Recent Post

Saturday, August 15, 2015

SKMM Keluar Notis Arah Malaysiakini Tarik Artikel Palsu

CYBERJAYA – Jika sebelum ini sebuah portal berita propembangkang terkenal menyebarkan artikel kononnya Majlis Raja-raja Melayu menolak hukum hudud yang terbukti palsu, kali ini senario sama masih lagi berterusan.

Barang kali sudah cukup berlembut, kali ini Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak lagi membenarkan kandungan palsu disiarkan portal berita tempatan serta dibiarkan bebas tersebar begitu sahaja.

Sebaliknya menggunakan peruntukan undang-undang, SKMM pantas mengeluarkan notis kepada portal berita propembangkang, Malaysiakini agar menarik balik laporan palsu yang disiarkan menerusi laman web tersebut.

SKMM, dalam kenyataan rasmi pada Jumaat berkata, artikel berkenaan adalah bertajuk 'Report filed against Chief Sec, PSD Head' dan 'Laporan terhadap KSN, Ketua Pengarah JPA' yang diterbitkan Malaysiakini pada Khamis.



"SKMM mendapati berita dalam dua artikel itu adalah tidak benar berdasarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah nafi wujudnya pegawai SPRM membuat laporan terhadap Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam mengikut peruntukan Seksyen 48 Akta SPRM 2009," kata kenyataan itu.

Justeru, SKMM bertegas mengingatkan kesemua pentadbir portal berita tempatan untuk lebih bertanggungjawab dan memastikan terlebih dahulu status kesahihan sesuatu berita yang diragui sebelum ia disiarkan.

Suruhanjaya itu turut menegaskan sebarang perbuatan menghantar kandungan palsu melalui aplikasi laman sesawang merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Di bawah undang-undang tersebut, ia memperuntukan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan. – Mynewshub
Read more ...

Setan betul la bayi 9 bulan jadi mangsa r0g0l berlaku di malaysia...



Apa dah jadi! Bayi perempuan berusia 9 bulan dipercayai telah dirogol oleh seorang remaja lelaki di Taman Desa Ria, Petaling Jaya, Selangor.

Ibu kepada bayi tersebut yang bekerja sebagai seorang kerani mendapati terdapat kesan darah pada lampin ketika dia membersihkan anaknya dirumah mereka pada hari Selasa lalu.

Ibunya bertambah terkejut setelah melihat kesan darah itu berpunca daripada vagina bayi perempuannya. Setelah membawa bayi tersebut ke Hospital Kuala Lumpur, doktor memberitahunya kecederaan itu mungkin berlaku akibat dirogol.

Bayi itu sebelum ini dihantar ke rumah pengasuh iaitu jirannya sendiri pada kira-kira 8.30 pagi dimana kejadian itu dipercayai berlaku.

Ibu berusia 27 tahun itu  tanpa membuang masa membuat laporan polis di Balai Dang Wangi. Remaja lelaki itu kini dirujuk kepada Malacca Action Group for Parents in Education (Magpie) sementara siasatan dijalankan.

Menurut Magpie, jenayah dilakukan remaja bawah umur biasanya akibat darip ada terpengaruh dengan bahan lucah termasuk video dan laman web dewasa yang ditonton mereka.

Ini bukan kejadian pertama jenayah seksual dalam kalangan remaja bawah umur. 7 November lalu, seorang budak perempuan berusia 6 tahun dilaporkan dirogol oleh budak lelaki yang berusia 11 tahun di Melaka, sekaligus mungkin mencatat sejarah sebagai perogol paling muda di negara ini.

Sumber: The Star
Read more ...

Tak Tahan Dipukul, Isteri Rahim Buat Laporan Polis



Pelawak terkenal, Rahim yang juga bekas ahli kumpulan R2 dan Sepahtu didakwa memukul isterinya setelah berlaku sedikit salah faham. Menurut laporan Harian Metro, Rahim dikatakan memukul isterinya di muka, kepada dan bahu selain turut menendang belakang badan dan punggung isterinya itu. Betul ke? Laporan polis telah dibuat Isteri Rahim bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai insiden tersebut namun mengakui ada membuat laporan polis di Balai Sri Muda Shah Alam. Menurut laporan polis tersebut, si pengadu memberitahu dirinya dipukul akibat suaminya tidak berpuas hati apabila isterinya keluar tanpa pengetahuan. Rahim nafi pukul isteri Rahim bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut. Tambahnya memang ada pertengkaran antara dia dan isteri namun tidak memukul.

Memang kami ada bertengkar. Biasalah kehidupan suami isteri memang begitu, tapi saya tak pukul (isteri).

Saya pun baru tahu hal ini dan terkejut juga apabila mendengarnya. Saya rasa ini hanyalah khabar angin. Masalah di antara kami sudah pun selesai.

Read more ...

36 GAMBAR - MAJLIS RUMAH TERBUKA ROZITA CHE WAN & ZAIN SAIDIN MERIAH

Majlis rumah terbuka yang dianjurkan oleh Rozita Che Wan dan suaminya, Zain Saidin telah berlangsung dengan meriah semalam.

Majlis yang diacarakan oleh Didie Alias itu telah dihadiri oleh keluarga, teman rapat dan juga rakan selebriti yang lain.

Dalam majlis tersebut, Che Ta dan suaminya, Zain serta anak perempuan, Aaisyah Dhia Rana kelihatan cukup ceria dalam busana merah. Pasangan itu dilihat sangat gembira melayan tetamu lain yang hadir.
Layanzzz...
Klik gambar untuk size besar





































Sumber: myartisdotcom
Read more ...

Tips Amalkan Pengisian Minyak Dalam Jumlah Liter Yang Perlu Semua Orang Tahu

Tips Amalkan Pengisian Minyak Dalam Jumlah Liter, Bukannya Ringgit..!!



Kelebihan Isi Minyak Dalam Jumlah Liter Yang Kita Tidak Tahu

Contoh:


Pergi ke kaunter, cakap nak isi 20 liter.

Lepas itu bayar RM46. Ini lebih baik daripada isi RM40, kerana jumlah minyak yang masuk adalah 15.7894737 liter.

Sedangkn nozzle hanya menyukat sehingga 2 tempat perpuluhan sahaja.

Maknanya kita rugi 0.0094737 bg setiap pengisian RM 40. bayangkan, kalau setiap hari ada 1000 orang yang isi RM40, stesen minyak dah untung 9.4737 liter.

Itu kalau 1000 orang, kalau 1 hari? sebulan? itu hanya pengiraan ringkas utk pengisian RM40 sahaja. bayangkan, berapa banyak stesen minyak akan untung atas selisih kiraan jumlah liter ini.

Sebab itu st esen minyak selalu buatt program cabutan bertuah dengan pembelian minimum RM40. Mereka mahu menanam sifat mengisi minyak mengikut nilai RM, bukan ikut nilai liter.

Panduan Isi Minyak
Isi dalam liter. 1 liter bersamaan dengan rm2.30, isi lah rm23 jadi 10 liter isi rm46 jadi 20 liter isi rm69 jadi 30 liter kalau isi 35 liter darab dengan rm2.30

kalau isi guna jumlah duit, liter tu akan dibundarkan ke jumlah terdekat.
Contoh 31.777 liter. rugi sikit, tapi kalau tiap-tiap hari taukey stesen minyak yang untung.
Read more ...

Dihempap mesin

am@hmetro.com.my
Cyberjaya: Seorang lelaki warganegara Bangladesh terbunuh selepas dihempap mesin memproses sabun di sebuah kilang di sini, semalam.

Penguasa Kanan Bomba II Ketua Zon Selangor Selatan Azmi Sadon berkata, dalam kejadian jam 11.42 pagi itu, mangsa, Mohammad Mohasin, 39, terbunuh ketika bekerja dikilang di Taman Mas Industri Mas 2, di sini.

Beliau berkata, jentera bomba sampai di tempat kejadian pada jam 12.03 tengah hari selepas menerima laporan pada jam 11.42 pagi.

"Difahamkan kilang membuat sabun itu akan berpindah ke lokasi baru menyebabkan pekerja termasuk mangsa sibuk mengalih dan mengangkat peralatan kilang sebelum kejadian.

"Sebuah mesin terjatuh lalu menghempap mangsa dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Read more ...

Anggota akar umbi UMNO perlu berani suarakan pendapat - Khairy

LUMUT: Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berkata anggota parti di peringkat akar umbi perlu berani menyuarakan apa jua pendapat kepada pemimpin untuk memastikan UMNO terus mendapat sokongan rakyat pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Beliau berkata langkah itu penting untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO terutama di saat senario politik negara dan keadaan parti yang begitu mencabar.

"Jangan takut untuk menggunakan pentas mesyuarat perwakilan untuk menyatakan apa sahaja. Bukan untuk menyalahkan siapa-siapa, bukan kerana tidak sokong institusi parti tetapi kerana kita perlu bercakap benar.

"Kita perlu sampaikan suara rakyat terhadap parti dan juga kepada pemimpin kita. Kalau kita bisu dan tutup mulut, kalau kita buat seperti tidak ada masalah di luar sana, maka kita berkhayal di dalam dunia kita sendiri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan serentak mesyuarat perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Lumut di sini m alam tadi. Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata anggota parti perlu peka dengan kehendak rakyat yang mahu UMNO memahami kebimbangan dan kesusahan yang terpaksa mereka hadapi bagi meningkatkan lagi keyakinan mereka terhadap parti.

"UMNO perlu menang dalam PRU kerana sokongan padu rakyat dan kekuatan parti, bukan hanya sekadar menang di atas kelemahan pembangkang ... bukan hanya kerana kelemahan dan keburukan musuh, tetapi kerana kekuatan parti kita sendiri.

"Kalau kita bergantung harap kepada kelemahan musuh, maka ia tidaklah kemenangan sebenar. Kemenangan sebenar datang apabila parti kita kuat dan rakyat melihat kita lebih kuat," katanya. Khairy berkata kewujudan media sosial turut memberikan cabaran kepada anggota parti untuk lebih peka.

"Zaman ini lebih mencabar bagi UMNO kerana masyarakat khususnya orang muda, menerima maklumat daripada pelbagai sudut termasuk Facebook dan WhatsApp yang tidak dapat dikawal," katanya.
Read more ...

"Lu Gengster Ka Apa?!!"


Video seorang pemandu lelaki warga emas dikasari oleh seorang pemuda di tengah jalan tersebar di laman sosial. Video berdurasi 1 minit 10 saat yang dirakam oleh anak mangsa itu dimuat naik di laman Facebook 10 jam yang lalu.

Difahamkan, pemuda yang memakai baju hitam bertulis 'THE SUNNAH THE BETTER' itu berang dengan cara pemanduan warga emas itu sehingga membahayakan nyawanya. Gagal mengawal kemarahan, lelaki itu memberhentikan motosikalnya di hadapan kereta warga emas terbabit lalu memarahi serta merentap bajunya, selain dari menghempas pintunya sehingga kemek akibat terkena pada tebing jalan. Lelaki warga emas yang membawa isteri dan anaknya itu memohon maaf serta merayu tidak dikasari oleh lelaki itu.

Malangnya tidak diendahkan dan terus diherdik dan dikasari sehingga menyebabkan mereka ketakutan dan menangis. Setelah puas 'mengerjakan' mereka, pemuda terbabit berlalu pergi meninggalkan mereka. - THEHYPEMEDIA.COM
Read more ...

SKMM arah Malaysiakini tarik balik 2 artikel

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengeluarkan notis kepada portal berita 'Malaysiakini' untuk menarik balik dua artikel yang didapati tidak benar dalam laman webnya.
SKMM, dalam kenyataan pada Jumaat, berkata artikel berkenaan adalah bertajuk 'Report filed against Chief Sec, PSD Head' dan 'Laporan terhadap KSN, Ketua Pengarah JPA' yang diterbitkan Khamis.

"SKMM mendapati berita dalam kedua-dua artikel yang diterbitkan itu adalah tidak benar berdasarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah menafikan wujudnya pegawai SPRM membuat laporan terhadap Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam mengikut peruntukan Seksyen 48 Akta SPRM 2009," kata kenyataan itu.

Justeru, SKMM mengingatkan portal berita untuk lebih bertanggungjawab dan memastikan kesahihan sesuatu berita sebelum ia disiarkan.

Suruhanjaya itu turut menegaskan sebarang perbuatan menghantar kandungan palsu melalui aplikasi laman sesawang merupakan sat u kesalahan mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Ia memperuntukan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
- Bernama
Read more ...

Bersih 4 rally a no-confidence vote against Najib, says leader


Bersih 2.0's Maria Chin Abdullah, launching the movement's Bersih 4 rally in Petaling Jaya last night, says the political system must be cleansed in order to bring about clean leaders. – The Malaysian Insider pic by Seth Akmal, August 15, 2015. 
Bersih 2.0's Maria Chin Abdullah, launching the movement's Bersih 4 rally in Petaling Jaya last night, says the political system must be cleansed in order to bring about clean leaders. – The Malaysian Insider pic by Seth Akmal, August 15, 2015.The Bersih 4 rally at the end of the month will be like a vote of no-confidence against Datuk Seri Najib Razak's leadership, Bersih 2.0 chairman Maria Chin Abdullah said last night at the launch of its latest campaign for reforms amid a financial scandal implicating the prime minister.

While aimed at pressuring Najib to step down, Bersih 4 from August 29 to 30 will also tell people that replacing the prime minister will not change anything if the current political system remained, she added.

"Bersih 4 is a 34-hour peaceful gathering for the first time in Malaysian history and it is a vote of no confidence against Najib.

"Bersih 4 demands not only for a clean prime minister and government, but we also want a clean  political system that gives birth to a clean prime minister and government.

"Bersih 4 is the manifestation of the people's voice to call for a vote of no confidence against Najib. This is the voice of the people to strenghten parliamentary democracy," she said at the launch of the rally in Petaling Jaya last night.

The launch saw song performances, sketches and speeches. National laureate A. Samad Said read his poem entitled "Bersih Empat" while the organisers also introduced their medical, security and monitoring teams who will be on standby during the overnight rally.

The rally will be held in Kuala Lumpur, Kota Kinabalu and Kuching, as well as major cities worldwide.

The event at Dataran Merdeka in Kuala Lumpur will be a 34-hour sit-in to demand for reforms such as clean elections, a corrupt-free government, the right to protest, strengthening parliament democracy and saving the economy.

Maria said changing the prime minister would not solve anything without major reforms to institutions and the political system.

"If our political system does not change, it doesn't matter who takes over from Najib, whether it is  Muhyiddin or Zahid or another person, another 1MDB and PKFZ will continue," she said, referring to the debt-ridden state investor 1Malaysia Development Bhd and the Port Klang Free Zone scandal.
Tan Sri Muhyiddin Yassin was sacked as deputy prime minister after openly questioning Najib over 1MDB. He was replaced by Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, who is also the home minister, in a Cabinet reshuffle on July 28.

"If his replacement is stubborn, we will have more rallies," she added.
She said the rally was not meant to topple the government, but was a rejection of a corrupt political system that gave rise to corrupt leaders.

Supporters of Bersih 4 paint their faces at the rally's launching in Civic Hall, Petaling Jaya, last night. – The Malaysian Insider pic by Seth Akmal, August 15, 2015.
Supporters of Bersih 4 paint their faces at the rally's launching in Civic Hall, Petaling Jaya, last night. – The Malaysian Insider pic by Seth Akmal, August 15, 2015.Maria added that Bersih felt the people had no more voice but to hold a rally as their repeated demands to Najib to answer allegations were met with silence.

"We gave Najib until August 5 to answer. Do you think we were unreasonable? I don't think so," she said.

She said Najib had yet to answer claims that 1MDB funds may have indirectly funded part of the prime minister's election campaign in the 2013 national polls, after the firm bought overpriced power assets from the Genting Group.

The Wall Street Journal (WSJ) had reported in June that Genting then used part of the proceeds from the sale to make a RM35 million donation to a foundation under Najib, who then promoted projects by this charity during his election campaign.

In its second report on July 2, WSJ reported that some US$700 million (RM2.67 billion) was funnelled into two of Najib's accounts at AmBank in Kuala Lumpur, the largest portion of the money

– US$681 million – transferred in March 2013, ahead of the general election in May that year.
The Malaysian Anti Corruption Commission (MACC) has since announced that the funds were actually a donation from a Middle Eastern donor.

Maria said instead of answering allegations, Najib embarked on a purge by dropping his critics in Cabinet and changing the attorney-general who was in the midst of investigating 1MDB and the transfer of funds to the prime minister's accounts.

Najib also crippled the Parliament's Public Accounts Committee (PAC) which was investigating 1MDB by elevating four of its members, including its chairman, to the administration. This caused the investigation to be frozen until October when Parliament elects new panel members as replacements.

"This means Najib has no intention to allow investigation  into 1MDB to go on," Maria said.
Maria on Thursday met with police to explain Bersih's plans for the rally, and also to remind the authorities of their responsibility to facilitate the demonstration and ensure the safety of participants.
She said Bersih had given formal notice to police about the rally, as required by law.

The Bersih 2 and 3 rallies in 2011 and 2013 saw tear gas used on protestors, arrests made and some media personnel beaten.

Participants of the fourth rally in Kuala Lumpur have been told to congregate atmeeting points at Brickfields, Pasar Seni, Sogo, the National Mosque and Dataran Maybank - before making their way to Dataran Merdeka.

They are also advised to bring along sleeping bags, tents and other necessities for the rally.
Various activities have been planned, including civic education workshops, public debates, cultural  performances and speeches by community leaders.

Deputy Inspector-General of Police Datuk Seri Noor Rashid on Wednesday advised organisers to avoid seditious sentiments such as encouraging the public to topple the government through illegal means.

He said police would intervene if the rally turned seditious. – August 15, 2015.
Read more ...

Proton perkenal varian baharu, Saga Plus

KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd (Proton) memperkenalkan Saga Plus, varian baharu yang dilengkapi ciri tambahan termasuk reka luaran Saga Executive pada lingkungan harga Saga SV.
Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Datuk Abdul Harith Abdullah, berkata Saga Plus diperkenalkan dengan prestasi yang mampu menggantikan varian Saga SV, menerusi lima ciri baharu tanpa kos tambahan kepada pengguna.

Katanya, ia termasuk rim aloi 14 inci, kit badan kenderaan penuh, spoiler, hiasan warna pada belakang kenderaan dan cap tanda gred 'Plus' pada kereta.

"Perkataan 'Plus' mencerminkan ciri-ciri tambahan Saga Executive dimuatkan pada model sedia ada Saga SV, bermakna tiada kenaikan harga walaupun model Saga ini dipertingkat dari segi rekaan luarannya.

"Dengan pengenalan varian baharu ini, PROTON akan mengurangkan penawaran varian dengan menghentikan pengurangan bagi varian Executive dan varian SE variants dalam usaha memberikan lebih nilai kepada pengguna," katanya dalam satu kenyataannya di sini, hari ini.

Secara purata, PROTON menjual sebanyak 3,000 unit bagi model Saga sebulan.

Abdul Harith berkata, penawaran varian baharu itu adalah usaha menjadikan Saga lebih memahami permintaan generasi dan pembeli muda untuk memiliki kereta pertama mereka.

Saga Plus yang berkuasa enjin Campro IAFM 1.3 liter, didatangkan dalam jenis transmisi manual dan CVT manakala harganya serendah RM33,242 hingga RM36,576 seunit.
Read more ...

Kisah Kehidupan Wak Doyok Sebelum Popular Pasti Buat Anda Sedar Akan Hakikat Kehidupan

Kisah Kehidupan Wak Doyok Sebelum Popular Pasti Buat Anda Sedar Akan Hakikat Kehidupan



Cerita ini kami ambil daripada hasil perkongsian Wak Doyok sendiri di akaun Instagramnya @wakdoyok. Kami ubah beberapa ejaan perkataan untuk memudahkan pembacaan anda. Nama Wak Doyok tiba-tiba menjadi buah mulut orang ramai termasuk di media sosial. Soalan pertama yang keluar daripada mulut kita semestinya, "Siapa Wak Doyok ni? Artis ke?".

Macam mana Wak Doyok boleh popular? Adakah disebabkan dia membawa imej misainya yang melentik atau cara berpakaiannya yang cukup 'hipster'? Kami ingin kongsikan bagaimana susah senang Wak Doyok sehingga dia boleh hidup senang dan memandu kereta mewah. Wak Doyok berkongsi luahan hatinya dan mungkin juga cerita yang boleh memberi inspirasi kepada masyarakat di luar sana.

Tak ada siapa kenal siapa Wak Doyok pada tahun 2008.  "Ingat aku 7 tahun 2008 dulu aku pernah susah ya Allah saja yang tahu. Bagaimana kehidupan yang begitu sempit sampai kawan-kawan semua meninggalkan aku disebabkan aku telah jatuh miskin dan di buang kerja." Melakukan apa sahaja kerja yang boleh memberi wang kepadanya akhirnya Wak Doyok mendapat kerja sebagai buruh kasar di Port Klang. 

"Aku pernah menjadi buruh kasar di Port Klang menurunkan kereta mewah 3 hari tak tidur dengan gaji RM5 satu jam. Kereta GTR35 ini lah 1st time aku pernah bawah turun dari kapal. Orang tak tahu kehidupan aku sebelum ini pernah susah yang orang tahu hanyalah bercakap yang tidak betul kutuk,dengki,maki dari semua itu lah aku membuat kan jati diri aku untuk terus berubah. Aku dah tak mahu menjadi susah lagi aku tanam kan hidup aku untuk berubah dan terus kan kehidupan aku seterusnya."

"Hari demi hari aku lalui liku-liku yang amat pahit disebabkan aku kehilangan kerja tapi aku tidak patah semangat untuk aku terus mencari kerja baru lalu aku dapat kerja sebagai seorang kelindan lori satu 1 tan membawa barang-barang untuk kilang. Tetapi kerja itu hanyalah kontrak sahaja apabila tamat nya kontrak aku tiada kerja lagi. Pada masa itu aku kerja juga sekadar ambik upah buat rumah,potong rumput dan membaik pulih Vespa."

Tidak ambil pusing tentang apa yang orang kata, Wak Doyok jadikan segala caci-maki orang untuknya bekerja lebih keras.

"Allah itu Maha Agong dan Kaya aku berdoa tak putus-putus hingga lah Dia bagi petunjuk untuk aku menjadi sekarang ini semua telah di takdirkan oleh Nya. Jadi aku harap kepada followers aku yang telah follow aku pada tahun 2010 sejak 1st time aku buat ig ini mereka tahu lah jalan hidup aku macam mana dan pernah aku cerita kan jalan hidup aku niat aku nak buat kan mak ayah aku bahagia mereka dah berusia apa yang boleh buat hanya lah membuatkan mereka bahagia itu saja sebagai anak"

Daripada seorang buruh kasar, menjadi kelindan lori dan sebagainya tak siapa sangka Wak Doyok mampu memandu kereta mewah Nissan GTR35 sekarang. Tak ada apa yang mustahil baginya.

SUMBER
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *