Recent Post

Sunday, June 19, 2016

Hujan batu boleh berlaku 3 kali setahun, kata menteri - Malaysiakini (caruman) (subscription)

Fenomena hujan batu yang melanda ibu negara awal bulan ini boleh berlaku dengan kekerapan tiga kali dalam setahun,kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Madius Tangau.

Beliau berkata pada tahun ini, sebanyak dua kejadian hujan batu berlaku di Malaysia, pertama pada Januari lepas di Bukit Jelutong, Shah Alam dan yang terbaru pada 3 Jun lepas di Bukit Jalil.

"Kejadian hujan batu yang melanda negara bukanlah satu fenomena yang luar biasa tetapi ia amat jarang berlaku di negara kita.

"Berdasarkan rekod yang kita ada, ia boleh berlaku dengan kekerapan antara satu hingga tiga kejadian dalam tempoh masa setahun," katanya kepada Bernama.

Madius berkata fenomena hujan batu terhasil apabila ketulan ais terbentuk dalam awan ribut petir atau awan kumulonimbus, iaitu sumber utama pembentukan hujan ribut petir, disebabkan oleh arus perolakan yang kuat dalam awan tersebut.

"Hujan batu lazimnya berlaku ketika ribut petir kuat dalam ketinggian awan yang melepasi takat beku sehingga mencapai 40,000 kaki," katanya.

Madius berkata saiz hujan batu yang terhasil lazimnya adalah antara 5mm atau sebesar biji kacang sehingga 1.5cm iaitu sebesar sebiji guli.

"Kejadian hujan batu ini biasanya berlaku setempat iaitu sekitar kawasan yang berada di bawah awan kumulonimbus. Tempoh kejadian juga agak singkat iaitu hanya lebih kurang 20 minit sahaja," katanya.

Dalam kejadian hujan batu yang melanda ibu negara pada petang 3 Jun lepas, rekod Stesen Meteorologi Petaling Jaya menunjukan hujan berukuran 60.2 milimeter serta kelajuan angin mencapai 46.8 kilometer sejam adalah sebab berlakunya fenomena hujan batu itu.

Dalam pada itu, Madius menasihatkan orang ramai yang berdepan kejadian hujan batu atau seumpamanya supaya menjauhi tingkap dan segera berlindung di tempat yang selamat.

"Jika berada di dalam kenderaan, pastikan anda meletak kenderaan (berlindung) di bawah jambatan atau struktur yang kukuh," katanya.

- Bernama

Read more ...

7 Cara Orang Kita Jadi Unik di Bulan Puasa

Orang kita ni sangat unik nak-nak apabila tiba bulan puasa. Ada 7 cara orang kita boleh jadi unik dengan perangai yang macam-macam di bulan puasa.

1. Dah tau jalan tu sesak, nak juga bawak stroller. Bila terlanggar, buat muka.

2. Meniaga kat tapak free takde sewa, tapi harga barang jualan sama macam peniaga yang menyewa kat Pavillion.

3.Bila orang nak meniaga, dia pun nak tapi dia masak pun tak pandai, nak meniaga jugak pastu harga lagi mahal.

4.Asal ade kosong, main parking je. Padahal depan simpang tu. Kereta bersusun jam sebab dia, tapi buat tak tau.

5. Dalam masjid yang tua-tua ni boleh bertekak sebab berebut tempat nak berbuka.

6. Yang bukan bekerjaya seorang pelakon lagi pandai berlakon daripada pelakon.

7. Undang-undang takat atas kertas. Masing-masing create law sendiri bila tak puas hati. Rasa tergugat, show off kuasa.

"Adakah kau rasa dunia isinya hanya kau yang punya Kau fikir kau siapa?"

Petikan dari Facebook Kamal Rezuan

Related

Komen via Facebook

Komen

— 215 Bacaan
Read more ...

'Rambut Panjang Kusut, Berdarah..' - Gadis ini Kongsi Detik Seram Terselfie Dengan 'Sesuatu'

Nama aku ***, berumur 24 tahun. Dari kecil atuk dan nenek yang jaga aku, besarkan aku, sekolahkan aku. Masa tingkatan 4, arwah nenek meninggal. Nenek yang jaga aku dari kecil, sayang aku macam anak dia sendiri telah pergi buat selamanya. Betu cakap orang, langit tak selalunya cerah. Masa tu aku tak tahu dah nak buat apa tanpa dia. Aku jenis yang dimanjakan dari kecil oleh arwah. Bab masak, kemas rumah semua memang dia tak pernah suruh. Cuci baju semua memang dia yang buat.

Ok, kembali kepada cerita. Lepas arwah nenek meninggal, aku tinggal dengan makcikku yang nombor dua. Lepas tu dengan makcik yang nombor 3 sebelum tinggal bersama makcikku yang bongsu dan berpindah ke Sabah untuk tinggal bersama ibu. Ibu aku seorang Dusun manakala bapaku seorang Iban. Kejadian 2011Hari kejadian, ibu pergi kerja macam biasa meninggalkan aku dan adik kecilku di rumah. Kebetulan masa tu anak-anak buah aku ada jadi semua berkumpul. Salah seorang dari anak buah ku baru bertunang pada masa tu. Tunang di a muslim jadi masa tu ada banyak tudung aku tengok di tepi dinding. Tergerak pula dalam hati ni untuk selfie guna tudung tu. Selfie Dengan Tudung HitamTudung tu warna hitam. Selfie punya selfie, semua join sekali. Macam-macam ragam, macam-macam style. Akhir sekali aku selfie depan cermin seorang diri, menghadap cermin besar depan pintu rumah. Masa selfie tu tak nampak apa-apa, sikit pun tak ada rasa pelik apa-apa. Diorang pun ketawa tengok aku selfie. Lepas semua selesai, kami semua lepak di dalam bilik tu. Tengok Balik Gambar, Ada 'sesuatu' rupanyaLepas habis bercerita, tiba-tiba rasa nak tengok balik semua gambar-gambar tadi. Mula-mula semua tak perasan ada 'sesuatu' di dalam gambar tu. Tapi lepas tengok elok-elok, terbang telefon. Semua takut masa tu. Nak kata edit memang tak lah, sebab masa tu telefon aku sony biasa ja, yang ada cuma kamera di belakang ja. Kamera biasa ja, bukan oleh edit-edit macam sekarang ni.

Semua dah pucatBudak-budak lain semua muka pucat, apatah lagi aku. Terus semua terdiam seribu bahasa. Muka benda tu memang betul-betul menyeramkan, walaupun tak nampak penuh tapi mata dan mulut dia kelihatan. Memang menyeramkan. Rambut panjang kusut macam tu, jubah putih panjang berdarah. Dada sebelah kiri dan rusuk kira tu ada darah (masa tulis ni pun meremang bulu roma). Aku cepat-cepat balik rumah.

Demam, Fobia Tengok CerminPetangnya, aku tunjukkan kepada ibu selepas dia pulang. Semua terdiam seribu bahasa. . Lepas kejadian, aku demam terus, seminggu juga takut tengok cermin.

Sekarang, sudah lima tahun kejadian tu berlaku. Kenapa dan mengapa aku sendiri tak ada jawapan namun aku takkan lupa kejadian ini seumur hidup aku.. - Siakapkeli.my

Diolah semula dari inbox Siakapkeli @cik pink. - 18 Jun 2016.

Read more ...

Najib: Nampaknya 'Idi Amin' Malaysia lebih popular

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak menyambut kemenangan BN dalam dua pilihan raya kecil dengan membidas pengkritik utamanya Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Dia panggil saya Idi Amin Malaysia.

"(Nampaknya) Idi Amin Malaysia lebih popular," katanya di Sungai Besar selepas kemenangan BN malam ini.

Beliau juga berkata keputusan pilihan raya hari ini menunjukkan bahawa rakyat menolak Deklarasi Rakyat yang diusahakan Mahathir dan pemimpin pembangkang.

Dr Mahathir yang dalam siri kempennya untuk calon parti Amanah Negara (AMANAH) menyifatkan Najib sebagai 'Idi Amin Malaysia'.

Beliau mengingatkan kisah bekas presiden Uganda itu yang menggunakan harta rakyat sehingga ditolak oleh rakyat.

Read more ...

Lelaki bunuh Jo Cox didakwa

LONDON: Polis British berkata mereka sudah mendakwa lelaki berusia 52 tahun yang membunuh Ahli Parlimen Jo Cox dan menyatakan suspek dipercayai bertindak sendirian.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *