Recent Post

Monday, April 11, 2016

Pakatan Harapan masih belum muktamadkan calon PRN Sarawak

PH masih lagi belum memuktamadkan calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 akan datang.
Read more ...

Fareeda Tidak Bayar Sesiapa Untuk Dapatkan Nombor Giliran รข€“ Fizo Omar

Tengah hari tadi, pihak tudung Fareeda telah mengadakan satu sidang media bagi menjelaskan isu panas dimana pelanggan mereka bersesak untuk mendapatkan koleksi terbaru mereka sekitar minggu lepas.

Ia menjadi satu isu yang viral apabila Fizo memuat naik video menunjukkan rusuhan yang berlaku sehingga ada berhimpit-himpit. Netizen sangat tidak berpuas hati dengan keadaan itu dan ada yang berpendapat bahawa mungkin pihak Fareeda ada mengupah pelanggan mereka untuk mencetuskan satu publisiti murahan ataupun gimik.

Namun, menurut Fizo selaku Pengurus Pemasaran Fareeda mereka tidak pernah melakukan hal tersebut dan ia sebenarnya ejen tudung Fareeda yang mengupah orang lain untuk merebut lebih banyak tudung.

Fareeda tidak pernah membayar sesiapa untuk menjadikan acara pelancaran koleksi baharu kami luar biasa. Pembeli dan ejen kami mengupah orang supaya mereka boleh mendapatkan jumlah tudung dipesan pelanggan selain adanya individu persendirian yang beratur untuk mendapatkan nombor dan kemudian menjualnya semula.

Kami memuat naik video pun sekadar mahu berkongsi kejayaan perniagaan Fareeda dengan peminat dan pelanggan, bukan untuk riak.

Fizo juga memberitahu pihak Fareeda ada meminta khidmat Rela serta pasukan keselamatan sendiri tetapi keadaan menjadi tidak terkawal kerana sambutan oleh orang ramai diluar jangkaan mereka.

Menjawab soalan mengapa admin fanpage Fareeda Nyata Jelita yang menjawab soalan orang ramai secara kasar, Fizo menjelaskan ia dikatakan tidak dapat dielak berikutan ulasan dilemparkan sesetengah pihak juga keterlaluan.

Pada masa yang sama, beliau sempat meluahkan rasa kesal terhadap sesetengah pihak yang mudah menunding jari serta mengecam mereka meskipun tidak berada di tempat kejadian.

Berkaitan hal bersesak ini kami tidak mahu komen, apa-apa pun sebagai satu perniagaan yang sudah ada nama yang besar, kasar macam mana pun komen yang diberikan di Facebook, seboleh-bolehnya cuba untuk menjawab dengan cara yang lebih elok.   Harapnya selepas ini isu sebegini tidak berlaku lagi dan pihak Fareeda ada ruang untuk memperbaiki kesilapan mereka.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Dr M nampaknya keliru tentang OSA, kata Salleh - Malaysiakini (caruman) (subscription)

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad nampaknya keliru mengenai Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Salleh dalam catatan terbaru blog beliau (keruak.blogspot.com) malam tadi memetik kenyataan Dr Mahathir: "Saya percaya (OSA) adalah untuk menghukum mereka yang membocorkan dokumen pentadbiran kerajaan mengenai dasar, kertas Kabinet dan cukai".

Salleh berkata Dr Mahathir juga berkata OSA adalah untuk mencegah maklumat daripada dipergunakan oleh individu, syarikat atau kerajaan asing demi faedah mereka dan ia tidak bermaksud untuk menyimpan rahsia jenayah yang dilakukan oleh pegawai, pekerja atau individu.

"Jenayah seperti ini perlu dilaporkan atau didedahkan oleh sesiapa yang mengetahuinya. Prosiding jenayah haruslah dipatuhi,"kata Dr Mahathir.

Sambil merujuk kepada kenyataan Dr Mahathir, Salleh berkata pertama sekali, semua orang perlu memahami isu tentang pemberi maklumat dan hak-hak pemberi maklumat mengikut Akta Perlindungan Pemberi Maklumat (WPA) 2010.

"WPA menyatakan bahawa pemberi maklumat boleh memberikan bukti sekiranya ia diperoleh secara sah menerusi kerja mereka. Ungkapan di sini adalah 'diperoleh secara sah menerusi kerja mereka'.

"Ia tidak melindungi pencurian data atau dokumen atau maklumat yang diperoleh secara haram, ini adalah satu aspek yang sangat penting dalam WPA yang sama ada Dr Mahathir tidak memahaminya atau tidak memberitahu kita," kata Salleh.

Secara ringkasnya, seseorang tidak boleh melawan jenayah dengan melakukan jenayah, dan sebarang dokumen atau fail yang dicap 'RAHSIA' adalah di bawah perlindungan OSA, katanya.

Salleh berkata seperti yang dikatakan secara sinis oleh Allahyarham Raja Aziz Addruse (seorang peguam dan bekas presiden Majlis Peguam) di mahkamah pada 2002 mengenai kes Mohamad Ezam Mohd Nor (bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat), walaupun kertas tandas dicap 'RAHSIA', sesiapa yang memiliki kertas tandas itu telah melakukan suatu jenayah dan boleh dipenjarakan.

"Mohamad Ezam didapati bersalah dan dikenakan hukuman penjara dua tahun oleh kerajaan Dr Mahathir kerana melanggar OSA, walaupun beliau berkata benar. Jenayah Mohamad Ezam adalah untuk mendedahkan penyelewengan oleh orang tertentu yang berkuasa.

"Dalam erti kata lain, bukannya kandungan fail itu yang penting, malah ia mungkin hanya menu makan malam jabatan yang sama sekali tidak sensitif kepada keselamatan negara. Perkara utamanya adalah klasifikasi 'Rahsia Besar' fail berkenaan," kata Salleh.

Beliau berkata sudah semestinya Dr Mahathir, yang menyandang jawatan perdana menteri selama 22 tahun, memahami tentang klasifikasi 'Rahsia Besar' dan fail, kertas atau dokumen tertentu yang tidak memerlukan cap 'RAHSIA' tetapi dilindungi secara automatik di bawah OSA, dengan atau tanpa sebarang cap RAHSIA.

"Ini adalah asasnya, ia membingungkan apabila Dr Mahathir seolah-olah tidak memahami mengenai perkara ini, dan lebih membingungkan lagi adalah hakikatnya bekas perdana menteri itu telah menghantar Mohamad Ezam ke penjara kerana melakukan apa yang beliau (Dr Mahahir) kata, rakyat Malaysia harus lakukan," kata Salleh.

- Bernama

Read more ...

2016 MTV MOVIE Awards Winners: Complete List

"Star Wars: The Force Awakens" won "Movie of the Year" at the 25th anniversary edition of the "MTV Movie Awards," held last night outdoors for the first time ever on the Warner Bros. Studios backlot in Burbank, California. More than 2,000 screaming fans and Hollywood's hottest turned out to see hosts Dwayne Johnson and Kevin Hart, performers Ariana Grande and Halsey, and many, many more take the stage to honour the year's fan-favourite films and stars.

2016 MTV MOVIE Awards

The "2016 MTV Movie Awards" will air on MTV today at 7pm (TH/WIB), 8pm (MY/PH/SG) and on MTV LIVE HD on Tuesday, 12 April at 7pm (TH/WIB) and 8pm (HK/MY/PH/SG).

2016 MTV MOVIE Awards

"2016 MTV MOVIE AWARDS" WINNERS: COMPLETE LIST25th Anniversary Edition Airs Today at 7pm (TH/WIB) and 8pm (MY/PH/SG) on MTV

The "2016 MTV Movie Awards" will air across MTV's global network of channels in more than 160 countries and territories, reaching more than half a billion households around the world.

In addition to inducting new members into the elite club of Golden Popcorn winners, the "2016 MTV Movie Awards" built on the show's reputation for wild and visually stunning moments. Hosts Dwayne Johnson and Kevin Hart entered through the crowd on a flaming "Mad Max"-style war rig, escorted by an entourage of drum-pounding war boys. Ryan Reynolds received a surprise serenade by hip hop legends Salt-N-Pepa of their classic "Shoop" – featured in his film "Deadpool" – as he accepted the award for Best Comedic Performance. And comedy trio The Lonely Island kicked it old school in half-buckled overalls for a medley of MTV Generation Award-winner Will Smith's greatest hits.

The evening also included exclusive sneak peeks at highly anticipated films "Fantastic Beasts and Where to Find Them," "Captain America: Civil War" and the world premiere of the Blitz Trailer for "Suicide Squad."

The winners of the "2016 MTV Movie Awards" are:

MOVIE OF THE YEAR: "Star Wars: The Force Awakens" (Walt Disney Studios Motion Pictures)

MTV GENERATION AWARD: Will Smith

COMEDIC GENIUS AWARD: Melissa McCarthy

TRUE STORY: "Straight Outta Compton" (Universal Pictures)

DOCUMENTARY: "Amy" (A24)

BEST FEMALE PERFORMANCE: Charlize Theron, "Mad Max: Fury Road" (Warner Bros.)

BEST MALE PERFORMANCE: Leonardo DiCaprio, "The Revenant" (20th Century Fox)

BREAKTHROUGH PERFORMANCE: Daisy Ridley, "Star Wars: The Force Awakens" (Walt Disney Studios Motion Pictures)

BEST COMEDIC PERFORMANCE: Ryan Reynolds, "Deadpool" (20th Century Fox)

BEST ACTION PERFORMANCE: Chris Pratt, "Jurassic World" (Universal Pictures)

BEST HERO: Jennifer Lawrence, "The Hunger Games: Mockingjay – Part 2" (Lionsgate)

BEST VILLAIN: Adam Driver, "Star Wars: The Force Awakens" (Walt Disney Studios Motion Pictures)

BEST VIRTUAL PERFORMANCE: Amy Poehler, "Inside Out" (Walt Disney Studios Motion Pictures)

ENSEMBLE CAST: "Pitch Perfect 2" (Universal Pictures)

BEST KISS: Rebel Wilson & Adam DeVine, "Pitch Perfect 2" (Universal Pictures)

BEST FIGHT: Deadpool (Ryan Reynolds) vs. Ajax (Ed Skrein), "Deadpool" (20th Century Fox)

Casey Patterson, Garrett English and Jane Mun serve as Executive Producers for the "2016 MTV Movie Awards." Jim Roush serves as Co-Executive producer. Wendy Plaut serves as Co-Executive Producer and Executive in Charge of Celebrity Talent. Sandy Alouete is Executive in Charge of Music Talent.

About MTV:MTV is the world's biggest youth entertainment brand. With a global reach of nearly 785 million households, MTV is the cultural home of the millennial generation, music fans and artists, and a pioneer in creating innovative programming for young people. MTV reflects and creates pop culture with its award-winning content built around compelling storytelling, music discovery and activism across TV, online and mobile. Outside of the United States, MTV is part of Viacom International Media Networks, a division of Viacom Inc. (NASDAQ: VIAB, VIA), one of the world's leading creators of programming and content across all platforms. For more information about MTV in Asia, visit www.mtvasia.com.

About Casey Patterson Entertainment:Casey Patterson Entertainment is a full service production company producing premium content, live events, and talent-driven series and specials with offices in New York City and Los Angeles. Patterson is an Emmy®-nominated, critically-acclaimed executive producer who has created an array of groundbreaking programming during her 20 year tenure at Viacom. Patterson's current projects include the breakout hit-series "Lip Sync Battle," the highest-rated series in Spike history; "Guys Choice;" Spike's "One Night Only;" "The TV Land Awards;" and "Rock the Troops" with Dwayne Johnson's Seven Bucks Productions. Patterson's credits include such high-profile events as "The Concert for New York City;" "The Concert of the Century at the White House;" "Saturday Night Live 25th Anniversary Special;" " The Comedy Awards;" "Between Two Ferns- A Fairy Tale of New York;" "The Video Game Awards;" "Scream;" "GQ Men of the Year Awards;" "VH1 Vogue Fashion Awards;" "VH1 Divas Live;" "FOX's "Billboard Music Awards;" and "NBC's "Concert for America."

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

Mesra Dengan Uqasha Senrose, Tunang Hafidz Roshdi Cemburu

3-Mesra-Dengan-Uqasha-Senrose-Tunang-Hafidz-Roshdi-Cemburu

Nama Hafidz Roshdi sebagai pelakon baru sebelum ini dikecam teruk kerana sikap lewat dan tidak menghormati waktu ketika penggambaran drama mahu pun sesi fotografi.

Menafikan perkara tersebut, Hafidz baru-baru ini melalui BH Online turut berkongsi bahawa tunangnya mengakui cemburu melihatkan kemesraannya bersama Uqasha Senrose.

"Tunang pernah meluahkan perasaan cemburu apabila saya sering memuat naik gambar bersama Uqasha di laman sosial, begitu juga sebaliknya. Mungkin pada permulaan, tunang tidak memahami kerana apa yang kami lakukan itu sekadar mempromosikan drama yang sedang ditayangkan"

"Dalam hal ini, saya perlu bertindak pantas dengan menjelaskan secara terperinci alasan saya berbuat demikian supaya tidak timbul salah faham. Lumrah jika beliau menyimpan perasaan cemburu kerana itu bermakna dirinya menyayangi saya"

"Alhamdulillah kerana tunang saya tidak cepat melatah," jelasnya. Bagaimanapun Hafidz enggan bercerita lanjut mengenai tunangnya itu yang kini masih lagi meneruskan pengajian di peringkat ijazah.

Berita berkaitan:

Tunku Mahkota Johor melangsungkan perkahwinan 8 November ini

Puteri Balqis menang pelakon terbaik Asia

Sebelum Bercerai, Awie Tuntut Rozana Pulangkan Harta

Seniman Mustapha Maarof meninggal dunia

Kerana Berpurdah, Che Ta Dikritik Pengikut Di Laman Sosial

Komen

comments

Read more ...

TMJ Tegur KJ : "Ia Bukannya Pemain. Ia Adalah Organisasi"

Johor, 10 Apr - Tengku Mahkota Johor, DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim hari ini menegur Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menerusi laman Facebook rasmi Johor Southern Tiger menerusi posting yang bertajuk "KEPADA MENTERI BELIA DAN SUKAN, FAM DAN PENYOKONG BOLASEPAK TANAH AIR, TIBA MASANYA UNTUK BERUBAH".

TMJ berkata beliau tidak bersetuju dengan kenyataan KJ bahawa pemain bola sepak tempatan kurang berkualiti dan KJ sebagai Menteri Sukan sepatutnya bertanggungjawab atas masalah ini.

"Saya tidak bersetuju dengan kenyataan Menteri Belia dan Sukan yang mengatakan bahawa pemain bolasepak tempatan kita kurang berkualiti. Saya mohon difikirkan semula. Anda sebagai Menteri Sukan perlu bertanggungjawab untuk memperbaiki masalah ini

"Antara perkara yang tidak berkualiti adalah beberapa menteri-menteri kita dan persatuan persatuan yang hanya tahu menuding jari dan menyalahkan orang lain tanpa pernah mengambil sikap bertanggungjawab atas kesalahan t ersebut", kata TMJ.

TMJ juga turut memberikan contoh berdasarkan fakta dan rekod dari pasukan teknikal kelab JDT bagi mengukuhkan kenyataannya.

"Apabila kami memenangi Piala AFC dan Liga Super pada tahun lepas, 60% daripada gol dijaringkan oleh pemain tempatan. Idea yang digunakan oleh JDT adalah mengutamakan pemain tempatan dan meningkatkan kebolehan mereka. Ini adalah pemain sama yang gagal beraksi cemerlang untuk pasukan kebangsaan.", kata TMJ.

TMJ juga berkata, bukan pemain yang sepatutnya disalahkan tetapi organisasi yang bertanggungjawab ke atas pemain tersebut.

"Ia bukannya pemain. Ia adalah organisasi. Orang-orang dalam organisasi yang sepatutnya bertanggungjawab untuk mendidik pemain dan melaksanakan budaya profesionalisme.

Sebelum ini, KJ berkata beliau tidak terkejut dengan kedudukan pasukan bola sepak negara dalam ranking yang dikeluarkan oleh FIFA baru-baru ini.

"Saya memang menjangkakan ranking akan turun, sebab itu kita melabur u ntuk Program Pembangunan Bolasepak Negara (PPBN) dan mereka kini baru berusia 14 tahun. "Kalau mahu melihat peningkatan yang membanggakan, saya rasa kita perlu tunggu. Maaflah, itulah kualiti pemain yang sedia ada.", kata KJ sebagaimana lapor Harian Metro.

Selain dari KJ, isi posting panjang oleh TMJ itu juga turut sama ditujukan kepada  Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan juga peminat-peminat bola sepak tanah air. - Siakapkeli.my

KEPADA MENTERI BELIA DAN SUKAN, FAM DAN PENYOKONG BOLASEPAK TANAH AIR, TIBA MASANYA UNTUK BERUBAHSaya tidak bersetuju...Posted by JOHOR Southern Tigers on Sunday, 10 April 2016

Read more ...

Shahidan: Tangkap warga asing menunggang tanpa lesen

Polis digesa menangkap pendatang asing yang memandu kenderaan atau menunggang motosikal di negara ini tanpa lesen memandu sah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata warganegara asing seperti Bangladesh dan Pakistan antara yang paling ramai dikesan menunggang motosikal tanpa lesen yang sah.

"Saya kecewa dengan situasi kerana boleh dikatakan kebanyakan daripada mereka menunggang motosikal tanpa mempunyai lesen.

"Pasport yang digunakan mereka pula adalah bertujuan untuk pelancongan," katanya ketika ditemui selepas merasmikan majlis penutup olahraga peringkat kebangsaan di Stadium Tuanku Syed Putra di Kangar semalam.

Shahidan berkata kebanyakan warga asing berkenaan dikenal pasti menggunakan motosikal sebagai kenderaan untuk menjual aiskrim dan karpet.

Justeru katanya, penangkapan warga asing yang tidak mempunyai lesen dilihat mampu menangkis persepsi masyarakat yang kononnya warga asing bebas menunggang motosikal tanpa lesen, tetapi warganegara sendiri (pelajar sekolah) ditangkap.

- Bernama

Read more ...

Malaysia pantau pelarian dari China: TPM

BAGAN DATOH: Malaysia bekerjasama rapat dengan pelbagai pihak bagi memantau pergerakan pelarian etnik Uighur dari China yang dikatakan menjadikan negara ini sebagai transit untuk ke negara ketiga.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *