Recent Post

Thursday, April 14, 2016

Pelajar SMK Kubang Kerian 3 terkena gangguan histeria

Pihak pengurusan sekolah terpaksa menggunakan khidmat pengamal perubatan Islam untuk memulihkan mereka yang terlibat.
Read more ...

Kosongkan Tarikh 8 Mei Anda, ABPBH 29 Janjikan Malam Yang Menghiburkan

abpbh 29

Setiap tahun, salah satu acara anugerah yang Abang Nara sentiasa nantikan ialah Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH). Pada pendapat Abang Nara, ABPBH adalah satu acara anugerah yang berprestij di mana ia menjadi penanda aras populariti selebriti Malaysia kerana kemenangan adalah ditentukan 100% secara undian oleh peminat.

Abang Nara sebenarnya tertarik dengan konsep #RESPEK yang diketengahkan oleh ABPBH kali ini. Sebagai sebuah blog hiburan yang menyajikan informasi terkini artis-artis tempatan, kadangkala Abang Nara kagum juga dengan ketabahan mereka menghadapi pelbagai gosip, kerenah peminat, kesibukan bekerja dan macam-macam lagilah. Kalau artis yang dah kahwin dan mempunyai anak, lagilah Abang Nara tak boleh bayangkan macam mana mereka membahagiakan masa antara kerjaya dan keluarga. Itu belum kira rintangan, halangan, cubaan dan dugaan masa nak shooting, masalah atas pentas, payment tak dapat, gaduh dengan peminat di laman sosial, salah faham dengan family dan macam-macam lagilah. abpbh 29

contoh macam Datuk Siti Nurhaliza, entah-entah jarang dapat spend masa bersama suami kerana kesibukan kerjaya nyanyiannya

Secara jujur, Abang Nara #RESPEK dengan ketabahan dan kecekalan para selebriti tanah air mengharungi semua itu. Dan secara jujur juga, Abang Nara mengajak anda semua untuk lebih #RESPEK selebriti-selebriti kita. Mungkin kita boleh cuba memahami mereka apabila ada yang terlebih emosi di laman sosial. Mungkin kita boleh beri komen yang positif dan membina dan tidak hanya mencaci serta memaki. Kita yang kerja biasa-biasa ini pun seringkali stress serta banyak masalah sehingga hilang kawalan diri, nikan pula mereka selebriti yang sentiasa perlu menjaga imej di mata para peminat. Jom kita cuba semaikan #RESPEK dan berterima kasih kepada para selebriti yang tak henti-henti menghiburkan kita. Tak gitu?

abpbh 29

Sharnaaz Ahmad antara selebriti yang sering dihimpit kontroversi

Senarai calon-calon Top 5 ABPBH 29 (boleh baca senarainya di sini) untuk 13 kategori telah pun diumumkan pada 23 Mac lalu. Sekarang ini adalah masa untuk para peminat mengundi calon-calon kegemaran mereka. Untuk makluman, undian untuk kesemua kategori termasuklah kategori online (boleh undi di www.abpbh.com.my) telah pun bermula pada 25 Mac lalu dan akan ditutup pada 22 April ini. Maksudnya kalau korang belum mengundi, masih ada masa kira-kira seminggu dua lagi untuk memastikan selebriti feveret korang menang. Kalau tak undi jangan buat kecoh pulak bila artis kesayangan anda tak menang. Hehehe.

abpbh 29

Tahun ini ABPBH yang ke 29 akan berlangsung pada 8 Mei tepat jam 9 malam dan akan disiarkan secara langsung dari Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajayamenerusi TV3 dan juga menerusi siaran radio KOOL FM. Excited pula Abang Nara menunggu tarikh keramat tersebut.

abpbh 29

Amboi panjang lebar pula Abang Nara berceloteh. Untuk makluman, sudah ada lebih 60 video oleh para artis tempatan bersempena dengan ABPBH 29 yang berkonsepkan #RESPEK ini. Semuanya boleh ditonton secara ekslusif di Instagram @abpbh. Meh ushar beberapa video yang menarik pada pandangan Abang Nara.

Apa-apa pun, Abang Nara tak sabar menanti 8 Mei ini. Dengan penaja-penaja seperti DEMAK (pengeluar motosikal tempatan), Ice Watch penaja bersama), ASUS (rakan teknologi), Volkswagen (penaja auto) dan Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya selaku penaja lokasi, Abang Nara berani jamin ABPBH 29 kali ini confirm lebih happening, havoc dan meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya, Jadi pastikan jangan buat apa-apa plan 8 Mei ini. Sama-sama kita tonton ABPBH 29 sambil menggunakan hashtag #RESPEK untuk kasi trending worldwide. Maklumat lanjut layari www.abpbh.com.my.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Exco Pulau Pinang dilarang ke Sarawak - Malaysiakini (caruman) (subscription)

Exco kerajaan negeri Pulau Pinang Afif Bahardin adalah ahli politik pembangkang terbaru yang dihalang ke Sarawak.

Afif yang tiba selepas tengah malam hari ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, menerima notis daripada Jabatan Imigresen Sarawak bahawa namanya telah disenarai hitam.

Menurutnya, arahan untuk menghalangnya daripada memasuki Sarawak datang daripada pihak atasan.

Beliau membidas BN Sarawak kerana menggunakan taktik keji itu untuk menyekatnya untuk bersama-sama penyokong PKR dan sayap Pemuda dalam menghadapi pilihan raya negeri.

"Tindakan itu membuktikan bahawa kepimpinan BN negeri adalah sebuah rejim yang tidak akan teragak-agak merampas hak rakyat apabila kuasanya terancam.

"Ini juga menunjukkan bahawa mereka tidak menghargai prinsip pembentukan Malaysia.

"Kami menyeru rakyat di Sarawak untuk mengundi untuk perubahan pada pilihan raya negeri ini," katanya.

Setakat ini, sekurang-kurangnya 37 ahli parlimen pembangkang, aktivis dan ahli akademik telah dilarang ke bumi kenyalang itu.

Mereka termasuk Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli dan Presiden Amanah Mohamad Sabu. Editor Sarawak Report, Clare-Rewcastle Brown juga berada dalam senarai itu.

[Baca berita penuh]

Read more ...

Ulasan Penonton Filem THE HUNTSMAN : WINTER̢۪S WAR

Ramai betul yang super duper excited nak tengok THE HUNTSMAN : WINTER'S WAR, kan? Terbukti jelas, semasa Premiere With Budiey semalam, semua pemenang dan juga selebriti hadir. Tiada yang tak hadir. Dewan 11 di GSC 1Utama penuh padat dan sesak. Terima kasih kepada semua yang meluangkan masa memeriahkan acara ini. Antara selebriti yang hadir semalam, Maria Tunku Sabri, Sasha Saidin, Min Yasmin, Ery Putra, Bila AF 2015 dan ramai lagi.

Budiey juga sekarang ni excited nak baca komen dan juga ulasan daripada korang semua dari kaca mata penonton. Jom kita baca kompilasi ulasan yang dah disiarkan di laman sosial. Terima kasih kepada semua Budieyators yang melontarkan ulasan memasing ya.

AJ Razak

Ohayo gozaimasu mina-san. A very good day to all. Another movie, another write up, HUNTSMAN WINTER's WAR the premiere hosted by Budiey Isma of www.budiey.com

Fairy tales usually have happy endings in the story books. When they are adapted into movies you realised that evil lurked endlessly before happiness achieved and most times one has to die to achieve that happiness.

This is the story about the cool Ice Queen once a calm royal turned evil when she lost her little princess to the unexpected revealation of the princess's killing. A story of forbidden love in a kingdom where love is loveless.

A simple narration and not over the top CGI. Subtle humorous dialogues and a mirror that did not resemble a.mirror. No spoilers as usual, go see it for yourself.

RECOMMENDED FOR GENERAL VIEWING. BRING YOUR FAMILY AND THE WHOLE NEIGHBOURHOOD.

MY RATINGS 4.25 OF 5 STARS

Komen via Facebook

Komen

— 164 Bacaan
Read more ...

(Video) OKU ini Menangis Dakwa Dikasari Pengawal di Zouk KL, Page FB Kelab Itu Diserang Netizen

Kuala Lumpur - Seorang penceramah motivasi, Josh Sundquist mendakwa dia telah dikasari oleh pengawal di kelab terkemuka Malaysia, Zouk KL ketika berhibur di kelab itu baru-baru ini.

Menerusi satu video yang dimuat naik di Youtube, Josh berkata kedatangannya ke Malaysia adalah untuk berceramah di Reach Out Malaysia mengenai dirinya yang hanya mempunyai satu kaki tetapi tidak mengalah dalam hidup.

Difahamkan, Josh kehilangan kaki pada umur 9 tahun akibat dari kanser.

Menerusi video terbabit, Josh berkata dia pergi berhibur di kelab Zouk bersama rakan-rakannya.

Bagaimanapun, malam itu menjadi malam yang menyedihkan buatnya apabila dia dikasari oleh pengawal keselamatan kelab itu setelah dia bertindak melompat dan menari di podium, kata Josh.

Dalam keadaan sedih Josh menceritakan seorang pengawal itu menariknya dengan kasar manakala seorang lagi mengambil tongkatnya.

Di dalam video itu juga, Josh mengaku biarpun dia seorang penceramah motivasi; yang cuba menginspirasikan orang ramai dan menyebarkan positiviti; pengalaman seperti ini membuatkannya sedih tidak kira sekuat mana pun dia.

Di laman Facebook Zouk KL, kelihatan pelbagai reaksi negatif mengenai perkara itu di bahagian reviu.

Setakat ini, video yang dimuat naik oleh Josh itu telah ditonton lebih 24,000 kali setelah dimuatnaik semalam. - Siakapkeli.my

Read more ...

M'sia syor Indonesia wujud undang-undang anti keganasan

Malaysia mencadangkan agar Indonesia mewujudkan undang-undang anti keganasan sebagai langkah mencegah kegiatan keganasan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Perdana menteri berkata, cadangan itu pernah disuarakan oleh beliau secara peribadi kepada Presiden Republik Indonesia Joko Widodo semasa perjumpaan antara mereka tidak lama dahulu.

"Saya cadangkan kepada Jokowi (Joko Widodo) bahawa harus ada undang-undang yang hampir sama dengan Malaysia supaya kita boleh mencegah sesuatu sebelum ia berlaku.

"Pencegahan bermula daripada perundangan, risikan pihak polis dan tindakan dalam bentuk perundangan itu mesti ada proses yang ditentukan oleh Mahkamah, jadi tidak boleh berlaku salah guna kuasa," katanya dalam satu wawancara khas yang disiarkan saluran televisyen I-News di Jakarta Malam tadi.

Katanya, undang-undang seumpama itu adalah antara faktor kejayaan Malaysia dalam mencegah aktiviti keganasan di peringkat awal dan tidak berlakunya kes-kes serangan letupan oleh pihak pengganas.

Beliau berkata, menerusi undang-undang itu juga setakat ini sebanyak 140 orang yang dipercayai terbabit dengan aktiviti pengganas telah ditahan dan dikenakan tindakan.

Perdana menteri berkata, daripada 140 orang yang ditahan itu, tiada yang mempunyai hubungan langsung dengan jaringan pengganas tetapi mereka didapati terpengaruh dengan aktiviti pengganas di Timur Tengah.

Malaysia mempunyai undang-undang yang dikenali sebagai Akta Pencegahan Keganasan (POTA) yang memberi kuasa kepada pihak berkuasa untuk menahan mana-mana individu yang dipercayai terbabit dengan kegiatan pengganas.

- Bernama

Read more ...

Lelaki dikhuatiri lemas terjatuh ketika buang abu mayat

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ketika membuang abu mayat di Pantai Lido, di sini pagi tadi. 
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *