Sunday, December 20, 2015
Barca julang piala kelima 2015
MILIKI ANAK ISTIMEWA - AHMAD IDHAM BUKA SEKOLAH KHAS
Pelakon dan penerbit filem, Ahmad Idham, 44, memilih untuk membuka sebuah sekolah khas yang menyediakan sistem pendidikan dan terapi sempurna buat golongan Orang Kelainan Upaya (OKU).
Menurut Idham, beliau memilih membuka sekolah tersebut kerana cahaya mata sulungnya, Ahmad Firdaus Ahmad Nadzri, 15, merupakan anak istimewa.
Sekolah khas yang diberi nama Eden Firdaus Special Need Centre itu bakal terlaksana apabila pendaftaran awal dibuka awal Januari tahun depan.
Nama sekolah tersebut diambil sempena nama anak sulungnya, Ahmad Firdaus Ahmad Nadzri, 15, yang mengalami kesukaran berjalan dan bertutur akibat diserang sawan ketika berusia dua tahun.
"Sekolah tersebut juga mendapat sokong an penuh isteri saya yang bertindak sebagai pengetua bersama dua rakan kongsi dari Singapura iaitu Mr. K, Pengetua Saint Claire Special Education serta Kelvin Ng Kang Wen. Kedua-duanya juga merupakan pengarah di pusat yang sama.
"Sebelum ini, saya dan isteri tempatkan anak sulung di Saint Claire, Singapura. Selama dua tahun di sana, nampak perkembangan baik dan sihat dengan sistem pembelajaran dan terapi yang disediakan.
"Perkembangan sihat itu telah memberi Firdaus berjalan dan bertutur dengan baik dan boleh difahami walaupun agak perlahan.
"Dari situlah tercetus idea membuka sekolah khas ini. Lagipun, isteri sudah ada pengalaman 14 tahun mengendalikan pusat jagaan dan pendidikan kanak-kanak.
"Sekolah ini khusus untuk mempersiapkan diri kanak-kanak OKU menempuh dunia luar di samping beri harapan mereka juga mampu berdikari tanpa perlu bergantung pada orang lain.
"Kita sediakan sistem pembelajaran dan terapi yang betul. Adalah menjadi impian saya dan isteri untuk melaksana sistem pembelajaran dan terapi buat kanak-kanak OKU ini dan saya juga berharap usaha ini mendapat sokongan kerajaan," ujar Idham dipetik sebagai berkata.
Selain Firdaus, Idham dan isteri, Amy Aziz, 39, mempunyai tiga anak lain iaitu Ahmad Aydeel, 11, Kintan Myra,9 dan Ahmad Khaliff, 5.
Sementara itu, Amy menambah sekolah tersebut khusus buat kanak-kanak istimewa berusia antara empat hingga 20 tahun. Ia bakal memulakan operasi pada pertengahan Januari depan dengan sokongan empat tenaga pengajar berkelayakan dalam pengkhususan kanak-kanak istimewa di peringkat global.
"Bukan hanya untuk pembelajaran sempurna malahan tiga terapi yang betul iaitu fisioterapi, terapi cara kerja dan terapi pertuturan.
"Buat masa ini kami ada empat tenaga pengajar di samping membuka pengambilan sebanyak 20 kanak-kanak OKU dahulu. Ianya bakal berkembang sehingga 50 pengambilan pada satu masa dengan penambahan tenaga pengajar," jelas Amy.
Dalam pada itu, Idham juga mengharapkan pembukaan sekolah khas tersebut turut dapat membuka mata ibu bapa lain di luar sana agar tidak 'menyembunyikan' anak-anak OKU.
"Di sekolah ini, ibu bapa turut didedahkan cara betul menjaga dan melakukan terapi kepada anak-anak OKU.
"Kenapa mesti nak malu memiliki anak OKU? Rasa malu itu seolah-olah menidakkan kurniaan Tuhan. Saya kecewa dengan sikap ibu bapa lain yang menyembunyikan anak OKU dan tidak mendedahkan mereka pada kehidupan luar.
"Sekolah khas ini saya dan isteri buka juga bertujuan untuk beri pendedahan pada ibu bapa lain yang mempunyai anak OKU," katanya.
Untuk makluman, Eden Firdaus Special Need Centre ini terletak di bangunan dua tingkat, di Lot U-72-G & U-72-1, Jalan PJU 5/22, Red Carpet Avenue, Encorp Strand Mall, Kota Damansara, Petaling Jaya, Kuala Lumpur.
________________________
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER Follow @myartisdotcomGambar Sekitar Majlis Resepsi Persandingan Pelakon Nad Zainal
Ini dia gambar sekitar Majlis Persandingan aka resepsi pelakon Nad Zainal & Muhamad Faliq yang berlangsung pada hari Jumaat lalu yang mana majlis ini berlangsung di Rooftop Hotel, Bukit Jelutong, Selangor Darul Ehsan.
Budiey nak ucapkan selamat pengantin baru buat pelakon Nad Zainal yang kini sah menjadi isteri kepada kepada Muhammad Faliq Amirudin, jam 3 petang, 18 Disember 2015 dalam sebuah majlis tertutup di Bukit Jelutong, Shah Alam.
Jemputan media bagi majlis tersebut diuruskan sepenuhnya oleh pihak pengantin. Sementara itu, A Klasse hanya membantu pasangan menguruskan media yang hadir pada majlis tersebut. Dengar khabarnya, majlis berjalan lancar dan meriah sekali.
Selamat pengantin Nad Zainal! Sampai hati tak jemput habang tau!
Komen via FacebookKomen
— 213 Bacaan— Budiey
Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Social Media Marketing, Instagram Influencer, #LiveUpdate Expert, photojournalist, jurugambar, kerap ber-Twitter & Facebook, copywriter, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.
Apandi: Jangan salahkan saya
Peguam Negara Tan Sri Mohamad Apandi Ali menolak dakwaan MCA bahawa dia perlu dipertanggungjawabkan atas tindakan Mohamad Ali Baharom mengadakan protes di komleks Kota Raya semalam.
Kata Mohamad Apandi, kenyataan Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun tidak adil kerana rakaman video mengenai perlakuan Mohamad Ali di Plaza Low Yat tidak memadai untuk mendakwanya di bawah Akta Hasutan.
"Apabila saya minta kalau ada sesiapa mempunyai bukti lain (mengenai insiden itu) mereka menunjukkan saya video sama," katanya kepada media di Putrajaya hari ini.
Kelmarin Chew mendakwa Mohamad Apandi tidak menakwa Mohamad Ali - atau Ali Tinju - walaupun membuat kenyataan menghasut di Plaza Low Yat pada Julai lalu.
Kata Chew, Mohamad Ali sekali lagi mengadakan protes berbaur perkauman di luar kompleks Kota Raya kerana Mohamad Apandi menggugurkan semua tuduhan hasutan terhadapnya.
Mohamad Apandi berkata, tanpa bukti mencukupi beliau tidak boleh dipersalahkan.
Lima sekeluarga korban tragedi Air Terjun Belukar Bukit selamat dikebumikan
Popular Posts
-
The fishermen on a boat going out to sea off the coast of Marang in Terengganu. Their livelihoods have been impacted in a negative way by va...
-
Kuala Lumpur saw no new housing projects below the price tag of RM500,000 being launched last year, despite the maximum house price median o...
-
PUTRAJAYA – Jika ada yang masih ragu-ragu lagi mengenai sumbangan derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Da...
-
'Bila Saya Diserang, Semua Orang Diam'…Luahan SEDIH Najib Razak…Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini menjawab kritikan k...
-
KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai IOI Properties Group Bhd bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2015 meningkat kepada RM1.13 bilion...