Recent Post

Friday, July 15, 2016

Inikah Kekasih Baru Siti Saleha? Hancur Hati Para Jejaka Di Luar Sana

Siti Saleha sebelum ini telah pun mendedahkan kekasih barunya adalah seorang lelaki Melayu. Ramai yang tertanya-tanya siapakah jejaka yang telah berjaya mencuri hati gadis jelita ini. Namun identiti lelaki tersebut sehingga ke hari ini masih menjadi rahsia. Akan tetapi, baru-baru ini, dilihat Siti Saleha telah memuatnaik gambarnya dengan seorang lelaki yang tak kurang kacak dengan caption berbaur mabuk cinta. Mungkinkah ini kekasih baru Siti Saleha?

kekasih hati siti saleha

Dengan caption "Hyde Park with Love (bentuk hati)", Abang Nara percaya ramai jejaka di luar yang luluh hatinya sekiranya benar lelaki ini adalah kekasih baru Siti Saleha. Tapi kedua-duanya memang nampak sama cantik dan sama padan. Jika benar mereka bercinta, semoga ia berkekalan sehingga ke jinjang pelamin. Apa pun, kalau tak silap, Siti Saleha kini berada di Mexico untuk meraikan perkahwinan kawannya di sana.

kekasih hati siti saleha

Apa kata anda? Adakah anda antara jejaka yang sedang meraung mengenang nasib tidak dapat mengorat Siti Saleha? Hehehe.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Sekutu PAS tak maklum isu 'gencatan senjata' - Malaysiakini (caruman) (subscription)

Ketika pembangkang dalam Pakatan Harapan meneliti baik buruk tawaran 'gencatan senjata' PAS, sekutu parti Islam itu sendiri nampaknya tidak tahu menahu berhubung cadangan itu.

Gandingan PAS dalam 'Blok Ketiga' pembangkang, Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) mengakui tidak dimaklumkan berhubung perkara itu.

Presidennya Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir bagaimanapun berkata, beliau tidak berkecil hati dan berkata PAS mempunyai pertimbangannya tersendiri.

"Saya rasa itu adalah selaras pendirian PAS sekarang iaitu untuk memainkan politik matang dan sejahtera serta tidak mahu main politik yang selalu menghentam sahaja," katanya.

Beliau merujuk kepada saranan politik matang oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam muktamar tahunannya di Kota Bharu sebelum ini.

Kadir berkata demikian kepada Malaysiakini dan sebuah lagi portal berita sewaktu ditemui di ibu negara semalam.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini menyeru "gencatan senjata" sesama pembangkang, sebaliknya menggembleng tenaga bersama untuk menumbangkan BN.

Politik 'cair'

Rata-rata idea itu disambut positif oleh pembangkang, kecuali AMANAH yang lebih berhati-hati apabila meminta PAS membincangkan secara dalaman dahulu supaya tiada 'pusingan U' dibuat di kemudian hari.

Terdahulu, perbalahan berterusan PAS dan DAP menyebabkan gabungan mereka bersama PKR terkubur.

DAP dan PKR kemudian membentuk gabungan baru dengan serpihan PAS, Parti Amanah Negara (AMANAH).

Manakala PAS memilih bekerjasama dengan parti kecil IKATAN yang digerakkan Kadir, bekas pemimpin Umno.

Mengulas perkembangan politik terbaru itu, Kadir menegaskan keadaan politik Malaysia yang 'cair'.

"Politik di Malaysia dalam keadaan 'cair', kerana kadang-kadang untuk bersatu dalam parti politik itu kita kena tengok cara dia.

"Kalau caranya kasar, terlalu tidak berdisiplin, macam mana hendak berbaik.

"Jadi biarlah macam mana akhirnya blok ketiga (bersama PAS) ini akan terjadi. Keadaan akan menentukan," katanya.

Read more ...

(Video) Kisah Sedih Penghujung Karier P. Ramlee, Hidup Melarat Sampai Hanya Makan Nasi Putih Berlauk Telur

Siapa tidak kenal dengan nama P. Ramlee?

Boleh dikatakan dari segenap generasi, sebut sahaja nama itu, semua akan tahu siapakah P. Ramlee. Mana tidaknya, dengan karya lagu dan filemnya yang tidak putus-putus ditayang dan diperdengarkan, mana mungkin nama P. Ramlee lapuk ditelan dek zaman.

Namun siapa sangka, disebalik nama yang gah itu, ada cerita yang menyedihkan disebalik penghujung karier seniman agung itu.

Kejatuhan P. Ramlee bermula dengan kemasukan karya-karya asing dan juga beberapa faktor lain yang menyumbang kepada kejatuhan nama beliau. Ianya sangat teruk sehingga P. Ramlee dikatakan terpaksa hidup dalam kemiskinan. Lebih teruk, pernah satu ketika P. Ramlee di 'boo' ketika naik ke pentas untuk membuat persembahan.

Memetik video dari History Channel, rakan pelakon P. Ramlee, arwah Aziz Satar menceritakan perihal kewangan P. Ramlee yang teruk di penghujung kariernya.

"Hidup dia melarat, kesian. Kali terakhir saya pergi rumah dia, saya tengok.. dia makan nasi dengan telur je "Nama dia besar. Orang tahu P. Ramlee siapa. Tapi hidup dia melarat.", kata arwah.

Difahamkan juga, kerana kesuntukan wang, P. Ramlee terpaksa mengambil kerja sebagai penyanyi di majlis perkahwinan, menjadi juruacara pentas dan menjadi pengadil untuk pertandingan lakonan. Namun, biarpun hidupnya sesak, P. Ramlee tetap bersifat pemurah. Rakan pelakon P. Ramlee, arwah Mariani Ismail, yang juga kakak ipar kepada P. Ramlee menceritakan tentang kemurahan hati arwah.

"Kalau dia ada duit, katakan dia ada 200 kat dalam kocek. Satu hari orang datang. Orang tu kata : 'Bang, saya susah ni nak balik kampung tak ada duit', semua dia kasi" "Saloma tercegak. Saya ada masa tu. Saloma cakap : 'Eh, Daddy.. kenapa daddy kasi semua? Ini hari hari minggu... mana ada bank buka. "Tak apa, itu rezeki dia... Saya tak apa-apa.. jawab P. Ramlee."

Tonton dokumentari berdurasi lebih sejam itu di sini.
Read more ...

Dalam 'mendung', Ibrahim Ali mahu kembali sertai parti

Setelah lama bergerak melalui NGO, presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali memutuskan akan menyertai parti politik baru sebelum pilihan raya umum ke-14 yang akan datang.

Dalam wawancara bersama Malaysiakini dan sebuah lagi portal semalam, Ibrahim bagaimanapun enggan mendedahkan pilihannya buat masa ini.

"Buat masa ini, keadaan belum jelas lagi. Ertinya, dalam analogi yang mudah, keadaan sini dalam keadaan mendung, petir, awan yang gelap.

"Saya sedang memerhati, dan apabila ia jelas, barulah saya memutuskan suatu perkara yang jelas pasti saya akan sertai parti politik sebelum pilihan raya ke14," katanya di ibu pejabat PERKASA di Kuala Lumpur semalam.

Kebetulan ketika wawancara dibuat, di Putrajaya, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan sebuah parti baru yang menolak kepimpinan Datuk Seri Najib Razak sedang dibentuk.

Ibrahim, walaupun pernah berkempen bersama BN, dilihat mempunyai hubungan baik dengan Mahathir, yang beberapa kali hadir dan merasmikan acara PERKASA.

Perjalanan politik Ibrahim penuh warna-warni apabila pernah bersama Umno, menyertai serpihannya Parti Melayu Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah, malah menang menggunakan tiket PAS tetapi kemudian menjadi wakil bebas.

Oleh sebab itu, beliau digelar "katak" oleh musuh-musuh politiknya. 

Ibrahim bagaimanapun mempertikai gelaran itu kerana ramai lagi pemimpin politik yang melompat parti.

Mengulas hasrat terbarunya itu, Ibrahim telah menerima pelawaan tetapi masih mempertimbangkannya.

"Saya akui sehingga kini ada parti politik yang datang kepada saya jemput sertai dan menawarkan jawatan kepada saya.

"Tetapi saya belum dapat menerima dan ia dalam pertimbangan saya," katanya yang turut enggan menamakan parti itu.

Ibrahim juga belum memutuskan sama ada beliau akan meninggalkan PERKASA atau tidak kerana ia bergantung kepada keadaan semasa.

Bagaimanapun, katanya, jika beliau tidak lagi memimpin kumpulan pendesak Melayu itu, beliau yakin ia akan berjalan seperti biasa.

"Saya tidak melihat PERKASA akan jatuh sekiranya saya tidak menjadi presiden, kerana PERKASA sudah stabil dan kita sudah mempunyai pemimpin pelapis di setiap peringkat.

"Saya nampak pemimpin muda PERKASA sudah mula berdikari, kerana kini suara PERKASA bukan lagi suara saya sahaja.

"PERKASA akan terus hidup dan saya ada keyakinan itu," katanya.

Read more ...

FAM punca pemain bersara - TMJ

KUALA LUMPUR: Selepas berdiam diri dengan isu persaraan empat tonggak Johor Darul Ta'zim (JDT) daripada menyertai skuad kebangsaan, pemilik kelab bola sepak itu, Tunku Ismail Sultan Ibrahim akhirnya tampil menjelaskan sebab perkara itu berlaku.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *