuman manis. Boleh dikatakan aku pergi kelas sebab nak tengok dia. Tetapi kami tidak pernah bertegur sapa. Hanya mengetahui namanya sahaja dan sekadar memerhati dari jauh.  Selepas UPSR, saya nak tahu juga dia nak masuk ke sekolah mana sebab aku nak ikut sama. Tetapi apakan daya aku terpaksa pindah ke satu negeri jauh ke utara sebab ayah aku tukar tempat kerja. Sejak itu, aku tak tahu apa-apa berita mengenai dia. Di tempat baru, aku masuk ke sekolah yang berprestij tinggi berbekalkan keputusan UPSR aku 5A. Sekolah itu, pelajarnya semua lelaki dan memang sesuailah dengan aku yang tidak reti bergaul dengna perempuan.  Aku suka sangat dengan sekolah itu. Disebabkan aku ini agak pandai, semua cikgu sukakan aku. Ada apa-apa pertandingan, mesti aku yang dihantar. Junior, senior, semua kenal aku sebab kerap mewakili sekolah. PMR pun dapat straight A. Sampailah aku berada di tingkatan 4. Masa itu internet baru tengah berkembang. Ayah pasang internet di rumah dan aku pun cubalah menjinakkan diri dengan Facebook.  Tahu siapa yang aku cari dulu? Dia. Aku memang takkan dapat melupakan dia. Crush dari dulu. Aku masih ingat lagi nama penuh dia sehingga sekarang. Aku taip nama dia, memang ada. Gembira bukan main, terus aku add dia.  Tidak lama selepas itu, dia approve dan aku pun mula menghantar mesej bertanya khabar, sekolah mana sekarang dan sebagainya. Lebih kurang seminggu juga kami berchatting melalui Facebook, aku beranikan diri meminta nombor telefonnya. Dia bagi.  Malam itu juga aku confess pada dia yang aku sudah lama menaruh hati padanya. Dia menerima cinta aku! Dia cakap yang dia pun ada usha aku juga dulu tetapi takut nak tegur sebab aku ini pemalu, sopan. Rupa-rupanya macam inilah rasanya jatuh cinta. Sejak dari itu, setiap hari aku mesej dia, call dia jika ada duit lebih. Memang bahagia sangat-sangat walaupun tidak dapat berjumpa lagi sebab tempat kami jauh. Tetapi aku tahu if she's the one, no matter how far the distance, we will be together. Jadi, tahun pertama sebagai couple kan, birthday dia pun tak lama lagi, kenapa tidak aku berikan hadiah untuk dia? Lebih kurang dua minggu lagi harijadi dia, hadiah pun sudah beli, tinggal nak balut dan post saja lagi. Tetapi dia hantar satu mesej, katanya nak putuskan hubungan ini. Aku tanya kenapa, dia tidak dapat memberikan sebabnya. Dia cuba lost contact dengan aku, dia tukar nombor telefon, deactivate Facebook. Aku memang total lost contact. Hati aku punyalah remuk retak seribu. Aku mana pernah bercinta sebelum ini, mana reti nak deal dengan putus cinta. Aku menangis dan banyak duduk seorang diri. Nasib baik masa itu cuti sekolah, jadi aku boleh menangis semahu-mahunya di rumah. Parents aku tak tahu pun tentang hubungan aku dengan dia. Aku malu nak bercerita tentang perempuan pada parent aku. Yes, putus cinta sangat perut walaupun baru lima bulan bercinta dengannya. Aku berazam tidak akan jatuh cinta lagi dan fokus pada pelajaran demi masa depan.  Buka sekolah, aku form 5. Memang bertekad gila untuk melupakan perempuan itu dengan fokus dalam pembelajaran. Semua jawatan aku tibai. Presiden kelab ini, setiausaha kelab itu. Semua aku cadangkan diri sendiri. Yelah, sebab nak markah penuh ko-kurikulum untuk masuk universiti kelak.  Aku semakin lupa pada doa. At the end, aku berjaya dapat straight A dalam SPM. Korang boleh agak betapa bangganya parent aku bila aku berdiri di atas pentas untuk ambil keputusan SPM. Lagipun aku ini anak sulung. Dengan keputusan itu, aku cuba untuk memohon melanjutkan pelajaran di luar negara. Aku nak jadi seorang doktor. Alhamdulillah, aku mendapat tawaran untuk degree medik di luar negara ditaja oleh MARA. Lebih kurang tiga bulan di tempat baru, aku terima satu friend request. You're right, it's from the same girl whom I in love with long time ago. Aku pun approve sebab dah rasa tak ada apa-apa dengan dia. Dia meminta maaf pada aku dan beritahu aku mengapa dia nak clash dulu. Rupa-rupanya dalam masa dia couple dengan aku, dia terjatuh cinta tanpa sengaja dengan classmate dia. Tetapi satu hari classmate dia luahkan perasaan pada dia yang membuatkan dia mahu memutuskan hubungan kami.  Aku bukan jenis pendendam, jadi aku maafkan dia. Kami keep on messaging bertanya khabar sampai aku rasa aku dah jatuh hati semula padanya. Tetapi dia yang beritahu aku yang dia nak balik dengan aku dan yes kami bercinta buat kali kedua. Tetapi kali ini, aku lebih serius. Aku janji, bila aku dapat balik ke Malaysia setahun sekali, aku akan pergi jumpa ibu parent dia terus.  We're wuite happy as a new couple walaupun masa berlainan dan jarak yang jauh. Aku text dia setiap hari, long distance relationship antara benua ini susah sangat tetapi aku tak kisah asalkan she's the one. Aku akan spare every free time yang aku ada just for her (and family aku of coz). Trust adalah perkara paling penting. Aku? Jangan risaulah, aku masih sama seperti dulu. Segan bila dengan perempuan. Nak curang? Aku datang sini sebab nak jadi doktor, bukan nak main-main. Lebih kurang 10 bulan aku di sana, akhirnya aku dapat balik ke Malaysia. Mahal tiket, bukan boleh balik bulan-bulan. Setahun sekali itu kira bersyukurlah. Yes, aku tunaikan janji aku. Aku pergi jumpa family dia buat kali pertama. Dari negeri, aku naik bas ke tempat dia. Aku dah beritahu family aku tentang dia sebab aku memang ikhlas dengan dia nak dijadikan sebagai isteri. Aku masih tidak dapat melupakan betapa menawannya dia semasa dia ambil aku bersama dengan ayahnya. Aku tak expect pun dia akan jadi so much better in real life daripada Skype. Aku jumpa family dia, aku suka family dia. Diorang pun suka pada aku dan kami spend the whole day borak tentang pelajaran aku, family and our future.  It's been a lovely 3 years with her now and dah jumpa dengan dia 3 kali. Dalam masa yang lama ini, kita akan dapat kenal sikap seseorang itu, macam mana karekter dia. She's a happy go lucky person. Agak peramah. Kadang-kadang aku terfikir karekter dia sangat bertentangan dengan aku yang pemalu, sopan. Tetapi apa orang kata, itulah yang melengkapkan sesebuah hubungan.  Memang akan ada bergaduh sana sini. Sikap dia yang peramah itu kadang-kadang membuatkan aku susah hati. Yela, dia tu cantik rupawan, ramai yang suka dia. Pernah sekali classmate dia di UIA confess pada dia. Dia beritahu aku yang dia tidak tahu nak memilih siapa. Dia sayangkan classmate dia, but dia cintakan aku. Aku rasa aku sangat penyabar. Aku tak pernah marah dia. Aku suruh dia fikir dalam-dalam, takkan dia nak hancurkan hubungan yang kita sudah bina ini hanya disebabkan perkara seperti itu. Bukan sekali perkara ini terjadi, dah banyak kali. Dia tersangat peramah dan sudah puas aku menasihatkan dia dan setiap kali itulah aku akan maafkan dia dan aku takkan marah dia. Aku dalam penghujung bulan terakhir tahun 3 medik. Aku agak sibuk, setiap hari dalam otak aku hanya study dan study. Kebetulan masa itu UIA cuti sem. Jadi dia di rumah holiday. Aku pula bertungkus lumus study medik.  Dia kata aku tiada masa untuk dia sebab aku jarang text dia, jarang call dia. Aku tengah study week, aku minta dia faham dan dia meminta maaf. Dia kata tak apa.  Susah payah, akhirnya aku habis exam dan start cuti. Tetapi aku tak balik Malaysia sebab tiket mahal dengan ringgit Malaysia yang semakin susut nilai. Jadi, perkara pertama yang aku buat selepas exam, aku contact dia. Masa itu dia dah habis cuti dan mula dengan sem baru. Dia kata dia busy, aku dengan serba salah kurangkan text dia sebab tak nak menganggu dia study.  Lagipun dia memang dah jarang balas text aku. Ada sekali aku text dia, 3 hari baru dia balas. Aku ini jenis yang suka text. Macam-macam aku text dia, kata rindulah, oncall lah. Skype? Memang jarang sangat sebab bila dia di UIA, dia kata internet lembab. Walaupun dia tidak balas tetapi aku tak ambil hati sebab aku faham dia tengah study.  Sampailah satu hari, masa itu aku baru pasal 4th year medic, dia text aku yang dia nak putuskan hubungan. Aku tanya sebab apa, dia kata sebab nak fokus study sebab dia serabut aku text banyak sangat. Dia serabut sebab setiap kali dia nak keluar, aku akan tanya nak keluar dengan siapa, naik apa, pergi mana dan sebagainya. Aku cuma ambil berat dan risau. Tetapi dia cakap aku terlalu mengongkong dan dia mahukan kebebasan. Aku patah hati. Walaupun sedih, aku tetap memahm yang dia nak fokus pada study. Ini kali kedua aku break-up dengan orang yang sama. Padahal dialah cinta pertama aku. Mimpi nak kahwin selepas habis study lebur begitu sahaja. Dia kata, kalau ada jodoh, takkan ke mana. Dia nak jadi kawan saja dengan aku.  Aku sedih sangat, menangis seorang diri dan kali ini di negara orang seorang diri. Aku tak beritahu kawan-kawan aku yang aku sudah break. I am very lonely. Lagipun that day, lebih kurang 3 minggu lagi harijadi dia. Kami masih berhubung seperti biasa sebagai kawan. Tetapi aku tak anggap pun dia sebagai kawan. Aku sangat cinta pada dia. Sampailah pada tarikh harijadi dia, waktu itu jam 2 pagi di sini, Malaysia dah 7 pagi. Aku call dia sebab nak wish happy birthday. Tapi dia mamai lagi, suruh aku call lagi dua jam. Aku tunggu sampai jam 4 pagi kemudian aku call dia. Dia jawab dan kata dia dalam kereta nak pergi sambut birthday dengan kawan-kawan. Aku dapat dengar suara seorang lelaki sedang memandu.  Aku tanya siapa lelaki itu, dia akhirnya jujur pada aku yang dia sudah ada pasangan baru. Sedangkan aku masih terkapai-kapai di sini. Wah! Aku marah dia, aku kata dia penipu, kata nak putus sebab nak fokus study. Alasan dia pula, dia memang nak fokus study tetapi lepas putus baru dia ada couple baru. Lebih perit lagi dia kata saying aku tetapi tak cinta. Dia offkan call. Aku patah hati. Memang berkuburlah hasrat aku nak jadikan dia sebagai isteri. Dia block semua contact dengan aku. WhatsApp, Facebook, Twitter, Instagram semua dia block. And here I am, 2 month post-breakup, all alone. Sekurang-kurangnya dah masuk 4th year ini sikit sebanyak menolong aku melupakan dia sebab aku banyak menghabiskan masa di hospital. Lagi dua tahun aku akan habis study dan balik Malaysia. Aku sudah serik. Her loss, not mine. Aku tak nak jumpa dia lagi, ever. UIA girl, if you read this, say hello to your mom for me. I really miss her.  To my real future wife, who ever, where ever you are, please never break my heart, as I only have one. - Bakal Doktor Kamu | Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

Jadilah Seperti Rashid Masuk Buletin TV3

Siapa sangka, belum lagi sampai sebulan, karakter Rashid mendapat sambutan hangat netizen Malaysia.

Lebih membanggakan, karakter rashid hari ini berjaya menembusi media mainstream apabila tampil di buletin TV3.

Rashid adalah satu karakter kartun yang menampilkan sindirin berupa nasihat. Selalunya, rashid akan melakonkan watak seorang yang jujur dan baik. - Siakapkeli.my

— andy telasai (@andytelasai) January 17, 2016
Read more ...

Hindar tajaan untuk publisiti murah - Tengku Abdullah

Persatuan bola sepak di negara ini diingatkan supaya mencari syarikat yang benar-benar serius dan komited sahaja dalam penajaan sukan itu dan bukannya pihak yang mementingkan publisiti murahan semata-mata.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah walaupun mencari penaja dalam sukan bola sepak diakui sukar pada masa ini, namun perkara itu perlu diberi perhatian untuk mengelakkan timbulnya masalah di kemudian hari.

Titah baginda antara masalah yang dikhuatiri berlaku adalah kegagalan mematuhi sepenuhnya syarat penajaan selepas perjanjian dimeterai berikutan ketidakmampuan penaja.

"Jadi kalau nak cari penaja, biar cari penaja yang benar-benar berkemampuan. Kita tak mahu nanti apabila berjanji, tak dapat ditunaikan di belakang hari," titah baginda di Kuantan.

Baginda bertitah demikian ketika mengulas fenomena baharu dalam sukan bola sepak negara apabila beberapa syarikat kosmetik tampil untuk menaja pasukan bola sepak baik dalam Liga Perdana mahupun Liga Super.

Antaranya ialah Vida Beauty Sdn Bhd yang dimiliki oleh usahawan kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida yang tampil menaja pasukan Kelantan sebanyak RM16 juta.

Seorang lagi usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri Kamarzaman, pemilik syarikat D'Herbs Holdings (M) Sdn Bhd, juga dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk menaja pasukan Selangor.

Selain itu syarikat kosmetik Megah Perawan turut merancang untuk menaja pasukan PKNS FC dengan nilai jutaan ringgit.

Mengulas senario itu, Tengku Abdullah bertitah ia satu perkembangan yang baik dan sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan imej sukan bola sepak di negara ini menerusi penajaan yang diberikan.

"Kita alu-alukan mana-mana individu dan syarikat hendak menaja pasukan bola sepak negeri, bergantunglah kepada budi bicara mana-mana pasukan sama ada hendak menerima atau menolaknya," titah baginda.

Titah baginda, masih terlalu awal untuk membuat penilaian sama ada penajaan daripada syarikat kosmetik ini mampu mengubah landskap sukan tersebut di negara ini.

"Soal mengubah landskap bola sepak, jadi lebih meriah, saya ingat kita perlu tunggu dan lihat," titah baginda.

- Bernama

Read more ...

'Nak Sponsor, Sponsor Sajalah'

Semenjak dua menjak ini, taikun-taikun kosmetik berlumba-lumba mahu menaja pasukan bola sepak. Umum mengetahui pengasas Qu Puteh, Datuk Seri Vida telah menaja pasukan Kelantan sebanyak RM16 juta baru dua musim. Dan sehingga ke hari ini, 33 syarat yang diberikan oleh Datuk Seri Vida tidak didedahkan kepada umum.  Bagaimanapun, gambar masjlis menandatangani perjanjian pihak Vida dan Persatuan Bolasepak Kelantan yang menunjukkan pemain pasukan itu melakukan trademark Qu Puteh itu mendapat reaksi yang kurang menyenangkan dari netizen termasuklah Afdlin Shauki.  "Minta maaf, saya peminat tegar bolasepak di dalam dan luar negara. Tetapi saya tidak boleh menerima keadaan apabila sponsor boleh dictate dan mengubah budaya serta intergriti sesebuah pasukan itu. Atau mungkin saya yang salah dan terlalu romantis serta terlalu ingin menidakkan yang sesiapa saja dan apa saja boleh dibeli dengan wang sekarang.  "Nak sponsor, sponsor sajalah. Jangan sampai suruh pemain pun buat sign di pipi itu," katanya di laman Facebook.  Walaupun begitu, netizen juga mempunyai pandangan mereka sendiri.  "Datuk Seri Vida cuba memberikan keceriaan pada sukan bolasepak sekarang dan kerana dia juga, sponsor-sponsor yang lain berlumba-lumba mahu menaja pasukan bola yang lain. Ini barulah nampak menarik," kata Eja Qu Sha.  "Sebagai peminat The Red Warrior, saya sendiri pun rasa ada sedikit tidak kena dengan cara Datuk Seri Vida. Tetapi bak kata orang, 'Beggars can't choose'. Kontrak pun dua tahun. Walau bagaimanapun, bola kena naik dulu. Gaya pipi dan warna itu belakang cerita. Bila bola naik, financial sudah stabil, boleh renegotiate semula term and condition," kata Firdaus Mohamad.  Rata-rata penyokong TRW menerima apa yang telah ditentukan kerana mereka tidak mempunyai pilihan. Tajaan bernilai RM16 juta itu saja yang mampu menamatkan masalah kewangan yang dihadapi oleh TRW. - THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

Hentikan spekulasi keselamatan negara - KPN

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, menerusi akaun Twitternya sebentar tadi, meminta semua pihak supaya berhenti membuat spekulasi mengenai keselamatan negara.
Read more ...

PANAS! Ayda Jebat Bakal Keluarkan Single Terbaru

Share

Share

Share

Email

Sebelum ini, pelakon Ayda Jebat yang pernah digosipkan dengan Zul Ariffin telah muncul dengan single pertama bertajuk Siapa Diriku malah lagu tersebut dicalonkan dalam separuh akhir Anugerah Juara Lagu 30 (AJL30) baru-baru ini. Namun, dia tidak berjaya untuk ke peringkat akhir. – KECOH! Kegagalan Ayda Jebat Ke Peringkat Akhir AJL 30 Terbongkar

Melalui instagramnya, Ayda telah berkongsi dengan peminat dengan memuat naik video nyanyian single keduanya yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi. Single terbarunya ini bertajuk Pencuri Hati yang dicipta oleh komposer Kevin Chin dan lirik ditulis bersama Ayda sendiri. Wah satu perubahan yang bagus. Mungkin lepas ini Ayda bakal menjadi penulis lirik untuk lagu artis lain pula. Siapa tahu kan?

Mengenai single terbarunya itu, dia agak risau dengan sambutan terhadap lagu barunya itu. Malah, single pertamanya dulu juga kurang mendapat sambutan pada awalnya tetapi menjadi sebutan ramai apabila hampir 3 juta orang menonton di You Tube.

Ayda Jebat 1

"Saya agak teruja dengan single kedua ini dan pada masa sama berdebar juga. Kita belum tahu bagaimana sambutannya untuk lagu ini? Bagaimanapun, saya kena positif."

"Insya-Allah, semoga 2016 menjadi tahun yang akan memberikan kejayaan dan keindahan buat kita semua."

Video klip untuk single terbarunya bakal dirakamkan pada bulan depan.

"Lagu ini dirakamkan di Indonesia hujung tahun lalu. Insya-Allah bulan depan, video muzik lagu ini akan dihasilkan pula."

Ayda 2

Apapun, semoga lagu terbaru dari Ayda Jebat bakal mendapat sambuta hangat dari netizen. Memang tak disangkalkan lagi kebolehan Ayda sebagai seorang penyanyi yang berbakat.

LAGI ARTIKEL MENARIK: 

  • "Saya Rasa Sangat Sedih, Rasa Macam Nak Nangis!" – Ayda Jebat
  • Ayda Jebat Mahu Lupakan Zul Ariffin… Apa Kes?
  • Panas! Ayda Jebat Kecewa Dituduh 'Plastik' Oleh Sharifah Sakinah?
  • Adegan Terlajak Mesra Ayda Jebat Dan Zul Ariffin Dalam Drama M.A.I.D Dikritik Penonton!
  • 1,196 total views, 1,196 views today

    , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , Murai, , , , , , , ,
    Read more ...

    Datuk Hamidah DEDAH ditawarkan sesuatu untuk tutup mulut dari terus lantang kritik

    CELAH GELEGAR Datuk Hamidah DEDAH ditawarkan sesuatu untuk tutup mulut dari terus lantang kritik IPOH - Bekas Ketua Wanita Umno Bahagian Gopeng, Datuk Hamidah Osman mengakui ditawarkan sesuatu untuk menutup mulut dari terus lantang bersuara khususnya membabitkan kritikan terhadap kerajaan. Hamidah yang hadir sebagai panel Wacana Perdana Selamatkan Malaysia anjuran sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagaimanapun tidak mendedahkan bentuk tawaran yang dinyatakan. "Jika diberi pilihan antara pemimpin dan parti, saya akan pilih parti, tetapi jika antara parti dan negara, saya lebih utamakan kepentingan negara dari parti. "Apa yang terjadi (pemecatan dalam Umno) saya reda dan saya sanggup ketepikan kepentingan diri kerana bimbang apa yang berlaku hari ini dan apa yang akan berlaku pada masa akan datang," katanya ketika berucap pada wacana tersebut.‎ Turut menjadi panel pada wacana tersebut, Naib Presiden Pas, Idris Ahmad. Wacana Perdana Selamatkan Malaysia dianjurkan Perunding Ilmuan di sebuah hotel terkemuka di sini.
    Read more ...

    RESPECT! Wanita Paling GEMUK Di Dunia Berjaya Jadi KURUS!!

    WANITA PALING OBESITI DI DUNIA BERJAYA HILANGKAN 1000 POUND BERAT BADAN Mayra Rosales wanita berusia 34 tahun ini pernah mengalami masalah obesiti melampau sehingga tidak mampu untuk bergerak dan berganjak dari tempat tidurnya. Kegemukan yang dialami membuatkan diri beliau langsung tidak produktif dan menjadi satu bebanan besar dalam kehidupannya. Beliau terpaksa meminta bantuan untuk membersihkan diri, bangun dari tempat tidur bahkan hanya mampu mandi dengan mencuci rambut sahaja di tempat tidurnya sendiri.

    Namun, masalah yang dihadapi bukan penyebab untuk Mayra berputus asa dengan kehidupannya. Usaha dan kegigihan beliau membuktikan setiap masalah yang dihadapi pasti ada cara untuk menanganinya. Menerusi pembedahan, senaman dan aturan diet yang ketat dan konsisten, Mayra Rosales berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 1000 pound dan perkara ini benar-benar merupakan satu kejayaan besar bagi Mayra.

    Kisah perjalanan beliau untuk menguruskan badannya ternyata amat sukar dan jika dilihat secara kasarnya tidak mungkin beliau mampu untuk mendapatkan bentuk badan yang diidamkan. Namun, berkat kegigihan dan semangat yang tidak pernah putus, Myra Rosales kini telah menjalani kehidupan yang sihat dan normal seperti orang lain. Kejayaan wanita ini sesungguhnya memberi banyak insipirasi kepada orang ramai. Benarlah kata pepatah, Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Jelas terbukti bahawa, tiada yang mustahil dalam dunia ini.

    Read more ...

    Popular Posts

    Berita Harian

    Malaysia Kini

    Mypotnews Links

    Submit ExpressFree Webmaster Tools
    Ping search engines.

    Contact Form

    Name

    Email *

    Message *