Recent Post

Friday, May 06, 2016

Maria Farida Kemukakan Saman Fitnah Terhadap Bekas Isteri Suaminya

Pelakon Datin Maria Farida telah nekad untuk mengemukakan saman fitnah terhadap bekas isteri suaminya, Hadijah Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Karen Rayyan. Hasratnya itu diluahkan menerusi satu sidang media yang diadakan oleh beliau sebentar tadi.

Maria sudah tidak tahan apabila Karen sering memfitnah beliau sebagai punca rumah tangga beliau dan Datuk Rahman retak sehingg bercerai.  Selain itu Karen juga menjaja cerita kononnya Maria berebut kasut dengan anak tirinya,bomohkan suami , perampas suami orang dan lebih teruk lagi Maria dikatakan menampar anaknya.

Malah, sejak 9 bulan lalu Karen sering mengganggu Maria dengan menghantar pelbagai mesej dengan bahasa kesat dan berbaur ugutan.

Setiap hari sejak sembilan bulan lalu dia hari-hari menghantar SMS ugutan, makian dan cacian terhadap saya dan suami dengan menggunakan bahasa kesat yang malu untuk saya nyatakan di sini.

Maria (kiri) dan Karen (kanan) ketika masih bersahabat

Itu belum termasuk segala fitnah yang dia lemparkan terhadap saya secara terbuka di laman sosial tetapi saya masih berdiam diri dan enggan melayan semua tuduhan.

Tetapi apabila dia menuduh saya menampar anaknya, melabel saya sebagai seorang ibu tiri yang jahat malah menuduh saya menggunakan ilmu hitam, ia sudah melampau dan melebihi tahap kesabaran saya. Jalan terbaik adalah menyelesaikan kes ini di mahkamah dan saya telah pun memfailkan saman fitnah terhadapnya berhubung isu ini. Lagi saya diam, dia semakin menjadi-jadi.

Terdahulu, Maria pernah menghantar dua surat saman kepada Karen  pada bulan November dan Disember tahun lalu, tetapi pelakon itu tidak mengambil apa-apa tindakan kerana Karen berjanji akan berubah.  Walaubagaimanapun, Karen telah memungkiri janji dan masih mengganggu rumah tangga  Maria.

Datuk Rahman pula memberitahu, insiden beliau dilanggar oleh bekas isterinya itu adalah benar. Kejadian tersebut berlaku  di Taman Nirwana, Ampang pada Isnin lepas.

Kejadian itu berlaku kerana saya ingin ambil anak-anak kerana mereka hak saya dan dia telah melanggar perintah mahkamah tetapi dia pula bertindak melanggar saya sehingga mengakibatkan kecederaan di kaki kiri dan tangan kanan.

Tetapi dia dakwa dia cuba pertahankan diri dan saya terjatuh tetapi hakikatnya dia di dalam kereta saya di luar malah saya terheret sejauh lima meter. Dia kata dia pertahankan diri tetapi di Instagram dia dengan bangga memberitahu dia sepatutnya seret saya sehingga mati dengan memuat naik gambar anjing yang diseret. Anda nilaikan sendiri.

Memang hangat betul persengketaan antara Maria Farida dan bekas isteri Datuk Rahman.  Ermmh, tidak tahu apa masalah mereka berdua sebenarnya tetapi berkemungkinan besar kerana salah faham dan rasa tidak puas hati yang wujud didalam hati. Kita nantikan sahaja perkembangan kes ini.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Laporan palsu cetus kekacauan - Berita Harian

SEGALA pembongkaran Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report yang kerap mengukir berita palsu, propaganda tersirat dan berniat jahat sudah terlerai. Terkini WSJ 'terkantoi' apabila Datuk Muhammad Ibrahim, dilantik sebagai Gabenor Bank Negara yang baharu menggantikan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Mereka sebelum ini menjaja berita kononnya kerajaan akan melantik Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah sebagai Gabenor Bank Negara.

Penerbitan yang berniat jahat itu juga mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melantik 'kroni' bagi mengekalkan kuasa. Lebih menghairankan parti pembangkang yang bertanding dalam pilihan raya negeri di Sarawak seolah-olah mengesahkan berita itu sebagai benar.

Lebih dahsyat lagi tindakan WSJ dan Sarawak Report mengheret nama Yang di-Pertuan Agong dalam serangan terhadap Malaysia. Pemberitaan yang tidak bertanggung jawab dan mengaibkan ini tidak pula diakui dengan permohonan maaf atau pengakuan kesilapan, namun terus diserang dengan teknik penulisan yang lain.

Laporan WSJ dan Sarawak Report menunjukkan mereka melanggar prinsip dan etika kewartawanan, tidak menghormati negara ini atau institusi Raja.

Tidak boleh dipercayai

Hakikatnya, WSJ dan Sarawak Report tidak lagi boleh dipercayai.

Jelas, laporan WSJ dan Sarawak Report adalah fantasi dan ilusi kewartawanan. Tanpa rasa malu mereka menjaja pemalsuan sebagai fakta dan senjata untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN). Bermakna pembangkang juga perlu dan sewajarnya menarik balik kenyataan yang pernah dibuat dan memohon maaf. Atau adakah boleh kita katakan bahawa pembangkang juga penyebar berita palsu?

Isu dana politik diterima oleh Perdana Menteri turut menjadi bahan sensasi dan spekulasi oleh WSJ dan Sarawak Report. Namun, apabila kenyataan oleh Kerajaan Arab Saudi mengesahkan bahawa dana politik itu daripada mereka, tidak pula WSJ dan Sarawak Report menyatakan keinsafan dan membuat kenyataan maaf. Malah, isu ini terus diasak dengan pelbagai laporan 'konon itu dan ini' untuk terus memberi tekanan. Apa sebenarnya niat laporan pemberitaan sebegini?

Laporan tidak berasaskan fakta dan berdasarkan spekulasi dan fantasi akan menghancurkan dunia kewartawanan. Laporan yang palsu boleh mewujudkan ketidaktenteraman dan kekacauan. Malah, laporan tanpa fakta boleh menghancurkan keharmonian dan perpaduan. Jangan pula pemberitaan sebegini 'menghalalkan cara' untuk menjatuhkan kepemimpinan dan negara ini.

Jika laporan negatif sebegini menjadi rujukan dan dipercayai, maka rakyat dan masyarakat Malaysia akan bertambah keliru. Pemberitaan yang tidak berpaksikan kepada news trustworthiness adalah laporan palsu, penyebar khabar angin yang perlu dibanteras.

Maka sudah sampai masanya WSJ dan Sarawak Report dan 'penyebar berita palsu' dipanggil memberi penjelasan berikutan pemalsuan berita dan kempen dendam mereka terhadap Malaysia. Segala pembohongan dan agenda tersirat dan tersurat mereka perlu diheret ke mahkamah supaya Malaysia tidak terus dimomokkan oleh masyarakat dunia dengan pemalsuan dan pembohongan terancang.

Sebagai pengguna media, kita perlu prihatin dan cakna dalam memilih, menilai dan membuat keputusan terhadap laporan atau berita yang dihidangkan. Sampai bila kita terus ditipu dan pemimpin kita asyik dimalukan dengan berita tidak berasas dan tidak berfakta oleh media asing? Pembohongan WSJ, Sarawak Report dan konco-konconya kini terbukti dan rakyat Malaysia perlu tahu tiada satu pun laporan mereka yang boleh dipercayai lagi.

INFO:The Wall Street Journal 

  • Akhbar berbahasa Inggeris yang memberi fokus terhadap perniagaan berpusat di New York, Amerika Syarikat (AS)
  • Diterbitkan enam hari seminggu oleh Dow Jones & Company, anak syarikat News Corp
  • Pengarang Gerard Baker
  • Penulis ialah Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA

    Read more ...

    Cara Mudah Menang Trip ke Konsert ADELE LIVE IN PARIS

    HELLO…It's us, Yonder Music Malaysia!We were wondering if after all these years you would like to win an all expenses paid trip for two to see ADELE LIVE IN PARIS on June 10, 2016?Offered exclusively to FIRST™ Customers. Just follow these simple steps to enter: 1. Sign Up with FIRST™2. Download and Activate the Yonder Music app from the Google Play or Apple App store3. Subscribe to the Adele playlist under the Authorities sectionYou are now in the running to win a chance to catch Adele live in Paris. But hurry–the contest comes to a close on May 31.For more information about to contest click here: http://bit.ly/1Tk8WZiFor Android: 

    Download and Activate through here: http://bit.ly/1SCyNQg For iOS:

    Download and Activate through here: http://apple.co/1SCyUeF#YonderMusicMY #HearForever #Adele #FIRST #Celcom #AdeleFlyaway #YonderMusicFlyaways

    Komen via Facebook

    Komen

    — 92 Bacaan
    Read more ...

    Kurang Menonjol, Punca Najib Lantik Adenan Sebagai Ketua Menteri

    Kini barulah rakyat tahu mengapa Datuk Seri Najib Razak melantik Tan Sri Adenan Satem sebagai ketua menteri Sarawak, kata menteri Datuk Seri Salleh Said Keruak. Sebelum ini, kata menteri komunikasi dan multimedia itu kebanyakan rakyat negara ini tertanya-tanya mengapa perdana menteri memilih Adenan kerana tokoh berkenaan hidup secara sederhana dan kurang menonjol. Memetik pelbagai kejayaan dicapai Adenan Salleh berkata ramai menganggap Najib tersilap dalam pilihannya. "Memang jelas Najib memberi sokongan penuh kepada Adenan dalam segala usahanya. "Adenan adalah tokoh yang bersuara demi kepentingan rakyat Sarawak dan apa yang terpenting ialah perdana menteri mendengar (suara berkenaan)," katanya dalam pos di blog beliau. Keadaan itu kata Salleh memberikan keyakinan kepada pengundi Sarawak bahawa Najib dan Adenan adalah regu yang baik. "Seorang di peringkat pusat dan seorang lagi di negeri, dan BN mampu memberikan khidmat yang diperlukan rakyat Sarawak," katanya. Selepas berkhidmat sebagai ketua menteri hampir 800 hari, kata Salleh, pembangkang sendiri terpaksa mengakui Adenan melakukan tugasnya dengan baik. "Anda boleh lihat daripada kempen pilihan raya Sarawak, tidak banyak kritikan dibangkitkan pembangkang mengenai Adenan," katanya. Sejak mengambil alih jawatan ketua menteri pada Februari 2014 Adenan memperkenalkan pelbagai dasar yang dianggap penting kepada penduduk Sarawak. Antara yang penting ialah dasar Anak Sarawak berhubung kesaksamaan untuk semua penduduk negeri serta pengiktirafan kepada sekolah-sekolah Cina, serta pinjaman pendidikan Yayasan Sarawak.

    Read more ...

    Helikopter bawa VIP hilang di Sarawak, PM Zahir Rasa Bimbang

    KUCHING - Sebuah helikopter dalam penerbangan dari Betong ke sini dilaporkan hilang petang tadi.  

    Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama.  

    "Helikopter itu berlepas dari Betong jam 4.12 petang dan sepatutnya tiba di Kuching sekitar 5 petang," katanya.

    DCA telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat.

    Pesawat jenis Eurocopter AS350 itu dikendalikan oleh sebuah syarikat helikopter tempatan.

    Sementara itu, Perdana Menteri, Najib Razak menzahirkan rasa bimbang terhadap perkara tersebut di laman Twitternya.

    Deeply concerned about reports of helicopter missing between Betong & Kuching. Search and rescue activated. Let us pray for their safety. — Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) May 5, 2016
    Read more ...

    Ahmad Shabery sepatutnya menaiki helikopter yang hilang

    Menteri Pertanian dan Industri Asas Tadi, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sepatutnya menaiki helikopter yang dilaporkan hilang semalam, sekiranya rancangan itu tidak diubah pada saat akhir.

    Menurut Berita Harian Online pagi ini, Ahmad Shabery berkata beliau sebaliknya telah diminta menaiki helikopter lain bersama Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Alfred Jabu Numpang.

    Jabu meminta menteri itu menyertainya untuk menghadiri satu majlis di Bukit Saban sebelum pulang ke Kuching.

    Manakala helikopter yang hilang itu berlepas Spaoh untuk mengambil Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon dan beberapa orang yang lain.

    "Ketika itu hujan lebat dan selepas berhenti, beliau (Jabu) menaiki helikopter berkenaan di Bukit Saban, Betong," Shabery dilaporkan sebagai berkata

    "Tidak lama selepas kami berlepas, keadaan cuaca kembali buruk menyebabkan helikopter yang kami naiki mengalami gangguan beberapa kali," katanya kepada akhbar berkenaan.

    Operasi mencari dan menyelamat telah dilancarkan.

    Read more ...

    4 militan maut dalam serbuan berhampiran Makkah

    RIYADH: Polis Arab Saudi menembak dua suspek militan manakala dua lagi meletupkan diri mereka ketika satu serbuan berhampiran Makkah semalam, menurut Kementerian Dalam Negeri.
    Read more ...

    Popular Posts

    Berita Harian

    Malaysia Kini

    Mypotnews Links

    Submit ExpressFree Webmaster Tools
    Ping search engines.

    Contact Form

    Name

    Email *

    Message *