Recent Post

Sunday, April 10, 2016

Gempa bumi 6.6 magnitud gegarkan Afghanistan-Tajikistan

Gempa bumi kuat berukuran 6.6 pada skala Richter berlaku di sempadan Afghanistan-Tajikistan pada 6.28 petang tadi.
Read more ...

Hafidz Roshdi Tepis Gosip Sudah Mula Besar Kepala Dan Tidak Berdisiplin

Baru sahaja ingin menapak dalam industri hiburan tempatan, pelakon drama Tundukkan Playboy Itu, Hafidz Roshdi didakwa sudah mula besar kepala dan tidak berdisiplin.

Hafidz dikatakan datang lewat hampir 2 jam lamanya untuk satu sesi fotografi baru-baru ini. Lebih menyakitkan hati lagi, Hafidz juga tidak merasa bersalah dan tidak memohon maaf atas kelewatannya itu.

Walaubagaimanapun, Hafidz menerusi mStar Online berkata beliau pada awalnya sudah memberitahu bahawa beliau tidak dapat hadir pada acara berkenaan atas sebab tertentu.

Enggan terus dikatakan tidak berdisiplin, Hafidz memohon maaf sekiranya ada pihak yang terasa hati dengan beliau sebelum ini.

Pada awalnya saya memang ada hal yang tidak boleh dielakkan, saya sudah beritahu pada mereka tentang itu.

Namun saya datang juga walaupun agak terlewat, saya juga meminta maaf jika ada pihak yang terasa hati dengan kelewatan tersebut.

Erm..gosip dan kontroversi adalah perkara yang perlu dilalui untuk seseorang artis itu menjadi popular. Rileks Hafidz, jangan mudah stress.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Media Prima pun berminat siar debat Rahman-Guan En... - AgendaDaily

Terakhir dikemaskini: 10 April 2016 By WARTAWAN AGENDADAILY Selain daripada RTM... Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad (MPB) turut berminat menyiarkan secara langsut debat mengenai isu tanah Taman Manggis antara Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di stesen televisyen TV3.

Pengarang Urusan Kumpulan Berita dan Ehwal Semasa Rangkaian Televisyen MPB Datuk Seri Mohd Ashraf Abdullah berkata beliau mengambil maklum kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mengenai kesanggupan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan debat berkenaan.

"Saya ingin menyatakan bahawa Rangkaian Televisyen MPB juga bersedia menyiarkan debat tersebut secara langsung di TV3, seperti yang disarankan oleh YAB Lim Guan Eng, pada tarikh dan masa yang dipersetujui oleh YAB Lim Guan Eng dan YB Datuk Abdul Rahman Dahlan," katanya dalam kenyataan.

Pada Jumaat, Salleh berkata RTM bersedia menyiarkan secara langsung debat anatra Abdul Rahman dan Lim.

Sebelum ini, BN mendakwa kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP telah menjual tanah Taman Manggis yang diperuntukkan bagi membina rumah mampu milik.

Abdul Rahman kini berada di luar negara atas lawatan rasmi dan hanya akan pulang pada 15 April ini.-10/4/2016

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Read more ...

Tiga Sebab Mengapa HOTEL MAYA KUALA LUMPUR Jadi Pilihan

Setiap kali terfikir tentang bandaraya Kuala Lumpur, pasti kita terbayang sinaran lampu-lampu yang menerangi bandaraya gah ini setiap malam. Ibunegara Malaysia ini memang terkenal sebagai salah sebuah bandaraya yang paling pesat membangun di Asia Tenggara.

Seiring arus kemodenan yang wujud di samping nilai-nilai tradisional pelbagai kaum dan bangsa, Kuala Lumpur menawarkan pelbagai tarikan menarik serta pusat-pusat komersial yang lain.

Demi menikmati tempat-tempat ini, pasti ramai pelancong yang tercari-cari penginapan di kota ini. Gara-gara pembangunannya yang pesat, KL tidak pernah lekang daripada pelbagai pilihan hotel untuk pengunjungnya. Di antara hotel yang turut menyerlah kewujudannya di pusat Kuala Lumpur adalah Hotel Maya Kuala Lumpur.

Hotel butik berbintang lima ini merupakan salah satu daripada beberapa hotel yang sangat dikenali di seluruh Kuala Lumpur. Ia berada di pusat bandaraya KL dan menyediakan bermacam-macam kemudahan yang diperlukan oleh para tamu yang mungkin datang untuk melancong atau urusan perniagaan. Hotel ini menampilkan konsep 'resort' di tengah bandaraya dan menawarkan 207 buah bilik yang menerapkan unsur-unsur senireka dalaman dengan elemen-elemen yang sangat moden dan kontemporari. Setiap bilik mempunyai TV layar leper serta kemudahan tercanggih masa kini dan macam-macam lagi. Malah setiap bilik dilengkapi dengan Medklinn Air Sterilizer, untuk memastikan tamu menghirup udara yang bersih dan steril.

Menyediakan kemudahan internet percuma di dalam bilik dan pemandangan ke arah pusat keramaian kota, hotel ini turut menyediakan bilik mesyuarat serta dewan yang dapat memuatkan sehingga 300 orang. Hotel ini mempunyai ruang 'lounge' lobi yang luas dan selesa dengan pelbagai hiasan moden yang menarik. Ia juga dapat digunakan sebagai tempat berbincang dan bersantai bagi memudahkan penginapan para tamu.

Semestinya, ia juga mempunyai sebuah restoran bernama Maya Brasserie yang menawarkan sajian terbaik termasuk variasi menu Malaysia, oriental serta antarabangsa. Mereka juga mempunyai sebuah restoran Jepun bernama Still Waters. Tidak lengkap juga hotel ini jika tidak memiliki pusat kesihatan serta spa, dan untuk itu ada tersedia Anggun Spa serta gimnasium untuk kegunaan para tamu yang ingin memanjakan diri dengan serangkaian perawatan dan pemulihan setelah menjalani kegiatan seharian. Terdapat juga sebuah kolam renang hidroterapi untuk tamu beriadah.

Dengan lokasinya yang strategik di pusat kota, para tamu yang menginap di Hotel Maya Kuala Lumpur dapat melangkah dengan mudah ke pusat membeli-belah di Menara Berkembar Petronas, stesen monorel Bukit Nanas, dan kawasan utama perniagaan.

Semuanya berada dalam lingkungan yang tidak terlalu jauh dari hotel ini. Ia sangat sesuai dan praktikal buat mereka yang mahukan tempat penginapan yang mewah bak resort moden, dekat dan mempunyai harga berpatutan biarpun bertaraf lima bintang!

Komen via Facebook

Komen

— 338 Bacaan
Read more ...

Ketahui Kadar Kelayakan Maksimum Pinjaman Perumahan Berdasarkan Gaji Anda

Untuk memiliki rumah pertama bagi setiap orang sudah pasti menjadi impian dan keinginan kerana ia adalah satu aset tetap yang juga sudah pasti menjadi tempat kediaman kita tanpa perlu mengikut peraturan tuan rumah jika menyewa.

Rumah kita sendiri boleh diubahsuai mengikut citarasa kita seperti bentuk atau mengecat kerana ianya kekal milik kita.

Tapi bagaimana untuk memiliki rumah sendiri? mampukah kita membelinya dengan gaji sekarang?

Kali ini admin akan tunjukkan pengiraan kadar kelayakan maksimum pinjaman perumahan berdasarkan gaji kita seperti yang dikongsikan oleh Facebook Syurga Hartanah.

Admin akan gunakan angka lain dari yang disediakan.

~ Admin ambil gaji pokok untuk kebanyakkan graduan lepasan ijazah iaitu RM2800 dan akan kira seperti yang ditunjukkan dalam gambar untuk bank Affin.

Berapakah kelayakan masimum bagi gaji RM2800?

Dalam gambar di atas adalah berapa had maksimam hutang kita pada bank, jika lebih takut kena reject. Ok, admin ambil gaji bersih = RM2800 - EPF - SOCSO -T AX                                               =  RM2800 - (14% X RM2800)                                               = RM2800 - RM392                                  Jumlah = RM2408 Jadi, gaji bersih anda RM2408

DSR Maksimum bank Affin ada = 60% kerana bawah dari RM5000

Jadi komitmen bulanan anda seperti kereta dan lain

Kereta = RM450Motosikal= RM200Total = RM650

Jom kira kelayakan maksimum untuk gaji kasar RM2800.

[(60% X RM2408) - RM650] X 200= RM158960

Jadi, anda layak membeli rumah harga maksimum RM158960 

Bayaran balik bulanan = RM158960 / 200                                    = RM794.8 selama 35 tahun.

Gantikan pengiraan dengan gaji anda dan kira jumlah maksimum anda layak buat pinjaman perumahan. Semoga bermanfaat. - Siakapkeli.my

Read more ...

Adenan mahu calon terus BN lepas jawatan dalam parti

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem mahu calon-calon terus Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri ke-11 melepaskan jawatan dalam parti politik masing-masing.

"Saya mencadangkan mereka melepaskan jawatan dalam parti," kata beliau ketika ditemui pemberita selepas merasmikan forum belia yang dihadiri oleh kira-kira 2,500 belia dari seluruh negeri di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di Kuching hari ini.

Beliau mentakrifkan calon terus BN sebagai seorang yang dipilih untuk mewakili BN dan kemudian diberi keistimewaan untuk bertanding menggunakan lambang "Dacing" BN.

"Terserah kepada mereka untuk membuat keputusan kemudian selepas menang, untuk menyertai mana-mana parti komponen BN yang menjadi pilihan mereka.

"Tetapi mereka harus kekal pro-BN kerana lambang BN yang membantu mereka menang," kata beliau.

Adenan bagaimanapun tidak mahu memberi komen tentang apa yang akan berlaku jika calon yang menang membuat keputusan untuk tidak menyertai mana-mana parti kemudian.

Baru-baru ini sebuah parti yang mesra BN, Parti Rakyat Bersatu (UPP) menyatakan bahawa anggota dan pemimpinnya yang dipilih sebagai calon pilihan raya tidak akan melepaskan jawatan dalam parti.

Terdahulu semasa menjawab soalan pada forum, beliau berkata kerajaan negeri bukan sahaja melarang ahli politik tetapi juga bukan ahli politik luar melawat Sarawak jika mereka datang untuk "meracuni rakyat untuk membenci antara satu ama lain."

Beliau berkata Sarawak ialah negeri paling aman dan harmoni di Malaysia walaupun penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

"Saya tidak mahu ini diganggu. Sebab itulah kerajaan bukan sahaja melarang ahli politik tetapi juga fanatik agama dan ekstremis perkauman," katanya.

- Bernama

Read more ...

Guru pukul pelajar ditamatkan perkhidmatan serta-merta

ALOR SETAR: Guru sambilan yang didakwa mencederakan tiga pelajar Tingkatan Satu di sebuah sekolah menengah di Baling pada Isnin lalu sehingga seorang daripadanya retak tulang tangan, ditamatkan perkhidmatan serta-merta.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *