Wednesday, January 06, 2016
Malaysia gesa Korea Utara hentikan ujian bom hidrogen - Anifah
(3 FOTO) Majlis Tahnik Anak Ashraf Muslim Dan Noor Dayana
Empat tahun menantikan kehadiran cahaya mata, pasangan Ashraf Muslim dan isteri pertamanya Noor Dayana akhirnya dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Anas Ashraf sekitar bulan Disember tahun lepas.
Baru-baru ini, satu majlis tahnik telah diadakan bersempena kelahiran Anas yang diadakan di kediaman bapa Dayana, Haji Lokman yang terletak di Sg Pusu Gombak.
Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan Tahlil dan selawat sebelum acara tahnik.
Berikut beberapa lagi foto yang dikongsikan oleh Haji Lokman sendiri di akaun Instagramnya semasa majlis tahnik berlangsung.
TAGS: dayana, ashraf muslim, noor dayana, wan sakinah, noor dayana lokman, anak dayana, foto anak ashraf muslim dan noor dayana, anas ashraf, foto majlis tahnik anak ashraf muslim dan noor dayana, tahnik, tahnik anas ashraf PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.TUNJUK KAYA DI TV - DATO' SERI VIDA KOMEN ISU KESELAMATAN DIRI
Gara-gara menunjuk kekayaannya dalam sebuah program yang dikelolakan oleh Aznil Nawawi, ramai penyokong Dato' Seri Vida melahirkan rasa bimbang kemungkinan berlakunya rompakan atau peristiwa pahit yang menimpa seorang usahawan kosmetik beberapa tahun dahulu terhadap Pengasas Vida Beauty itu.
Kata mereka, zaman sekarang ni, bahaya jika menunjuk-nunjuk kekayaan... tambah-tambah yang bernilai ratusan juta ringgit.
Namun Dato' Seri Vida ada alasan dan penjelasan tersendiri, jom baca:
MEDIA: Baru-baru ini, anda berkongsi mengenai kehidupan dan kekayaan anda di program TV. Tidakkah anda bimbang dengan keselamatan diri?
VIDA: Saya tidaklah berkongsi semua benda dalam program itu. Ada beberapa babak yang disunting dan saya pun tidak menunjukkan semua koleksi barangan berharga saya.
Lagipun, semua barangan itu saya simpan di bank kerana lebih selamat. Selain itu, saya juga mengumpul barangan kemas kerana kini dalam proses untuk membuka Kedai Emas, Permata dan Berlian Datuk Seri Vida dalam masa terdekat di Jerteh, Terengganu.
MEDIA: Apa maklum balas dan reaksi anda terima selepas program itu ditayangkan?
VIDA: Alhamdulillah, kebanyakannya reaksi positif. Saya pun tak sangka, jumlah tontonan video slot saya untuk program itu di Facebook mencecah 2 juta. Rata-rata mendoakan kesejahteraan saya dan saya juga mendoakan kesejahteraan mereka.
MEDIA: Bagaimana pula jika ada pihak menganggap anda hanya ingin menunjuk harta kekayaan?
VIDA: Saya bukan mahu menunjuk-nunjuk atau membangga diri, sebalik nya hanya berkongsi atas permintaan program itu. Saya pun sebenarnya terkejut apabila melihat semula koleksi barangan saya yang boleh tahan banyak.
Apabila produksi program itu meminta saya untuk berkongsi koleksi barangan saya, saya kumpul semula beg tangan, kasut, mahkota dan apabila dilihat semula, tanpa saya sedari memang banyak juga yang saya kumpul selama ini. Satu lagi saya ingin memberitahu penonton, tidak mustahil untuk kita berjaya dalam kehidupan sekiranya kita benar-benar komited dengan kerja lebih-lebih lagi usahawan seperti saya.
Sumber: HM
________________________
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER Follow @myartisdotcomUmie Aida & Erma Fatima Selamba Terjun 14 Ribu Kaki
Pelakon dan pasangan adik beradik Umie Aida dan Erma Fatima begitu yakin dan selamba terjun setinggi 14 ribu kaki dari udara.
Aktiviti lasak dan mainstream itu mereka lakukan di salah sebuah tempat di Picton, Sydney Australia yang dikenali sebagai sky dive.
Keberaniannnya itu antara cara untuk mencabar diri sendiri adakah mereka takut kepada ketinggian atau pun tidak.
Namun mereka berjaya lakukan dan segala gambar terjunan itu dikongsikan menerusi IG kedua-dua pelakon ini.
Syabas buat mereka, kerana tak semua orang berani untuk lakukan Sky Dive bersama pakar terjun yang terlatih.
Anda berani? Kalau berani cubalah, pasti memberikan pengalaman yang menyeronokkan sepanjang hidup anda.
Oleh Mohd Ishahrulddin TahirArtikel Ini Disiarkan Pada Rabu, 6 Jan 2016
Fathia & Tasha Shila Bermusuh Kerana Pekin Ibrahim Dalam BEJAT
Menampilkan gandingan pelakon Nur Fathia, Tasha Shila, dan Pekin Ibrahim turut dibantu oleh Balkisyh Semundur Khan dan Wan Shades, Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkongsi paparan konflik dua beradik yang bermusuhan sejak kecil dek kerana rasa cemburu si kakak terhadap kelebihan yang dimiliki adiknya dalam sebuah telemovie bertajuk "Bejat".
Namun hakikatnya hubungan adik-beradik ibarat air yang dicincang tidak putus. Niat kakak yang ingin menebus semula kesalahan yang pernah dilakukan telah disalah anggap oleh adik. Tambahan pula wujud orang ketiga yang menjadi duri dalam daging.Disiarkan pada 15 Januari ini, pukul 2.00 petang di TV2, kisah bermula apabila dua adik beradik, Sarah dan Samira membesar sebagai pendendam dan saling benci membenci sesama sendiri. Puncanya kerana cemburu, dengki dan sering berburuk sangka.
Sarah, anak sulung mewarisi sikap pemarah ayahnya. Apatahlagi sebagai anak sulong dia tanggungjawab menjaga rumah dan adiknya Samira, membuatkan dia bersikap sangat keras. Malah, Sarah sering mencemburui Samira yang lebih sempurna dan cantik. Sarah juga akan dipukul atau dimarahi Hamzah dan Salina sekiranya gagal melaksanakan tugas di rumah dengan baik. Ini tidak berlaku pada Samira yang sering dipertahankan walau berbuat salah. Dek kerana itu juga, Sarah berdendam dan menjadikan Samira alat pelepas kemarahan. Mereka saling membenci.
Suatu ketika mereka bercuti di air terjun Sarah hampir lemas dan Samira cuba membantu namun Sarah mengambil kesempatan itu untuk membalas dendam lalu menarik tangan Samira hingga Samira terjatuh ke dalam air. Namun Sarah terkejut apabila melihat Samira selamat.
Sejak itu, dari remaja hingga dewasa, Samira enggan bercakap dengan Sarah lagi. Samira menggangap kakaknya seorang pembunuh kejam yang cemburu dengan kecantikan adik sendiri. Samira berpindah ke asrama dan menjalinkan hubungan cinta dengan Hairi, yang menyelamatkannya ketika lemas itu.
10 tahun kemudian, Hamzah dan Salina mati akibat kemalangan setelah kereta terjunam ke dalam gaung. Sarah masih andartu kerana terlalu keras kepala hingga sering gagal dalam cinta. Sementara Samira telahpun mengahwini Hairi, seorang akauntan yang kelihatan lurus bendul.
Tanpa diduga, Sarah ingin merebut Hairi dari Samira hingga sanggup berkerja di pejabat yang sama dengan Hairi. Sarah dilihat seolah cemburu dengan kebahagiaan Samira itu. Maka, berlaku adegan menggoda antara Sarah dan Hairi, pertelingkahan antara Sarah dan Samira serta pergaduhan besar antara mereka bertiga hingga peristiwa ugutan bunuh diri oleh Sarah dan sebagainya.
Hairi cuba mengawal keadaan, walaupun pada mulanya dia telah cair dengan godaan Sarah. Kerana rasa bersalah pada isteri, Hairi menafikan cinta Sarah. Sarah semakin marah, lalu menculik Ana, untuk dijadikan anaknya sendiri. Dan di rumahnya, Ana diperkenalkan pada neneknya, Salina, yang sebenarnya hanyalah sebuah patung. Baru diketahui bahawa Sarah mengalami masalah mental obsesif dan mengandaikan ibunya masih hidup.
Ketika Samira dan Hairi menjejaki Ana hingga ke rumah Sarah, mereka menjumpai patung ibunya, lalu terus menuduh Sarah sebagai psycho dan dialah juga yang telah membunuh ibu bapa mereka. Apatah lagi apabila terlihat labah-labah hitam yang masih dipelihara Sarah, mengingatkan kembali peristiwa bilamana terdapat labah-labah hitam di dalam kereta ketika kemalangan tersebut.
Berlaku pergelutan mengakibatkan Sarah jatuh dari tingkat 3 kondominum dan Sarah koma. Sepanjang Sarah koma, labah-labah sering berkeliaran di rumah Samira. Samira hairan dan takut. Mana mungkin kakaknya boleh bangun menakutkan dia sedangkan dia terlantar koma di hospital? Adakah ianya ada kena mengena dengan Hairi?
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.
Komen via FacebookKomen
— Budiey
Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Social Media Marketing, Instagram Influencer, #LiveUpdate Expert, photojournalist, jurugambar, kerap ber-Twitter & Facebook, copywriter, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.
'Siapa Yang Tulis Karangan Ini?'
Kanak-kanak di Madaya Makan Daun Strawberry Untuk Teruskan Hidup
Pada pagi Ahad, seorang wanita mengandung dan anak perempuannya cuba melarikan diri dari Madaya, sebuah perkampungan di gunung yang diliputi salji di barat daya Syria.
Setibanya mereka di pinggir pekan, seseorang terpijak periuk api menyebabkan letupan yang kuat kedengaran. Disebabkan bunyi kuat itu, pertempuran berlaku dan mereka maut disebalik tembak-menembak dan letupan yang berlaku.
Cubaan melarikan seperti ini - sebagaimana yang dilaporkan oleh sumber Vice News dan penduduk tempatan - menjadi semakin biasa di Madaya, sebuah perkampungan yang mempunyai penduduk seramai 40,000 orang yang telah terkepung sejak julai oleh Tentera Syria yang setia kepada Presiden Bashar al-Assad dan sekutunya, Hezbullah.
Pada bulan lepas sahaja, 31 dari penduduk meninggal dunia akibat kebuluran, atau dari cubaan melarikan diri daripada kawalan Hezbollah yang mengepung bandar tersebut. Menerusi satu laporan yang dikeluarkan oleh Syrian-American Medical Society, harga bagi satu ki logram gandum kini dijual pada harga sekitar $100 (RM420) walhal rata-rata penduduk Syria berpendapatan kurang dari $200(RM840) sebulan.
"Saya makan daun strawberri untuk makan malam hari ni", kata Rajai(bukan nama sebenar), 26, seorang guru matematik dan bahasa inggeris di Madaya yang bercakap kepada Vice News menerusi panggilan telefon.
Rajai tidak mahu nama sebenarnya didedahkan atas sebab keselamatan.
"Saya sudah tidak menjamah makanan sebenar selama tiga bulan.", katanya.
Sejak pengepungan bermula pada Julai lalu, berat Rajai telah susut sebanyak 22kg.
"Kanak-kanak disini kini memakan dedaun dari pokok-pokok, dan yang tua serta yang muda semakin ramai mati", katanya.
Menurut Rajai, rejim Assad sedang menghukum kampungnya kerana turut serta dalam pemberontakan Syria pada 2011.
Laman web GlobalVoices pula melaporkan keadaan yang lebih teruk. Menurut laporan itu, penduduk di Madaya bukan sahaja memakan daun, malah turut memakan serangga da n juga kucing untuk meneruskan hidup.
Semakin gambar keadaan-keadaan sebenar penduduk di Madaya yang telah dimuat naik oleh aktivis di media sosial selepas apa yang terjadi.
Facebook page bantuan Syria, Hand in Hand For Syria menulis :
"Kebanyakan gambar yang diambil dari pekan kecil di Madaya (di pendalaman Damascus) terlalu menakutkan untuk dikongsi. Gambar-gambar mengejutkan itu antaranya memaparkan; manusia yang hanya tinggal tengkorak - dengan mata terbenam ke dalam dan tulang rusuk yang tersembur keluar; menunggu masa ajal menjemput Sejak enam bulan lepas, penduduk Madaya telah hidup dalam kepungan. Tanaman dan bekalan makanan semakin berkurangan. Baki makanan di bandar menjadi begitu mahal sehingga orang-orang biasa tidak mampu membeli makanan untuk dimakan. Mereka bermula dengan memasak tanaman. Apabila tanaman sudah habis, mereka memasak rumput dan pokok..selepas itu serangga. Apabila kekurangan zat makanan yang terlampau, mereka mula memakan kucing. Kucin g. "
Apa yang berlaku di Madaya semakin mendapat perhatian dunia, apabila #madaya di Twitter menjadi semakin popular. - Siakapkeli.my
— Raed Bourhan (@raedbrh) January 5, 2016 — Raed Bourhan (@raedbrh) January 5, 2016 — Raed Bourhan (@raedbrh) December 27, 2015 — Elizabeth Tsurkov (@Elizrael) January 4, 2016SUA: AMANAH tiada kaitan dengan akhbar 'Harapan Baru'
Parti Amanah Negara (AMANAH) menafikan sebarang kaitan dengan kewujudan sebuah akhbar dengan nama "Harapan Baru" yang sedang tersebar di laman sosial dan melalui aplikasi Whatsapp yang menggunakan logo parti.
"Ia bukan dikeluarkan oleh AMANAH dan kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan yang timbul dari penerbitan akhbar tersebut," kata setiausaha agung AMANAH, Mohd Anuar Tahir.
Dalam satu kenyataan, beliau sebaliknya berkata, AMANAH sedang berusaha ke arah menerbitkan akhbarnya sendiri.
Menurutnya, ia kini di fasa akhir menyiapkan segala dokumen diperlukan untuk dihantar kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi memohon permit penerbitan.
"Bagaimanapun AMANAH tetap menghargai sebarang usaha daripada ahli, penyokong atau mana-mana pihak yang bersemangat untuk mempromosikan parti yang baru berusia hampir lima bulan ini.
"Jika akhbar seperti yang gambarnya sedang tersebar itu benar-benar wujud, AMANAH mempelawa pihak terbabit untuk datang berbincang langkah-langkah yang boleh diambil ke arah mempromosikan AMANAH secara strategik dan mengikut saluran yang betul," tambahnya.
Beliau menegaskan bahawa penerbitan akhbar rasmi parti AMANAH akan dibuat mengikut prosedur dan proses undang-undang yang telah ditetapkan.
"Sehubungan itu, AMANAH menasihatkan semua pihak bersabar dan menunggu akhbar rasmi yang akan dikeluarkan dalam sedikit masa lagi selepas permit penerbitan diluluskan oleh KDN," tegasnya.
'Kalau Elizad Bukan Duta, Memang Taklah Beli Produk Qyra Beauty' - Alina
Kementerian buat laporan polis berhubung kebocoran data pelajar
Popular Posts
-
The fishermen on a boat going out to sea off the coast of Marang in Terengganu. Their livelihoods have been impacted in a negative way by va...
-
Kuala Lumpur saw no new housing projects below the price tag of RM500,000 being launched last year, despite the maximum house price median o...
-
PUTRAJAYA – Jika ada yang masih ragu-ragu lagi mengenai sumbangan derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Da...
-
'Bila Saya Diserang, Semua Orang Diam'…Luahan SEDIH Najib Razak…Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini menjawab kritikan k...
-
KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai IOI Properties Group Bhd bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2015 meningkat kepada RM1.13 bilion...