Recent Post

Thursday, September 08, 2016

Semuanya Ketentuan Allah – Fara Fauzana

Minggu ini, berita pembatalan perkahwinan Fara Fauzana yang sepatutnya berlangsung pada 17 September ini adalah berita paling hangat di dalam industri hiburan tanah air. Pelbagai spekulasi timbul tentang punca sebenar pembatalan perkahwinan ini. Ada dakwaan menyatakan Hafiz iaitu bakal suami Fara Fauzana sebenarnya sudah berkahwin, namun Hafiz telah tampil menafikan dakwaan tersebut. Sementara itu Fara Fauzana terus menyepi seribu bahasa dan gagal ditemui untuk mendapatkan komen tentang keputusannya ini.

fara fauzana

Ditemui di Bengkel Sekolah Radio iM4U di sini, Fara Fauzana masih enggan memaklumkan punca sebenar pembatalan perkahwinannya itu. Nampak gayanya memang ia akan menjadi rahsia buat selama-lamanya. Tak apalah. Kadangkala memang ada yang terlalu peribadi dan tidak boleh dikongsi. Kata Fara Fauzana:-

Semua ini ketentuan Allah dan segala-galanya sudah dijelaskan. Terima kasih kerana menyokong saya. Tiada apa yang saya mahu cakapkan lagi. Saya kena pergi sekarang… Terima kasih

fafau

Kalau dah Fafau cakap begini, siapalah kita untuk mempertikaikan keputusan yang dilakukan. Sudah pasti Fafau ada alasan yang kukuh untuk membatalkan perkahwinan yang tak sampai 2 minggu lagi untuk dilangsungkan. Semoga ini adalah keputusan terbaik buat Fafau. Satu hari nanti, pasti Fafau akan bertemu jodoh jua akhirnya. Sama-sama kita doakan. Sumber Berita Harian.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Berita Terkini Hari Ini : WN Malaysia Dituntut Mati di PN Sanggau Karena Kasus Narkoba - iWARTA.ID (Blog)

IWARTA.id – Berita Terkini Hari Ini : WN Malaysia Dituntut Mati di PN Sanggau Karena Kasus Narkoba 

PONTIANAK – Seorang warga negara (WN) yang berasal dari Malaysia dituntut hukuman mati oleh jaksa dalam sidang di PN Sanggau. WN yang berasal dari Malaysia tersebut bernama Ong Bok Seong alias Uncle Ong (67). Ia dituntut hukuman mati karena kasus penyelundupan barang haram jenis sabu-sabu seberat 11,254 kilogram.

Saat dikonfirmasi, hari Kamis (8/9), Ulfan Yustian Arif selaku jaksa penuntut, menuturkan bahwa Uncle Ong dituntut hukuman mati karena sudah dipertimbangkan beberapa hal yang bisa untuk melandaskan hukuman mati terhadap Uncle Ong.

"Salah satunya, ini bukan yang pertama bagi terdakwa menyelundupkan sabu ke Indonesia, tapi yang ketiga," kata dia.

Penyelundupan sabu yang dilakukan oleh Uncle Ong tersebut diperkirakan memiliki nilai lebih dari Rp 11 miliar. Usut punya usut, sebelumnya Uncle Ong juga pernah menyelundupkan sabu seberat 2 kilogram, saat itu penyelundupan sabu lewat perbatasan Entikong.

"Terlebih lagi ini kasus lintas negara," ujar dia.

Uncle Ong pun menjadi seorang terdakwa. Ternyta Uncle Ong beroperasi bersama rekannya yang berasal dari Indonesia yakni Abang Hendry Gunawan alias Een. Een dituntut penjara selama 20 tahun dan denda sebesar Rp 1 miliar atau  subsider 6 bulan kurungan.

Atas perbuatan yang ia lakukan, Uncle Ong terkena Pasal 114 Ayat (2) Junto Pasal 132 Ayat (1) Undang-Undang Republik Indonesia Nomor 35 Tahun 2009 Tentang Narkotika. Sedangkan Een terkena Pasal 115 Ayat (2) Junto Pasal 132 Ayat (1) Undang-Undang Republik Indonesia Nomor 35 Tahun 2009 Tentang Narkotika.

Karena Een baru pertama kali melakukan kasus penyelundupan narkoba dan belum pernah mendapatkan hukuman penjara, maka Een tidak dituntut hukuman mati.

"Jadi, banyak fakta-fakta dan bukti-bukti yang kita jadikan dasar untuk penuntutan terhadap kedua tersangka itu. Dan peran mereka tidak sama," ungkap jaksa Ulfan.

Read more ...

Let’s Karaoke dengan Muzik Video CINTA HARUS SEKSI Amelina

Sebuah lagi lagu oleh Ratu Dangdut kita, Amelina diabadikan dalam versi karaoke dan kali ini pihak Wake The Baby Records dan Warner Music Malaysia bekerjasama dengan pihak Neway untuk melancarkan versi karaoke bagi lagu ini.

Lagu CINTA HARUS SEKSI, lagu ciptaan sepenuhnya oleh Ajai dan lirik sepenuhnya oleh saudara Roslen, merupakan single kedua yang dilancarkan oleh Amelina setelah melakukan 'comeback' di industri seni pada Dec. 2014 yang lalu.

Bercerita mengenai pengalamannya melakukan penggambaran bagi klip video setelah 15 tahun tidak berhadapan dengan kamera produksi, beliau meluahkan rasa gementar dan kekok sebelum penggambaran dilakukan. Tambahan pula kali ini Amelina mendapat peluang bekerjasama dengan tenaga kerja dari seberang (Jakarta).

'Rasa kekok dan malu yang teramat sangat' ujar Amelina. Tambahan pula kali ini saya terpaksa berlakon dengan seorang cowok yang tampan yang memegang watak seorang Raja. Mengambil konsep dan jalan cerita ala-ala timur tengah, klip video ini yang diterajui oleh sutradara Julian Kubik memberi penekanan dalam menghasilkan prop, kostum dan penari latar seperti yang digambarkan oleh Amelina dan Ajai.

Penggambaran mengambil masa selama sehari di sebuah rumah mewah di kawasan Jakarta Pusat. Busana timur tengah telah disediakan oleh pihak produksi dan busana biru pula adalah hasil rekaan pereka fesyen tempatan @faizelazraf.

Para peminat yang ingin berhibur dan berkaraoke untuk lagu CINTA HARUS SEKSI ini bolehlah mengunjungi pusat-pusat karaoke NEWAY di seluruh Malaysia. Untuk majlis pelancaran ini juga, sekali lagi kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak media yang telah menyokong karier Amelina, pihak NEWAY yang sudi memberi peluang untuk kami melancarkan versi karaoke untuk lagu ini dan seterusnya kepada semua yang terlibat.

Penerbit/Ciptaan Lagu : Ajai / Lirik : Roslen / Susunan Muzik : Alfa Booty & Bard Muffins.

Amelina 3

MTV INFO. CINTA HARUS SEKSI

Production & editing:Artist : Amelina (Wake The Baby Records Sdn Bhd)Song : Cinta Harus SeksiSong /lyric by : Ajai (Universal Publishing) / Slen (Universal Publishing)Story concept : Ajai / Julian KubikDirector / Editor : Julian KubikProducer : BenulDOP : BenulArt Director : Julian KubikMale model : AdrianMake up by : Firman TagiWardrobe : Blue top & pants by Malaysian designer @faizelazrafLocations : Jakarta PusatJV & Dist : Wake The Baby Records S/B & Warner Music (M) S/B

Untuk sebarang keterangan lanjut, sila hubungiSabrina (Warner Music) – 013.6306861 / Farid (WTB) – 013.9028988

Related

Komen via Facebook

Komen

— 135 Bacaan
Read more ...

iPhone 7 Plus Tampil Dengan Kamera Dwi-Lensa, Tanpa Lubang Headphone, Kalis Air & 7 Ciri Lain Yang Perlu Anda Tahu Tentangnya

8 Sept - Hari ini merupakan hari yang sangat mengujakan bagi peminat-peminat gadjet terutamanya peminat setia iPhone.

Baca : Opps. Amazon Secara Tidak Sengaja Terdedah foto iPhone 7

Apple kini sedang menjalankan majlis pengumuman produk terbarunya, iaitu iPhone 7 dan juga Apple Watch 2 yang sememangnya dinanti-nanti peminat.

Menurut blog teknologi Wiser.my, Apple telah mengesahkan ura-ura bahawa iPhone 7 Plus akan hadir dengan kamera Dwi-Lensa, yang mana satu upgrade yang buat besar buat iPhone.

Selain itu, Wiser.my juga berkata, Apple mengesahkan iPhone 7 tidak akan hadir dengan lubang (jack) headphone. Sebagai ganti, Apple membolehkan signal audio dialirkan menerusi lighting dan juga Airpods - earphone mudah alih.

Dan ini adalah perkara-perkara lain yang perlu anda tahu tentang iPhone terbaru keluaran Apple ini.

  • - iOS 10
  • - Butang Home baru dengan pelbagai fungsi & ciri baru
  • - Kalis air & debu
  • - Kamera hadapan 7MP baru
  • - Kamera belakang 12MP baru
  • - Dua kamera belakang 12 MP (iPhone 7 Plus sahaja)
  • - Skrin RetinaHD
  • - Speaker Stereo 
  • - Cip pemprosesan baru A10 ( 2 teras + 2 teras lemah, 40% lagi laju dari cip A9)
  • - Cip GPU baru 6 teras
  • - Bateri 7 Plus tahan 1 jam lebih lama berbanding 6 Plus
  • - Storan didatangkan dengan 32GB, 128GB dan 256GB.
  • - Harga sama dengan iPhone 6 & iPhone 6 Plus
  • iPhone 7 akan didatangkan dalam warna hitam, hitam legap, emas, perak dan juga rose gold. Selain iPhone 7, Apple juga turut mengumumkan Apple Watch 2 yang mana menyasarkan secara khusus golongan yang mementingkan kesihatan seperti atlet, pendaki, perenang dan lain-lain.

    Lihat lagi gambar di Wiser.my

    Read more ...

    Kaum India di Malaysia masih dihantui isu dokumentasi

    Saya mengikuti Majlis Penyerahan Dokumen Pengenalan Diri anjuran Persatuan Jaringan Pembangunan Manusia Luar Bandar Malaysia (DHRRA Malaysia) yang memberi sijil kelahiran, kad pengenalan dan sijil kewarganegaraan kepada 84 individu.

    Majlis itu diadakan di Paloh, Johor; Parit Buntar dan Teluk Intan, Perak; Sungai Petani, Kedah; dan Petaling Jaya, Selangor. Penerima dokumen terdiri daripada kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas pelbagai kaum.

    Pengalaman menyertai majlis ini membuatkan saya terkedu kerana ternyata masalah dokumentasi seperti sijil kelahiran, kad pengenalan dan sijil kewarganegaraan masih menjadi isu besar, khususnya di kalangan kaum India.

    Sejak 2004, sejumlah 8,350 kes melibatkan sijil kelahiran dan kad pengenalan berjaya diselesaikan di seluruh negara oleh DHRRA Malaysia hasil kerjasama dengan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

    Saya dimaklumkan, hasil pemetaan yang dilakukan pertubuhan itu antara Jun 2014 dan Disember 2015, sejumlah 12,341 kes melibatkan sijil kelahiran, kad pengenalan dan kewarganegaraan dikesan.

    Sejumlah 7,000 kes dokumentasi melibatkan masalah-masalah lain juga sedang diberikan perhatian oleh DHRRA Malaysia dalam usaha mereka membantu komuniti akar umbi mengatasi masalah dokumen pengenalan diri.

    Ketika berucap merasmikan sambutan ulang tahun ke-70 MIC pada 6 Ogos 2016, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan bahawa sudah tiba masa untuk kerajaan menyelesaikan masalah hak kewarganegaraan melibatkan segelintir kaum India yang lahir sebelum 31 Ogos 1957.

    Pada Oktober 2015, DHRRA Malaysia menyerahkan kertas rangka tindakan (blueprint) kepada JPM. Antara saranan yang diketengahkan adalah supaya individu yang lahir di Tanah Melayu (Malaysia) sebelum tarikh kemerdekaan diberikan taraf kewarganegaraan.

    Data yang berjaya dikumpul DHRRA Malaysia menunjukkan terdapat sekurang-kurangnya sembilan kategori individu yang menghadapi masalah dokumentasi yang perlu ditangani, iaitu:

  • Lahir di Tanah Melayu sebelum 31 Ogos 1957
  • Lahir di Tanah Melayu selepas 31 Ogos 1957
  • Datang ke atau lahir selepas pembentukan Malaysia pada 16 September 1963
  • Lahir di luar negara selepas pembentukan Malaysia
  • Kewarganegaraan di bawah keadaan khas
  • Pemegang kad pengenalan hijau
  • Pendaftaran lewat kelahiran
  • Permohonan lewat bagi kad pengenalan
  • Lahir di Malaysia tetapi tiada sebarang dokumen sokongan sebagai bukti.
  • Tidak keterlaluan jika saya katakan segala bentuk masalah dokumentasi di atas menyumbang kepada pelbagai masalah sosial dan menjadi semacam lingkaran syaitan (vicious circle) yang menghalang mobiliti sosial dalam komuniti India, walaupun selepas 59 tahun negara merdeka.

    Perdana menteri wajar mengambil langkah bagi mengatasi kesemua masalah kewarganegaraan ini secara keseluruhan supaya tumpuan dapat diberikan kepada aspek pembangunan komuniti sepenuhnya selepas ini.

    Jika tidak, sampai bila-bila pun komuniti India di Malaysia akan terus menderita, dan terus menyalahkan kerajaan kerana gagal membantu mereka.

    UTHAYA SANKAR SB ialah pengasas dan presiden Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) dan penulis sepenuh masa

    Read more ...

    Tuntutan maritim di Laut China Selatan rumit, sensitif

    VIENTIANE, Laos: Datuk Seri Najib Razak mengakui konflik tuntutan maritim bagi pertikaian di Laut China Selatan menuntut kaedah penyelesaian secara berhati-hati kerana ia rumit dan sensitif.
    Read more ...

    Popular Posts

    Berita Harian

    Malaysia Kini

    Mypotnews Links

    Submit ExpressFree Webmaster Tools
    Ping search engines.

    Contact Form

    Name

    Email *

    Message *