Di Malaysia, sekiranya anda seorang gadis berusia dalam lingkungan usia 27-30 tahun dan masih belum berkahwin, pastinya anda akan merasai tekanan yang amat sangat. Balik kampung je makcik-makcik, nenek-nenek confirm akan tanya "kau bila lagi nak kawin?", "kau seorang je cucu nenek yang tak kawin-kawin lagi", "kau nie muka cantik, takkan lah tak ada orang nak?". Memang pedih ulu hati apabila soalan yang sama seringkali diulangtanya. Bertambah pedih bila gelaran "anak dara tua" mula diberikan kepada anda.
Abang Nara ingatkan di Malaysia sahaja ada masalah "anak dara tua" ini. Rupa-rupanya di negara China pun sama jugak. Malahan lebih dasyat lagi. Gadis-gadis yang berusia 25 tahun dan ke atas serta tidak berkahwin lagi akan digelar "Sheng Nu" yang membawa maksud "leftover girls". Lebih kurang la maksudnya dengan anak dara tua. Tapi start umur 25 tue. Lagi dasyat daripada orang Melayu kita.Tidak mahu gadis-gadis Sheng Nu ini dibelenggu dengan tekanan untuk berkahwin pada usia 25 tahun, International Prestige Skincare Brand SK-ll menerusi kempen #ChangeDestiny telah pun menerbitkan sebuah video. Video ini memang tersangatlah power dan meaningful untuk para gadis China. Di dalam video ini, ada kelibat beberapa orang gadis China yang belum berkahwin, namun berjaya mencapai cita-cita dan impian mereka.
Tujuan utama pembuatan video ini ialah meminta orang ramai memahami perasaan gadis China yang digelar Sheng Nu ini. Mereka bukannya mahu berkahwin semata-mata hanya kerana tekanan daripada masyarakat. Selalunya gadis-gadis Sheng Nu ini dilihat sebagai seorang yang lemah, tidak berkeyakinan serta takut untuk melakukan sebarang tindakan. Namun di dalam video #Change Destiny oleh SK-II ini, kesemua gadis Sheng Nu tersebut dilihat begitu yakin, bebas dan gembira. Bagi mereka, bergelar Sheng Nu bukanlah satu masalah.Abang Nara tertarik dengan kata-kata Li Xu Yuan, salah seorang Sheng Nu di dalam video di atas. Katanya:-
Saya tidak mahu berkahwin semata-mata kerana terpaksa berkahwin. Saya tidak akan gembira hidup sebegitu.
Abang Nara percaya ramai juga gadis Malaysia yang berkahwin semata-mata kerana takut membujang sehingga ke akhir hayat. Namun perkahwinan tersebut akhirnya berakhir dengan penceraian. Tak salah menjadi seorang gadis Sheng Nu yang bekerjaya, yakin dan berjaya mencapai cita-cita dan impian. Daripada kahwin dan tak bahagia, lebih baiklah kita tidak berkahwin dan membina kerjaya. Abang Nara yakin satu hari nanti jodoh akan tiba jua. Tak gitu? Apa kata anda? Lebih banyak kisah Sheng Nu di laman SK-II.
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.