Recent Post

Wednesday, May 25, 2016

Amy Akui Terluka Dengan Komen Awie Yang Anggap Search Abaikan Yazit

Konflik antara kumpulan Search dan pemain dram mereka, Yazit bukan sahaja menarik perhatian peminat tetapi penyanyi yang sealiran dengan mereka iaitu Awie Wings.

Dalam satu kenyataan di sebuah portal, Awie berkata tiada gunanya untuk Amy mewujudkan sekolah tahfiz tetapi tidak membantu Yazit yang merupakan rakan beliau selama berpuluh tahun sedangkan ia juga adalah "saham akhirat" buat Amy.

Berikut adalah kenyataan penuh Awie :-

Kalau saya dalam kumpulan itu, saya akan korbankan sedikit masa untuk menolong. Ini saham akhirat kita. Fikir dekat situ saja. Tidak guna kita cerita pasal tahfiz dan jubah tetapi soal akhirat dibuat main macam ini.

Awie juga berpendapat, ahli kumpulan Search harus mengetepikan ego masing-masing.

Mereka perlu ambil iktibar dan muhasabah diri kerana sahabat saya (Yazit) sakit, jadi tolak ke tepi soal ego.

Susulan kenyataan Awie itu, Amy yang dihubungi oleh media berkata, beliau benar-benar terluka dengan kata-kata Awie lebih-lebih lagi ia melibatkan isu ibadah beliau.

Namun, Amy tidak meletakkan seratus peratus kesalahan kepada Awie kerana yakin vokalis kumpulan Wings itu tidak mengetahui perkara yang sebenar.

Saya kecewalah dan pada saya ia amat melukakan hati saya. Sampai hati dia cakap saya macam itu, sampaikan ibadah saya dipijak-pijak. Tapi saya tidak salahkan dia (Awie) kerana dia mungkin dengar dari sebelah pihak sahaja.

Mungkin juga Awie sekadar ingin memberikan nasihat dan tidak mahu melihat kumpulan yang sama-sama popular dengan Wings berpecah dek kerana isu wang ringgit dan rasa tidak puas hati. Hmmph..

Sumber Berita : Astro Awani

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

MyIMMs: KDN bertindak - Utusan Malaysia

PUTRAJAYA 24 Mei - Kementerian Dalam Ne­ge­ri (KDN) telah melaksanakan pusingan kerja terhadap sebilangan pegawai imigresen di pintu-pintu masuk negara selain akan melakukan pro­ses pertukaran pegawai berikutan kelemahan-kelemahan Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) yang dikesan.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata, siasatan awal terhadap MyIMMs mendapati faktor manusia di Jabatan Imigresen merupakan antara faktor kelemahan sistem berkenaan selain daripada kelemahan perisian sistem itu.

Beliau berkata, pasukan petugas khas yang diketuai oleh beliau sendiri akan menyiasat sepenuh­nya kelemahan-kelemahan pelaksanaan sistem MyIMMs dan sedang dalam proses mengumpul dokumen-dokumen berkaitan.

"Pasukan petugas khas akan membuat siasatan lanjut secara menyeluruh berkaitan kelemahan sistem yang ada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)," katanya kepada pembe­rita selepas menghadiri Sesi Bersama Media Susulan Laporan Ketua Audit Negara 2015 Siri 1 di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, KDN percaya wujud perbuatan sabotaj di peringkat da­laman melibatkan pelaksanaan MyIMMs, justeru itu, pemantauan sedang dilakukan supaya tindakan diambil ke atas semua yang terlibat.

Ahmad Zahid berkata, beberapa tindakan awal telah diambil dan bakal diumumkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Sakib Kusmi serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Utusan Malaysia baru-baru ini mendedahkan wujudnya sindiket pemalsuan pasport dan pemerdagangan manusia di KLIA dan KLIA2 ekoran penahanan dua pega­­-
wai imigresen bersa­ma 17 individu lain 
di sekitar Lembah Klang.

Sementara itu, Sa­kib berkata, kewujudan penglibatan pihak luar yang mensabotaj MyIMMs menyebabkan sistem tersebut tergendala dan menghadapi masalah kecekapan.

Beliau berkata, faktor luaran tersebut termasuk penglibatan pihak vendor dan warga asing selain faktor dalaman membabitkan pegawai-pegawai jabatan itu sendiri.

"Pada masa ini, kita sedang meneruskan siasatan bagi menentukan siapa yang terlibat. Kita akan membuat pengumuman bersama pihak polis apabila tiba masanya.

"Pihak-pihak ini tidak dipanggil lagi, tetapi kita jalankan siasatan. Sudah tentu apabila kita menjalankan siasatan, kita terpaksa memanggil mereka untuk disoal dan sebagainya," katanya.

Read more ...

Teater DATO’ SERI Lakonan Radhi Khalid

Dato' Seri adalah sebuah adaptasi The Tragedy of Macbeth karya William Shakespeare yang bakal dipentaskan pada 1 hingga 5 Jun 2016

dengan menampilkan Radhi Khalid, Safia Hanifah, Na'a Murad, Redza Minhat serta penampilan istimewa oleh Dato' Faridah Merican.

TARIKH & MASA

1 Jun 2016 @ 8:30pm (Pra-tonton)

2 Jun 2016 @ 8:30pm (Malam Pembukaan)

3 – 4 Jun 2016 @ 8:30pm

5 Jun 2016 @ 3pm

TEMPAT

Pentas 2, The Kuala Lumpur Performing Arts Centre

 

HARGA TIKET: 

RM 35 (Malam pra-tonton sahaja)

RM 45

RM35*

*Pelajar, Warga Kurang Upaya, Warga Emas & Ahli Kad TAS

Hanya untuk pembelian di kaunter klpac/penangpac bersama bukti pengesahan

Tiket boleh dibeli di www.ticketpro.com.my

atau hubungi kaunter tiket klpac di 03-4047 9000

DATO' SERI

Arahan

Omar Ali

Adaptasi 

Tan Sri Muhammad Ali Hashim

Omar Ali

Penerbit Eksekutif

Dato' Faridah Merican

Pengarah Artistik

Joe Hasham OAM

Sinografi

Yusman Mokhtar

Kostum & Penata Rias

Dominique Devorsine

Barisan Pelakon

Aiman Asmawar

Amanda Ang

Ashraf Zain

Faridah Merican

Fatin Syazwanie

Ho Lee Ching

Mark Beau de Silva

Megat Sharizal

Na'a Murad

Nawfal Zamri

Radhi Khalid

Redza Minhat

Safia Hanifah

Siti Farrah Abdullah

Yusuf Amin

Untuk mengetahui perkembangan di belakang tabir,

ikuti laman Facebook Dato' Seri di sini.

Komen via Facebook

Komen

— 102 Bacaan
Read more ...

“Saya Bukanlah Wanita High Maintenance”

Read more ...

Kepala Terputus Dari Badan Digigit Unta

New Delhi, 25 Mei: Seorang lelaki maut apabila kepalanya terputus selepas seekor unta miliknya menggigit tengkuknya.

Harian Metro melaporkan, ketika kejadian haiwan itu ditambat di kawasan panas terik sepanjang hari.

Lelaki itu sedang leka melayan tetamu di rumahnya di Barmer, Rajasthan pada Sabtu sebelum dia teringat untanya ditambat di tengah halaman yang panas terik sepanjang hari.

Ketika cuba membuka ikatan pada kaki, unta tersebut mejadi agresif dan menyerangnya.

Menurut saksi yang juga jiran lelaki terbabit, untuk itu mengigit tengkuk tuannya sehingga menyebabkan kepala lelaki itu terputus.

"Unta itu menggigit tengkuk dan mengangkatnya sebelum mencampakkannya ke tanah dan mengunyah badannya sehingga kepalanya terputus," katanya.

Penduduk kampung berkata, 25 orang berusaha keras selama enam jam untuk mengawalnya.

Sebelum ini, haiwan itu juga pernah menyerang pemiliknya.

Rajasthan mengalami peningkatan suhu dahsyat di India sehingg a 51 celsius dengan 17,000 perkampungan mengalami kekurangan air dan 16 dilaporkan maut.

Pada masa sama, askar yang mengawal sempadan dengan Pakistan juga berdepan masalah unta yang menjadi agresif akibat cuaca panas melampau.

Unta biasanya tidak ganas, malah suka bermanja dengan manusia.

Bagaimanapun, unta jantan mampu menjadi agresif terutama ketika bergaduh sesama mereka. -

Read more ...

AirAsia X kembali raih keuntungan

AirAsia X Bhd mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM218.52 juta bagi suku pertama yang berakhir pada 31 Mac 2016 berbanding kerugian sebelum cukai sebanyak RM117.28 juta tahun lepas.

Perolehan melonjak kepada RM970.67 juta daripada RM775.37 juta, terutamanya disebabkan oleh peningkatan dalam jumlah penumpang dan pertumbuhan dalam purata tambang asas.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Kamarudin Meranun berkata syarikat penerbangan tambang rendah itu telah memulakan pelbagai inisiatif bagi mengukuhkan asas yang melibatkan kecairan tunai, melaksanakan struktur kos yang lebih berdisiplin dan menggunakan rangkaian disatukan untuk pertumbuhan pendapatan.

"Inisiatif ini telah menghasilkan peningkatan dalam operasi teras kami.

"Pada suku pertama 2016, pasaran China menyumbang pertumbuhan tertinggi kepada operasi Malaysia AirAsia X. Perolehan dari China melonjak 49 peratus berbanding tahun ke tahun disebabkan oleh jumlah pergerakan penumpang yang meningkat manakala tambang asas naik 54 peratus berbanding tahun ke tahun," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata syarikat penerbangan itu mengunjur trend positif ini akan berterusan sepanjang tahun dengan pelaksanaan program pengecualian visa bagi pelancong China yang melawat Malaysia.

Thai AirAsia X juga mencatatkan jumlah muatan yang tinggi pada 88 peratus bagi laluan Bangkok-Shanghai dan baru-baru ini menambah laluan Bangkok-Shenyang kepada rangkaiannya yang semakin berkembang pada April.

AirAsia X berhasrat untuk mengukuhkan kehadirannya di China dengan lebih banyak laluan baru dari Malaysia dan Thailand pada tahun ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Benyamin Ismail berkata bagi masa depan, kumpulan kekal fokus meneroka insiatif strategik untuk mengekalkan momentum pendapatan bagi pertumbuhan berterusan di Malaysia dan Thailand di samping menilai semula operasinya di Indonesia.

Persekitaran industri yang mencabar dijangka berterusan dengan ketidaktentuan dalam mata wang, kawal selia dan isu luar negara yang lain.

"Kami telah melindung nilai 100 peratus daripada keperluan bahan api syarikat bagi baki suku tahun 2016 pada purata harga bahan api jet sebanyak US$54 setong bagi laluan sedia ada yang dirancang.

"Ini secara langsung akan membolehkan kami mengurangkan kesan turun naik kos bahan api dan menguruskan kos dengan lebih baik di samping meneroka laluan baru," katanya.

Pada suku pertama 2016, perbelanjaan bahan api syarikat dikurangkan 11 peratus berikutan harga bahan api lebih rendah, yang membantu mengurangkan kos tempat duduk setiap kilometer dengan lapan peratus bagi perbandingan tahun ke tahun.

- Bernama

Read more ...

Pengawal keselamatan maut dihempap papan tanda

MELAKA: Seorang pengawal keselamatan maut apabila sebuah papan iklan di persimpangan lampu isyarat di Jalan Pokok Mangga-Klebang, di sini, menghempapnya, kira-kira jam 7.15 pagi tadi.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *