Recent Post

Saturday, August 08, 2015

DAP Ada Penyakit "Gatal Mulut" Serang Pas

KUALA LUMPUR – Sikap pemimpin DAP yang berterusan suka menyerang Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengundang reaksi kurang senang daripada pemimpin tertinggi parti Islam itu.

Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat (DUPP), Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri menyelar Lim Guan Eng dan menyifatkan beliau sedang berhadapan dengan 'penyakit' politik yang serius.

Ia ekoran sikap Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP (belum disahkan jawatan oleh Pendaftar Pertubuhan) itu gemar terus-menerus melakukan provokasi ke atas kepimpinan Pas.

"Kenyataan pimpinan DAP khususnya Lim Guang Eng yang masih berterusan melakukan provokasi terhadap Presiden Pas menggambarkan akhlak rendah yang dimiliki oleh mereka sendiri.

"Bagi saya, sememangnya Lim Guan Eng sedang berhadapan dengan penyakit politik yang serius iaitu penyakit 'gatal mulut'," katanya dalam satu kenyataan rasmi DUPP di sini pada Sabtu.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Bagan itu dilaporkan berkata jika Abdul Hadi terus mempertahankan Najib Tun Razak, ia jelas menunjukkan Pas telah kehilangan kredibiliti dalam membanteras rasuah.
Guan Eng mendakwa Abdul Hadi kini dilihat amat pro-UMNO kerana banyak 'menyokong' Perdana Menteri dalam isu panas berkaitan dana diuruskan oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Malah Mohd. Khairuddin dengan yakin mendakwa bahawa DAP bukanlah parti yang boleh diharapkan oleh rakyat Malaysia untuk mentadbir Putrajaya kelak kerana sikap pemimpin mereka sendiri.

"Ia mengesahkan lagi kebenaran tindakan Pas sebelum ini memutuskan langsung tahaluf siyasi atau hubungan kerjasama politik dengan DAP. DAP bukanlah pimpinan harapan rakyat Malaysia.

"Menggantungkan harapan negara dipimpin oleh parti seumpama DAP bakal meletakkan negara kita ke lembah kehancuran," katanya yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuala Nerus.

Beliau turut menyeru supaya rakyat Malaysia bersama-sama dengan Pas untuk membina suasana politik baharu yang lebih matang dan stabil demi kesejahteraan negara pada akhirnya.

Justeru, Mohd. Khairuddin secara terbuka meminta orang ramai agar 'mengajar' DAP di Pulau Pinang yang sudah dua penggal memerintah negeri itu dalam Pilihan Raya Umum ke-14 yang akan datang.
"Sampai masa rakyat Malaysia daripada latar belakang pelbagai kaum bersama-sama dengan Pas bagi melakar iklim politik baharu yang lebih stabil, adil, berakhlak dan berkebajikan.

"Tinggalkan DAP. Jangan biarkan negara tergadai di tangan ahli politik cauvinis dan berkepentingan seperti DAP. PRU akan menyaksikan orang Islam Melayu khususnya dan pelbagai kaum bakal mengajar DAP yang sombong dan angkuh berpolitik terutama di Pulau Pinang. – Agensi/Mynewshub/HAA
Read more ...

aku trauma kerana dir3g3l selama 17 hari tanpa belas kasihan oleh bangla



"Saya tidak akan memaafkan mereka sampai mati. Mana tidaknya, saya diperlakukan lebih teruk daripada binatang........

"Sepanjang dikurang (17 hari), saya dir0g0l sebanyak tiga kali dalam keadaan mata tertutup dan tangan diikat," kata seorang wanita yang mahu dikenali sebagai Intan, 20......

#Memetik dari sisipan akhbar HarianMetro hari ini, Intan 'diculik' di kawasan rumahnya di Taman Salak Selatan, di sini, kira-kira jam 8 malam, 12 Mac lalu oleh sekumpulan tiga lelaki warga Bangladesh berusia lewat 20-an.......

#Dia yang berjaya dibebaskan dengan bantuan abang dan bapa saudaranya serta pihak berkuasa pada 29 Mac lalu kemudiannya tampil membuat laporan di Balai Polis Sri Petaling, di sini, keesokan harinya (30 Mac)........

#Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu......

#Menceritakan semula kejadian itu, sumber memberitahu, ma ngsa yang baru pulang dari rumah rakannya di Cheras mendakwa melihat dua lelaki tidak dikenalinya berada di tangga kawasan perumahannya......

"Mangsa yang tidak curiga dengan kehadiran mereka menggunakan tangga berkenaan untuk naik ke rumahnya di tingkat dua pangsapuri itu.....

"Dua suspek kemudian menghampiri mangsa sebelum menekup mulutnya menggunakan sehelai kain menyebabkannya pengsan," katanya.

#Sumber itu berkata, kumpulan terbabit kemduian membawa mangsa ke sebuah rumah di lokasi yang tidak diketahui dengan menaiki sebuah kereta......
"Ketika sedar, mangsa mendakwa dikurung di sebuah bilik selain melihat seorang lagi lelaki juga warga Bangladesh bersama dua suspek yang menculiknya itu," katanya.

#Menurutnya, sepanjang dikurung selama 17 hari, mangsa dilaporkan dir0g0l seorang daripada suspek sekurang-kurangnya sebanyak tiga kali......

"Setiap kali dir0g0l, mangsa mendakwa tangannya diikat manakala matanya ditutup dengan kain. Ma ngsa hanya mampu merayu dikasihani, namun rayuannya itu tidak diendahkan kumpulan terbabit," katanya.

#Katanya, selepas dikurung dan diperlakukan seperti hamba s-e-ks hampir 17 hari, mangsa akhirnya berjaya menggunakan telefon bimbit milik seorang daripada suspek sebelum menghubungi abangnya....

"Disebabkan itu, kumpulan terbabit terpaksa melakukan rundingan dengan keluarga mangsa. Hasil rundingan itu, kumpulan terbabit akur untuk bertemu dengan abang dan bapa saudara mangsa di kawasan tapak projek di Jalan Kiara 9, Segambut Dalam kira-kira jam 8 pagi pada 29 Mac yang lalu," katanya.

#Sumber itu berkata, abang dan bapa saudara mangsa dilaporkan sudah bekerjasama dengan pihak polis dan hasilnya semua suspek berjaya diberkas selain mangsa diselamatkan.......
Read more ...

VIRAL ! Dua Gadis Ini Bergaduh Besar Di Twitter Kerana Seorang Lelaki, Hensem Sangat Ke Lelaki Tu ???

Fuhh panas! panas! kalah drama petang-petang kat televisyen tu. Semalam kami terima kiriman dari follower kami di inbox bahawa terjadi nya pergaduhan besar-besaran di Twitter. Jadi kami pun buka la akaun Twitter milik kedua-dua wanita yang bergaduh ni. Memang teruk beb! Haa korang nak tahu puncanya? Puncanya adalah kerana seorang lelaki yang bergelar 'boyfriend'. Mengikut pemahaman kami, wanita A ni menuduh wanita B merampas boyfriend wanita A.. Yang wanita B pula cakap dia tak rampas pun.. Eh macam-macam lah! Kisahnya bermula.. Mula-mula wanita ni mengemas kini status di Twitter. Nampak macam moody semacam, tengah ada problem dengan boyfriend ke apa sampai emo macam ni? Beberapa jam lepas tu..
Dan perang pun bermula..
Like seriously awak cakap saya nak rampas boyfriend awak yang macam ni?
Couple 2 tahun? Ye ke ni?? Mungkin gadis di bawah ini mengenali  si Fara Boyfriend Amelyn datang backup!
'Ladies, please keep your class' Ada betulnya apa yang wanita tu tegur.. Iya lah, perkara macam ni elok bawa bincang supaya tak menimbulkan sebarang fitnah atau pemikiran negatif dari netizen. Harap-harap diorang ni satu hari nanti jadi BFF la ye.. Huhu Sumber Asal

Read more ...

"SAYA TAK TAHU PULA ANAK SAYA SERTAI UJIBAKAT AF2015" - EDDY WINGS

"Saya memang tak tahu apa-apa, Tiba-tiba dia cakap dengan saya, dia dah diterima ke stage 2. Saya pun terpinga-pinga Stage 2 untuk apa, rupa-rupanya oa ada kaitan dengan ujibakat AF," demikianlah kata pemain bass, Eddy Wings yang mengakui pada awalnya dia tidak tahu yang anaknya, Bila telah menyertai ujibakat AF2015.

Ini kerana anaknya, Bila telah melakukan secara diam-diam tanpa berbincang terlebih dahulu dengan ahli keluarganya yang lain.

Difahamkan, Bila sebenarnya tidak menghadiri ujibakat di lokasi AF yang ditetapkan, sebaliknya dia hanya menghantar video nyanyiannya menerusi Instagram rasmi AF2015.

Klik gambar untuk size besar

"Saya terkejut dan tidak sangka anak saya terpilih. Almaklumlah, saya s edar saiz badan anak saya tu tak sama dengan berbanding 16 peserta lain yang terpilih di dalam program realiti ini. Namun, saya bangga dengan keberaniannya," ujar Eddie dipetik sebagai berkata.

Dalam pada itu, Eddy turut memberitahu bahawa anak perempuan sulungnya itu sebenarnya seorang yang pemalu, dan amat sukar untuk berpisah dengan keluarga.

Apabila terpilih 16 peserta terbaik AF2015, Eddy tidak meletakkan harapan yang tinggi hanya sekadar mampu berdoa agar anaknya mampu melakukan yang terbaik pada malam Konsert Penentuan Ahad ini jam 9 malam.

"Anak saya ni memang suka menyanyi, saya pernah mengusik dia, kalau dia betul-betul nak jadi penyanyi kenalah kuruskan badan. Bila dia terpilih untuk ke Konsert Penentuan saya banyak nasihatkan dia.

"Saya cakap dalam akademi tu nanti, dia tak akan dapat hubungi ayah dengan mak dan saya beritahu dia bahawa keadaan fizikal dia yang akan menjadi bualan ramai, tapi dia cakap dengan saya, it's okay ayah, gemuk is ohsem ," jelasnya berseloroh.

Selain itu, Eddy memberitahu bahawa dia sebelum ini mempunyai persepsi negatif mengenai Akademi Fantasia dan menyifatkan ia adalah terancang dan penuh dengan drama.

Setelah anaknya terpilih, persepsi tersebut telah berubah dan yakin dengan AF adalah platform terbaik untuk anak-anak muda untuk mengembangkan bakat dalam bidang nyanyian.

"Itulah, baru saya faham perasaan ibu bapa yang lain apabila anak mereka terpilih untuk menyertai Akademi Fantasia dan sejak Bila tiada saya terasa rumah saya mula sunyi sedikit.

"Kalau dia ada riuh dibuatnya, apa-apa pun saya akan terus memberi sokongan kepada Bila, sekiranya terpilih ke Top 12, bonus buat dia dan keluarga saya," katanya.

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

Zahid Hamidi - Kita Tetap Akan Bawak Pekerja Bangladesh Kerana Orang Malaysia Tidak Berminat Untuk Bekerja



$%Kerajaan terpaksa membawa masuk pekerja asing termasuk dari Bangladesh kerana sikap rakyat Malaysia yang tidak berminat bekerja dalam sektor '3D' - 'dangerous', 'difficult' dan 'dirty', kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Oleh kerana industri dan perniagaan harus berjalan, maka kita kena cari alternatif iaitu membawa pekerja dari negara asing terutama dari Bangladesh," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat daripada Menteri Luar Bangladesh, Abul Hassan Mahmood Ali di sini hari ini.
Ahmad Zahid berkata isu pekerja Bangladesh adalah antara fokus perbincangan dengan Abul Hassan dalam pertemuan kira-kira 30 minit itu.

Jun lalu, Ahmad Zahid dilaporkan berkata kira-kira 1.5 juta pekerja dari Bangladesh akan dibawa masuk ke Malaysia secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun bagi memenuhi permintaan majikan daripada pelbagai sektor terutama perladangan, pembinaan, perkilangan dan perkhidmatan.

Turut disentuh dala m perbincangan itu ialah berkaitan mencegah kematian di kalangan warga Bangladesh yang cuba memasuki negara ini secara haram sama ada menerusi laut atau darat selain mengelak mereka dianiaya majikan.

"Mereka ini dinafikan hak pembayaran gaji, tidak diberikan kemudahan tempat tinggal dan perubatan," katanya sambil menambah pengambilan pekerja asing dari Bangladesh dibuat mengikut garis panduan antarabangsa.

Ahmad Zahid berkata pekerja asing yang bakal dibawa ke negara ini perlu diberi latihan asas terlebih dahulu di Bangladesh selain mempunyai pendidikan bersesuaian mengikut bidang dan sektor pekerjaan yang akan disertai di Malaysia.

"Mereka yang ada rekod jenayah atau penyakit memudaratkan penduduk Malaysia juga akan diambil kira sebagai faktor yang akan menentukan sama ada boleh dibawa masuk ke negara ini," jelasnya.
Mengenai salah erti segelintir pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terhadap hasrat kerajaan mengambil pekerja dari Bangladesh, Ahmad Zahid berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan kumpulan berkenaan bagi menjelaskan rasional langkah berkenaan tanpa menjejaskan peluang rakyat Malaysia. - Bernama
sumber asal
Read more ...

"Saya janji mak"

am@hmetro.com.my
Melaka: Demi kasih sayang, sepasang suami isteri sanggup meredah kesejukan awal pagi bermotosikal sejauh kira-kira 190 kilometer untuk meraikan Aidilfitri bersama anak yang juga banduan yang menjalani hukuman serta pemulihan di Penjara Pra Bebas, Dusun Dato' Murad, Ayer Keroh di sini, semalam.

Sufiah (bukan nama sebenar), 50, berkata dia, suami, anak sulung serta ibunya menempuh perjalanan dari Kulai, Johor ke Melaka dengan membonceng dua motosikal semata-mata untuk beraya dengan insan tersayang.

"Anak kami, Bakhtiar (bukan nama sebenar) yang berusia 23 tahun menghuni penjara prabebas berkenaan sejak lebih setahun lalu atas kesalahan jenayah samun berkumpulan dan bersenjata.
"Kami bangun jam 4.30 pagi dan bertolak sejam kemudian. Kami singgah di Chaah, Segamat untuk menjemput emak saya sebelum meneruskan perjalanan ke Melaka," katanya.

Sufiah yang ditemui pada Program Jalinan Kasih Sempena Hari Raya Aidilfitri di penjara berkenaan berkata, meredah kesejukan pagi dan menempuh perjalanan jauh langsung tidak mematahkan hasrat mereka untuk meraikan Aidilfitri bersama anak keduanya itu.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya
Read more ...

Shaheizy Sam nafi sibuk buat persiapan perkahwinan

PELAKON Shaheizy Sam menafikan dakwaan dia bakal mendirikan rumah tangga dan kini sedang melakukan persiapan untuk majlis perkahwinannya seperti yang didakwa sesetengah pihak.
Menurut Shaheizy Sam atau nama sebenarnya Shaheizy Sam bin Abdul Samad, dia tidak menunding jari kepada mana-mana pihak yang menyebarkan berita tersebut memandangkan dia sendiri bekerja dalam dunia hiburan tanah air.

"Saya tidak salahkan siapa-siapa apabila berita tersebut tersebar memandangkan saya bekerja dalam dunia hiburan tanah air. Kalau betul nak berkahwin, semestinya saya akan kongsi dengan peminat dan pihak media.

"Selagi saya tidak hebahkan, maknanya belum ada lagi. Kalau dengar dari mana-mana pihak mungkin mereka yang nak lihat saya cepat berkahwin," ujar Shaheizy Sam kepada Astro Gempak sewaktu pelancaran filem Polis Evo di Hard Rock Café Kuala Lumpur.

Shaheizy Sam diminta mengulas lebih lanjut mengenai dakwaan dia sudah bersedia menamatkan zaman bujangnya dengan pelakon cantik, Syatilla Melvin.

Bercerita lanjut mengenai hubungannya dengan Syatilla Melvin, Shaheizy Sam akui masih berkawan seperti rakan-rakan artis wanita yang lain.

"Saya masih berkawan dengan dia. Dengan dia saya berkawan, dengan Fazura saya berkawan, Yana Samsudin termasuk bekas kekasih saya Puteri Najwa. Saya tiada masalah untuk berkawan dengan mereka.
"Tiada istilah saya sedang pilih mana satu saya untuk jadikan isteri. Syatilla memang rapat dengan saya dan tak boleh nak cakap ada hubungan istimewa dengannya sebab kalau benda tak jadi saya yang kena nanti. Saya tidak boleh cerita lebih-lebih," jelas Shaheizy Sam lagi.

Tambah Shaheizy Sam, dia turut menyerahkan soal jodoh kepada ibunya Khaty Fauziah kerana tidak mampu fokus dan terlalu sibuk bekerja.

"Kahwin sebenarnya bila-bila masa boleh. Tapi masalah masa dan sibuk bekerja buat saya susah untuk fokus untuk mendirikan rumah tangga. Terlalu banyak benda yang saya buat dalam satu masa.
"Apa yang saya boleh buat sekarang ini ialah fokus bekerja cari duit untuk mummy. Terus terang saya serahkan pada mummy kalau dia nak carikan jodoh. Tak kisah buatlah, saya ikut sahaja," katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Shaheizy Sam bakal muncul dalam sebuah filem aksi terbitan Astro Shaw iaitu Polis Evo. Filem arahan Ghaz Abu Bakar itu turut menampilan pelawak Zizan Razak dan Nora Danish sebagai watak utama.

Jelas Sam yang memegang watak sebagai Inspektor Khai, dia mengambil masa lima bulan untuk mendapatkan bentuk badan yang sasa bagi menjayakan karakternya dalam filem Polis Evo.
"Sebelum ini perancangan untuk bina badan hanya untuk karakter dalam filem Polis Evo sahaja, tetapi bila fikir balik lebih baik saya jadikan ianya sebagai rutin harian.

"Saya buat badan bukan kerana hanya suka-suka, tetapi ianya sebahagian daripada tuntungan kerja. Sama seperti pelakon-pelakon di Hollywood, mereka berubah bentuk fizikal untuk menjiwai watak yang diberikan," jelas Sam.

Filem Polis Evo yang memaparkan kisah dua anggota polis,  Khai (Shaheizy Sam) dan Sani (Zizan Razak) yang mempunyai personaliti yang sangat berbeza tetapi mereka harus bekerjasama untuk menjatuhkan sebuah operasi pengedaran dadah.

Ia bakal ditayangkan di seluruh pawagam pada 17 September ini.
Read more ...

'Kerajaan Terpaksa Bawa Masuk Pekerja Asing' - TPM



PUTRAJAYA - Kerajaan terpaksa membawa masuk pekerja asing termasuk dari Bangladesh kerana sikap rakyat Malaysia yang tidak berminat bekerja dalam sektor '3D' - 'dangerous', 'difficult' dan 'dirty', kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. "Oleh kerana industri dan perniagaan harus berjalan, maka kita kena cari alternatif iaitu membawa pekerja dari negara asing terutama dari Bangladesh," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat daripada Menteri Luar Bangladesh, Abul Hassan Mahmood Ali di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata isu pekerja Bangladesh adalah antara fokus perbincangan dengan Abul Hassan dalam pertemuan kira-kira 30 minit itu. Jun lalu, Ahmad Zahid dilaporkan berkata kira-kira 1.5 juta pekerja dari Bangladesh akan dibawa masuk ke Malaysia secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun bagi memenuhi permintaan majikan daripada pelbagai sektor terutama perladangan, pembinaan, perkilangan dan perkhidmatan.

Turut disentuh dalam perbincangan itu ialah berkaitan mencegah kematian di kalangan warga Bangladesh yang cuba memasuki negara ini secara haram sama ada menerusi laut atau darat selain mengelak mereka dianiaya majikan. "Mereka ini dinafikan hak pembayaran gaji, tidak diberikan kemudahan tempat tinggal dan perubatan," katanya sambil menambah pengambilan pekerja asing dari Bangladesh dibuat mengikut garis panduan antarabangsa.

Ahmad Zahid berkata pekerja asing yang bakal dibawa ke negara ini perlu diberi latihan asas terlebih dahulu di Bangladesh selain mempunyai pendidikan bersesuaian mengikut bidang dan sektor pekerjaan yang akan disertai di Malaysia. "Mereka yang ada rekod jenayah atau penyakit memudaratkan penduduk Malaysia juga akan diambil kira sebagai faktor yang akan menentukan sama ada boleh dibawa masuk ke negara ini," jelasnya. Mengenai salah erti segelintir pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terhadap hasrat kerajaan mengambil pekerja dari Bangladesh, Ahmad Zahid berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan kumpulan berkenaan bagi menjelaskan rasional langkah berkenaan tanpa menjejaskan peluang rakyat Malaysia. - Bernama
Read more ...

KJ tak boleh terima pegawai SPRM ditukar

 



 SPRM sedang menyiasat kes berprofil amat tinggi dan Bahri pernah bersumpah atas nama Allah untuk mencari "dalang" yang mengganggu pegawai agensi antirasuah berkenaan.


Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar melahirkan rasa kecewa terhadap pertukaran dua pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

"Jangan kerana ada agenda, kita sanggup meruntuhkan apa sahaja institusi yang ada.
"Saya tidak sanggup membenarkan dan membiarkan keadaan seperti itu (berlaku)," kata Khairy.
Ahli Parlimen Rembau itu mengulas pertukaran Pengarah Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikaso Strategik mereka, Datuk Rohaizad Yaakob, secara mengejut.

Kedua-dua mereka ditugaskan di Jabatan Perdana Menteri.

Rohaizad pula semalam menerima kunjungan wakil parti pembangkang di ibu pejabat agensi berkenaan.

Bercakap kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Tahunan Ke-64 Majlis Belia Malaysia (MBM) di Kuala Lumpur malam tadi, Khairy berkata beliau difahamkan salah seorang pegawai itu dipindahkan mungkin hanya kerana menerima kunjungan pembangkang.

Rakyat kian tak percaya

Tambahnya tindakan memindahkan pegawai yang sedang menjalankan siasatan hanya akan merosakkan imej SPRM serta memberi gambaran seolah-olah ada agenda tertentu untuk menakut-nakutkan  agensi berkenaan.



Tegasnya, kebebasan untuk menjalankan tugas perlu dikembalikan kepada SPRM agar institusi itu tidak dilihat lemah sehingga menimbulkan reaksi dan persepsi buruk di mata masyarakat.
"Saya harap tindakan seperti ini dapat dihentikan segera dan intimidasi terhadap SPRM mestilah berhenti.

"Saya tidak boleh terima institusi seperti SPRM pemindahan pegawai-pegawai ini saya lihat sungguh pelik dan sangat mengecewakan seolah-olah ada intimidasi yang terancang terhadap SPRM bagi saya melemahkan institusi itu," katanya.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, tindakan menukar pegawai SPRM itu sangat tidak adil sehingga akan menimbulkan lebih banyak spekulasi dan kemarahan rakyat terhadap kerajaan.

"Kalau tindakan sebegini diteruskan, maka kepercayaan rakyat terhadap institusi kerajaan menjadi lebih teruk.

"Biarlah SPRM menjalankan tugas tanpa sekatan, jangan sesekali kita serang institusi ini," katanya.
Read more ...

Penurunan ringgit tidak seteruk krisis kewangan Asia 1997/98




MENTERI di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar ketika menyampaikan syarahan di Forum Perdana bertajuk 'Perjalanan Ke Arah Kecemerlangan' sempena Hari Terbuka GLC, di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Penurunan ringgit yang berlaku sekarang tidak seteruk seperti krisis kewangan Asia 1997/98 berikutan asas ekonomi negara yang kukuh, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Beliau berkata, sistem perbankan tempatan ditambah dengan aktiviti ekonomi, masih utuh untuk memacu pertumbuhan ekonomi, dan negara masih berada di landasan untuk mencapai pertumbuhan keluaran dalam negara kasar antara 4.5 peratus dan 5.5 peratus tahun ini.

"Pada 1997 dan 1998 (krisis kewangan Asia), kita terjejas teruk," katanya sambil menambah pada masa itu banyak faktor menjejaskan Malaysia, termasuk defisit perdagangan, rizab yang turun di bawah AS$30 bilion dan paras pinjaman tinggi dalam kalangan syarikat.

"Paras kita pada masa sekarang telah berubah dengan pesat, dengan kita mencatatkan lebihan perdagangan yang konsisten, rizab kita tiga kali lebih besar berbanding pada masa itu dan paras hutang korporat kita yang sebenarnya jauh lebih rendah," katanya selepas Forum Hari Terbuka GLC, di sini, hari ini.

Dari segi sistem perbankan, Wahid berkata bank-bank kini diurus dengan baik dan mempunyai mudah tunai serta aset berkualiti dan nisbah pinjaman import bersih berada pada paras 1.2 peratus, dikawal selia oleh bank pusat.

Mata wang tempatan meneruskan aliran menurunnya dengan ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini pada 3.9220/9250 daripada 3.9005/9035 pada Khamis.

Pada sesi penutup, ringgit turun 0.6 peratus kepada 3.9280 berbanding dolar AS, paras terendahnya sejak 2 September 1998, hari sebelum Malaysia menambat mata wang tempatan pada 3.8000 berbanding dolar AS ketika krisis kewangan Asia. - BERNAMA
Read more ...

'Alhamdulillah, Kandungan Dayana Dah 4 Bulan' - Ashraf Muslim


Noor Dayana Lokman, 28, isteri kepada Ashraf Muslim dilaporkan sudah hamil dan kandungannya kini berusia empat bulan. Lapor portal hiburan, Murai, perkara itu disahkan sendiri oleh Ashraf Muslim yang isteri pertamanya telah mengandung anak pertama mereka.

"Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah kerana setelah empat tahun menunggu, Dayana kini hamil anak pertama hasil perkahwinan kami. Saya sangat gembira dengan kehamilannya ini. "Saya tidak mahu memaklumkan kehamilan Dayana di awal usia kandungannya kerana saya sendiri takut timbul rasa riak atau perkara-perkara lain yang tidak sepatutnya. Kini kedua-dua isteri saya sedang hamil.

"Kandungan Dayana sudah memasuki bulan keempat manakala isteri kedua saya pula sedang sarat mengandung lapan bulan. Saya akan jaga kedua-dua isteri saya dengan sebaiknya. Tiada berat sebelah antara saya dengan mereka," katanya.  Tahniah buat pasangan ini dan semoga segalanya dipermudahkan. - THEHYPEMEDIA.COM
Read more ...

Remaja Meninggal Kerana 8 Minggu Tahan Berak

Seorang remaja berusia 16 tahun,Emily Titterington memiliki satu masalah iaitu fobia dan sering menahan diri daripada berak sehingga menjangkau lebih 2 bulan. Dan akibatnya Emily meninggal dunia akibat serangan jantung yang disebabkan oleh sembelit setelah 8 minggu tidak membuang air besar.



Akibat daripada menahan berak, ususnya membesar sehingga rongga dadanya mendapat tekanan lebih yang mengakibatkan pergerakan organ lain. Sebenarnya, penyakit ini boleh dirawat dengan diberikan ubat yang sesuai namun Emily mengelak untuk berjumpa membuat pemeriksaan. Dr Amanda Jeffery, ahli patalogi yang melakukan post-mortem menyatakan keadaan ini sangat dramatis dan tidak seperti yang pernah dilihat sebelum ini.

Gejala yang dialami oleh Emily adalah gelaja 'penahanan tinja' yang umumnya dihidapi oleh kanak-kanak. Emily yang mengidapi autisme ringan dikatakan telah dipujuk ibunya untuk menjalankan pemeriksaan di hospital. Sewaktu mayat Emily dipindahkan, Taylor, seorang paramedik terkejut melihat keadaan perut Emily yang memanjang selain tulang rusuk terkeluar dari tulang kemaluannya. Keluarga tersebut telah berusaha sedaya uapda untuk mengatasi masalah yang dihadapi Emily namun Emily tetap berdegil sehingga meragut nyawanya sendiri.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *