Recent Post

Saturday, April 16, 2016

Zainol Macwilson Nafi Tuduhan Berfoya Guna Duit Anaknya Zahirah

Zainol Macwilson yang merupakan bapa kepada pelakon Zahirah Macwilson terkejut dengan tuduhan beliau berfoya-foya menggunakan wang anaknya.

Mengakui pernah meminta wang daripada Zahirah kerana kewangan beliau sendiri tidak stabil sebelum ini, Zainol bagaimanapun menafikan bahawa beliau berseronok dengan wang tersebut.

Zahirah anak saya dan kedudukan kewangan saya tidak stabil ketika itu. Jadi sebagai bapa, saya rasa tidak salah kalau saya meminta wang daripadanya. Saya tak pernah gunakannya untuk berfoya-foya. Saya rasa dia faham mengenai perkara ini.

Zainol tidak tahu mengapa gosip seperti ini boleh timbul sehingga ada yang menganggap beliau playboy.

Sebenarnya saya seorang peramah. Jadi, mungkin ada yang salah anggap. Mungkin juga disebabkan saya dikenali membuatkan pergerakan saya sentiasa diperhatikan.

Bapa pinjam duit daripada anak, ermm apa salahnya bukan? Kadang-kadang orang tua kita juga ada mempunyai masalah kewangan. Bab Zainol berfoya-foya, kami tidak mahu komen lebih.

Sumber Berita : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

TV3 tunda debat Rahman VS Guan Eng… - AgendaDaily

Terakhir dikemaskini: 16 April 2016 By ROSLI ISMAIL Ekoran nasihat Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Dato' Azam Baki,TV3 telah memutuskan untuk tunda siaran langsung debat antara Datuk Rahman Dahlan VS Lim Guan Eng sepatutnya Selasa ini.

Keputusan ini dimaklum menerusi kenyataan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Berita dan Ehwal Semasa Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad,Datuk Seri Ashraf Abdullah Ahad.

"Setelah mengambil kira nasihat daripada YDH Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Dato' Azam Baki, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad telah memutuskan untuk menunda debat diantara Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng yang sepatutnya disiarkan secara langsung di TV3 Selasa ini.

"TV3 menghormati pendapat Tan Sri Khalid dan Dato' Azam bahawa debat ini mungkin akan menganggu siasatan pihak berkuasa dalam isu kontroversi tanah Taman Maggis dan Banglo milik YAB Lim di Pulau Pinang.

"Debat itu ditunda sehingga satu tarikh yang akan diberitahu kelak,"kata Ashraf. – 16/4/2016

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Read more ...

Terkini : Lagi Gempa Bumi Landa Jepun, Lebih Kuat Dari Sebelum Ini

Jepun, 16 Apr - Satu gempa bumi bermagnitud 7.1 telah menggegar Jepun berdekatan bandar Kumamoto di pulau Kyushu hari ini menyusuli gempa 6.5 yang berlaku sehari sebelum ini.

Gempa sebelum ini telah mengorbankan 9 nyawa.

RT.com melaporkan, agensi Meteorologi Japan berkata nasihat tsunami telah dikeluarkan susulan gempa terbaru ini, namun ia dibatalkan beberapa ketika selepas itu.

Nasihat tsunami itu menyatakan gelombang sehingga 3 kaki di sepanjang timur pantai pusat gempa di Kumamoto.

Nasihat tsunami itu dikeluarkan untuk laut Ariake dan Yatsushiro. - Siakapkeli.my

Read more ...

Gempa bumi: Semua pelajar M'sia di Kumamoto selamat

Kesemua 18 pelajar Malaysia yang sedang menuntut di tiga universiti di daerah Kumamoto, Jepun, yang dilanda gempa bumi pada hari Khamis, dilaporkan selamat.

Kedutaan Besar Malaysia di Jepun telah menghubungi kesemua pelajar berkenaan yang menuntut di Kumamoto University, National College of Technology Kumamoto dan Ariake National College of Technology, selepas kejadian dan mendapati kesemua mereka selamat, menurut Wisma Putra dalam kenyataan malam tadi.

"Kesemua pelajar dilaporkan berada di zon pemindahan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa Jepun di bandar itu," menurut kenyataan itu.

Menurut Wisma Putra, Kedutaan Besar Malaysia juga kini sedang mengesan status rakyat Malaysia yang lain yang berada di kawasan berkenaan.

"Wisma Putra dan Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo sedang memantau situasi semasa dan berhubung rapat dengan pihak berkuasa Jepun untuk sebarang maklumat dan perkembangan terkini," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut kerajaan Jepun telah mengumumkan bahawa pihak berkuasanya telah mengambil langkah sewajarnya dalam menangani situasi tersebut, termasuk menyalurkan bantuan kepada mangsa terlibat.

Pada hari Khamis, satu gempa bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Richter melanda barat daya Jepun pada 9.26 malam, meragut sembilan nyawa dan lebih 700 cedera dalam kejadian tersebut.

- Bernama

Read more ...

Gelombang panas landa India, 130 maut

NEW DELHI: Gelombang kepanasan terus melanda di kebanyakan bahagian di India, menjadikan angka kematian meningkat kepada sekurang-kurangnya 130 ketika suhu panas memecahkan rekod di beberapa tempat.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *