Recent Post

Sunday, July 24, 2016

(TAHNIAH) Hetty Sarlene Selamat Diijabkabulkan Dengan Dani Aaqil

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon Hetty Sarlene yang sudah sah bergelar isteri kepada Dani Aaqil ataupun nama sebenarnya Daniel Oakes pada tengah hari semalam.

Majlis akad nikah Hetty dan Dani seorang jejaka yang berasal daripada London itu berlangsung di Royal Palm @ Clarke Quay di Singapura.

Hetty tampak cukup cantik mengenakan busana berwarna putih manakala Dani segak memakai baju Melayu cekak musang sedondon dengan Hetty.

Dani menyerahkan mas kahwin sebanyak 100 Singapore Dollar (RM300) serta lima dulang hantaran kepada Hetty. Pengantin perempuan juga turut membalasnya dengan lima dulang hantaran.

Jumlah wang hantaran yang diterima Hetty Sarlene sebanyak GBPSTG10,000 pound (RM53,500). Akad nikah disempurnakan Kadi Salim Jasman yang berwalikan bapa Hetty Sarlene, Abdul Hamid Hassan.

Majlis persandingan juga diadakan di lokasi yang sama selepas upacara akad nikah selesai. Majlis resepsi pihak lelaki pula akan didakan di London pada akhir tahun ini.

Lagi beberapa foto sekitar majlis akad nikah dan persandingan Hetty Sarlene dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Datuk Red dulu pemandu lori sayur sahaja - isteri pertama - Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 24 Julai - Berkahwin ketika usianya 19 tahun, madu kepada penyanyi Adira mendedahkan dia sebenarnya sudah masak benar dengan perangai suaminya, Datuk Seri Adnan Abu (Datuk Red). 

DATIN RED

DATIN RED

Hanya mahu dikenali sebagai Datin Red atau Syarifah, wanita berusia 30 tahun ini tidak pernah ambil pusing tentang pendapat orang lain di luar sana tentang hal-hal yang negatif dikaitkan dengan suaminya.

Soal pokok bagi dirinya ialah,  kehidupannya sebagai isteri pertama Datuk Red bahagia.

"Apa yang berlaku di luar sana biarlah suami saya sahaja selesaikan, dia yang mula cari masalah. Mengapa saya perlu pening kepala fikirkan masalah dia? 

"Saya tidak tahu pasal orang luar mengecam atau marah dia, yang pasti hubungan saya dengan dia bahagia," katanya dalam nada cukup selamba.

Bercakap soal poligami, tidak salah untuk dikatakan bahawa Datin Red ini mempunyai hati sekeras batu. 

Bukan apa, melihat air mukanya sedikit pun tidak tersentuh macam isteri lain, ini bukan kali pertama masalah berlaku dalam kehidupan rumah tangganya. 

Selepas suaminya menikahi Adira, kali ini Datuk Red dengan jujur memberitahu tidak ada masalah untuk berkahwin kali ketiga.

"Entahlah, mahu kata hati ini seperti batu, batu juga boleh pecah. Cukuplah saya kata saya sudah lali, sebab masak benar dengan perangainya.

"Apa yang kuatkan saya adalah anak-anak, dan satu tip untuk hidup bersama suami saya ini. Jangan bebankan dia dengan masalah di rumah. Sebab itu sehari dua yang lalu, ketika satu Malaysia kecoh mengenai kisah Datuk Red dengan artis Ruhainies, bila dia pulang ke rumah sepatah pun saya tidak bertanya soalan yang sama," katanya jujur.

Bercakap mengenai detik perkenalan dengan Datuk Red, kata Syarifah pada mulanya dia hanya mengenali suaminya itu sebagai pemandu lori sayur. 

"Saya berkahwin ketika berumur 19 tahun, memang selepas 10 tahun tiada apa yang saya dapat rasakan selain sayang kepada dirinya mungkin juga sebab anak-anak.

"Kami mula mengalami kehidupan yang lebih senang sejak tiga tahun yang lalu, apabila perniagaan suami semakin baik," katanya.

Hanya ketawa ketika diminta memberi tip buat wanita di luar sana yang dimadukan menjadi lebih tabah, Syarifah tidak menolak kuncinya adalah sabar dengan setiap ketentuan.

"Saya percaya kepada jodoh, selagi ada jodoh saya akan bersama dia. Soal bermadu, saya rasa mana-mana wanita juga sama. Macam mana hancurnya hati saya ketika dia berkahwin dengan Adira, mungkin Adira juga merasai perkara yang sama kini.

"Cumanya selagi dia suami, saya akan pastikan menjadi isteri yang baik buat dirinya," katanya. - UTUSAN ONLINE

Read more ...

4 Maut Bot Karam di Perairan Kota Tinggi

KOTA TINGGI, 24 Julai: Empat maut, manakala 33 yang lain terselamat selepas bot yang dinaiki oleh mereka karam dalam kejadian kira-kira 80 meter dari Pesisr Pantai Batu Layar malam tadi.

Menurut Komander Operasi Azlan Mohd Sobri dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Penawar, empat yang maut adalah 3 wanita dan seorang lelaki.

"Berdasarkan maklumat setakat ini, bot dinaiki 37 penumpang warga Indonesia dengan yang terselamat membabitkan 25 lelaki dan lapan perempuan," katanya sebagaimana lapor BH Online.

Turut membantu ialah 12 anggota polis, 29 askar, tiga petugas hospital dan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Kata beliau, operasi pencarian masih dijalankan. - Siakapkeli.my

Sumber : BH Online.

Read more ...

TPM: Malaysia pandang serius saman DOJ

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan memandang serius tindakan Jabatan Kehakiman (DOJ) AS memfailkan saman pelucutan hak sivil yang berkaitan dengan 1MDB.

Beliau berkata Malaysia menyambut baik usaha DOJ AS dalam memerangi rasuah antarabangsa dan menggesa semua pihak terlibat supaya memberi kerjasama sepenuhnya supaya proses undang-undang dapat dilaksanakan.

Katanya Malaysia sebagai anggota bertanggungjawab Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan masyarakat global, menghormati proses perundangan bagi bidang kuasa yang berbeza dan kekal komited sepenuhnya dalam menegakkan kedaulatan undang-undang.

"Seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, ini adalah selaras dengan komitmen kami untuk menggalakkan tadbir urus yang baik, terutamanya dari segi ketelusan dan akauntabiliti.

"Dalam kapasiti saya sebagai Menteri Dalam Negeri, saya boleh mengesahkan bahawa siasatan itu masih dijalankan dalam negara oleh pihak berkuasa yang berkaitan terutamanya Polis Diraja Malaysia," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

DOJ AS telah memfailkan saman sivil itu bagi mendapatkan kembali aset yang diperoleh melalui dana 1MDB, yang didakwa diselewengkan.

Ahmad Zahid menegaskan bahawa mana-mana individu atau syarikat Malaysia yang didapati terlibat dalam kegiatan yang menyalahi undang-undang di mana-mana saja di dunia, bakal berdepan dengan tindakan perundangan.

Menurutnya kerajaan Malaysia komited menyelesaikan isu itu sepenuhnya dan keutamaan diberikan kepada usaha menegakkan keadilan bagi memastikan kepentingan rakyat dilindungi sepenuhnya.

"Apa yang lebih penting ialah kita tidak boleh membiarkan diri kita terjejas dengan tindakan undang-undang itu.

"Rakyat Malaysia perlu terus bersatu dan memberi tumpuan dalam menghadapi cabaran yang mendepani negara kita sama ada di tanah air atau di luar negara. Saya yakin, kita dapat mengatasi masalah 1MDB tidak lama lagi," katanya.

- Bernama

Read more ...

SUKMA XVIII dirasmi penuh gemilang

PETRA JAYA:  Majlis perasmian Sukan Malaysia Ke-18 (SUKMA XVIII) Sarawak 2016 berlangsung penuh gemilang dan berwarna warni sebentar tadi.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *