Recent Post

Wednesday, August 10, 2016

Fattah Amin Dan Sherry Ibrahim Putus Cinta Kerana Wanita Bernama Hanis Arif ?

Bila Fattah Amin dan Sherry Ibrahim putus cinta, ramai yang peminat yang kecewa. Ada yang tidak boleh terima kenyataan mereka sudah berpisah.

Pelbagai spekulasi yang timbul mengenai punca perpisahan mereka dan salah satunya adalah dimana Fattah dikatakan sedang hangat menjalinkan hubungan bersama seorang wanita dikenali sebagai Hanis Arif.

Hanis merupakan seorang pengusaha tudung dan juga Instafamous yang mempunyai lebih daripada 180 ribu pengikut di Instagram.

Walaubagaimanapun, Hanis menerusi portal mStar Online mengakui  terkejut apabila dirinya dikaitkan sebagai orang ketiga punca perpisahan Fattah dan Sherry. Meskipun sudah saling mengenali selama 3 tahun, Hanis nafi mempunyai hubungan istimewa dengan Fattah.

Saya terkejut apabila dikaitkan sebagai punca mereka berpisah, saya mengenali Fattah sejak tiga tahun lalu sebagai rakan biasa sahaja dan tiada hubungan istimewa.

Mungkin orang nampak kami berjumpa minggu lalu, namun ia atas urusan kerja kerana Fattah minta saya bantu dia menjayakan sebuah program berkaitan fesyen muslimah terbitan A. Aida Production.

Kami berjumpa pada pukul 11 malam di sebuah kedai mamak di Subang kerana itu sahaja masa yang ada, bukanlah pukul 1 pagi seperti yang diperkatakan pemilik media sosial.

Menurut Hanis, beliau tidak menghubungi ataupun berjumpa dengan Fattah selepas pertemuan tersebut. Hanis tidak menolak kemungkinan mungkin ia satu salah faham kerana beliau adalah wanita terakhir yang kelihatan keluar dengan Fattah sebelum berita putus cinta pelakon tersebut tersebar.

Saya melihat kisah ini agak kelakar, mungkin saya wanita terakhir yang orang nampak bersama Fattah sebelum dia mengumumkan putus cinta itu. Sebenarnya, selepas kami berjumpa minggu lalu kami belum ada berhubung sehingga sekarang.

Hanis memberitahu beliau menerima pelbagai komen dan mesej daripada peminat Fattah yang memarahi serta menuduh beliau cuba mengganggu hubungan Fattah dan Sherry. Namun, Hanis tidak mahu ambil pusing akan kata-kata tersebut kerana beliau sememangnya tidak bersalah.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Rakyat gelisah soal keselamatan... - AgendaDaily

Terakhir dikemaskini: 10 Ogos 2016

Pada Sabtu yang lalu, rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan satu kejadian tembak dan tetak di Pangsapuri Ken Rimba, Shah Alam, yang dilapor dilakukan oleh kumpulan samseng sehingga menyebabkan tiga mangsa cedera termasuklah seorang pengawal keselamatan.

Pada hemat saya, perlakuan kes jenayah yang jelas seperti ini tidak harus dipandang ringan oleh mana -mana pihak terutamanya pihak berwajib kerana ia melibatkan soal keselamatan dan keamanan rakyat.

Hakikatnya, isu kumpulan samseng ini bukanlah satu yang perkara yang baharu di negara ini khususnya di Selangor. Malah, isu berkenaan telah membangkitkan keresahan dan kegelisahan rakyat yang sepatutnya rasa dilindungi, tetapi malangnya berasa terancam.

Keluh kesah tersebut sentiasa dirintih oleh setiap lapisan rakyat tidak mengira keturunan, bangsa, agama dan kepercayaan sehingga ke hari ini. Tidak keterlaluan dikatakan bahawa keadaan terancam seperti ini telah mewujudkan situasi keresahan yang munasabah kepada rakyat.

Justeru, bagi menangani ancaman kumpulan samseng tersebut, maka adalah menjadi suatu keperluan yang sangat mendesak kepada pihak berkuasa agar dapat memberi perhatian yang lebih dan menyeluruh mengenai perkara itu termasuklah meningkatkan usaha pemantauan di lokasi-lokasi panas yang telah dikenalpasti dan bertindak lebih proaktif supaya kelihatan melindungi keselamatan rakyat secara kolektif.

Usaha pemantauan ini adalah sangat penting demi untuk memastikan keselamatan rakyat hendaklah sentiasa terjamin dan terlindung sepenuhnya. Pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlulah berusaha dalam melaksanakan satu pendekatan yang lebih ampuh dan tuntas untuk membendung ancaman kumpulan-kumpulan samseng ini termasuklah menempatkan pasukan petugas di kawasan-kawasan perumahan rakyat yang menjadi sasaran dan aktiviti kumpulan samseng ini.

Malah, pihak berkuasa juga adalah dicadang menggiatkan satu bentuk kerjasama dalam membantu komuniti-komuniti setempat bagi memastikan keselamatan dan keamanan di kawasan masing-masing.

Selain daripada itu, pihak berkuasa juga dicadangkan membekalkan maklumat terkini kepada rakyat mengenai keadaan keselamatan semasa termasuklah kadar indeks jenayah di kawasan -kawasan mereka supaya rakyat sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga serta berwaspada dari semasa ke semasa.

BUDIMAN MOHD. ZOHDIAhli Parlimen Sungai Besar / Adun Sungai Panjang10 Ogos 2016

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Read more ...

Apa Pendapat Netizen Tentang Realiti Kehidupan Selebriti

Seorang netizen yang menggelarkan dirinya Pujangga Berbicara telah mendapat perhatian dengan berkongsi pendapat serta mengulas dan melontarkan komentar tentang realiti yang berlaku. Sama-sama kita baca dan menilainya sendiri.

BAB KENDERAAN ARTIS/KENAMAAN HILANG:Apabila kereta artis atau VIP yg hilang, semua pakat peka habis-habisan. Siap save dlm fon. Tak lama lepas tu, dijumpai balik kenderaan tersebut. Si artis tu pun teruskan karier dan terus menerus mengumpul kekayaan.

Kalau kereta org yg bukan artis atau org kebiasaan yg hilang, tipis benar peluangnya nak dpt balik. Kalau Mohon share dan minta viralkan, payah benar nak dpt sokongan para bloggers. Terutamanya bloggers yg top-top… Akhirnya, Terpaksalah mereka bekerja keras, mengikat perut dan kumpul balik duit untuk membeli kenderaan untuk kegunaan keluarga.

BAB JUAL PRODUK JENAMA ARTIS:Kalau artis atau org kenamaan yg jual produk atau brg, bukan main berebut lagi netizen nak beli. Sampai sanggup tido di kaki lima nak tunggu kedai bukak dan jadi org yg terawal beli.. Sedangkan produk tu sekadar guna nama mereka je. Yg dok proses dan buat produk2 tu pun org biasa jugak… Korang ingat Cik Bunga tu nak jahit penutup kepala tu satu demi satu? Korang ingat Abg Arong Ajis tu jahit sendiri ke baju melayu tu?

Sedangkan Mak cik yg jahit Baju Melayu atau Baju Kurung kat kampung tu, kualiti kerja mereka jauh lebih hebat lagi dr yg dok ada kat pasaran tu. Kadang2, harga yg mak cik2 ni bagi dah jauh lebih murah dr yg korang hadap kat pasaraya tu. Itupun korang minta nak diskaun lagi. Apahal kat kedai JEKAL tu korang x nak minta diskaun mcm korang mintak kat makcik2 tu? Baju Melayu yg aku pakai 5 tahun lepas masa Raya masih elok sampai ari ni, aku jahit kat Indon area rumah aku je. Kawan aku beli baju melayu abg Arong Ajis kat JEKAL tahun lepas, masuk raya haji dah tetas.. Kalau tanya harga: kos beli kain dan upah jahit baju aku tu boleh dpt separuh je baju Abg Arong Ajis kat JEKAL.

BAB ARTIS JUAL MAKANAN:Kalau kawan2 jual makanan atau produk berasaskan makanan, korang pandang sinis je. Siap perli2 pulak. Kalau korang nak tau, kawan2 korang tu rekemen kat korang produk pemakanan tu sebab diorang prihatin dan nak korang pun sihat. Bukan boleh kaya sangat pun jual produk pemakanan kat kawan2. Maybe boleh tambahkan pendapatan mereka je sikit2. Mesti kawan yg jual produk makanan tu dah cuba sendiri dan nampak kesan baik, sbb tu diorang pun nak korang nikmati kebaikannya. Takkanlah diorang nak pedajai hangpa. Kadang2, kawan2 kita prihatin dgn kita sbb mereka sayang dgn kita. Bukan diorang hadap sangat duit kita. Dah tu, siap minta harga "kasih sayang". Patutnya, harga kasih sayang tu mahal sikit dr harga biasa, sbb sahabat kita dah masak dgn penuh kasih syg untuk sahabat2 dia.

Tapi, kalau Artis yg jual produk pemakanan, bukan main hadap lagi korang. Kdg2 artis tu just try sekali je produk pemakanan tu dan ditawarkan jadi duta, korang dah berebut nak beli. Korang ingat semua artis yg jual produk pemakanan tu produce sendiri ke jualan diorang tu? Mmg x dinafikan ada yg buat sendiri, tp berapa kerat sgt.. Kalau artis yg jual, korang dah tak tapis dah content, korang dah x nak hadam ingredients, korang dah x peduli harga, main beli je. Korang bangga sebab ada branding artis tu..Last2, x abis pun produk tu.. Padahal, artis tu makin berkepuk duit royalti dan komisen.

Cubalah sesekali kita support kawan2 kita yg lebih kita kenal dlm memajukan bisnes mereka. Sokongan kita adalah kepuasan pada mereka. Senyuman pasti terukir di wajah mereka… Kerana, bukan barang dagangan yg kita beli yg mereka nilai, tp sokongan kita kpd usaha mereka yg tidak ternilai.

***Sekadar perkongsian berdasarkan pemerhatian. Kebetulan pulak ada sorang artis tu baru hilang kete semalam.

Related

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

Olimpik Rio : Jun Hoong & Pandalela Sumbang Pingat Pertama Malaysia

Rio, 10 Ogos - Skuad terjun negara berjaya memenangi pingat pertama negara bagi Olimpik Rio 2016 dengan memenangi tempat kedua dalam acara  acara 10m platform seirama wanita.

Pingat perak itu berjaya dimenangi oleh pasangan tersebut setelah mereka berjaya mengutip mata sebanyak 344.34.

Pingat emas acara itu dimenangi oleh pasangan dari China dengan kutipan mata 354.00 manakala pingat gangsa pula dimenangi oleh pasangan dari Kanada dengan pungutan mata sebanyak 336.18.

Read more ...

Nenek maut dipenggal cucu dipercayai sakit mental

Seorang warga emas maut dipenggal cucunya yang dipercayai mengalami gangguan mental dalam kejadian di Felda Penggeli Timur di Kota Tinggi petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata dalam kejadian pada jam 6.30 petang itu, Maimon Abdul Samad, 76, bukan sahaja dipenggal malah tangan dan kedua-dua kakinya dikerat suspek lelaki yang berusia 19 tahun itu.

Beliau berkata kepala mangsa yang dipenggal itu diletakkan di hadapan pintu masuk rumah, manakala tubuh mangsa dijumpai di bawah singki. 

"Kedua-dua kaki mangsa dikerat di bahagian paha tetapi tidak putus, manakala kedua-dua tangan dipotong dan hanya tangan kiri yang kelihatan di sisi mangsa," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Rahmat berkata hasil siasatan mendapati suspek menggunakan sebilah pisau berukuran antara empat hingga tujuh inci panjang, yang ditemui di dalam pasu bunga di luar rumah mangsa.

Beliau berkata selepas kejadian, suspek cuba melarikan diri memasuki kawasan ladang sawit berhampiran, bagaimanapun berjaya ditangkap polis dengan bantuan penduduk kampung pada 8.30 malam tadi.

"Suspek dipercayai mengalami gangguan mental akibat tidak makan ubat sejak beberapa bulan lepas," katanya.

Rahmat berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

- Bernama

Read more ...

Cucu penggal nenek

KOTA TINGGI: Seorang wanita ditemui mati dalam keadaan ngeri dengan kepala dipenggal dan kaki serta tangan dipotong, dipercayai oleh cucunya sendiri yang mengidap penyakit mental, dalam kejadian di rumahnya di FELDA Pengeli Timur, dekat sini kira-kira jam 6.30 petang tadi.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *