Recent Post

Sunday, August 07, 2016

Keputusan permohonan UPUOnline bagi lepasan STPM boleh disemak esok - Kosmo!

Keputusan permohonan UPUOnline bagi lepasan STPM boleh disemak esok

07/08/2016 9:54am

Kenyataan mengenai keputusan UPUOnline yang dibuat oleh Kamalanathan melalui laman Facebooknya hari ini.

KUALA LUMPUR - Status keputusan permohonan UPUOnline untuk kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam bagi lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau setaraf sesi akademik 2016/2017 boleh disemak secara dalam talian bermula pukul 12 tengah hari esok.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan, pemohon yang gagal boleh mengemukakan rayuan menerusi e-Rayuan yang akan dibuka dalam tempoh lima hari bermula esok, 8 Ogos 2016 hingga 12 Ogos 2016.

Katanya, semakan keputusan dan permohonan e-Rayuan boleh didapati melalui laman web http://upu.mohe.gov.my.

"Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila hubungi helpline UPU di talian 03-88706767 atau 03-88706777.

"Talian helpline UPU hanya beroperasi pada hari bekerja sahaja bermula pukul 7.30 pagi hingga 5.30 petang," katanya pada satu kenyataan di laman Facebooknya sebentar tadi.

Maklumat lanjut, boleh melayari portal rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) di http://upu.mohe.gov.my. - K! ONLINE

Read more ...

Review Hotel THE SHORE Melaka

Bandaraya Melaka semakin hari semakin mendapat tempat di kalangan pengunjung dalam dan luar negeri. Seiring dengan kedudukannya sebagai bandaraya bersejarah, tempat-tempat penginapan bertaraf antarabangsa dengan ciri-ciri unik masing-masing mula tumbuh bagai cendawan. Banyak hotel baru berkonsep kolonial mula wujud demi menarik perhatian pengunjung.

The Shore Exterior

Terbina mewah di pusat membeli-belah terbaru The Shore di pusat bandaraya Melaka di sebelah Sungai Melaka adalah The Shore Hotel and Residences, sebuah hotel empat bintang terkini yang agak baru sahaja menyertai senarai tempat-tempat penginapan terbaik di situ. Bangunan yang kelihatan mirip sebuah pencakar langit itu dilengkapi dengan bilik-bilik (berkonsep suite) serta pangsapuri dan mempunyai hiasan dalaman kontemporari terindah dan menenangkan mata.

Dengan jumlah bilik yang banyak, penginapan di hotel ini menjadi lebih mudah untuk dilanggani atau disewa dengan bilik-bilik khas serta unit-unit pangsapuri mewahnya sendiri. Kaya dengan nuansa moden, ia bersesuaian dengan gaya hidup masa kini di bandar Melaka yang mempunyai banyak pengunjung dari Eropah dan Asia.

Hotel ini mempunyai lokasi yang sangat strategik dan tidak terlalu jauh dari semua daya tarikan bandar bersejarah ini. Antaranya termasuklah tapak-tapak bersejarah seperti gereja merah St. Paul, serta muzium, ajnas restoran dan jalan paling terkenal di Melaka, Jonker Walk. Seperti kebanyakan hotel, ia juga dilengkapi dengan keperluan lain buat para tamu yang berkunjung seperti pusat perniagaan dan bilik mesyuarat khas.

Terdapat juga kolam renang yang dilengkapi dengan kemudahan jacuzzi di tingkat sembilan selain kolam renang besar serta pusat gimnasium untuk bersenam. Bilik-bilik lain semua mempunyai kelengkapan moden dan terkini untuk keselesaaan para tamu.

Ada juga Sky Lounge untuk menikmati pemandangan bandaraya Melaka sambil menjamu selera atau bersantai.

Pendek kata, The Shore Hotels and Residences ini lengkap dengan segala-galanya. Tidak kiralah tujuan anda berkunjung untuk bercuti ataupun bekerja, yang pasti hotel ini menepati citarasa semua yang datang menikmati keindahan peninggalan sejarah bandar Melaka!

The Shore : Alamat mewah terbaru di bandaraya Melakaoleh Shah Shamshiri

Sky Gym

Premier Suite (Bathtube)

Infinity Lap Swimming pool

Related

Komen via Facebook

Komen

— 241 Bacaan
Read more ...

JAKIM Sokong Pokemon Go Tidak Dibenarkan Untuk Umat Islam

Kuala Lumpur, 7 Ogos - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menyokong keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan pada 1 Ogos 2016 yang tidak membenarkan umat Islam melibatkan diri dengan aplikasi permainan Pokemon Go atas pelbagai faktor termasuk membawa kepada kemudaratan.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Jakim, Dato' Hj Othman Bin Mustapha, menerusi Facebooknya sebentar tadi.

"Keputusan tersebut adalah selari dengan pandangan hukum oleh negara-negara Islam lain yang telah membuktikan permainan Pokemon Go ini menjadi penyebab insiden yang membahayakan sehingga meragut nyawa. Permainan ini juga nyata mendatangkan kesan yang negatif kepada golongan kanak-kanak dan remaja.

"Justeru, Jakim menyeru umat Islam di negara ini agar menghindarkan diri dari permainan Pokemon Go ini. Saranan ini juga selaras dengan kaedah syarak *Saddu Al-Zara'i (سدُّ الذرائع)*di mana kita perlu mencegah atau menyekat jalan yang boleh m embawa kepada kerosakan dan kemudharatan kepada diri kita.", tulis beliau.

Sebelum ini, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri berkata Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan mencapai kata putus Pokemon Go tidak dibenarkan untuk umat Islam di Malaysia.

"Setelah meneliti pendapat ulama dan fatwa yang dikeluarkan, kami berpendapat, fatwa yang dikemukakan ada asasnya dan perlu dijauhkan permainan Pokemon Go dan Pokemon itu sendiri jika permainan ini membawa kepada mudarat.

"Di samping itu, mengiyakan kuasa dan dewa tertentu yang mempunyai kuasa dan ditambah boleh membawa kepada perjudian, maka kami berpendapat hujah yang dikemukakan tentang hukum bermain Pokemon sebagai haram mempunyai asas yang kuat. "Manakala Pokemon Go pula, berdasarkan kes yang sudah berlaku-pengintipan pihak luar, pencerobohan ruang peribadi, faktor keselamatan seperti kemalangan, kelalaian dan sebagainya," katanya Dr. Zulkifli. - Siakapkeli.my

Sumber : Facebook , Harian Metro

Read more ...

Najib PM paling tertekan di dunia, kata Rahman Dahlan

Datuk Seri Najib Razak adalah perdana menteri yang paling tertekan di dunia, kata pengarah komunikasi strategik BN Datuk Abdul Rahman Dahlan.

"Sejak dia memegang jawatan (pada tahun 2009), beliau menjadi perdana menteri yang paling tertekan di dunia.

"Kenapa, kerana kita mempunyai pembangkang yang tidak mahu menggunakan otak mereka. Mereka hanya menggunakan emosi.

"Ini politik yang merosakkan. Itulah sebabnya kita tertekan sepanjang masa. Tetapi, Najib bersabar, berani dan sentiasa tersenyum," katanya.

Menggunakan analogi perlawanan bola sepak, beliau berkata Najib telah menjaringkan 15-0 terhadap pesaing beliau.

Beliau memetik ahli-ahli parlimen, menteri-menteri kabinet, parti-parti komponen BN, ahli-ahli Majlis Tertinggi Umno, Umno Bahagian, sayap Umno, penjawat awam, polis, tentera malah raja-raja juga bersama Najib.

"Untuk mengalahkan Najib, mereka (pembangkang) terpaksa melakukan dakwaan berulang," katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Umno Bahagian Kepong.

"Kadang-kadang kita meminta pemain import untuk mengalahkan pemain negara kita. Ini bahaya. Jika pemain import datang, maka akan hancur," katanya.

Rahman yang juga ahli parlimen Kota Belud berkata Pemuda Umno diajar untuk mempertahankan negara dari unsur-unsur asing, tanpa mengulas lanjut.

"Kita tahu mereka (kuasa asing) mempunyai campur tangan kasar dan lembut. Jika (mereka) mahu kasar, pergi ke Mesir, Afghanistan, Syria, Lebonon, Iraq dan Iran; jika (mereka) mahu lembut, datang ke Malaysia," katanya.

"Mereka akan menggunakan rakan-rakan di mana sebahagian daripada mereka berusia lebih 90 tahun, yang harus bersara daripada politik," katanya.

Beliau kemudian meminta pengkritik Najib bersikap 'gentlement' dengan mengalahkannya dalam pemilihan parti.

"Memang benar bahawa Dr. Mahathir Mohamad, 1MDB dan Jabatan Kehakiman adalah isu-isu kepada kami, kami akan menyelesaikannya satu demi satu," katanya.

[Baca berita penuh]

Read more ...

Singapura sedar rancangan militan lancar serangan

SINGAPURA: Pihak berkuasa Singapura tidak terperanjat dengan penangkapan enam suspek militan di Pulau Batam, Indonesia, semalam kerana merancang serangan ke atas republik itu.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *