Recent Post

Thursday, June 09, 2016

Che Ta Jawab Isu Koleksi Pakaian Raya Miliknya Yang Indah Khabar Daripada Rupa

Baru-baru ini, netizen ada meluahkan rasa kecewa apabila koleksi pakaian raya Rozita Che Wan yang berharga RM299 agak teruk dari segi kualiti kain dan indah khabar daripada rupa serta tidak berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

Menjawab segala kritikan berkenaan, Che Ta meminta orang ramai untuk mengetahui saiz sebenar mereka sebelum membuat pilihan. Ini kerana setiap orang mempunyai bentuk badan berbeza dan akan tampak tidak cantik sekiranya salah memilih saiz.

Baju itu sama cuma yang berbeza ialah saiz baju tersebut. Mereka kena faham, setiap orang mempunyai bentuk badan yang berbeza.

Jadi sepatutnya baju itu dipilih mengikut saiz yang sesuai dengan tubuh mereka. Janganlah kalau pakai saiz L tetapi yang dibelinya saiz M, memang tak sesuailah. Bila ambil saiz yang salah jadi bila disarungkan baju itu ke tubuh, sudah pastilah nampak serba tak kena.

Jelas Che Ta, beliau mengambil masa enam bulan untuk menghasilkan koleksi pakaian berkenaan dan beliau juga menggunakan kain yang tinggi kualitinya agar selesa dipakai oleh orang ramai.

Saya ambil masa enam bulan untuk hasilkan koleksi baju ini, tak mungkinlah saya nak sia-siakan usaha sendiri dengan menjual sesuatu barang tanpa memikirkan tentang kualiti terlebih dahulu.

Rekaan koleksi Syawal ini juga semuanya adalah idea sendiri dan saya nak mereka rasa cantik dan puas hati sewaktu memakai salah satu koleksi saya. Lagipun kami menggunakan kain yang selesa dan memudahkan mereka untuk mengambil wuduk.

Dah dengar kan penjelasan Che Ta? Itulah, jangan terlalu menyimpan harapan yang tinggi bila anda pakai baju Che Ta anda akan jadi seperti beliau. Kadang-kadang dalam menghentam artis kena fikir logiknya juga.

Sumber Berita : Astro Gempak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Polis tunggu laporan pakar kes kematian menantu TPM - Kosmo!

Polis tunggu laporan pakar kes kematian menantu TPM

09/06/2016 12:28pm

Syed Alman Zain

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia masih menunggu laporan daripada pakar berhubung kes kematian menantu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi susulan rawatan gigi di Bangsar pada 1 Jun lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan pihaknya masih menunggu laporan daripada pakar

"Kita masih menunggu laporan daripada pakar kerana ada beberapa laporan yang mengambil masa untuk disiapkan sebelum merujuk kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut dalam masa terdekat," katanya pada sidang akhbar di sini sebentar tadi.

Syed Alman Zain, 44, merupakan suami kepada anak sulung Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Nurulhidayah, 37, dilaporkan pergi ke klinik bersama seorang rakan untuk mendapatkan rawatan gigi sebelum tidak sedarkan diri.

Allahyarham kemudiannya dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya sebelum disahkan meninggal dunia. - K! ONLINE

Read more ...

Akhdan Muncul Dengan Single Terbaru SETIBA RAMADAN

AKHDAN kini hampir 5 tahun bergelar artis rakaman. Bermula dengan album pertama (2012) Sejadah keinsafan terbitan Hijjaz Record, Single kedua (2013) Kembalikan Damai itu, 2014 Kerna Cinta, dan terkini, bagi memeriahkan ketibaan Ramadan, 'AKHDAN' muncul dengan single terbaru mereka berjudul 'Setiba Ramadan'.

AKHDAN dianggota oleh Tajul Arif Noor adik kepada arwah Acik Spin, Syafiq Ceria popstar 2, Affan dan Zakaria M. Lagu tersebut telah dicipta oleh Khairul Daniel, lirik oleh Khairul Daniel sendiri dan Ajie di studio rakaman KDRecord & Studio. Bagi anda yang mahu mendengar alunan merdu lagu tersebut, anda boleh menonton video klipnya yang sudah berada di YOUTUBE sejak 25 Mei lalu. Anda juga boleh mengikuti perkembangan mereka di

https://www.facebook.com/AkhdanNasyid/https://www.instagram.com/akhdan37/https://twitter.com/akhdan_group

Akhdan Muncul Dengan Single Terbaru SETIBA RAMADAN

Akhdan Muncul Dengan Single Terbaru SETIBA RAMADAN

Akhdan Muncul Dengan Single Terbaru SETIBA RAMADAN

Akhdan Muncul Dengan Single Terbaru SETIBA RAMADAN

Related

Komen via Facebook

Komen

— 137 Bacaan
Read more ...

China Guna Khidmat Pasukan SWAT Bendung Masalah Pelajar Meniru Dalam Peperiksaan

China - Pihak berkuasa di sini kini menggunakan khidmat pasukan SWAT dengan membawa mereka mengawal pintu masuk dan bilik peperiksaan sebagai satu usaha untuk membendung gejala meniru dalam peperiksaan di negara itu.

Di negara tersebut, pelajar yang didapati bersalah meniru boleh dikenakan hukuman penjara maksima tujuh tahun.

Pada tahun ini, 9.4 juta pelajar menduduki peperiksaan yang dikenali sebagai "gaokao" secara serentak, bagi menempah beberapa tempat di universiti. Gaokao merupakan peperiksaan penting di China yang bakal menentukan major yang akan dipilih oleh pelajar dan mana-mana pelajar yang cemerlang peperiksaan itu boleh dikatakan mempunyai masa depan yang cerah.

Tahun ini juga, buat pertama kalinya kertas peperiksaan diedarkan oleh pasukan SWAT dan sekurang-kurangnya lapan pegawai polis mengawal setiap pusat peperiksaan, lapor media negara itu.

Xinhua melaporkan, kerajaan kini sedang mengawal ketat peperiksaan supaya alat-alatan canggih untuk meniru tidak digunakan semasa peperiksaan berlangsung.

Difahamkan juga wujud sindiket 'scammer' yang menipu para pelajar dengan menjual kertas soalan palsu peperiksaan terbabit.

Pakar di 21st Century Education Research Institute, Xiong Bingqi, memberitahu Ruters China akan terus berusaha keras dalam melawan peniru dan sindiket peperiksaan itu.

"Meniru dalam peperiksaan gaokao boleh menjatuhkan kewibawaan peperiksaan itu, dan boleh memberi kesan kepada kredibiliti kerajaan "Kerajaan akan terus mengambil langkah serius untuk membendungnya", katanya. - Siakapkeli.my

Read more ...

Azhar bersedia sejak 36 tahun lepas untuk bertanding

Dua bulan lepas, Azhar Abdul Shukur baru sahaja dilantik sebagai ketua bahagian AMANAH Sungai Besar dan bersedia untuk berkhidmat kepada kampung kelahirannya terutama dalam masalah kongkongan maklumat.

Namun selepas dua bulan, beliau dipilih sebagai calon parti AMANAH untuk mewakili Pakatan Harapan bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar.

Belisu berhadapan dengan dua orang pesaing yang hebat iaitu calon BN yang juga ADUN Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi dan calon PAS yang juga ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman.

Berbanding dengan mereka, pengalaman Azhar sememangnya kurang dan beliau tidak terkenal dalam politik.

Walaupun segalanya datang secara agak mengejut, namun pada hakikatnya Azhar, 51, berkata beliau telah bersedia bertanding, malah persediaan itu telahpun dibuat sejak 36 tahun lepas.

"Untuk berpolitik, saya dah bersedia pada umur 15 tahun ketika masih belajar di sekolah menengah, masa itu saya sudah menyertai pembangkang," katanya dalam satu temubual dengan Malaysiakini.

'Kritik kerajaan masa sekolah'

Mengimbas kembali masa persekolahannya, Azhar berkata beliau selalu 'lawan' guru, malah pernah ditangkap oleh guru kerana mengkritik kerajaan.

Akhirnya, bapanya selalu terpaksa datang ke sekolah untuk membawanya pulang.

"Saya bawa kawan saya pergi ke surau cerita tentang kerosakan kerajaan, jadi guru dengar dan tangkap saya, lalu bawa masuk pejabat, panggil ayah saya ambil saya balik," kata Azhar.

Namun, bapa Azhar sebenarnya merupakan penyokong BN dan pernah menjadi ahli Parlimen Tanjung Karang satu penggal dan ADUN Sungai Burong selama dua penggal.

Walaupun pandangan politik mereka berbeza, Azhar berkata bapanya tidak pernah menghalangnya, malah menyokongnya sepenuhnya dalam pilihanraya kali ini.

"Ayah saya tahu, saya sejak kecil lagi tidak bersama BN. Ada banyak perkara dia tak bersetuju dengan saya tapi dia tahu saya buat perkara baik," katanya.

Katanya, beliau menyertai pembangkang hanya kerana ingin memperbetulkan kerajaan. Bapa Azhar jugalah yang menjadi sebab dia kembali ke Sungai Besar sehingga timbulnya idea berkhidmat kepada kampungnya.

Azhar sudah berkahwin dan dikurniakan tiga orang anak, pernah belajar di tiga sekolah menengah di sekitar Sungai Besar sebelum melanjutkan pelajaran ke universiti di Karachi, Pakistan dalam bidang agama.

Beliau pernah menjadi guru agama mengajar bahasa Arab di sekolah persendirian dan pernah bekerja di Kemboja dan menjalankan aktiviti kemanusiaan di rantau itu.

"Selepas itu saya balik ke Malaysia, ayah mula sakit tiga tahun lepas dan saya selalu balik ke sini untuk menziarahinya.

"Oleh kerana selalu balik ke sini, saya mula fikir saya perlu buat sesuatu untuk kampung saya termasuklah menubuhkan NGO.

"Saya mula beri bantuan kepada penduduk tapi saya hanya sempat buat dua program untuk bantu mereka dan kemudian berlaku pilihanraya.

"Saya melihat ini peluang saya untuk berkhidmat," katanya

Rakan ponteng untuk bertani

Sungai Besar merupakan kawasan semi-bandar dalam sektor perikanan dan pertanian. Rumah Azhar juga terletak berhampiran sawah padi tetapi keluarganya tidak menceburi bidang pertanian.

Namun, kawan-kawan sekolahnya pula perlu turun ke sawah padi sehingga kadangkala terpaksa ambil cuti sekolah dan ini membolehkan Azhar memaham keadaan susahnya anak petani.

"Saya masih ingat lagi dua orang kawan baik saya - Ismail dan Abdullah Sani - di Sekolah Menengah Sungai Besar selalu ambil cuti. Bila saya tanya dia tak beritahu saya.

"Tapi bila saya jumpa semula mereka beberapa tahun lepas, dia kata ustaz dulu masa sekolah kami bercuti sebab kami kena turun bendang cari duit.

"Masalah ini bukan sahaja dihadapi orang Melayu, masyarakat Cina juga menghadapi masalah yang sama," katanya.

Perjuang kebebasan media

Sikap keterbukaan ayahnya telah membolehkan Azhar mendapat pelajaran dan kehidupan yang lebih baik berbanding kawan-kawannya, malah telah menyedarkannya akan kepentingan kebebasan maklumat dan kebebasan media.

Beliau berpendapat penduduk di kawasan kampung Sungai Besar selalunya kurang mendapat maklumat, bukan sahaja mengenai isu negara, malah maklumat mengenai bantuan kerajaan Selangor juga tidak dapat disampaikan kepada penduduk kampung.

Pilihanraya kecil ini juga membuat beliau sedar bahawa banyak penduduk kampung masih tidak mengenali parti AMANAH. Maka beliau perlu meningkatkan usaha untuk mempromosi partinya itu.

Ditanya apakah isu pertama yang akan dibawa jika terpilih ke Parlimen, Azhar berkata beliau akan tanya kenapakah kebebasan media disekat.

"Kenapa berita-berita disekat, masalah ini besar kerana jika media tidak dikongkong, dia buat jahat orang akan tahu.

"Maklumat perlu sampai kepada penduduk. Orang yang susah kalau dia tak tahu dia susah, dia tak akan rasa dia susah dan kita kesian dia.

"Kamu susah sebab kamu tak tahu termasuklah isu 1MDB dan GST,' katanya.

Ditanya pandangannya tentang Hudud, Azhar berkata isu itu perlu terserah kepada persetujuan bersama dalam Pakatan Harapan.

'Saya mewakili AMANAH dan Pakatan Harapan. Setiap perkara kena dibincangkan dan saya eerah kepada Pakatan Harapan untuk menjawab soalan ini dan saya mematuhi segala keputusan,' katanya.

'Menguji kekuatan AMANAH'

Mengenai pertandingan tiga penjuru pula, Azhar tidak melihatnya sebagai menguntungkan BN, tetapi sebaliknya melihat saingan PAS dapat menguji kekuatan AMANAH.

"Kalau orang tak suka BN dia tetap tak sokong BN, sama seperti orang yang tak suka AMANAH tak akan undi kita.

"Kalau PAS tak bertanding, sesetengah orang mungkin tidak akan membuang undi dan kita tak tahu setakat mana pandangan dan undi masyarakat pada kita,' katanya.

Azhar kini merupakan seorang peniaga dan menceburi bidang pelancongan, butik, konsultasi dan 'production house'.

Alamat mengundi rumahnya kini masih di Termeloh, Pahang kerana beliau pernah menetap di sana seketika dahulu.

Hal ini menyebabkan beliau tidak dapat mengundi untuk dirinya dan Azhar berjanji akan menukar alamat ke Sungai Besar sebaik sahaja tamat pilihan raya kecil itu.

"Sebenarnya saya ada tiga rumah dan saya berulang-alik tiga tempat ini dalam beberapa tahun ini, iaitu Termeloh, Kuala Lumpur dan Sungai Besar.

"Walaupun saya tidak dapat mengundi, namun ahli keluarga dan saudara mara akan mengundi saya," katanya.

Read more ...

Sharapova digantung dua tahun

LONDON: Ratu tenis, Maria Sharapova digantung dua tahun oleh Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF) selepas positif positif ujian meldonium di Terbuka Australia.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *