Recent Post

Wednesday, April 13, 2016

Catuan air jika cuaca kering hingga bulan depan - KM Melaka

Paras air di empangan Durian Tunggal di Alor Gajah kini di tahap amaran iaitu 50 peratus.
Read more ...

(6 FOTO) Nora Danish Jalani Sesi Fotografi OWLbyND Di Iceland

Bercuti ke Iceland baru-baru ini, Nora Danish tidak melepaskan peluang untuk menjalani sesi fotograi bagi jenama tudungnya OWLbyND berlatarbelakangkan pemandangan yang cukup indah.

Untuk pengetahuan anda, beliau sempat untuk berkunjung ke tempat dimana penggambaran muzik video Gerua untuk filem Dilwale dijalankan.

Walaupun keadaan cukup sejuk disana, Nora Danish tetap tenang dan berjaya menghasilkan foto terbaik.

Jom kita lihat disebalik sesi fotografi OWLbyND di Iceland dengan membaca entri ini sepenuhnya.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Empat mangsa culik warga Malaysia disembunyikan di... - AgendaDaily

Terakhir dikemaskini: 13 April 2016 By WARTAWAN AGENDADAILY Empat tebusan warga Malaysia yang dalam tahanan kumpulan pengganas Abu Sayyaf, kini disembunyikan di kawasan pergunungan Patikul, Pulau Jolo.

Menurut aktivis anti penculikan di selatan Filipina, Prof Octavio Dinampo i berkata, maklumat yang diperolehinya menunjukkan empat tebusan Malaysia dan 10 tebusan anak kapal Indonesia itu diculik dua puak berbeza dalam Abu Sayyaf.

Menurutnya, penculik empat tebusan Malaysia itu diketuai puak Sawajan, manakala 10 anak kapal Indonesia pula diculik puak Idang Susukan dan Alhabsi, katanya yang dipetik China Press.

Jelasnya, walaupun ia adalah dua puak berbeza, namun kedua-dua puak itu sentiasa menghubungi satu sama lain.

Keempat-empat mangsa culik dari Sarawak itu adalah Wong Teck Kang, 31, Wong Teck Chi, 29, Johnny Lau Jung Hien, 21, dan Wong Hung Sing, 34.

Mereka adalah anak kapal tunda berdaftar di Malaysia, MV MASSIVE 6 yang dilaporkan diculik sekumpulan lelaki bersenjata di perairan berdekatan Pulau Ligitan, ketika dalam perjalanan pulang dari Filipina ke Malaysia, pada 1 April lalu.

Kes penculikan itu berlaku seminggu selepas 10 anak kapal tunda Indonesia, Anand 12 yang membawa arang batu dari Kepulauan Borneo ke Filipina, diculik Abu Sayyaf di perairan Filipina.-13/4/2016

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Read more ...

Premiere With Budiey THE HUNTSMAN : WINTER̢۪S WAR Malam Ini!

Mirror Mirror on the Wall, Who Is the Fairest of Them All? Paling dinantikan malam ini, Premiere With Budiey mengajak Budieyators menonton filem THE HUNTSMAN : WINTER'S WAR, filem sekuel lanjutan dari Snow White and the Huntsman (2012) dari Hollywood diarahkan oleh Cedric Nicolas-Troyan dan skrip serta jalan cerita pula ditulis oleh Evan Spiliotopoulos dan Craig Mazin.

THE HUNTSMAN_INTL_1SHT

Filem ini dibintangi oleh bintang hebat Jessica Chastain, Chris Hemsworth dan Emily Blunt dan ramai lagi. Karakter Snow White yang dilakonkan Kristen Stewart tak lagi dipakai dalam filem ini.

Sedikit sinopsis, filem ini menceritakan tentang nasib The Huntsman (lakonan Chris Hemsworth) dan Queen Ravenna (lakonan Charlize Theron), yang asyik dalam sebuah hubungan percintaan yang sangat mencabar. Sementara itu, ratu jahat Ravenna (Theron) telah berjaya dikalahkan oleh pedang Snow White, dia diam-diam memerhatikan bagaimana kakak perempuannya Freya (Blunt) harus menderita atas pengkhianatan dan telah meninggalkan kerajaan mereka.

Freya mempunyai kuasa ajaib iaitu dapat membekukan musuh-musuhnya, ratu yang masih muda itu telah menghabiskan waktu beberapa tahun ditempat yang jauh dalam sebuah istana musim dingin untuk membesarkan sebuah kelompok huntsmen.

Ketika Freya belajar setalah kematian kakaknya, dia segera mengumpulkan tentara yang masih dimilikinya untuk membawa cermin sihir (Magic Mirror) sebagai satu-satunya yang tersisa untuk mendapatkan kekuatan darinya. Tetapi setelah dia mendapat tahu bahawa Ravenna ternyata dapat dibangkitkan, adik kakak itu terancam dengan kekuatan kegelapan yang belum pernah ada.

Kpd pemenang pembaca Budieyators dan selebriti yang join, sila hadir dan kita jumpa di GSC 1 UTAMA pada jam 8 malam ini ya. See you there.

Budiey meminta jasa baik anda untuk mengemaskini status di Instagram, Twitter & Facebook anda berkenaan dengan tayangan ini.

Sekadar sample:Yeay! Saya akan hadir ke Tayangan Premiere THE HUNTSMAN : WINTER'S WAR anjuran www.budiey.com TQ @budiey ‪#‎PremiereWithBudiey‬ ‪#‎TheHuntsmanWintersWar‬ ‪#‎BudieyDotCom‬

On my way ke Tayangan Premiere THE HUNTSMAN : WINTER'S WAR anjuran www.budiey.com TQ @budiey #PremiereWithBudiey #TheHuntsmanWintersWar #BudieyDotCom

‪#‎NowHappening‬ Premiere Tayangan Premiere THE HUNTSMAN : WINTER'S WAR anjuran www.budiey.com TQ @budiey #PremiereWithBudiey #TheHuntsmanWintersWar #BudieyDotCom

Ini dia ulasan saya tentang filem THE HUNTSMAN : WINTER'S WAR… Saya kasi ?/5. Layari: www.budiey.com TQ @budiey #PremiereWithBudiey #TheHuntsmanWintersWar #BudieyDotCom

Hashtag di Twitter & Instagram: #PremiereWithBudiey #TheHuntsmanWintersWar #BudieyDotCom

Terima kasih kerana sudi menyokong budiey.com

Jom Undi SENSASI SELEBRITI di Anugerah Pilihan Online APO 2016 dalam kategori Blog Pilihan Online: www.apo.mstar.com.my

The_Huntsman_Intl_OV_1-Sht-Payoff_Queens_Edit

The_Huntsman_Intl_Ov_Character_1-Sht-Payoff_Charlize-Edit

The_Huntsman_Intl_Ov_Character_1-Sht-Payoff_Jessica_Edit

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

Terima Kasih HINDRAF - Dr. Zakir Naik

JERTIH, 12 Apr: Dr. Zakir Naik berterima kasih kepada HINDRAF yang disifatkan oleh beliau memberi publisiti percuma kepadanya.

Kata beliau, tentangan beberapa pihak yang tidak senang dengan kedatangannya ke sini adalah cabaran untuknya.

Biarpun begitu beliau bersyukur kerana kontroversi membabitkan dirinya berjaya menyatukan umat Islam khususnya di negara ini.

"Saya berterima kasih kepada Hindraf kerana memberi publisiti percuma kepada saya. Sekarang semakin ramai yang datang mendengar syarahan saya. 

"Saya gembira apabila tentangan itu membuka mata dua parti politik Islam di Malaysia iaitu UMNO dan PAS untuk bersatu.

"Apa yang dapat dilihat, apabila musuh datang, nampak umat Islam semakin bersatu. "Itu cabaran biasa sebagai pendakwah. Itu sifat manusia biasa apabila ada yang suka dan tidak suka.

"Apa yang saya percaya, jika saya dapat menyatukan umat Islam walaupun kecil, saya bersyukur kepada Allah dan berdoa semoga Allah memberkati usaha dakwah in i," katanya ketika syarahan umum bertajuk "Adaah Allah Wujud" di pekarangan Sekolah Menengah Imtiaz Besut sebagaimana lapor BH Online.

Mengulas tentang tajuk syarahannya di Melaka yang terpaksa ditukar, Zakir berkata beliau akur dengan permintaan pihak berkuasa dan bersedia untuk sebarang perubahan biarpun di saat akhir.

"Dengan apa yang berlaku ini, saya dapat rasakan jumlah hadirin yang akan datang ke syarahan umum saya di Melaka akan bertambah.

"Saya dapat rasakan penduduk Melaka semakin tidak sabar menantikan kehadiran saya," katanya. Beliau berkata, ini adalah kali keenam kedatangannya ke Malaysia dalam tempoh 20 tahun dan setiap kali syarahan jumlah pengikutnya semakin bertambah.  - Siakapkeli.my

Read more ...

PERKASA buat laporan polis terhadap Ramasamy

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis terhadap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Prof Dr P Ramasamy berhubung kenyataan dalam Facebooknya terhadap tokoh pendakwah, Dr Zakir Naik.

Kesemua lapan laporan polis oleh PERKASA Permatang Pauh, Batu Kawan dan Bukit Mertajam serta Persatuan Anak Melayu Permatang Pauh dan Persatuan Kebajikan Parong Sari Pulau Pinang itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah, dekat Butterworth semalam.

Selepas membuat laporan tersebut, Pengerusi PERKASA Parlimen Permatang Pauh Mohamed Hifni Mohd Baharuddin berkata mereka meminta pihak berkuasa menyiasat kenyataan itu yang didakwanya boleh menggugat kesejahteraan rakyat berbilang bangsa dan agama di negara ini.

Dengan membuat laporan polis itu, beliau berharap polis akan menjalankan siasatan terperinci ke atas Ramasamy yang didakwanya memfitnah tokoh ilmuan Islam yang disegani itu dengan gelaran yang tidak sepatutnya," katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis itu.

- Bernama

Read more ...

Tiga maut termasuk dua rentung kereta bertembung

PASIR MAS: Tiga lelaki maut selepas kereta yang dinaiki bertembung dengan sebuah kenderaan lain sebelum terbakar di Kampung Gelang Mas, di sini, petang tadi.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *