Recent Post

Thursday, September 10, 2015

Kapal MV Sah Lian ditemui

Kapal kargo MV Sah Lian yang dilaporkan hilang di Laut China Selatan sejak 7 September lalu telah berjaya ditemui petang Khamis.
Read more ...

Gadis Berniqab Ini DIKECAM TERUK Oleh Orang Ramai Kerana Gemar Menipu & Memburukkan Islam

TIDAK dinafikan, menerusi media sosial bermacam-macam jenis perangai manusia yang kita temui. Ada golongan yang mahukan perhatian, ada yang ingin kelihatan cantik dan hebat serta nampak kaya raya. Semuanya gara-gara golongan ini amat percaya menerusi media sosial, mereka boleh menjadi popular dan diminati ramai orang. Tapi, dalam banyak perkara, apa yang tidak boleh diterima adalah bila ada pihak yang gemar menipu sehingga sanggup guna gambar orang lain semata-mata ingin menunjukkan kehidupan serba mewah yang kononnya dilalui. Lebih mengejut dan menyedihkan, individu tersebut berselindung di sebalik perwatakan Islamiknya. Berikutan sikap melampaunya itu, wanita yang dikenali sebagai Edlyena atau nama sebenar Zetti Edlina ini menerima kritikan dan kecaman hebat netizen sehingga satu laman page 'Zetti Edlina Kantoi Menipu' ditubuhkan. Menerusi laman sosialnya, wanita ini dikatakan sering memaparkan pelbagai koleksi barangan jenama mewah. Sadisnya, penipuanya mula terbongkar apabila ramai yang menyedari gambar tersebut sebenarnya diambil menerusi google dan dicuri dari akaun pengguna sosial lain. Lebih teruk, hasil pemeriksaaan mendedahkan kereta Lamborghini yang didakwa dipandunya itu rupa-rupanya adalah gambar dan milik seorang lelaki Cina. Boleh dikatakan, bermacam-macam lagi penipuan telah dilakukan termasuklah pembeli mengenai testimonial jubah yang dijualnya. Difahamkan, ada juga ura-ura mendakwa Edlyena telah menipu teman usrahnya dengan mengaku dia adalah seorang janda dan telah bertunang dengan seorang ustaz di Mesir. Namun hakikatnya suami dia masih ada dan mereka masih lagi sah bergelar suami isteri. Siapa sangka, disebalik niqab berwarna hitam dan pandangan matanya redup itu terselindung kehidupan yang penuh kepura-puraan. Anehnya, wanita ini masih lagi mempunyai ribuan pengikut di laman Instagram yang percaya bulat-bulat dengan cerita-cerita indah palsunya itu. Bagaimanapun, menerusi laman Facebooknya, Edlyena menafikan segala penipuan yang telah dibuat dan mendakwa ia adalah fitnah yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Bagi kami, jika benar, mungkin, sudah tiba masanya Edlyena berpijak di bumi nyata dan berhenti hidup dalam dunia yang penuh dengan kepura-puraan. KLIK SINI UNTUK KE FACEBOOK BELIAU DAN MOHON SEMUA REPORT FACEBOOK BELIAU SUPAYA BELIAU DAPAT BERHENTI MEMBURUKKAN ISLAM
Read more ...

MENGERIKAN! Ulat Keluar Dari Hidung Dan Kelopak Mata Wanita!

Lalat Bertelur di Muka Seorang Wanita! OTTAWA, Kanada – Sekumpulan doktor mengeluarkan sejumlah 120 ulat berenga daripada hidung dan kelopak mata seorang pesakit wanita yang dihinggapi lalat ketika dirawat di sebuah hospital di sini.

Satu laporan jurnal perubatan di Kanada memberitahu, wanita itu yang dirahsiakan identitinya di masukkan ke sebuah hospital kerana sakit.

Bagaimanapun, ketika dirawat di hospital seekor lalat dipercayai hinggap di muka wanita tersebut dan telah bertelur di rongga hidungnya tanpa disedari oleh pesakit berkenaan.

"Beberapa petugas mendakwa, terlihat seekor lalat terbang di dalam sebuah wad di mana wanita itu dirawat selama beberapa hari.

"Wad berkenaan tidak mempunyai tingkap yang terbuka sekali gus menyebabkan lalat itu tidak boleh keluar," kata laporan berkenaan.

Read more ...

7 Gambar Keindahan Terumbu Karang

Keindahan alam semulajadi ini tidak terhad kepada hidupan didaratan sahaja. Tetapi meluas sehinggalah ke dasar lautan. Buat kamu yang sudah terbiasa dengan aktiviti menyelam. Gambar terumbu karang ini pasti tidak asing buat kamu.

Buat kamu yang tidak berpeluang, jangan risau, anda berpeluang melihatnya secara live disini sama seperti jika anda pergi menyelam.

#1 Eh? Nemo pun ada..

Batu 1

#2 Merah jambu yang membangkitkan seri

Batu 2

#3 Bukan setakat terumbu karang malahan terdapat spesies ikan yang cantik dan pelik

Batu 3

#4 Seperti berada dalam akuarium

Batu 5

#5 Ikan berwarna ungu atau teknik pencahayaan? Yang pasti ianya tetap kelihatan indah.

Batu 4

#6 Sekali pandang seperti teresan cendawan ganoderma

karang

#7 Kehidupan laut yang berwarna-warni, hijau, ungu dan merah jambu.

Terumbu_Karang_1

Semakin anda menyelam ke dasar lautan semakin banyak kehidupan yang pelik dan aneh yang anda temui. Kehidupan air ini bukan sahaja pelik malahan turut juga cantik. Kebanyakan hidupan laut ini adalah terpelihara dan anda tidak boleh membawanya naik ke daratan.

Gambar-gambar terumbu karang ini ada yang diambil dari laut Malaysia dan luar negara seperti di Indonesia dan negara-negara barat.

Jika anda memang teruja dan teringin melihat terumbu karang ini secara depan dan nyata, anda perlu mempunyai lesen skuba. Walaupun agak mahal iaitu sekitar Rm3,000 hingga RM6,000 tetapi anda pasti berpuas hati.

Cantik tak gambar-gambar ini? Jika ya, kongsikan…

Read more ...

"SAYA BANNED SEMUA ACARA BERPRESTIJ HIBURAN MALAYSIA" - AZWAN ALI

Azwan Ali mengambil keputusan untuk memboikot semua jemputan untuk menghadiri mana-mana majlis berprestij sejak kembali daripada menunaikan umrah, beberapa bulan lalu.

Ini kerana Azwan mengakui dirinya seperti diperalatkan ketika menghadiri majlis-majlis yang menjemputnya.

"Selepas balik dari tunaikan umrah kali ke lapan, Azwan Ali tolak semua jemputan kerana tiga isu iaitu melibatkan restoran, Nabil dan kemalangan jalan raya. Kontroversi itu datang berterusan, jadi, mungkin itu signal dari Tuhan supaya saya tone down.

Klik gambar untuk size besar

"Azwan Ali juga banned semua acara berprestij hiburan Malaysia. Kenapa? (kerana) Azwan Ali menyedari bahawa kehadirannya di majlis-majlis itu hanya diperalatk an. Selepas itu, saya melarikan diri daripada sebarang spotlight atau kamera dan sehinggalah hari ini (kelmarin), akhirnya saya muncul kembali di Sinar Harian," ujar Azwan pada Akhbar tersebut.

Selain itu, pengacara ini juga dalam masa yang sama turut meluahkan kekecewaannya apabila dia hanya diundang sebagai tetamu walaupun dia sudah berada selama 27 tahun di dalam industri hiburan tanah air.

"Berpuluh-puluh program stesen TV, apa masalahnya sehingga saya hanya diundang sebagai tetamu? Saya tidak minta jadi pengacara. Sekurang-kurangnya saya diberi ruang sebagai penyampai anugerah ataupun segmen khas," jelasnya.

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

Abby Abadi Kirim Mesej Lucah Buat Suami Di Instagram ?

Umum mengetahui bahawa Abby Abadi dan juga suaminya baru saja mendirikan rumah tangga dan baru-baru ini Abby telah berkongsikan sesuatu yang mungkin agak intim untuk dikongsikan bersama peminat di Instagram. Terharu dengan luahan suaminya di Instagram, Abby dalam masa yang sama turut membalas kenyataan suaminya di laman sosial itu dengan cukup romantis. "Alolololoooo.. So suweettt!!! Terima Kasih juga buat suami @jaiezzany kerana menerima si dobokkkk ini seadanya. hehe… Dobok 'limited edition' ok hehe.. Malu dah nak ambil gambar sbb badan dah macam guni berassss" "Apapun, nak pesan: Suamiku @jaiezzany jangan berangan ditempat kerja k. Balik nanti kita shopping atas katil k hehe… (Jangan bgtahu org shopping kt mana.. Nanti dorg tiru hahaha," antara ayat yang ditulis Abby di Instagramnya. Mungkin juga apa yang dimaksudkan Abby adalah untuk shopping online di atas katil. Maklumlah, zaman sekarang mahu membeli belah di mana-mana pun boleh. Malah peminat juga menyatakan mereka sangat manis bersama. Apa pun, semoga pasangan ini bahagia till Jannah.
Read more ...

Shaheizy Sam Melakukan Perkara Melampau Di Festival Filem Malaysia Undang Kemarahan Orang Ramai

Nampaknya ramai yang menyatakan ketidakpuashatian bila   Shaheizy Sam  tidak mengikut tema Majlis Gah Festival Filem Malaysia . Mungkin kerana terdesak mencari publisiti untuk filem Polis Evo  yang berganding dengan Zizan Razak . Namun ada yang menyifatkan kenapa hanya pakai Tshirt sahaja?

Shaheizy Sam gagal mengikut tema pakaian yang ditetapkan. Selalunya bila tibanya anugerah berprestij macam ni mesti Shaheizy Sam menarik perhatian dengan pakaian yang segak.

Shaheizy Sam juga macam terlalu mempromosikan filem terbarunya. Agak over sikit..

Read more ...

Rupanya Inilah Punca Sebenar Linda Rafar DICERAIKAN ! Memang TAK MASUK AKAL !

Pasangan yang heboh diperkatakan ketika ini mengenai penceraian mereka, Linda Rafar dan juga suaminya, Syed Aiman, tidak hadir ke Mahkamah Syariah Shah Alam pagi tadi untuk mengesahkan lafaz cerai. Semalam, Linda telah menyatakan bahawa suaminya itu melafazkan cerai secara tiba-tiba.

"Saya agak kecewa dengan sikap terburu-burunya melafazkan cerai. Selepas itu dia nak tarik balik lafaz berkenaan kerana menyesal dan di saat hati saya remuk. Sama ada untuk terima dia semula atau tidak, saya masih belum ada jawapan pasti""Yang pasti saya difitnah dan diceraikan tanpa sebab. Saya tak boleh menerima langsung apa yang dilakukannya kerana saya tak ada buat salah. Malah saya sentiasa bersabar dan mengalah dalam apa juga dugaan berumah tangga. Maaflah saya demam teruk dan suara pun serak nak bercakap…sebab itu saya tak angkat telefon bimbit,".

Linda dan Syed berkahwin pada 2 Disember 2006 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Syed Rezaqiib dan Syed Rezariiq. Manakala, di Instagram pula, peminat Linda tidak henti-henti mendoakan yang terbaik buat pelakon ini dah berharap agar selebriti kesayangan mereka ini kuat menghadapi dugaan. 
Read more ...

Diceraikan Suami Kerana Menari Di Depan TV

RIYADH - Gara-gara menari di hadapan televisyen di rumah, seorang wanita diceraikan oleh suaminya serta merta. Menjelaskan tindakan lelaki itu, si suami menyifatkan tindakan isterinya menari di depan televisyen adalah satu kecurangan yang tidak boleh dimaafkan. Difahamkan, lelaki terbabit pernah memberikan amaran pada isterinya supaya tidak menonton saluran hiburan termasuk muzik di televisyen. Lapor akhbar 'Sada', wanita itu telah diingatkan berulang kali supaya menonton rancangan keagamaan dan sosial yang gemar ditonton oleh suaminya. "Sebaik suaminya keluar dari rumah, dia membuat saluran kegemarannya dan mula menari. Wanita itu terlalu asyik menari di depan televisyen sehingga tidak menyedari suaminya pulang, ditambah dengan bunyi muzik yang kuat. "Sebaik saja suaminya melihat dia menari, lelaki itu dengan serta merta terus menceraikannya meskipun dia merayu meminta maaf. "Lelaki itu memberitahu isterinya bahawa apa yang dilakukannya itu adalah kecurang yang tidak boleh dimaafkan kerana tidak taat pada arahannya. - THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

Keluhan pemandu teksi menjelang bajet 2016

Menjelang pembentangan bajet di Parlimen 23 Oktober ini, pemandu teksi di Lembah kelang berharap kerajaan dapat menyediakan dana dalam menyelesaikan masalah harian yang dihadapi mereka.

Malaysiakini berjumpa dengan beberapa pemandu teksi di Hentian KL Sentral dan mereka menggesa kerajaan menyediakan lebih banyak tempat mengisi gas NGV dan meneruskan pemberian subsidi tayar yang kini dihentikan.

Selain itu, mereka turut mencadangkan agar diberi pemilikan permit persendirian teksi dapat serta memperkenalkan kad 'Touch n Go' khusus buat pemandu teksi.

Raja Mansor Raja Ahmad berharap kerajaan memberi subsidi bayaran muka membeli kereta baru sebanyak RM15,000 memandangkan beliau terpaksa mengeluarkan wang sendiri dan ia terlalu membebankan.

"Minta kerajaan beri bantuan subsidi untuk membeli teksi. Sekarang ini perlu bayar RM15,000 duit sendiri untuk beli kereta baru.

"Subsidi ini diperlukan untuk mula beli kereta, ia beban dan setiap bulan kita perlu pula bayar kepada syarikat," kata pemandu teksi yang berusia 77 tahun itu kepada Malaysiakini.

Bagi pemandu teksi Ramli Mohamed pula, beliau berhadapan dengan masalah kekurangan tempat mengisi gas NGV kerana hanya ada lima lokasi di Kuala Lumpur yang mempunyai perkhidmatan tersebut.

Katanya oleh kerana tempat yang terhad beliau terpaksa menunggu sehingga 30 minit hanya untuk mengisi gas itu.

Beliau turut mencadangkan agar setiap stesen Petronas menempatkan pam untuk gas NGV bagi kemudahan setiap pemandu teksi.

"Tempatkan gas NGV di setiap Petronas di Kuala Lumpur kerana jumlahnya terlalu sedikit.

"Sekiranya terlalu banyak teksi yang menunggu menyebabkan masa terbuang begitu sahaja," kata pemandu berusia 74 tahun itu.

Beliau turut menggesa kerajaan meneruskan pemberian subsidi tayar seperti yang pernah dibuat ketika Pilihan Raya Umum 13 (PRU13).

"Jangan hanya ketika pilihan raya saja beri tayar percuma, sudah dua tahun tidak dapat tayar, minta kekalkan subsidi itu," katanya.

Manakala bagi pemandu teksi Mohd Sabar Miskan beliau mencadangkan agar pemandu yang telah memandu lebih daripada 10 tahun diberikan permit persendirian tanpa perlu bergantung dengan syarikat teksi.

"Mahu permit sendiri dan minta kerajaan beri kelonggaran kepada pemandu yang telah memandu melebih 10 tahun tanpa bergantung kepada syarikat teksi.

"Kalau bergantung kepada syarikat ini kita perlu bayar sewa dan ianya mahal," katanya yang berusia 52 tahun.

Sementara itu, pemandu teksi Selvan Raman 54, buat kadar harga meter bagi teksi pada masa in tidak sesuai, manakala kos sara hidup semakin tinggi kerana adanya GST dan terlalu banyak teksi.

"Tahun depan MRT dan LRT akan jejaskan pendapatan kami, saya tak mahu teksi jenis grabtaxi, uber berleluasa kerana ia ganggu mata pencarian," katanya yang berusia

Pemandu teksi, Musa Las pula mencadangkan agar kad 'Touch n Go' khusus buat teksi dimasukkan dalam bajet tahun depan.

Ia kerana sebelum ini pemandu teksi menikmati bayaran separuh harga namun kini tidak lagi apabila hampir kesemua tol di Kuala Lumpur menggunakan perkhidmatan 'Touch n Go' yang perlu dibayar penuh seperti kenderaan lain.

"Cadangkan ada 'Touch n Go' khas untuk pemandu teksi kerana sebelum ini jika bayar tunai di tol dia cuma separuh harga. Kekalkan harga separuh sama dalam 'Touch n Go' khusus buat teksi itu seperti dulu," katanya yang berusia 53 tahun.

Isnin lalu Najib mengajak rakyat untuk bersama-sama memberikan cadangan mengenai bajet sebelum 15 September ini untuk dimasukkan dalam Bajet 2016 yang akan dibentang di Parlimen, 23 Oktober ini.

Najib yang juga menteri kewangan, berkata cadangan tersebut boleh dikemukakan kepadanya menerusi laman webnya.

Read more ...

'Bertaubatlah Tasha Shilla' - Netizen

Belum reda lagi kontroversi yang melibatkan dirinya bersama dengan bekas teman lelaki, Tasha Shilla sekali lagi dikritik netizen gara-gara memakai pakaian seksi habis. Tasha Shilla yang dikenali dengan pendiriannya yang berani dan tidak mempedulikan teguran peminat sekali lagi tampil dengan pakaian yang sangat mencolok mata ketika menghadiri perasmian sebuah majalah fesyen dari Perancis di ibu kota, malam tadi. Berdasarkan gambar-gambar yang dimuat naik oleh beliau sendiri di laman Instagram, Tasha dilihat berpakaian mendedahkan bahagian perut, belakang dan juga pehanya kepada umum tanpa segan silu.  Ekoran itu, para peminatnya menegur agar bertaubat sebelum ditimpa bala akibat perbuatannya yang sengaja mendedahkan aurat.  "Masya Allah sis, bertaubatlah sis. Pelahan-lahanlah berubah. Tutup apa yang perlu ditutup. Tak susah pun," kata Neesashkri. "Jangan salahkan pereka fesyen. Salahkan individu yang tiada akal ini memakai pakaian ini sebelum berfikir panjang. Ini Malaysia, bukannya Europe nak amalkan pemakaian seperti ini," kata Zeelaqaseh. - THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

Polis buka kertas siasatan perhimpunan baju merah

KUALA LUMPUR: Polis membuka kertas siasatan berhubung kenyataan di laman sosial Facebook yang berbaur perkauman dan menghasut orang ramai untuk menyertai satu perhimpunan di Bukit Bintang.
Read more ...

Linda Rafar Cerita Punca Sebenar Beliau Dedah Gambar KEMUSNAHAN Rumah Tangga Sendiri

Penyanyi dan juga pelakon Linda Rafar, mendakwa suaminya Syed Aiman telah melafazkan cerai terhadapnya pagi tadi dan tambah Linda, Syed melafazkan cerai itu di kediaman mereka di Shah Alam kira-kira 7 pagi tadi dan ia turut disaksikan ibu dan anaknya. Artikel Berkaitan: Linda Rafar Muat Naik Gambar KEMUSNAHAN Rumah Tangga Sendiri Di Instagram "Dia (Syed) lafazkan cerai disaksikan ibu dan anak saya. Bagaimanapun, selepas itu dia menyesal tetapi pada saya sudah terlambat. Hati saya hancur dan saya kini trauma," jelasnya yang kini hamil tiga bulan kepada Harian Metro hari ini. Sementara itu, Syed ketika dihubungi menafikan rumah tangganya bermasalah dan dia tidak tahu apa yang dimuatnaik Linda di Instagram. Linda akan ke Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam esok bagi mengesahkan lafaz cerai itu. "Saya kini berada di rumah, tak ada apa-apa pun berlaku dan semuanya ok saja. Saya tak tahu apa yang dia (Linda) muat naik di Instagram. Kalau tak diberitahu, saya memang tak tahu apa-apa," katanya. Artikel Berkaitan: Linda Rafar Muat Naik Gambar KEMUSNAHAN Rumah Tangga Sendiri Di Instagram
Read more ...

Elakkan Dari Berkawan Dengan 8 Orang Jenis Ini

Elakkan Dari Berkawan Dengan 8 Orang Jenis Ini Kadang-kadang di dalam sebuah persahabatan ada kawan yang sebenarnya lawan ataupun musuh di dalam selimut. Ada yang hanya berkawan dengan anda hanya untuk mengambil kesempatan sahaja tetapi ada juga yang benar-benar setia. Jadi bagaimana untuk mengesan kawan yang sebenarnya lawan ini? Berikut penulis ingin kongsikan beberapa tips yang boleh anda guna.

1. Opportunist/ ambil kesempatan

Anda ada harga, anda ada rupa, ataupun anda popular? jaga-jaga kerana memang ada segelintir manusia yang ingin berkawan dengan anda kerana mungkin anda ada beberapa faktor yang penulis tulis itu. Mungkin anda ada kereta yang canggih, pakaian atau aksesori yang terkini ataupun anda seorang yang bijak di dalam akademik. Orang seperti ini juga boleh menggunakan anda untuk berbaik dengan orang yang mereka inginkan seperti mendapatkan nombor telefon 'lelaki/wanita' idaman mereka dan sebagainya.

Orang seperti ini selalunya apabila anda bersemuka dengan mereka, mereka menjadi marah dan tidak s enang. Mereka tidak menghormati anda dan harta benda anda. Selain itu juga, jika anda ingin meminta pertolongan daripada mereka, mereka sukar untuk menghulurkan bantuan.

2. Pentingkan diri sendiri

Berhati-hati dengan orang yang suka mementingkan diri sendiri. Mereka menggunakan motto : "semua tentang saya." Mereka akan sentiasa bercakap tentang diri mereka dan selalunya mereka tidak akan mengambil berat tentang anda, mereka tidak berminat untuk mengetahui mengenai hari anda, bagaimana anda rasa, perasaan anda.. pokok pangkalnya apa-apa mengenai diri anda. Anda juga boleh melihat bahawa mereka selalu bangga dengan diri sendiri tidak kira sama ada mengenai diri mereka, harta benda, perkahwinan, percutian, pendek kata mereka sentiasa mencari sesuatu untuk menjadikan mereka center of everything.

3. Sentiasa mengeluh tentang diri sendiri

Ada jenis manusia yang sentiasa mengeluh mengenai kehidupannya seolah-olah dialah orang yang paling malang di dalam dunia in i. Rakan seperti ini akan selalu mengadu masalahnya pada anda dan meluahkan perasaan pada anda kerana mereka tahu anda akan sentiasa ada untuk mereka TETAPI tidak semestinya dia akan buat perkara yang sama pada anda. Jika anda ditimpa masalah, mereka akan memberikan pelbagai alasan dan malas untuk melayan anda. Jika anda mempunyai masalah dengan teman lain, mungkin orang seperti ini tidak mempertahankan atau memperdulikan anda.

4. Jauhkan diri anda dengan rakan yang 'clingy'

Pernah dengan perkataan 'clingy' tak? Atau orang yang selalu nak berkepit kehulu kehilir. Orang seperti ini selalunya tidak boleh berkongsi anda dengan orang lain. Apabila mereka lihat anda dengan orang lain, mereka cemburu kerana mereka mahu anda untuk diri mereka sendiri. Orang seperti ini juga kadang-kadang akan mengabaikan anda jika mereka ingin bersama teman wanita/lelaki mereka tetapi dalam masa yang sama mereka inginkan anda selalu ada bila mereka perlukan anda. Pelik kan? Penulis pun pelik.

5. Hipokrit

Rasanya ini tidak perlu diulas lagi. Banyak kawan yang hipokrit di dunia ini dan ada rakan yang memberikan senyuman paling manis pada anda bila anda berada dengannya tetapi bila bersama rakan lain, mereka akan mengutuk dan mengeji anda. Mereka juga akan sentiasa mengutuk anda secara lisan dengan niat merendah-rendahkan anda. Orang seperti ini juga sering berjanji untuk menghabiskan masa bersama anda tetapi selalu 'cancel' bila tiba saat akhir. Baik tak payah ada kawan macam ni!

6. Rakan yang tidak tahu menghormati

Elakkan orang yang suka bangga mengenai diri sendiri. Dia tidak hormat budaya dan juga bangsa serta agama anda. Dia merasakan dirinya lebih baik dari orang lain dan selalu merendahkan mengenai orang lain jika orang itu tidak sama etnik atau seagama dengan anda.

7. Jenis pengintip

Ada jenis orang yang suka mengambil tahu mengenai diri anda.. kerana dia ingin mengintip segalanya mengenai diri anda. Mungkin untuk diri nya sendiri ataupun untuk orang lain. Satu lagi sebab mungkin kerana mereka mahu untuk mendapatkan rangkaian rakan dan kenalan anda. Mereka tidak benar-benar berminat untuk berkawan dengan anda sebenarnya, jadi jika anda dapat tahu ada rakan seperti ini, mohon jauhkan diri anda. Orang seperti ini selalu berbohong mengenai hal peribadinya dan sentiasa ingin tahu mengenai hal peribadi anda meskipun tiada kaitan dengan dirinya.

8. Kawan yang mengabaikan anda

Apabila anda bersama dengan rakan seperti ini dengan kawan anda yang dia tidak kenal, dia akan sentiasa bercakap dengan anda dan mula bersosial dengan rakan-rakan anda. Walau bagaimanapun, apabila anda cuba bergaul denganny dan rakan rapatnya, dia akanmengabaikan anda dan "lupa" untuk memperkenalkan anda kepada rakan-rakannya. Setiap kali anda cuba berbual dengannya, dia tidak menghiraukan anda dan terus bercakap dengan rakannya sahaja.

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *