Recent Post

Thursday, July 07, 2016

Peraduan Premiere With Budiey Filem THE PURGE: ELECTION YEAR

Salam semua pembaca Budiey.com yang budiman,

Bagi memeriahkan lagi acara Premiere With Budiey pada bulan Julai 2016 ini, Budiey.com ingin menjemput Budieyators semua bersama selebriti untuk menonton sebuah filem aksi THE PURGE: ELECTION YEAR.

Sebelum apa-apa, Budiey mahu korang tonton trailer filem penuh aksi mendebarkan ini, THE PURGE: ELECTION YEARdi mana anda dapat menjadi penonton pertama menontonnya sebelum ianya dibawa ke pawagam. Beberapa orang selebriti dan influencers juga akan dijemput untuk memeriahkan tayangan ini.

Jika masih tertanya-tanya tentang filem ini, apa kata anda semua menonton trailer THE PURGE: ELECTION YEAR yang telah diriliskan di dada Youtube saluran United International Pictures Malaysia.

Budiey kira, ramai yang super-duper excited nak tengok movie Hollywood yang dengan drama dan aksi yang menarik ni.

Kepada yang tak berkesempatan menonton di tayangan premiere, apa kata korang nantikan sahaja filem ini yang akan berada di pawagam mulai 14 Julai 2016.

Untuk kalian yang menyukai filem aksi, pastinya filem ini sesuai untuk kalian semua.

the purge

Sinopsis Filem THE PURGE: ELECTION YEAR

Di tahun 2025, tepatnya 2 tahun setelah memilih untuk tidak membunuh Warren Grass, orang yang telah membunuh anaknya. Mantan sersan polisi, Leo Barnes (Frank Grillo) telah menjadi kepala keamanan untuk senator Charlene Roan (Elizabeth Mitchell), yang merupakan seorang calon Presiden baru yang telah bersumpah untuk melenyapkan undang-undang tentang Pembersihan (Purge) setelah ia kehilangan anggota keluarganya. Pemerintah diam-diam menentang kampanye Roan tersebut dan ketika malam Pembersihan (Purge) tiba, Barnes dan Roan harus bertahan hidup hingga fajar dengan menemukan relawan anti-Purge yang mendukung kampanyenya karena mereka telah diincar oleh sekelompok orang untuk dijadikan pengorbanan atas dosa-dosanya terhadap negara.

Peraduan Tayangan Premiere THE PURGE: ELECTION YEAR

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 79 keping tiket untuk Budieyators / pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

12 Julai 2016 (Hari Selasa)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

9.00 malam

Tempat:

GSC 1 UTAMA

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere THE PURGE: ELECTION YEAR – Budiey.com di GSC 1 UTAMA. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #ThePurge3

Apa yang korang perlu buat ialah: 1.  'Like' Facebook page Budiey Dot Com dan 'Follow' Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/uipmalaysia & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #ThePurge3 kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

3. Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan pelakon utama filem THE PURGE: ELECTION YEAR

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere THE PURGE: ELECTION YEAR – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Premiere THE PURGE: ELECTION YEAR – Sensasi Selebriti 

Tarikh tutup peraduan:

11 Julai 2016

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada www.facebook.com/UIPMalaysia dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem yang cukup mengkagumkan ini mulai 14 Julai 2016.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/UIPMalaysia dan langgan (subscribe) Youtube Channel United International Picture : www.youtube.com/UIPMalaysia

Dapatkan info lanjut di laman website: www.uip.com.my

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and 'Like' Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

ThePurge_1Sheet_Teaser_International_Edit

Related

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

(Video) 'Batman Rusia' Isytihar Perang Terhadap Penjenayah di Moskow, Gelar Dirinya 'Reaper'

Lebih kurang sebulan yang lalu, seorang lelaki di Rusia yang memakai kostum seperti Batman telah mengisytiharkan perang terhadap pengedar dadah yang menjalankan bisnes di Khimki. Setakat ini, lelaki terbabit mendakwa dia telah berjaya menangkap lebih kurang 40 penjenayah.

Semuanya bermula pada awal Jun lalu, apabila seorang pemandu teksi ternampak seorang lelaki yang berpakaian Batman memasuki sebuah bangunan - yang kemudian disahkan sebagai tempat penyimpanan dadah - pada tengah malam.

Pemandu teksi itu memberitahu polis dia kemudian terdengar bunyi jeritan manusia dan bunyi sesuatu dicampak dari dalam.

Lelaki misteri itu kemudian keluar dari bangunan itu, melemparkan sesuatu seperti bom api di atas tanah dan menghilangkan diri dalam kegelapan.

Beberapa minit kemudian, pasukan polis tiba di tempat kejadian, memasuki bangunan itu dan keluar bersama dua lelaki yang digari. Pemandu teksi itu, yang dikenali sebagai Slava, berkata lelaki-lelaki itu dipukul dengan agak teruk.

Media tempatan Rusia, Moskovsky Komsomolets, kemudian memulakan siasatan jurnalistik dan baru-baru ini mendedahkan mereka telah mendapat surat yang dihantar oleh lelaki bertopeng itu kepada polis di Khimki.

Menerusi surat tersebut, lelaki bertopeng itu menggelarkan dirinya sebagai "Reaper - Humanity first hero".

Reaper, menerusi surat itu berkata dia telah mengisytiharkan perang persendirian terhadap penjenayah-penjenayah tempatan dan pengedar dadah. Selain itu dia juga turut meminta polis untuk membantunya 'membuang kejahatan' dengan memberikan beliau tip di media sosial.

"Kamu tidak mengenali saya, dan tak mungkin kamu pernah mendengar tentang saya. Saya panggil diri saya sebagai Reaper, dan sejak enam bulan yang lalu saya telah berusaha dengan penyakit yang telah lama melanda masyarakat kita - jenayah. Saya melawan pengedar dadah, p erogol dan gangster.

"Saya tidak membunuh atau mencacatkan, dan saya bukannya melawan pihak polis atau pihak berkuasa, tetapi saya membuang kejahatan yang tidak dapat 'dicapai' oleh polis dan pihak berkuasa. Tangan mereka diikat dan mereka telah menjadi mangsa atas jenayah sendiri. Saya tidak mencari kemegahan dan saya tidak mencari sekutu ataupun peniru. Saya cuma meminta bantuan informasi.

Surat itu juga memberitahu supaya maklumat tentang jenayah disampaikan menerusi akaun Twitter @JnecReaper.

Di dalam surat yang dihantar kepada polis itu juga, lelaki bertopeng itu berkata dia telah berjaya menangkap lebih 40 penjenayah tempatan dan merosakkan beberapa makmal dadah. Di laman Twitternya, dia ada menulis : "Ini hanya permulaan". - Siakapkeli.my

Read more ...

Pengganti Husni, Devamany dirujuk kepada Najib

Pengganti Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Datuk Seri SK Devamany masing-masing bagi jawatan Timbalan Pengerusi Umno Perak dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak akan dirujuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata pengisian jawatan Ahmad Husni, yang juga Timbalan Pengerusi BN Perak akan dibincangkan di peringkat parti sebelum dirujuk kepada Najib, selaku presiden Umno dan pengerusi BN.

Sementara, jawatan Speaker DUN Perak akan dibincangkan oleh parti komponen BN bersama Najib sebelum dibentangkan kepada dewan, kata Zambry, yang juga menteri besar Perak.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Perak di kediamannya, di Ipoh, semalam.

"Saya juga meminta semua pihak untuk menghormati keputusan Ahmad Husni meletak semua jawatannya dalam parti dan BN," katanya.

Pada pengumuman rombakan Kabinet, 27 Jun lalu, Najib mengumumkan peletakan jawatan Ahmad Husni sebagai menteri kewangan kedua.

Ahmad Husni kemudiannya mengumumkan peletakan semua jawatan dalam Umno.

Devamany, yang juga timbalan presiden MIC, melepaskan jawatan Speaker DUN yang disandang sejak 2013, susulan pelantikannya sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Ditanya mengenai permintaan Devamany bahawa jawatan Speaker DUN Perak dikekalkan kepada calon dari MIC, Zambry berkata ia berdasarkan kedudukan kuota dan persefahaman antara parti komponen BN.

Bagaimanapun, katanya, permintaan itu akan dipertimbangkan.

Sementara itu, Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke majlis rumah terbuka itu yang dihadiri oleh 10,000 orang.

Selain hidangan pelbagai juadah tradisonal seperti rendang, ketupat dan lemang, pengunjung turut dihiburkan oleh artis tempatan dan kanak-kanak diberi duit raya.

Turut berangkat Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Besar, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah; Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.

Read more ...

Wanita ejen hartanah mati ditembak

KUALA LUMPUR: Seorang wanita maut manakala anaknya parah selepas kenderaan yang mereka naiki ditembak dari jarak dekat oleh dua lelaki menunggang motosikal di Jalan Hujan Emas 4, Taman OUG Jalan Klang Lama, di sini, petang ini.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *