Friday, November 27, 2015
Dakwaan akan jejaskan UMNO dalam pilihan raya umum - Salleh
Krill Rashid, Kak Engku & Salih Yaakob Tiada Lagi Di Sinar Pagi
Ahad lalu, ketika kemunculan Kak Engku dan Salih Yaakob di Gegar Vaganza 2, mereka berdua telah mengumumkan bahawa 27 November adalah hari terakhir mereka mengendalikan slot Sinar Pagi Sinar FM. Pada mulanya Abang Nara ingat sekadar gimik semata-mata. Namun ternyata ia benar. Hari ini adalah hari terakhir buat Krill Rashid, Kak Engku dan Salih Yaakob membuatkan orang ramai terhibur menerusi slot Sinar Pagi.
Secara jujur, Abang Nara dulu memang pendengar setia trio ini di Sinar Pagi. Agak menyedihkan juga apabila ini adalah hari terakhir mereka bertiga. Menerusi perkongsian di Facebook Sinar FM, Kak Engku dilihat mengalirkan air mata kerana terlalu sedih. Iyerlah, bertahun-tahun juga mereka bertiga bersama jatuh bangun di Sinar Pagi.
Selamat maju jaya dan semoga bertemu lagi Trio Sinar Pagi.. Terima Kasih SY, Krill Rashid dan Kak Engku untuk tahun-tahun yang terbaik di Sinar fm.. Anda ada ucapan untuk mereka? Boleh kongsikan di sini, nanti mereka bacalah ya.. Jom #OkBaiiSPG
Posted by SINAR on Thursday, November 26, 2015
Isnin ini, bakal pengganti Krill, KE dan SY bakal diketahui. Daripada teaser yang diberikan, nampaknya macam 3 orang lelaki. Sama-sama kita nantikan. Adakah anda bersedih dengan pemergian trio ini? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.
Related Related Category : Malay 48 Comments Tinggalkan komen anda di sini TAGS: kak engku, krill rashid, salih yaakob, Sinar Fm, sinar pagi PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.Fouziah Gous Selamat Lahirkan Bayi Sulung!
"ANAK ADALAH PENGKRITIK UTAMA BAGI SAYA" - SITI NORDIANA
Semua mengetahui bahawa Siti Nordiana atau Nana merupakan peserta yang sangat konsisten dan sering berada di kedudukan yang teratas di dalam Gegar Vaganza 2 (GV2).
Ketika di awal program, nama Siti Nordiana bukanlah calon pilihan ke peringkat final GV2. Dia boleh dikatakan sebagai peserta 'underdog'.
Namun sehingga kini, Nana telah berjaya melangkah sehingga minggu yang ketujuh dan hanya dua minggu sahaja lagi untuk ke peringkat final.
Persembahan Nana hari demi hari semakin mengagumkan malah yang paling penting Nana bukan sahaja berjaya menarik hati juri tetapi juga seluruh rakyat Malaysia yang menonton program tersebut.
"Saya tahu ada yang anggap saya sebagai peserta 'underdog' teta pi saya tak kisah fasal hal itu malah lagi bagus sebab tak ada tekanan. Tak adalah berat bahu saya," ujarnya sambil ketawa.
Pun begitu, selepas menyanyikan lagu Ziana Zain, namanya terus melonjak naik. Nana memberitahu yang selama ini dia tidak pernah menyanyi dalam program-program TV yang besar seperti ini. Jadi ini kali pertama.
"Syukur Alhamdulilah, saya cuba buat yang terbaik. Segala usaha nampaknya berbaloi. Memang jika boleh harapan semua orang nak ke peringkat final, begitulah Nana juga," jelasnya.
Ibu tunggal ini turut memberitahu bahawa anaknya Rayyan Nakhaie, 7, merupakan pengkritik utama setiap kali dia menyanyi.
"Pernah saya berlatih menyanyi dan saya ubah sikit-sikit dia akan kata, mama jangan ub ah nanti peminat mama tak suka. Dia pun sangat prihatin dengan saya. Kalau dia tak ikut ke dewan, dia akan bagi voicenote, good luck mama. Ya dia pemberi semangat bagi saya," katanya.
Semoga Nana dapat memberikan yang terbaik sehingga final.
________________________
FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER Follow @myartisdotcomPelbagai Jantina Boleh Mohon Jadi Agen 3R
Program TV yang digemari ramai iaitu 3R (Respek, Rileks & Respon) kini kembali dengan konsep dan pengisian yang baru iaitu Agen 3R untuk mencari bakat-bakat baru.
Ia terbuka kepada semua jantina tidak kira lelaki dan wanita. Agen 3R lebih berkonsepkan pencarian 'video jurnalis' yang perlu menghantar video mereka berdurasi dalam seminit.
Video yang ingin dihantar itu adalah bersifat bebas dan berkaitan dengan isu semasa, gaya hidup, keselamatan serta perhubungan.
Namun untuk pencarian agen ini, ia turut dibuka kepada Transgender yang kemungkinan mempunyai bakat dan daya kreativiti yang unik untuk diketengahkan.
Penerbitnya Lina Tan memberitahu, dia tidak merasakan ianya satu masalah kerana Agen 3R program bersifat terbuka dan amat tidak wajar untuk menyekat idea anak-anak remaja di luar sana.
"Saya tak anggap ia satu masalah pun, lelaki, wanita mahupun transgender masing-masing mempunyai daya pemikiran yang bijak untuk menghasilkan video kreatif mereka secara individu atau berkumpulan tidak melebihi 3 orang.
"Kami memerlukan 25 orang Agen 3R, setelah dipilih mereka akan diberi latihan media percuma menerusi bengkel yang disediakan oleh pihak kami.
"Ia tidak akan disiarkan di saluran TV komersial tetapi akan disiarkan di laman web TV iaitu Feefo.TV. Saya yakin remaja sekarang sangat komited untuk menghasilkan video yang boleh memviralkan mereka dalam sekelip mata," kata Lina kepada portal Murai.com.my
Dalam pada itu, Lina turut ditanya adakah dia tidak bimbang sekiranya video yang dihantar oleh peserta bersifat perkauman mahupun isu politik.
Dengan senyuman dia membalas, bergantung kepada isi kandungan video itu. Kalau ia nampak menarik dan 'fresh' kemungkinan boleh dipilih untuk menjadi agen 3R.
"Saya tahu akan ada video daripada peserta yang akan meluahkan rasa geram, tidak puas hati dan menyampah dengan sesuatu pihak yang lain.
"Sebagai yang bertanggungjawab, kami akan menepis kalau ia terlalu keterlaluan. Jadi saya menyeru remaja yang berusia 18-27 tahun, hasilkanlah video yang terbaik dan terpilih untuk jadi agen kami," ujarnya mengakhiri bicara.
Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai program Pencarian Agen 3R, sila rujuk www.feefotv.tv/agen3r atau layari media sosial yang berikut untuk maklumat terkini Facebook: FEEFO.TV, Twitter: @officialFEEFOTV, Instagaram:@FEEFO.TV dan Youtube: FEEFO.TV
Oleh Mohd Ishahrulddin TahirArtikel ini Disiarkan Pada Jumaat, 27 Nov 2015
Maria Farida Selamat Nikah Dengan Datuk Rahman
Pelakon terkenal Maria Farida, 45, selamat bernikah dan kini bergelar isteri buat kali kedua, selepas dijabkabulkan dengan usahawan yang dikenali sebagai Datuk Rahman, 62.
Desas-desus tentang majlis perkahwinan pelakon wanita tersebut tersebar sejak awal bulan lalu. Namun, Maria enggan mengulas tentang perkara berkenaan.
Majlis pernikahan bintang Datin Diaries yang diadakan di Kelab Golf Kuala Lumpur (KLGCC) selepas Zuhur itu turut dihadiri keluarga dan teman artis. Maria mengenakan persalinan sedondon rona putih duduk di pelamin dan berkongsi saat indah itu di laman Instagram miliknya.
Antara rakan selebriti yang berkongsi berita dan gambar pernikahannya termasuk Puan Sri Tiara Jacquelina serta Fasha Sandha yang turut menyertakan #kisahcintamariarahman.
Terdahulu, ibu kepada seorang anak tunggal berusia 18 tahun itu dituduh cuba merampas suami kepada rakan baiknya sendiri, Karen Rahman, yang juga pengasas produk kecantikan KR Beauty Care.
Pelakon drama Datin Ghairah itu sudah menjanda lebih 10 tahun dan mempunyai anak lelaki Mizan Ashley yang kini berusia 18 tahun hasil perkahwinan pertama.
Komen via FacebookKomen
— 343 Bacaan— Budiey
Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Social Media Marketing, Instagram Influencer, #LiveUpdate Expert, photojournalist, jurugambar, kerap ber-Twitter & Facebook, copywriter, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.
'Aku Berimamkan Seorang Lelaki Bangladesh'
"Saya Tidak Menyesal Bersalin Di HSB, Layanan Tidak Mewah Tapi Setara Hospital Swasta" - Anatel Ameen
Namun, disebalik pendedahan yang dilakukan, bukan semua sedemikian, kadang-kadang ada yang salah faham, ada yang tidak tahu pun cerita sebenar dan disebarkan.
Jika dilihat sendiri di laman Facebook Siakapkeli pun, ramai yang menyatakan tidak puas hati dan ramai juga memuji perkhidmatan kakitangan kerajaan.
Admin sendiri pun pernah 'menginap' di hospital Kuala Lumpur, HKL selama lima hari awal tahun lalu, tetapi tidak pula berjumpa dengan apa yang diceritakan bahkan layanan nurse kadang buat 'hati tertambat'.
Bukan bercerita untuk menyebelahi sesiapa, itu adalah pengalaman admin sendiri, dalam setandan pisang, kalau sebiji buruk, tidak semuanya buruk dan tidak boleh di makan.
BACA: Gambar Tidur Atas Lantai Tersebut Tidak Betul Kerana Katil Mencukupi - Pengarah Hospital
Terbaca kisah kakak ini melibatkan hospital Sungai Buloh yang menjadi viral sebelum ini, kami sudah pun menyiarkan jawapan daripada pengarah hospital mengenai situasi sebenar yang terjadi.
Disebalik kritikan, tidak semua yang terkena sebegitu, berikut adalah kisah yang diceritakan oleh seorang wanita bernama Anatel Ameen mengenai pengalamannya bersalin dan tinggal di wad Hospital Sungai Buloh selama 32 hari kerana menghadapi sedikit komplikasi semasa mengandung.
Berikut adalah kisahnya.
Saya ada komplikasi semasa mengandung dan semua urusan di Hospital Sungai Buloh (HSB). 3 kali ke PAC sebab bleeding dan pre-clampsia. 2 hari suntuk menunggu di PAC untuk ditempatkan di wad. 32 hari warded di wad 6B hingga bersalin. 6 hari anak berada di NICU.
Pengamatan saya, katil memang tidak mencukupi. Sepanjang di PAC, dari Shah Alam, Kelang, Tanjung Karang, Kuala Selangor, Hulu Selangor semua datang nak bersalin di HSB.
Di kaunter, memang jururawat dah jelaskan katil dan labour room tak ada yang kosong. Yang mana urgent dan emergency akan didahulukan. Semua mengangguk setuju. Ada yang dicadangkan ke Hospital Selayang, tetapi tetap nak bersalin di situ. Tak termasuk kes² komplikasi yang hospital swasta hantar ke hospital kerajaan.
Bersama dengan saya ketika itu seorang expatriate dari Mesir, kes sama dengan saya pre-eclampsia, dari rumah ke KPJ Damansara tetapi ditolak mentah-mentah dan diminta terus ke HSB. Kadang-kadang kes-kes komplikasi yang boleh merosakkan reputasi hospital swasta. Duit banyak mana pun tetapi dia tidak pandang.
Semua pendaftaran juga telah dimaklumkan bukaan menghampiri proses bersalin, barulah suami dibenarkan masuk. Semua setuju dan sign borang itu. Tetapi bila tiba waktu, jururawat dal am Labour Room call ke kaunter hadapan, suami tiada di ruangan menunggu. Call telefon bimbit tak dijawab. "Mungkin sedang tidur di kereta agaknya?"
Terlepaslah rezeki nak menemani isteri ketika bersalin.
Saya rumuskan ini bahagian masing-masing, sama seperti rezeki menghadap kematian. Ada yang Allah beri, ada yang Allah tak beri peluang itu.
Di wad 6B, memang ada seorang dua jururawat yang masam mukanya. Ada juga yang menjuih-juih bibirnya mengomel. Ada yang kasar bahasanya tetapi saya juga bertemu ibu-ibu bersalin, suami dan ahli keluarga yang juga masam wajahnya, menjuih-juih bibir mengutuk hospital kerajaan, yang kasar bahasa layanannya kepada jururawat.
Pengalaman saya, Alhamdulillah semuanya baik-baik belaka. Iyalah, 32 hari berada dalam wad, semua jururawat saya kenal dan semuanya menjadi kawan. Sebab itu sajalah hiburan teman bersembang sementelah ibu-ibu bersalin yang lain kurang mesra kerana kebanyakannya sehari dua sahaja di situ.
32 hari di w ad 6B, walaupun saya layak untuk wad kelas pertama, dek kerana komplikasi saya ditempatkan berdekatan kaunter utama wad untuk memudahkan jururawat untuk memantau. Bila keadaan saya stabil, ada pula kes kecemasan yang lain. Saya dipindahkan ke cubicle yang lain. Sepanjang 32 hari, hampir 5 kali saya berubah katil sampaikan kadang-kadang suami pun tak jumpa katil saya sebab asyik berpindah randah.
Wad memang padat dan telah dimaklumkan di PAC. Koridor wad juga dipenuhi katil, selagi stok katil masih ada. Pihak wad akan berusaha menyediakan katil untuk menerima ibu-ibu dari PAC. Sudah tentu yang telah melahirkan anak diberikan keutamaan. Iyelah, takkan selepas bersalin terus disuruh balik ke rumah? Takkan selepas bersalin terus disuruh berehat di atas lantai?
Proses discharge juga lambat. Banyak prosedur yang perlu diikuti. Teringat saya seorang suami yang memaki hamun jururawat di wad 6B kerana lambat menyediakan borang discharge. Isteri call jam 12.00 tengah hari memaklum kan bolah discharge dan suami tiba tidak lama selepas itu. Tetapi sehingga jam 4 petang masih belum discharge. Jururawat telah siapkan semua, cuma menunggu pelepasan dari doktor pakar yang belum diterima kerana doktor berada di bilik pembedahan.
Satu wad bergema maki hamun suami isteri itu. Allahuakbar. Isteri yang baru lepas bersalin pun sama bergabung dengan suami memaki hamun, terjerit-jerit. Ucap terima kasih pun tidak. Apa mereka juga bukan manusia yang perlu dilayan selayaknya?
Pengalaman ibu saya discharge dari hospital swasta bertaraf 5 bintang dari jam 10 pagi, doktor kata boleh discharge. Akhirnya pada jam 8 malam baru kami dibenarkan keluar. Tidaklah kami complaint sebab sebagaimana di wad 6B hospital kerajaan, tunggu sajalah. Ada katil boleh baring, makanan pun masih juga dapat.
Apa yang saya perhatikan, baik di PAC mahupun di wad, kita tengah sakit maka bersabarlah. Saya tidak nampak sebarang faedah jika kita bising-bising, lagilah jururawat tidak mahu melayan kita adalah. Saya juga kalau boleh nak suami saya temankan. 32 hari di wad berseorangan, mengalir air mata tanpa teman. Orang kiri kanan depan dah bertukar-tukar dan saya masih di situ menghadapi tekanan perasaan seorang diri.
Tetapi Allah kan ada, itu yang suami saya ucapkan setiap kali saya telefon bila rindu atau tiap kali waktu melawat habis. Sebab itu semasa dua hari suntik di PAC, saya tidak suka bersembang dengan ibu-ibu yang lain terutamanya yang suka komen dan complaint hal-hal yang negatif. Saya berkhalwat dengan Allah sebab dari Allah datangnya kekuatan saya dan kepada Allah tempat saya mengadu.
Ah! Dah macam poyo pula saya ini. Tetapi sungguh! Itu sahaja yang dapat saya lakukan pada ketika itu. Suami tiada, jururawat super busy, ibu-ibu yang lain semua sedang menahan kesakitan. Untuk kita yang beriman ini, Allah sahajalah yang kita ada. Pada waktu itulah yang kita ingat pada Dia dan berbicara dengan Dia.
Komplikasi darah tinggi saya terlampau t eruk menyebabkan saya terpaksa bersalin ketika kandungan berusia 32 minggu. Dan takdir Allah, anak saya dipinjamkan selama 6 hari sahaja. I have no regrets, going to HSB. Kini saya masih ke HSB untuk rawatan dalam usaha memperolehi zuriat. Alhamdulillah walaupun menunggu lama baik untuk temujanji pakar mahupun giliran di Farmasi, saya tenang tanpa perlu memikirkan jumlah bayaran yang perlu saya sediakan.
32 hari di wad, 6 hari anak di NICU, bil perubatan saya mencecah hampir RM7,000. Alhamdulillah, saya hanya membayar dengan harga RM1.
Layanan tidak mewah, tetapi perkhidmatan setara hospital swasta. Matron garang, tetapi bila kita senyum, dia pun balas dengan senyuman juga. Jururawat masam mencuka, tetapi kita senyum saja, lama kelamaan dia pun senyum semula. Jururawat muka kelat, kita bagi salam dan senyum, inshaAllah dia jawab salam dan senyum walaupun terpaksa.
Dengan makcik Cleaner pun kita buat baik, inshaAllah boleh jadi penyeludup jajan/cikedis bila suami ki ta strict tak bagi makan benda bukan-bukan. Oh, makcik Cleaner pun kenal yang mana jururawat yang okay dan yang mana berkira. (Hehehehe!).
Oh, ada seorang doktor garang yang suka marah-marah intern. Kasihan pula doktor pelatih itu. Dengan kita pun dia garang tetapi tak apalah seminggu sekali saja syif dia. Tahan sajalah telinga dengar dia membebel. Dengan doktor itu memang saya senyum saja dan cakap bila perlu. Dengan doktor lain, tiap-tiap hari saya minta nak balik rumah.
Mungkin ini bahagian saya, bahagian anda Allah sudah tentukan bagaimana tetapi anda sendiri yang menentukan nilai positif yang harus anda terima. Spin the wheel so that all the negativity turns into something positive.
Ya, tahu sakit nak bersalin sebab itu Allah beri ganjaran syahid. Tetapi kalau di hati atau mulut asyik complaint, merungut tak puas hati, tang mana syahidnya itu nanti? Allah bagi sakit untuk ingat pada Dia, muhasabah diri, bukannya mencari salah orang lain.
Ini pengalaman s aya dan saya juga punya khilaf. ALHAMDULILLAH.
Menteri: Pengambilan guru BI dari India, UK ditangguh
Rancangan kerajaan untuk membawa masuk guru terlatih Bahasa Inggeris dari India ditangguhkan pada masa ini, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Beliau berkata penangguhan itu bukan sahaja melibatkan pengambilan guru dari India, malah turut melibatkan pengambilan guru terlatih dari negara lain termasuk dari Cambridge, United Kingdom.
"Penilaian secara komprehensif harus dilakukan terlebih dahulu sebelum sebarang keputusan dibuat dan akan memberi jawapan pada tahun hadapan. Kita tangguhkan program ini buat masa ini," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah Program Inovasi Usahawan Muda SME Bank Y-BIZ Challenge 2015 di ibunegara semalam.
Pengambilan guru terlatih Bahasa Inggeris dari India di bawah program Jurulatih Pakar Pembangunan Prestasi Sekolah (SISC+) bertujuan ditempatkan di beberapa sekolah luar bandar seluruh negara termasuk sekolah 'hot spot'bagi membantu guru Bahasa Inggeris tempatan meningkatkan kompetensi di bawah dasar Memartabatkan Bahasa Melayu dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).
Terdahulu, ketika berucap merasmikan Program Inovasi Usahawan Muda SME Bank Y-BIZ Challenge 2015 Mahdzir berkata program itu adalah contoh terbaik bagi pihak kerajaan dan swasta bekerjasama mencapai matlamat transformasi pendidikan di peringkat kebangsaan.
Katanya program itu selaras dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM) yang memberi penekanan terhadap perkembangan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
"PPPM memberi penekanan terhadap elemen inovasi dan kreativiti menerusi pengukuhan aktiviti kokurikulum melalui Projek Inovasi Kelab atau Persatuan Sekolah.
"Program Y-BIZ Challenge anjuran SME Bank ini mempunyai elemen yang menjadikannya seiring dengan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melahirkan generasi yang mampu membawa negara ke arah kecemerlangan," katanya.
Pengarah Urusan Kumpulan SME Bank Datuk Mohd Radzif Yunus berkata program itu bertujuan menggalakkan golongan muda untuk menceburi bidang keusahawanan dan menjadi titik mula untuk membentuk para pelajar.
"Modul program Inovasi Usahawan Muda SME Bank Y-BIZ Challenge telah melalui proses penambahbaikkan dan elemen-elemen perniagaan seperti sasaran pelanggan, kaedah pemasaran
Di majlis itu, Sekolah Menengah St. Michael, Penampang menjuarai pertandingan itu melalui inovasi produk "Go Green Pot", sekali gus melayakkan mereka untuk membawa pulang wang tunai RM15,000, trofi, piala pusingan dan sijil penyertaan serta tiket penerbangan bernilai RM25,000 untuk menyertai pertandingan di luar negara.
Tempat kedua dimenangi oleh Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Perlis dengan produk "Hydro Fertilizer" yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM15,000, trofi dan sijil penyertaan.
Manakala tempat ketiga dimenangi oleh Madrasah Idrisiah, Kuala Kangsar dengan produk "E-Pro Buster" dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000, trofi dan juga sijil penyertaan.
- Bernama
Maria Farida Akhiri Zaman Janda Dengan Datuk Rahman
Peguam Negara nafi dakwaan adik Kevin Morais
TAHNIAH! Fouziah Gous Selamat Timang Cahaya Mata
TAHNIAH! Fouziah Gous Selamat Timang Cahaya Mata
Tahniah diucapkan kepada pelakon dan pengacara Fouziah Gous kerana telah selamat menimang cahaya mata pertama mereka jam 11.40 pagi tadi di sebuah hospital swasta di Shah Alam.
Perkhabaran gembira tersebut dikongsikan di laman Instagram dan turut disambut dengan ucapan serta tahniah daripada peminat mereka. Fouziah dan suami sebelum ini merahsiakan terlebih dahulu jantina anak mereka.
Semoga kehadiaran cahaya mata ini menguatkan lagi ikatan kekeluargaan yang terbina buat keluarga ini. Insha Allah!
10,822 total views, 10,822 views today
'IKLAN CELAK D'HERBS SENGAJA JATUHKAN IMEJ WANITA BERPURDAH!' - NETIZEN
Popular Posts
-
The fishermen on a boat going out to sea off the coast of Marang in Terengganu. Their livelihoods have been impacted in a negative way by va...
-
Kuala Lumpur saw no new housing projects below the price tag of RM500,000 being launched last year, despite the maximum house price median o...
-
PUTRAJAYA – Jika ada yang masih ragu-ragu lagi mengenai sumbangan derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Da...
-
'Bila Saya Diserang, Semua Orang Diam'…Luahan SEDIH Najib Razak…Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini menjawab kritikan k...
-
KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai IOI Properties Group Bhd bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2015 meningkat kepada RM1.13 bilion...