Recent Post

Thursday, September 29, 2016

Zila Seeron Mengaku Bersalah Khalwat, Menyorok Belakang Almari Ketika Diserbu

Bekas isteri Along Cham, Zila Seeron dan pengurus syarikat, Mohd Khairul Azizi masing-masing didenda RM2,500 oleh Mahkamah Tinggi Syariah, di sini, pada Khamis kerana berkhalwat. Hukuman itu diputuskan oleh Hakim Syarie Azzeman Omar selepas kedua-duanya mengaku bersalah atas tuduhan berkenaan yang dilakukan pada Ogos lalu. Azzeman turut memerintahkan kedua-dua tertuduh dipenjara lima bulan sekiranya gagal membayar denda.zila seeronZila atau nama sebenarnya Nur Azilah Seeron, 28, dan Mohd Khairul Azizi Burhanudin, 32, yang bukan suami-isteri atau mahram didakwa atas tuduhan khalwat di rumah lelaki itu di Blok A-15-2, Apartment Jalil Damai, Jalan 14/155C, Bandar Bukit Jalil di sini, antara pukul 6.55 pagi sehingga 7.13 pagi, pada 13 Ogos 2016. Mereka didakwa mengikut Seksyen 27(a) dan (b) Akta Kesalahan Syariah (Wil ayah-Wilayah Persekutuan) 1997 iaitu melakukan khalwat yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara maksimum selama dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

zila seeron

Menurut fakta kes, anggota penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah (Jawi) melakukan pemeriksaan berdasarkan aduan orang awam di satu unit apartment beralamat di A-15-2, Apartment Jalil Damai, Jalan 14/155C, Bandar Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur.

Pada pukul 6.56 pagi, anggota penguatkuasa telah menekan loceng, mengetuk pintu apartment tersebut sambil memberi salam lalu seorang lelaki tidak memakai baju memaklumkan bahawa rakannya tidak memberi keizinan untuk membuka pintu berkenaan.

Anggota penguatkuasa bagaimanapun memberi amaran akan memecahkan pintu sekiranya penghuni apartment gagal memberikan kerjasama.

Selepas beberapa minit berlalu, penghuni tersebut masih enggan memberikan kerjasama dan hanya membuka sedikit pintu utama serta memaklumkan tidak akan membukanya. Baca artikel ini sepenuhnya untuk fakta kes penuh. Sumber Mstar Online.

Pada pukul 7.10 pagi, pihak penguatkuasa mula memotong mangga besi pada pintu jeriji apartment tersebut.

Setelah berjaya memasukinya seorang lelaki berdiri berdekatan kerusi di meja makan.

Hasil pemeriksaan, lelaki tersebut dikenali sebagai Mohd Khairul Azizi Burnahudin iaitu tertuduh lelaki yang ketika itu memakai baju berwarna hitam dan berseluar panjang berwarna hitam.

Hasil pemeriksaan seterusnya mendapati terdapat seorang perempuan yang sedang berdiri dan bersembunyi di belakang almari bilik dengan memakai baju T berwarna putih bercorak bunga dan berseluar panjang berwarna kelabu tanpa memakai tudung.

Anggota penguatkuasa seterusnya mengarahkan perempuan itu keluar dari tempat persembunyian dan bergerak ke ruang tamu dan hasil siasatan perempuan tersebut dikenali sebagai Nur Azilah Seeron.

Pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua beragama Islam dan tiada hubungan mahram serta bukan suami isteri.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Filem Munafik ditayang di 30 pawagam Indonesia - Utusan Malaysia



JAKARTA 29 Sept. - Filem Munafik yang memenangi anugerah Filem Nasional Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke- 28 (FFM28) yang lalu, mencatat sejarah tersendiri apabila berjaya menembusi pasaran Indonesia.



Filem terbitan Skop Productions Sdn. Bhd., yang mendapat kutipan RM17 juta di Malaysia bakal ditayangkan di 30 buah pawagam di seluruh Indonesia bermula 5 Oktober ini. Ia diedarkan oleh syarikat produksi gergasi Indonesia, MD Pictures.



Pada tayangan perdananya malam tadi di Jakarta, Munafik mendapat respons yang cukup positif daripada penonton tempatan.



Sekitar 300 penonton yang hadir pada tayangan tersebut rata-ratanya memberi reaksi luar biasa ke atas Munafik yang genre ceritanya seiring dengan cita rasa mereka.



Turut hadir pada tayangan perdana tersebut ialah Pengerusi Finas, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, pengarah dan pelakon Syamsul Yusof, Nabila Huda, A. Galak serta artis Indonesia seperti Randy Pangalila, Nikita Mirzani, Anggika Bolsterli

.

Menurut produsernya, Datuk Yusof Haslam, penayangan Munafik di negara tersebut ekoran permintaan daripada MD Pictures yang berminat dengan kandungan ceritanya yang Islamik bersesuaian dengan selera penonton Indonesia. 



Kemasukan Munafik ke Indonesia secara tidak langsung memenuhi permintaan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) yang mahu filem-filem tempatan dipasarkan ke luar negara. 



MD Pictures yang berminat menayangkan Munafik di Indonesia selepas melihat respons positif peminat negara tersebut menerusi media sosial.



Jadi, selepas melihat jalan cerita Munafik yang mempunyai nilai Islamik, mereka sangat berminat dan memutuskan untuk memasarkannya ke seluruh Indonesia. 



"Saya tak berani mahu menaruh harapan yang tinggi ke atas kutipannya di Indonesia, kita tunggu dan lihat sahajalah," kata Yusof yang turut berada di Jakarta bagi tayangan perdana filem Munafik semalam. 



Pelakon Randy Pangalila yang ditemui selepas tayangan perdana menyifatkan cerita itu cukup berbeza dan memberi impak seram yang luar biasa.



"Pada awal ceritanya, saya melihat Munafik tidak ada yang istimewa tetapi semakin ditonton, ia menjadi seram dan mempunyai unsur suspens yang mendebarkan. 



"Babak paling menakutkan bagi saya sewaktu Maria (lakonan Nabila huda) berada di hospital dan di bilik mayat. 

"Pengakhiran cerita ini juga sangat bagus kerana ia sesuatu yang bukan dalam jangkaan kita. Justeru saya sangat menggalakkan rakan-rakan dan peminat untuk menonton Munafik.



"Lakonan dan arahan Syamsul Yusof juga sangat bagus. Saya tidak pernah melihat lakonannya sebelum ini dan saya berharap akan dapat bekerjasama dengan dia satu hari nanti," kata Randy. UTUSAN ONLINE.

Read more ...

Selain Jumpa Song Ji Hyo, Apa Lagi Yang Korang Dapat di Pembukaan SHOOPEN

Selain Dapat Jumpa Song Ji Hyo, Apa Lagi Yang Korang Dapat di Pembukaan SHOOPEN. SHOPPED Malaysia's Grand Opening Specials

1 DAY ONLY – 1 Oct 2016First 500 customers receive HALF PRICE vouchers (applicable for normal priced items only)Early Bird : Additional RM88 cash voucher for first 100 customers.

Win a Trip to KoreaContest Period : 1-31 Oct 2016Winner Announcement : 3 Nov 2016Mechanic : Every RM200 spent entitles customer to one contest entry1 DAY SPECIAL : Triple your entry on Grand Opening ONLY. For eg. Every RM200 entitles customers to 3 contest entries.Winners : 2 winners + each bring 1 partner

Consolation PrizeLimited Edition SHOOPEN Giant Shoe Box

Spend & Win a pair of Meet N' Greet Passes PLUS an exclusive group photo with Song Ji HyoContest Period : 16-25 Sept 2016Winner Announcement : 27 Sept 2016Mechanic : Every RM200 spend entitled for one contest entryVIP Pass Winners : 5 winners + each bring 1 partner

Tier 2 : Spend & Win Song Ji Hyo's Meet N' Greet PassContest Period : 16-25 Sept 2016Winner Announcement : 27 Sept 2016Mechanic : Every RM200 spend entitled one contest entrySpecial Pass Winners : 50 winners (only allow to go into barricade area, nearer to stage)Link : https://www.facebook.com/shoopenmy/photos/a.1722629141286100.1073741828.1715746225307725/1793069057575441/?type=3&theater

Related

Komen via Facebook

Komen

— 75 Bacaan
Read more ...

Setiap Tahun, Penguin Ini Berjalan Terkedek-Kedek Ke Rumah Lelaki Yang Pernah Menyelamatkannya 4 Tahun Lalu

Brazil - Setiap tahun, Dindim - seekor penguin Magellanic - akan terkedek-kedek berjalan menuju ke belakang sebuah rumah di  Provetá Beach in Ilha Grande, Brazil.

Dan saintis percaya apa yang dilakukan oleh Dindim itu adalah kerana perasaan setia yang lahir apabila dia diselamatkan oleh seorang lelaki pada Mei 2011.

Jao Pereira de Souza - seorang tukang rumah yang sudah pencen - menyelamatkan Dindim ketika burung itu tidak dapat bergerak dan lemah disebabkan tersekat dalam tumpahan minyak di Rio de

Jao kemudian membawa Dindim pulang dan merawatnya sehingga pulih. Selepas beberapa hari, Jao melepaskan Dindim semula ke laut. Biarpun dibebaskan, Dindim kembali semula ke belakang rumah Jao setiap tahun.

Kisah Dindim dan penyelamatnya itu didokumentarikan oleh João Paulo Krajewski, seorang ahli biologi dan penyampai di Globo TV.

Menerusi satu emel kepada CNN, Krajewski berkata ketika penguin lain sibuk mengawan, Dindim pulang ke rumah penyelamatnya.

"Kami memang tidak tahu kemana Dindim pergi dan ianya satu misteri", kata Krajewski.

Namun pada Mac, saintis telah menanda Dindim untuk mengetahui pergerakannya.

"Buat kali pertama, kami ada bukti yang menunjukkan penguin yang pulang ke rumah en Jao adalah Dindim - kerana dia pulang dengan penanda yang sama.

"Ia tidur di kawasan belakang rumah En. Jao, yang bersambung dengan pantai. Dindim tahu kemana dia patut pergi apabila sampai di Ilha Grande, memandangkan selama empat tahun berturut-turut dia telah pergi ke kawasan yang sama iaitu belakang rumah En. Joe."

Menurut Krajewski, saat yang paling mengharukan yang sempat dia saksikan adalah bagaimana Dindim menyentuh muka Jao dengan lembut.

"Ini menunj ukkan betapa rapatnya hubungan antara mereka dan Dindim sangat selesa apabila berada dekat dengan En Jao.", kata Krajewski.

Kisah Joe dan Dindim pernah mendapat perhatian dunia sebelum ini, namun ramai yang sinis terhadap kisah itu sehingga ada yang mengatakan Joe memelihara Dindim dan penguin itu sebenarnya dikurung.

Namun, hasil pemerhatian terbaru dari saintis tentang pergerakan Dindim itu jelas menunjukkan penguin itu sebenarnya bebas dan tidak dikurung seperti yang didakwa.

Sementara itu, Joe menerusi temubual dengan GloboTV sebelum ini berkata dia sayangkan Dindim seperti anaknya sendiri.

"Saya sangat sayangkan penguin itu sama seperti anak saya sendiri dan saya percaya penguin itu juga sayangkan saya.

"Tak ada orang lain yang boleh pegang dia. Dia akan patuk orang lain jika mereka pegang. Dia akan tidur di atas paha saya, dan benarkan saya untuk memandi, memberi makan dan dukung dia", kata Joe.

Sumber : CNN

Read more ...

Rakyat tak kisah siapa PM, asalkan takut tuhan

Rakyat kini tidak kisah siapa yang akan menjadi perdana menteri yang seterusnya asalkan pemimpin itu tidak rasuah dan takutkan tuhan.

Perkara itu diluahkan oleh sebilangan warga kota dalam tinjauan Malaysiakini selepas parti BERSATU, menamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin manakala PKR pula meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri seandainya kerajaan baru ditubuhkan selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU).

Suri rumah Yee Fong Heng tidak kisah siapa yang harus menjadi perdana menteri asalkan mereka tidak mementingkan diri sendiri serta berusaha memulihkan ekonomi negara yang menurutnya kian merudum.

"Saya tak kisah siapa yang menang asalkan takut tuhan, tidak ambil rasuah dan tak pentingkan diri sendiri.

"Sebagai pemimpin dia perlu pentingkan negara melebihi diri sendiri. Kita tak mahu pemimpin yang diberi kuasa tapi makan duit rakyat," kata wanita berusaia 52 tahun yang mendakwa negara "sudah macam hilang berkat".

Pekerja swasta Ruebendran Amarjitsingh pula berkata beliau sukar menamakan siapa calon yang benar-benar layak sehinggalah mereka memegang jawatan berkenaan.

Bagaimanapun, beliau mahukan pemimpin baru yang boleh mengubah ekonomi negara ke arah yang lebih baik berbanding sekarang.

"Saya tak nak menamakan siapa perdana menteri seterusnya tapi apa yang saya nak adalah ubah Malaysia kerana ekonomi kita jatuh teruk.

"Kita nak muka baru yang ubah negara. Di berita, kita baca berita setiap hari dan kuasa sosial media sangat besar. Kita tak kisah siapa (perdana menteri) asalkan boleh ubah negara ini.

"Semua orang ada pendapat peribadi sebab kita tak tahu siapa yang layak sehingga mereka dah ada jawatan," kata Amarjitsingh yang berusia 34 tahun itu.

Manakala pekerja swasta Ganneesh Ramaa pula berpandangan Anwar adalah individu yang paling layak mengisi jawatan perdana menteri.

Malah katanya, Anwar berupaya berbahasa Inggeris dengan baik sekaligus boleh meyakinkan negara luar mengenai polisi negara ini.

"Kita pilih Anwar kerana dia berupaya bercakap dalam bahasa Inggeris bagi meyakinkan dunia mengenai Malaysia. Saya tak mahu perkara yang sama jadi seperti (Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) di United Nation berulang.

"(Seperti Muhyiddin) saya tak rasa dia ada kebolehan kerana dia sebelum ini menteri besar Johor dan Johor tidak ada peningkatan seperti di Selangor dan Penang di bawah pembangkang," katanya.

Menurutnya, jika Anwar tidak berupaya memimpin, rakyat boleh menukar kerajaan lain dalam PRU15.

Tukang baiki kasut, Kolis Zakir Mat pula berpendapat beliau yakin sekiranya diberikan peluang, Anwar boleh memerintah dengan baik berbanding kerajaan sedia ada.

Beliau berkata, rakyat kini terbeban dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan pelbagai kos lain.

"... beri peluang pada dia (Anwar) lima tahun, kalau kita rasa tak bagus, kita tukar lagi dalam PRU seterusnya.

"Seperti sekarang ini GST semua kita kena tanggung, jadi bagi rakyat rasa susah. Macam saya susah, anak lima orang, nak bayar sewa rumah lagi," kata lelaki berusia 48 tahun itu.

Sementara itu peniaga warung Asliza Omar berpendapat calon yang paling layak adalah Muhyiddin kerana menurutnya beliau tidak pernah dikaitkan dengan berita seperti rasuah.

Malah katanya keperibadian Muhyiddin yang 'bertutur dengan sopan' membuatkan bekas timbalan perdana menteri itu harus menjadi perdana menteri.

"Kalau saya, saya pilih Muhyiddin kerana dari dulu rekod dia bersih, tak ada cerita yang tak bagus mengenai dia. Dia juga sangat 'soft spoken' dan jarang membangkang dan berdebat ketika menjadi timbalan presiden dulu.

"Macam Anwar pula dia perjuangkan segala-galanya. Tapi kita rakyat jadi keliru nak sokong siapa. Pada mulanya kita sokong dia (Anwar) tapi lepas tu tak tahu siapa. Kita jadi celaru. Hati dah tak kuat dengan Umno dan Najib. Kita yang di bawah ikut sahajalah," kata wanita berusia 37 itu.

Semalam Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berpendapat masih terlalu awal untuk menamakan calon perdana menteri seandainya BN hilang kuasa di peringkat persekutuan dalam pru14 ketika sokongan politik terhadap parti pembangkang, masih tidak menentu.

Katanya, bagi meyakinkan pengundi Melayu yang tidak sehaluan dengan Datuk Seri Najib Razak untuk menyokong pembangkang, Rafizi berkata perlu ada gencatan senjata di kalangan parti pembangkang untuk memastikan mereka kembali kepada peranan membela rakyat.

Kata Rafizi lagi walaupun rakyat menolak Umno, mereka juga tidak amat sangat menyokong mana-mana parti pembangkang tertentu.

Bagi Ketua Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Seri Saifuddin Abdullah turut mencadangkan pelantikan perdana menteri interim jika pembangkang menang pilihan raya umum akan datang.

Katanya pelantikan itu boleh dilakukan sementara menunggu pembebasan Anwar dari penjara. 

Read more ...

MH17 ditembak peluru berpandu dibawa dari Russia

NIEUWEGEIN, Belanda: Peluru yang digunakan untuk menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 di timur Ukraine dua tahun lalu, dibawa ke kawasan berkenaan dari Russia.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *