Thursday, March 24, 2016
Ku Li tandatangani Deklarasi Kelantan, beri sokongan padu kepada Najib
Sherry Ibrahim Jauh Lebih Baik Dari Saya รข Nur Ruhainies
Nur Ruhainies mula dikenali setelah berlakon bergandingan dengan Fattah Amin dalam drama yang pernah disiarkan di slot Akasia TV3, Hello Mr. Perfect. Satu ruangan gosip akhbar minggu lepas menceritakan mengenai desas desus bahawa Ruhainies yang dipilih bersama Fattah Amin untuk mengikuti satu rombongan percutian ke Bali, Indonesia telah digugurkan pada saat akhir kerana khabarnya ada yang cemburu.
Khabarnya juga, yang dikatakan cemburu itu ialah kekasih Fattah iaitu pelakon Sherry Ibrahim.Fattah bagaimanapun menafikan bahawa Sherry cemburu dan menjadi punca nama Nur Ruhainies digugurkan dari percutian tersebut.
Ruhainies memberitahu InstaOnline bahawa dia sebenarnya tidak tahu dia dipilih untuk menyertai percutian tersebut dan tidak tahu sebab namanya digugurkan.
Saya sebenarnya tidak tahu sepatunya saya pergi. Apabila terbaca tentang gosip tersebut barulah tahu rupa-rupa mereka (pengajur) ada perancangan untuk membawa saya sekali dalam percutian tersebut.
Saya tidak tahu kenapa nama saya digugurkan dan isu tentang masalah cemburu itu tidak benar. Kenapa Sherry mahu cemburu dengan saya? Dia jauh lebih baik berbanding saya.
Saya tiada masalah tentang isu ini.
Ruhainies juga tidak menafikan yang ramai di kalangan peminat drama Hello Mr. Perfect mahu dia dan Fattah bercinta.
Apabila berlakon sama, ada yang terbawa-bawa sehingga ke luar lokasi dan mahu kami terus bersama. Ada juga yang ingin kami berkahwin. Tidak mungkin begitu kerana saya juga ada pilihan sendiri.
Saya terkejut dengan gosip tersebut dan tidak sangka ia terjadi. Saya bersama Fattah dan Sherry OK sahaja. Saya tahu batasan hubungan dengan Fattah.
Kebelakangan ini sering kita dengar peminat drama Akasia memuja gandingan hero dan heroin drama Akasia di luar drama sehingga mengharapkan mereka bercinta. Perkara ini bukan sahaja terjadi pada Fattah-Ruhainies malah Zul Ariffin-Ayda Jebat dan Saharul Ridzwan-Mia Ahmad. Sampai begitu sekali penangan drama-drama Akasia ini.Bagaimanapun, peminat perlu mengenal pasti garis pemisah antara fantasi dan realiti. Biarkan pelakon memilih jodoh sendiri kerana mereka lebih tahu apa yang terbaik untuk kehidupan mereka.
Jom saksikan Slot Panggung Seni Ekstravaganza Muzikal Randai "Cindua Mato" pada 25, 26 dan 27 Mac ini di Panggung Sari,…
Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Sunday, 6 March 2016
TAGS: bali, cemburu, dari, digugurkan, fattah amin, gugur, hello mr. perfect. percurian, indonesia, jeles, lebih baik, nur ruhainies, ruhainies, sherry ibrahim< /a> PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.18 GAMBAR - LAGI RAGAM TERKINI MAREAM ESABEL, ANAK ALLY ISKANDAR & FARAH LEE
Lagi gambar-gambar terkini Maream Esabel, anak perempuan Ally Iskandar dan Farah Lee yang sangat comel.
Jom kita tengok ragam Maream ni!
________________________
:: FACEBOOK :: INSTAGRAM :: TWITTER :: :: YOUTUBE :: SEJARAH MYARTIS :: Follow @myartisdotcomMira Filzah, Sufi & Ir Radzi, Muka Baru Top 5 ABPBH29
Penantian yang ditunggu akhirnya terjawab sudah berkaitan dengan senarai Top 5 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 29 (#ABPBH29) yang diumumkan semalam.
Bakal berlangsung pada 8 Mei depan di Pusat Konvensyen Antrabangsa Putraja (PICC) yang akan dihadiri oleh selebriti popular, kacak dan cantik tanah air.
Untuk edisi kali ini, muka-muka baru berjaya disenaraikan dan memberi saingan kepada bakat-bakat lama.
Antaranya adalah Ir Radzi (Artis Baharu Lelaki Popular dan Penyanyi Lelaki Popular), Ruhainies (Artis Baharu Wanita Popular), Elena Harris (Penyanyi Wanita Popular), Nur Risteena (Pelakon Filem Wanita Popular) serta Mira Filzah (Artis Baru Wanita Popular).
Bertemakan #RESPEK, peminat boleh mengundi artis kegemaran mereka bermula 25 Mac hingga 22 April depan untuk menentukan pemenang bagi setiap kategori sekali gus memilih Bintang Paling Popular, 2015.
Jom kita lihat senarai Top 5 ABPBH29, diucapkan selamat maju jaya kepada yang tercalon.
Artis Baharu Lelaki Popular
1. Ippo Hafiz
2. Ir Radzi
3. Nadzmi Adhwa
4. Redza Rosli
5. Sufi
Artis Baharu Wanita Popular
1. Falisha Crossley
2. Janna Nick
3. Mira Filzah
4. Nana Sheme
5. Ruhainies
Pelakon Filem Lelaki Popular
1. Abam
2. Remy Ishak
3. Shaheizy Sam
4. Sharnaaz Ahmad
5. Syafie Naswip
Pelakon Filem Wanita Popular
1. Emma Maembong
2. Fathia Latiff
3. Neelofa
4. Nur Risteena
5. Siti Saleha
Pelakon TV Lelaki Popular
1. Faizal Hussein
2. Fattah Amin
3. Kamal Adli
4. Remy Ishak
5. Sharnaaz Ahmad
Pelakon TV Wanita Popular
1. Emma Maembong
2. Erma Fatima
3. Fathia Latiff
4 Siti Elizad
5. Siti Saleha
Penyanyi Lelaki Popular
1. Aizat
2. Asfan
3. Hazama
4. Ir Radzi
5. Syed Shamim
Penyanyi Wanita Popular
1. Adira
2. Aishah Aziz
3. Ayda Jebat
4. Dayang Nurfaizah
5. Eleena Harris
Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular
1. Akim & The Majistret
2. Hafiz Suip & Adira
3. Joe Flizzow & SonaOne
4. Tasha Manshahar & Syed Shamim
5. Wings
Artis Komedi Popular
1. Abam
2. Amir
3. Ebby Yus
4. Shuib
5. Zulin Aziz
Artis Versatil Popular
1. Abam
2. Ajak Shiro
3. Awie
4. Didie Alias
5. Ifa Raziah
Pengacara TV Popular
1. Hazlin Hussein
2. Izreen Azminda
3. Neelofa
4. Sherry Alhadad
5. Wak Doyok
Penyampai Radio Popular
1. Abby Fana (Sinar)
2. Deen (Hot)
3. DJ Lin (Suria)
4. Feeya Iskandar (Sinar)
5. Fizie (Hot)
ABPBH Kategori Online
Artis Aksi Selfie Popular
1. Datuk Siti Nurhaliza
2. Elfira Loy
3. Emma Maembong
4. Fazura
5. Nazim Othman
6. Nora Danish
7. Saharul Ridzwan
8. Scha Alyahya
9. Shukri Yahaya
10. Zizan Razak
Personaliti Media Sosial Popular
1. Amran Fans
2. Atita Haris
3. Faizdickie
4. Kevin Zahri
5. Lara Alana
6. Mat Lutfi
7. Queen of Luna
8. Ucop
9. Vivy Yusoff
10. Wak Doyok
Artis Ikon Respek
1. Aishah Sinclair
2. Daphne Iking
3. Datuk AC Mizal
4. Datuk Aznil Nawawi
5. Hafiz Hamidun
6. Heliza Helmi
7. Maya Karin
8. Mizz Nina
9. Sazzy Falak
10. Scha Alyahya
Artis Trending Popular
1. Arja Lee
2. Atikah Suhaime
3. Ayda Jebat
4. Fasha Sandha
5. Fazura
6. Sharnaaz Ahmad
7. Tasha Shilla
8. Uqasha Senrose
9. Yuna
10. Zizan Razak
Artis YouTube Popular
1. Ainan Tasnem
2. Eleena Haris
3. Ippo Hafiz
4. Najwa Latif
5. Nana Sheme
6. Siti Nordiana
7. Syed Shamim
8. Tasha Manshahar
9. Wani (Kun Anta)
10. Wani Kayrie
Oleh Mohd Ishahrulddin TahirArtikel Ini Disiarkan Pada Khamis, 24 Mac 2016
Dua objek diperiksa ATSB konsisten dengan pesawat ... - AgendaDaily
Dan secara logiknya satu-satu pesawat jenis Boeing 777 yang hilang adalah milik Penerbangan Malaysia MH370.
Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata keputusan itu dicapai menerusi analisis dikendalikan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) dan Geoscience Australia selama tiga hari berakhir semalam.
Beliau berkata, analisis terperinci itu antara lain mengesahkan dimensi, bahan dan pembinaan serpihan yang ditemui di persisiran negara Afrika Selatan itu bertepatan dengan spesifikasi pesawat jenis Boeing 777.
"Cat dan penstensilan (corak yang dihasilkan pada permukaan menggunakan acuan) serpihan itu adalah sepadan dengan yang digunakan syarikat Malaysia Airlines (MAS)," katanya dalam kenyataan, sebentar tadi.
Penyiasat bebas, Blaine Gibson, pada 3 Mac lalu menemui objek berukuran kira-kira semeter, dipercayai penstabil mendatar pesawat MH370 yang terdampar di persisiran pantai di Mozambique.
Penemuan selepas 'flaperon' MH370 ditemui di pantai Pulau Reunion, Perancis pada 29 Julai tahun lalu memberi harapan kepada pasukan penyiasat mengenai bukti baharu pesawat berkenaan.
MH370 dilaporkan hilang daripada radar, kira-kira 40 minit berada di udara sebaik berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing, China pada 8 Mac 2014.-24/3/2016
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Filem BATMAN V SUPERMAN: DAWN OF JUSTICE Apa Kata Penonton?
Demam Batman dan Superman pun bermula minggu ini. Budiey percaya, ramai peminat watak superhero terkenal ini ternantikan filem ini. Hari ini, 24 Mac 2016 anda semua dah boleh menonton filem BATMAN V SUPERMAN: DAWN OF JUSTICE di pawagam seluruh Malaysia.
Semalam, Budiey bersama 97 orang pembaca blog ini (Budieyators) bersama beberapa orang selebriti dan influencers telah menonton filem BATMAN V SUPERMAN: DAWN OF JUSTICE di Premiere With Budiey yang diadakan di GSC Pavilion KL. Seingat Budiey, ini adalah kali pertama kita menonton wayang beramai-ramai di pawagam ini. Jadi, suasana juga lain macam sebab difahamkan kesemua hall menayangkan filem aksi lakonan Ben Affleck dan Henry Cavill ini.
Terima kasih banyak-banyak kepada Warner Bro Malaysia yang sudi menyediakan lokasi, tiket dan juga memberi peluang kepada Budieyators untuk menonton filem ini di malam gala.
Budiey tak nak bercerita panjang sebab Budiey nak siarkan beberapa ulasan pendek dan ringkas yang ditulis oleh pembaca di laman sosial mereka. Jomla kita baca apa kata mereka:
Hazique
A brief review for Batman v Superman movie. The movie is considered as an introductory movie which two superheroes met. Definately there would be sequels afterwards. The movie started slow for the first half with flashbacks, introductions, recalls and memories then the villain came and the fight began right to the end.
A shocking ending for this movie..!!!
A good movie with superb casts and production. I would rate 4.5/5 for this movie. Thank you Budiey Isma for the invitation really appreciate it.
Asri Ray
My review of BATMAN V SUPERMAN DAWN OF JUSTICE Layari: www.budiey.com TQ #BudieyDotCom #PremierWithBudiey #WhoWillWin #BatmanvSuperman
I give 4.8/5 stars
For the first 30 minutes we are revisiting Bruce Wayne and Superman Clark Kent related to the movie including the murder of Batman parents, and "Man of Steel" ended with Superman and General Zod power up (destroying) much of metropolitans area and it really became a controversial issue by the people of the world. People considered him as a threat to humanity. As far as Batman is concerned, Superman is clearly a danger to the society.
Lex Luthor played a very good third man and he want to destroy everything Superman and Batman stand for and will do everything to achieve his goals.
And there is another presence of superhero in this movie (Wonder Women) but she just play a small role here. I dont want to spoil the whole movie guys, go and watch it.
Erra Asmuni
Permulaan cerita yang agak perlahan kerana ingin menceritakan kenapa Batman anti sangat dengan Superman. Ditambah pula ada pihak ketiga yg makin mengapi-api keadaan antara diorang berdua sampai bertambah salah faham.
Part yang paling suka bila Wonder Woman muncul apabila pertarungan makin sengit.. Wonder Woman memang sangat cool dalam filem ini.
So sesiapa yang follow sequel movie ini mahu Batman atau pun Superman, boleh laa tonton. Superman da tak pakai underwear kat luar dah dan suit dia lebih macho kali ini. #teamsuperman. Saya kasi ⭐⭐⭐ 1/2 /5.
Kamal Rezuan
So what's so good about Batman Vs Superman. This film was announced akan dibuat sometimes since 2013 lagi,selepas kejayaan Man Of Steel by the same director Zack Snyder.
Cerita ini ,generally about these two american superheroes yg diadaptasikan drp DC Comics. Have u been following all those Batman's sequels before? As we know, cerita dia memang slowkan. Unless u are the die hard fan, u probably would disagree with me. So this movie banyak pasal Batman, very slow.. i yawned like few times, even i sat next to Wak Doyok in the hall. Anyway, plot penceritaan movie yang berdurasi almost 2 hours ni, was a bit confuse and i couldn't find the real attach for each of their cliffhangers. Batman pulak berkhayal lebih, pantang duk sekejap mimpi… nampak naa kuat tido ke cemane?
Ade satu plot yang menceritakan nayanya seorang yg ada super power itu, pun boleh kena fitnah, been set up by a person so called well knowned tycoon. How did that super power person encounter the situation? Apa yang menyebabkan both of them Man in Steel (Batman) dengan Man Of Steel bergaduh?
Suddenly ade plak beberapa figura yg muncul.Ntah aku ke yg tak baca habis komik ni atau cemana…. lost in awhile. So kepada DC Comics die hard fans out there,just come and enjoy the movie with lower expectations.
I would say this project is all about selling the brand je lebih.Batman, Superman..the way they describing those are like gempak gila, unfortunately the storyline was so weak. Besides,most of the images are razor sharp,while others music background, characters coloring were just ok.
Untuk movie ni i give 2.7 out of 5.Thanks Budiey Isma #Budieyatorsfor the #premierewithbudiey .
Komen via FacebookKomen
— Budiey
Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Social Media Marketing, Instagram Influencer, #LiveUpdate Expert, photojournalist, jurugambar, kerap ber-Twitter & Facebook, copywriter, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.
Kanak-Kanak 11 Tahun Maut Main Permainan "Tekan Dada & Pengsan"
Budak lelaki tersebut yang dikenali sebagai Da'Vorius Christopher 'Chi-Chi' Gray dari Carolina Selatan, ditemui maut di rumahnya selepas bermain permainan cabaran "pass out challenge".
Ibunya menyalahkan pengaruh online ke atas kematian itu dan menggesa penyeliaan lebih tegas ke atas penggunaan media sosial.
Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan menerusi padera keluarga itu, Mark Pangel, ibu itu berkata: "Jika saya dapat putarkan masa, saya akan memantau lebih tegas penggunaan media sosial, YouTube dan internet.
"Dia mengambil bahagian dalam cabaran digelar 'kick' dan bermain permainan digelar 'hangman' dan 'pass-out challenge' di mana kanak-kanak bermain sehingga pengsan dan jelasnya ia adalah permainan amat popular.
"Anak saya juga tidak menunjukkan tanda-tanda kemurungan atau kelakuan merosakkan, namun Da'Vorius seorang yang gemar membuat helah."
Laporan dari nydailynews, Gray mengetahui tentang permainan "pass-out challenge" itu dari media sosial.
Laporan itu turut menjelaskan bahawa permainan "Pass-out-challenge" adalah permainan dimana pemainnya mencekik leher atau menekan dada dengan tujuan untuk menjadi khayal kerana kekurangan oksigen.
Sementara itu, hasil carian Youtube terhadap kata kunci "pass-out-challenge" mendapati lebih dari 270,000 video yang terhasil.
PERKASA cabar Lim bukti 'kejantanan', undur sementara
Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali berkata Lim Guan Eng perlu membuktikan "kejantanannya" dengan meletak jawatan sebagai ketua menteri Pulau Pinang sementara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan.
Kata Ibrahim, sekiranya siasatan yang dilakukan mendapati Lim bersih dari sebarang salah laku rasuah, beliau boleh mendapatkan jawatannya semula sebagai seorang hero.
"Wahai Lim Guan Eng, buktikanlah kejantananmu dengan mengambil langkah undur diri sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang (dan) biar SPRM menyiasat ke akar umbi.
"Dan apabila selesai penyiasatan, jika didapati bersih dan tiada unsur rasuah atau apa-apa sahaja yang boleh dikaitkan sebagai perbuatan salah, Lim Guan Eng akan kembali sebagai ketua menteri Pulau Pinang dan seorang hero," kata Ibrahim.
Sebelum ini anggota parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya membangkitkan pembelian rumah Lim yang RM2.8 juta bawah harga pasaran.
Shabudin juga mendakwa pembelian rumah pada 2015 itu mempunyai hubungan dengan jualan sebidang tanah kerajaan negeri di Taman Manggis pada 2012.
Kes itu kini disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Sementara itu, Ibrahim berkata sekiranya Lim mengambil langkah melepaskan jawatannya ia akan menunjukkan setiausaha agung DAP seorang yang konsisten dalam memerangi isu rasuah.
"Lim Guan Eng mesti tunjuk sikap konsistennya dalam memerangi rasuah atau penyalahgunaan kuasa. Keengganannya untuk bercuti atau undur diri hanya meletakkan diri nya sebagai cakap tak serupa bikin atau bersifat hipokrit.
"Apakah Lim Guan Eng ini ibarat kata dulang paku serpih, mengata orang kita yang lebih sebelum ini," katanya dalam kenyataan semalam.
Lim hari ini enggan melayan desakan supaya beliau mengambil cuti sementara menunggu siasatan SPRM.
Menurutnya, desakan sama kepada Datuk Seri Najib Razak tidak dibuat dalam isu kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya.
Saya tak lupa krisis Perlembagaan 1992 - TMJ
Menang Anugerah MeleTOP Era, Ayda Jebat Akui Tertekan Dikecam Netizen!
Baru-baru ini Ayda Jebat telah berjaya membolot Anugerah MeleTOP Era 2016. Dek kerana itu Kemenangan Anugerah MeleTOP Era Dipertikai, Ayda Jebat BIDAS Kritikan Netizen!
Meskipun Ayda Jebat Tidak Mampu Tahan Airmata Raih Kemenangan Anugerah MeleTOP Era namun dalam masa yang sama perkara tersebut turut membuatkan dirinya tertekan akibat komen nagatif daripada pengikutnya di laman sosial.
"Selepas kemenangan ini, banyak komen negatif dan luahan tidak puas hati saya dengar. Tertanya-tanya juga adakah menjadi satu kesalahan apabila kemenangan berpihak kepada saya? Dua hari selepas majlis itu berlangsung, saya bertemu dengan Johan, Ray dan Haniff secara kebetulan."
Artikel menarik:- Benarkah Kemenangan Ayda Jebat Kerana Beliau Adalah Duta Penaja?
Selain itu, sahabat artis yang lain turut memberi nasihat supaya tidak mengambil peduli akan komen negatif tersebut. Menyedari sikapnya tertekan apabila terlalu melayan komen-komen yang dilemparkan, Ayda akhirnya mengambil pendekatan untuk menyekat mana-mana individu yang dianggap keterlaluan.
"Mereka banyak menasihati saya. Antaranya, jangan pedulikan kata-kata negatif yang dilemparkan orang ramai. Mungkin juga kerana sikap saya yang suka membaca komen peminat membuatkan saya tertekan dan hilang keyakinan"
"Selepas mendengar nasihat Johan, saya abaikan semua komen tidak membina malah ada juga yang saya buang dan sekat di laman Instagram saya," jelas Ayda Jebat.
Selain itu, Ayda juga menyatakan bahawa dia sangat bersyukur kerana sentiasa mendapat sokongan peminat yang tidak putus-putus.
Saya tak percaya kalau Zeti bersara bukan kerana tekanan politik
Gabenur Bank Negara Zati Aktar Aziz tidak mahu mengheret institusi kewangan yang dijaganya dalam kancah politik walaupun rakyat memerlukan penjelasan secara telus daripada pihaknya berhubung dengan beberapa status kewangan yang diragui termasuk transaksi kewangan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Mohd Najib Razak.
Mengenai kemasukan wang dana RM2.6 billion ke dalam akaun Najib secara logik dan perundangan kewangan (bank), Zeti mesti mengetahuinya, dan beliau arif apakah kemasukan itu halal atau pun tidak mengikut prosuder kewangan dan bentuk-bentuk tindakan yang boleh dikenakan di bawah Akta Bank.
Begitu juga dengan status kewangan 1MDB yang dikatakan telah dipungut balik oleh syarikat pelaburan kerajaan itu dan ia disimpan dalam bank di Singapura yang menjadi kontroversi. Zeti sebagai Gabenur perlu menjawab kerana tindakan 1MDB itu telah menjatuhkan imejnya sebagai Gabenur bank pusat itu. Apabila syarikat kerajaan lebih menyakini untuk simpan wang dengan jumlah begitu banyak di Singapura bukan dalam bank milik negara ia memalukan Gabenur Bank Negara. Satu penghinaan kepada Zeti sendiri.
Bedasarkan perkara itu sudah cukup untuk Zeti Aktar menjawab dan menjelaskan kedudukanya tanpa mempedulikan reputasi orang lain untuk menjaga reputasinya. Tetapi, tidak begitu dengan Zeti. Beliau tidak sedia untuk mengaitkan Bank Negara dengan mana-mana politik berkepentingan. Kalau beliau menjelas dengan benar, pasti ia memberi persepsi lain rakyat kepada Najib terutamanya hatta menyebabkan kedudukan Najib makin goyah dan makin membusuk.
Begitu juga dengan pengakuan Muhyiddin Yassin bekas T PM yang baru dipecat itu, katanya dia mendapat penjelasan daripada Zeti mengenai perkara itu, tetapi dinafikan oleh Zeti penuh diplomasi dengan memberi tahu dia tidak pernah pun bebincang dengan Muhyiddin mengenai perkara itu apa lagi membawa apa-apa dokumen, tunjuk kepada Muhyiddin. Zeti menjelaskan akan etikanya sebagai seorang Gabenur dijaga seutuhnya. Begitulah sikap seorang yang berintegriti tinggi.
Zeti juga dalam menyelamatkan dirinya dan reputasi Bank Negara mengakui tidak ditekan oleh mana-mana pihak untuk bersara April ini. Katanya misinya di bank pusat itu sudah selesai? Kenyataan ini meragukan dan seolah-olah ia satu kenyataan tidak ikhlas, apakah masalah 1MDB itu sudah selesai dengan tuntasnya sedangkan ia masih dipertikai hingga kini. Sebelum ini wujud percanggahan kenyataannya tentang itu antara beliau dengan Peguam Negara. Peguam Negara secara terang menolak analisa atau kenyataan Bank Negara. Dalam kata lain tidak percayai kepada Zeti.
Justeru saya tidak percaya dan rakyat juga tidak percaya kalau persaraan, atau keengganan beliau menyambung setahun lagi kontrak sebagai Gabenur Bank Negara bukan kerana tidak ditekan oleh politik. Saya yakin Zeti enggan berbolot dengan politik dan tidak aman baginya kalau Bank Negara sudah dipengaruhi kuasa politik.
Adalah sayang kalau Zeti mengambil keputusan itu sanggup meninggalkan Bank Negara kerana tekanan politik dalam keadaan negara dan rakyat memerlukan seorang Gabenur yang didikasi seperti beliau yang telah berjaya meletakkan Bank Negara di mata dunia dan mencapai banyak kecemerlangan bertaraf dunia yang membanggakan. Secara peribadi Zeti sendiri mencapai beberapa pengikhtirafan dunia dan gabenur bank wanita yang hebat.
Berdasarkan kepada isu yang mengaitkan Bank Negara tadi, Zeti sangat bersikap profesionalisme, adil dan tidak suka menjadi dan dijadi keldai oleh mana-mana kepentiungan politik. Kenyataan dia bahawa dia tidak ditekan itu adalah satu jawaban yang penuh diplomasi d an sukar untuk diterima bagi menunjukkan orang politik khasnya Najib baik.
Ini saya dasarkan apa yang berlaku kepada ayahnya Prof Diraja Ungku Aziz Ungku Abdul Hamid. Saya masih ingat apa dialami oleh bapaknya Ungku Aziz yang ketika itu memimpin Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa). Satu masa kedudukan Ungku Aziz hendak dicabar oleh salah seorang pemimpin koperasi itu. Ungku Aziz memanggil sidang akhbar menyatakan dia mahu mempertahankan kedudukannya itu. Saya hadir buat pertama kali dalam sidang akhbarnya.
Saya memberi sokongan kepada keputusannya itu agar terus memimpin Angkasa. (Ada saya masukkan dalam blog ini).
Disebabkan yang hendak menentangnya ahli politik maka gerakan menekan Pak Ungku secara politik dilakukan. Calon yang hendak menentangnya buat gerakan dan kempen ala-ala Umno atur makan malam dan sebagainya. Perlawanan dan semangat sudah melencung dari budaya koperasi.
Menyedari itu Pak Ungku menarik balik hasratnya untuk mempertahankan ja watan itu. Alasannya tidak payah saya sebut di sini. Fahamlah sendiri. Pak Ungku seorang "ahlul albab" yang sangat mementingkan soal integriti, keadilan dan berfikir serta bertindak penuh rasional.
Saya mengira kenapa Zeti enggan disambung kontraknya, dan membuat pernyataan dia tidak ditekan oleh politik (konon), ialah kerana tidak mahu menerima senario yang pernah diterima oleh bapaknya. Keputusan dan pernyatan Zeti adalah baik baginya walaupun rakyat sedikit terkilan. Mungkin juga dia dinasihat oleh bapaknya agar jangan terbabit dengan political game yang cuba mencemarkan Bank Negara yang boleh menyerabutkan dia. [wm.kl.8:28 pm 23/03/16]
Popular Posts
-
Kalau pembaca masih ingat, Ammar Alfian, Idris Khan dan Atikah Suhaime pernah dikatakan merakam aksi seks threesome menggunakan telefon bi...
-
'Bila Saya Diserang, Semua Orang Diam'…Luahan SEDIH Najib Razak…Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini menjawab kritikan k...
-
Luahan SEDIH Salah Seorang BAPA Mangsa MH370….."Sekurang-kurangnya jika jumpa sehelai baju pun jadilah"….Bera: Bapa kepada salah...
-
Anak sulung kepada pelakon jelita Rozita Che Wan (Che Ta), Ammar Effendy baru sahaja menyambut majlis hari lahirnya yang ke-19 pada Isni...
-
Kisah cinta yang romantis, pendedahan konspirasi dan merungkai misteri yang mendebarkan merupakan paparan menarik menerusi seleksi filem...