Recent Post

Friday, April 08, 2016

Maxis mohon maaf, beri tambahan data

Maxis memohon maaf kepada pelanggannya atas kelewatan dalam menjawab semua persoalan dan layanan berbeza yang diberikan kepada pelanggannya.
Read more ...

(TAKZIAH) Mr Os Meninggal Dunia Akibat Kanser Paru-Paru

Pelawak popular Mr Os telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.50 petang tadi di Hospital Selayang akibat kanser paru-paru.

Berita pemergian Mr Os disahkan sendiri oleh anak kelima beliau Hafizul Mohd Yusof. Menurut Hafizul, bapanya dirawat di hospital berkenaan sejak hari Isnin lepas kerana sesak nafas.

Ayah sakit teruk sejak Isnin lalu dan di rawat di Hospital Selayang, namun ketika itu dia masih boleh bercakap sehinggalah pagi tadi. Pagi tadi dia kelihatan betul-betul lemah dan hanya boleh angguk dan geleng sahaja.

Untuk pengetahuan anda, Allahyarham sudah setahun menderita daripada penyakit berkenaan dan pernah menjalani pembedahan sekitar bulan Mac 2015 akibat pendarahan tonsil.

Antara pesanan terakhir arwah ialah beliau mahu anak-anaknya sentiasa mengingati Allah SWT dan menutup aurat.

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang di kediamannya di Gombak dan di kebumikan di Tanah PerkuburanIslam Bukit Permata petang  ini.

Takziah kami ucapkan kepada keluarga Allahyarham Mr Os, ayuh sama-sama sedekahkah Al –Fatihah kepada beliau dan supaya rohnya dicucuri rahmat.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Info lebih padat - Harian Metro

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Berita dan trend terkini dalam dunia automotif akan senang diperolehi dengan terbitan majalah online interaktif terbaru The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) iaitu Speed & Wheels (S&W).

Menjanjikan kepuasan dan kelainan buat pembaca, S&W akan memaparkan ulasan acara, maklumat terkini, tips, huraian, komen sesebuah produk, panduan dan nasihat mengenai kenderaan berkaitan.

Malah, lebih daripada 80 peratus kandungannya merangkumi topik kereta dan selebihnya menyentuh topik berkenaan pengangkutan seperti basikal, motosikal, kenderaan 4x4, lori dan kapal terbang.

Kandungan hebatnya boleh dilayari menggunakan peranti tablet dan telefon pintar pada bila-bila masa secara online atau offline apabila pengguna memuat turun aplikasinya ke gajet menerusi Google Play dan App Store dengan percuma bermula April ini.

Ketua Pegawai Eksekutif NSTP Datuk Mohammad Azlan Abdullah berkata, majalah itu sesuai dengan peminat automotif yang ingin meningkatkan pengetahuan mereka mengenai bidang pemotoran.

"Segala informasi pada masa ini boleh didapati dengan hanya satu sentuhan. Ramai orang memperoleh cerita dan fakta melalui peranti gajet mereka dan tidak lama lagi melalui peranti boleh pakai.

"Di NSTP, kandungan berita yang diterbitkan sentiasa dipastikan boleh diakses melalui pelbagai platform," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurut Mohammad Azlan, penerbitan S&W adalah satu daripada inisiatif digital syarikat yang berterusan bagi menyediakan akses lebih luas untuk mendapatkan berita dan kandungan yang dilengkapi dengan grafik interaktif, video serta artikel berkaitan automotif.

"Untuk berkembang maju dalam industri media, kita perlu memandu kedua-dua inovasi dan kecekapan, menggunakan pendekatan baru dalam menyediakan kandungan, operasi, teknologi dan kewangan," katanya.

S&W akan menawarkan kandungan interaktif dan inovatif dalam bentuk video, gambar dan artikel untuk membangkitkan minat pembaca.

Dibahagikan kepada lima segmen dan merangkumi 17 subtopik dengan sekurang-kurangnya 25 muka surat, segmen pertama akan menyediakan kandungan mengenai ulasan ujian memandu, tips dan nasihat mengenai kereta dan motosikal.

Bagi Masterpiece, segmen ini memberi tumpuan kepada pengubahsuaian, pemulihan dan sejarah automotif di Malaysia.

Segmen Carmonity memaparkan ulasan acara, kelab dan tempat bersantai manakala segmen Pit Stop memberi fokus terhadap ulasan produk, iklan dan wanita.

Segmen Ready Go pula mengandungi peraduan, ulasan mengenai kereta-kereta yang digunakan dalam filem-filem terpilih, termasuk kandungan video-video lucu dan artikel daripada kolumnis.

Read more ...

Filem & Drama Korea Romantis Suspen Aksi Menanti Penonton TV9

Kisah cinta yang romantis, pendedahan konspirasi dan merungkai misteri yang mendebarkan merupakan paparan menarik menerusi seleksi filem-filem dan juga drama bersiri Korea di slot Chamsarang (Isnin hingga Khamis, 6.30 petang) dan Saranghae (Ahad, 10.00 malam).

Istimewa buat tontonan peminat filem dan drama bersiri Korea, saksikan It's Alright, This Is Love lakonan Jong In-song dan Gong Hyo-jin di slot Chamsarang dan empat filem hebat di slot Saranghae, iaitu Ghost: In Your Arms Again, Insadong Scandal: Replicated Strokes, Devil's Game dan The Scam sepanjang bulan April ini.

CHAMSARANG: IT'S ALRIGHT, THIS IS LOVEMulai 4 April, Isnin – Khamis, 6.30 petang, 23 episodPelakon: Jo In-sung, Gong Hyo-jin, Sung Dong-il, Lee Kwang-sooJang Jae-yeol ialah seorang penulis novel genre misteri yang laris dan penyampai radio. Seorang yang suka berfoya-foya dan sombong tetapi dia akan mengulangi sesuatu perbuatan apabila mengalami tekanan (obsessive – compulsive disorder). Ji Hae-soo pula baru memulakan tahun pertamanya sebagai seorang pakar psikiatri. Dia seorang yang bercita-cita tinggi dan sangat mengambil berat terhadap pesakitnya. Hae-soo tidak bersikap positif tentang cinta apatah lagi menjalani hubungan dengan lelaki. Selepas pertemuan Jae-yeol dan Hae Soo, masing-masing enggan mengalah dan sering perselisihan faham kerana personaliti yang kontras. Lama-kelamaan, mereka mula mengenali personaliti masing-masing dan belajar untuk bertolak ansur. Namun, tahap kesihatan mental Jae-yeol menjadi serius dan apakah yang Hae-soo dapat lakukan demi lelaki yang dia cintai itu?(English Synopsis) Jang Jae-yeol is an author of bestselling mystery novels and a radio DJ. Playful and a bit arrogant, he also suffers from obsessive–compulsive disorder. Ji Hae-soo is a psychiatrist on her first year of fellowship. Driven and ambitious with her career yet compassionate towards her patients, Hae-soo has a negative attitude towards love and relationships in her personal life. Once Jae-yeol and Hae-soo meet, there is much contention between them caused by their strong personalities and refusal to give in to each other. But slowly their bickering turns into love and they begin to learn how compatible they are. Jae-yeol and Hae-soo attempt to heal each other's deep-seated wounds, but their fledgling relationship takes a blow when they learn that Jae-yeol's mental health issues are more serious than they suspected.

SARANGHAE: GHOST: IN YOUR ARMS AGAIN3 April 2016, 10.00 malamPelakon: Nanako Matsushima, Song Seung-heon, Kirin KikiSebuah kisah cinta romantic yang menggabungkan dua pelakon hebat dari Jepun dan Korea iaitu Nanako Matsushima dan Song Seong-heon. Mengisahkan tentang Nanami Hoshino, seorang wanita berkerjaya yang kini hidup bahagia dengan Kim Jun-ho, seorang pemuisi dari Korea. Selepas satu bulan mereka berkahwin, Nanami terkorban dalam perjalanan pulang ke rumah. Jun-ho meraung atas kematian isterinya. Roh Nanami enggan melangkah ke alam seterusnya kerana cintanya terhadap Jun-ho terlalu mendalam. Tambahan pula, Nanami juga mendapat tahu bahawa kemalangan yang meragut nyawanya itu bukan insiden yang tidak sengaja. Nyawa Jun-ho kini berada dalam bahaya. Gagal untuk berkomunikasi dengan sesiapa pun, akhirnya Nanami bertemu dengan Unten, seorang psikik supaya dapat memberi amaran kepada suaminya.(English Synopsis) Nanami Hoshino, a wealthy entrepreneur, marries Korean potter Kim Jun- ho, and they both live a seemingly happy life. Then, one month after their marriage, Nanami is killed by a biker on her way home. This tragedy leaves Jun-ho completely devastated. At the hospital, Nanami's ghost arises from her body, and upon meeting a ghost child, she realizes that she is a ghost whose presence cannot be seen. She then realizes that her death was no coincidence and Jun-ho is in imminent danger. Unable to communicate with normal humans, Nanami seeks help from the elderly psychic Unten in hopes of saving Jun-ho's life.

SARANGHAE: INSADONG SCANDAL: REPLICATED STROKES10 April 2016, 10.00 malamPelakon: Kim Rae-Won, Uhm Jung-Hwa, Lim Ha-RyongSebuah lukisan bersejarah dari istana telah dijumpai selepas 400 tahun. Jika lukisan itu dibaikpulihkan, nilai lukisan itu mampu mencecah $40 juta di pasaran lelongan antarabangsa. BAE, pemilik kepada galeri lukisan berjaya mendapatkan khidmat Lee, seorang artis yang mahir dalam membaik pulih lukisan lama. Dengan kepakaran Lee, kontrovesi di sebalik lukisan itu bakal didedahkan.(English Synopsis) A legendary painting from royal palace is discovered after 400 years. Once properly restored, it could fetch at least $40 million in the international auction market. BAE is the owner of the gallery which possesses the painting. She scouts a top-tier restoration artist LEE to work on the painting. With LEE's expert stroke, the controversy surrounding the painting is slowly unveiled.

SARANGHAE: DEVIL'S GAME17 April 2016, 10.00 malamPelakon: Shin Ha-Kyun, Byun Hee-bong, Lee Hye-YoungHee Do ialah seorang penggiat seni jalanan yang dibebani oleh hutang. Dia diminta oleh seorang wanita misteri untuk bertemu dengan suaminya. Di rumah agam itu, seorang lelaki yang berusia bernama Kang No-sik membuat tawaran kepada Hee Do untuk membuat taruhan di sebuah perjudian (ultra high stake game). Jika menang, Hee Do akan menerima ganjaran sebanyak 3 juta tetapi sekiranya nasib tidak menyebelahi Hee Do, dirinya menjadi taruhan dan dia perlu serahkan badannya kepada Kang No-Sik.(English Synopsis) Hee-Do (Shin Ha-Kyun) is a struggling street artist, mired in heavy debts. A woman (Lee Hye-Young) then asks Hee-Do to meet her wealthy husband. At the husband's mansion, the elderly man named Kang No-Sik (Byun Hee-Bong) offers Hee-Do to take part in an ultra high stake game. If he Hee-Do wins, he gets 3 million dollars. If he loses, then Hee-Do loses his body to Kang No-Sik.

SARANGHAE: THE SCAM24 April 2016, 10.00 malamCasts: Park Yong-ha, Kim Min-jung, Park Hee-soonHyeon Soo telah kehilangan semua duit dan harta dalam pelaburan saham. Kini, dia menghabiskan kebanyakan masanya di hadapan skrin komputer sebagai day trader. Mi segera menjadi makanan ruji dan dia berjaya mengumpul wang secara perlahan-lahan. Dia berjanji bahawa dia akan meninggalkan dunia saham ini hanya selepas dia berjaya mengumpul duit untuk menyara ibu dan adik lelakinya.Hyeon Soo berjaya mendapatkan jackpot tetapi dia telah menyebabkan kerugian besar pada Hwong Jong-ku, seorang pelabur yang merupakan bekas ahli kongsi gelap. Namun, Jong-ku tidak memilih untuk membalas dendam. Dia telah menjemput Hyeon Soo untuk menyertai pasukannya kerana mereka sedang merancang satu penipuan untuk mendapatkan $60,000,000 dari pasaran saham.(English Synospis) Hyeon-Soo (Park Yong-Ha) loses everything in the stock market only to spend the next five years glued to his computer screen as a day trader. While eating instant noodles Hyeon-Soo slowly recoups his losses and then some. He vows to quit once he makes enough to support his mother and younger brother.Hyeon-Soo then hits the jackpot, while disrupting a stock market scam. This attracts the attention of a former gangster turned investor, Hwang Jong-Ku (Park Hee-Soon), who loses millions because of Hyeon-Soo's actions. Rather than seeking revenge, Jong-Ku invites Hyeon-Soo to join his elite team as they attempt their biggest scam yet. The group then attempts to swindle $60,000,000 from the stock market.

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

Wanita Tempatan Maut Terjun Dari Tingkat 36

Kuala Lumpur, 7 Apr: Seorang wanita tempatan berusia 24 tahun maut apabila terjun dari tingkat 36 Blok A Kondominium Suasana Sentral Loft, Bangsar dalam kejadian 5 petang tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Sharul Othman Mansor, polis menerima laporan dari orang awam sebelum ke tempat kejadian dan mendapati wanita tanpa identiti itu sudah mati.

"Pemeriksaan lanjut dilakukan bersama pengawal keselamatan banggunan berkenaan menemui beg pakaian dipercayai milik mangsa di tingkat 36 blok berkenaan. "Pemeriksaan lanjut mendapati mangsa adalah Chan Li Kwin, berusia 24 tahun dan berasal dari Bukit Mertajam.

"Mangsa mati selepas parah di bahagian belakang kepala, tubuh badan dan putus kaki kanan," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - Siakapkeli.my

Read more ...

MP: Desas-desus tukar MB hanya mahu tarik perhatian

Seorang ahli Parimen Umno mendakwa desas-desus mengenai penukaran menteri besar Johor seperti yang dakwaan Shukur Mohamad - anak Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Tan Sri Mohamad Aziz - hanya untuk menarik perhatian media serta mengejar 'glamor'.

Itulah reaksi Ahli Parlimen Sekijang, Anuar Abd Manap ketika diminta mengulas desas-desus Johor akan menjadi negeri seterusnya membuat penukaran Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

"(Tindakan Shukur) lebih kepada nak mendapatkan perhatian media, glamor," tegas Anuar kepada Malaysiakini.

Anuar menegaskan tidak ada keperluan untuk melayan desas-desus tersebut kerana ia hanya buang masa.

Sebaliknya, Anuar berkata adalah lebih baik tumpuan kini dibuat bagi memperkukuhkan parti itu.

"Tak perlu layan dan jangan buang masa untuk ulas perkara itu. Kita sepatutnya bagi tumpuan memperkukuh Umno Johor," katanya.

Kelmarin, dalam satu coretan di Facebook, Shukur mendakwa terdapat gerakan untuk menukar Khaled sebagai menteri besar.

Shukor dilaporkan turut mendakwa gerakan itu diketuai seorang timbalan menteri yang namanya tidak didedahkan.

Sementara itu, Bernama melaporkan, pergerakan Wanita Umno Johor menolak sekeras-kerasnya dakwaan mengatakan adanya gerakan untuk menjatuhkan Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Ketua Wanita Umno Johor, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain berkata seluruh kepimpinan Wanita Umno Johor berdiri teguh

di belakang kepimpinan menteri besar.

Menurutnya, Mohamed Khaled bukan sahaja dilihat sebagai menteri besar yang berjaya membawa perubahan dan kemajuan dalam pentadbiran tetapi juga kepada pengurusan kerajaan negeri yang merangkumi pelbagai aspek untuk kepentingan rakyat dan bangsa Johor.

"Menteri Besar Johor juga telah berjaya membawa perpaduan dan permuafakatan di kalangan pimpinan Umno pelbagai lapisan dan peringkat. (Jadi) tidak perlulah kita melayan isu-isu yang boleh melemahkan jentera dan parti.

"Saya menyeru seluruh ahli Wanita Umno pelbagai peringkat terus bekerja keras membantu Menteri Besar Johor dalam menangani permasalahan dan menjaga kebajikan rakyat seterusnya memastikan pengukuhan parti dipertahankan demi mencapai kemenangan Pilihan Raya Umum Ke-14," kata beliau dalam satu kenyataan semalam.

Sharifah Azizah berkata Johor dengan cara dan acuan tersendiri pastinya memerlukan lebih banyak sentuhan ajaib daripada Menteri Besar Johor bagi melakar kejayaan bangsa Johor kini dan masa hadapan.

"Rekod cemerlang ditunjukkan Mohamed Khaled selama ini menjadikan tiada sebab untuk beliau digantikan dengan orang lain. Wanita UMNO berharap rakyat menolak dengan sekeras-kerasnya adu domba yang cuba dikaitkan di antara Mohamed Khaled dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak," kata beliau.

Wanita Umno Johor yakin jalinan persahabatan dan keakraban Mohamed Khaled dan Najib amat erat malahan hala tuju kepimpinan Menteri Besar Johor hari ini seiring dengan pendekatan yang dibuat oleh kerajaan pusat.

Read more ...

Tipu pakej umrah: Wanita hamil 7 bulan hadapi 30 tuduhan

AMPANG: Seorang wanita yang hamil tujuh bulan didakwa di tiga Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas 30 tuduhan menipu pakej umrah membabitkan kerugian RM166,300.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *