Recent Post

Sunday, July 10, 2016

Alamak... lagi kes culik di Lahad Datu - AgendaDaily

Terakhir dikemaskini: 10 Julai 2016 By WARTAWAN AGENDADAILY

Tiga lelaki warga Indonesia yang sedang bekerja diatas kapal tunda dipercayai diculik lima lelaki bersenjata di peraiaran Lahad Datu tengah malam Sabtu.

Semua mereka dipercayai berada di atas kapal tunda apabila kejadian itu berlaku pada kira-kira 23:40.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun berkata, sidang media akan diadakan di Lahad Datu petang Ahad, tanpa menjelaskan lebih lanjut.

Pada 20 Jun, tujuh pelaut Indonesia dijadikan tebusan di Laut Sulu oleh militan Abu Sayyaf.

Abu Sayyaf, terkenal dengan menculik orang dan menuntut berjuta-juta wang tebusan.

April lalu empat pekerja bot tunda Malaysia diculik dan hanya dibebaskan Jun lalu.

Walaupun dalam kawasan perintah berkurung, namun kawasan perairan Sabah seluas lebih 1400 kilometer sukar untuk diawasi.

Penculikan dan jenayah rentas sempadan merupakan masalah lama di periairan Sabah dan Filipina namun semakin kerap akhir-akhir ini.-10/7/2016 *gambarfail

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Read more ...

Projek Kuih Raya Wanita Hari Ini Berjaya Agih 6,400 Balang Kuih Raya

Pejam celik, hanya tinggal seminggu sahaja lagi sebelum tibanya bulan Syawal, di mana seluruh umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama-sama keluarga tersayang. Sudah semestinya menjadi tradisi orang ramai untuk membeli kuih raya, pakaian baharu, perabot baharu dan lain-lain lagi untuk menyambut ketibaan bulan Syawal dengan penuh perasaan gembira.

Sejajar dengan kempen Syukur Selalu anjuran rangkaian televisyen Media Prima Berhad, program bual bicara popular, Wanita Hari Ini telah mengambil inisiatif untuk melangsungkan #projekkuihrayaWHI yang bertujuan memberikan sumbangan pelbagai kuih raya kepada golongan yang kurang bernasib baik agar mereka dapat merasai dan meraikan keriangan di pagi Syawal bersama-sama keluarga tersayang.

Ashh dan Annas merupakan salah satu pihak penaja Free Market WHI

Lebih istimewa, #projekkuihrayaWHI memberi peluang kepada penonton-penonton setia WHI untuk beramal apabila mereka telah menyumbangkan pelbagai kuih raya ke Sri Pentas pada 18 Jun 2016. Selain itu, krew Wanita Hari Ini juga menjelajah ke Alor Star dan Temerloh untuk mengumpul kuih-kuih raya yang diberikan oleh penonton setia WHI.

Bertempat di Wisma Bidara di Alor Setar pada 18 Jun 2016 (Sabtu), acara tersebut turut disertai oleh isteri Menteri Besar Kedah, Datin Seri Hizam Awang Ahmad. Manakala aktiviti gotong-royong membuat dodol juga diadakan di lokasi pusat pengumpulan ketiga iaitu Kampung Paya Luas, Temerloh, Pahang pada 19 Jun 2016 (Ahad).

Jumlah kuih raya yang dikumpul berjaya mencecah 6,000 balang pada kedua-dua hari tersebut. Antaranya, Puan Nor Azlena, penonton WHI merupakan penyumbang kuih raya terbanyak, iaitu lebih daripada 200 balang kuih raya sebagai tanda sokongan kepada #projekkuihrayaWHI.

600 balang kuih raya telah diagihkan kepada 8 badan anggota keselamatan dan 300 orang ibu tunggal dan anak-anak yatim di Alor Setar, Kedah. Seterusnya, sebanyak 4,000 balang kuih raya pula telah diedarkan kepada pesakit di wad pediatrik, Hospital Besar Temerloh, golongan orang kurang upaya (OKU), dan juga penduduk di Kampung Paya Luas, Temerloh, Pahang. Tidak ketinggalan, WHI juga telah mengedarkan sebanyak 1,000 balang kuih raya kepada orang ramai di kawasan PPR Tun Razak, Kuala Lumpur pada hari Rabu, 22 Jun.

Acara kemuncak #projekkuihrayaWHI iaitu Free Market WHI telah diadakan pada 25 Jun 2016 (Sabtu) di Dewan Serbaguna, Menara Seri Wilayah, Putrajaya bermula dari pukul 3.00 petang sehingga 8.00 malam bagi meraikan golongan yang memerlukan iaitu keluarga Bersamamu, keluarga Orang Asli Bukit Lanjan, dan juga para pelajar di sekitar Lembah Klang.

Mereka telah menerima kuih raya dan barangan keperluan seperti tudung, telekung, baju Melayu dan kasut yang ditaja oleh Nestlé, Pusat Pakaian Hari Hari, Blossom Box, Ash & Annas dan lain-lain. Tetamu kehormat, YBhg. Datin Seri Utama Datuk Anggraini Sentiyaki turut hadir untuk menyerikan majlis berbuka puasa dan memberikan bungkusan-bungkusan serunding kepada hadirin sekalian.

Para jemputan turut diraikan dengan majlis berbuka puasa bersama-sama krew Wanita Hari Ini yang diketuai oleh Puan Kalijahwati Md. Kassim, Penerbit Eksekutif Wanita Hari Ini dan barisan hos WHI iaitu Fiza Sabjahan dan Hazrena Kassim. Hadirin sekalian telah dihiburkan dengan persembahan istimewa oleh Wani Kayrie, Yoyo dan Syuhada.

Bagi yang tidak berpeluang untuk hadir ke lokasi terpilih, anda masih boleh terus menderma dan jangan lupa berkongsi cerita anda bersama kami melalui #projekkuihrayaWHI. Gambar dan video yang terpilih akan kami kongsikan secara langsung dalam program Wanita Hari Ini.

YBhg. Datin Seri Utama Datuk Anggraini Sentiyaki mengedarkan serunding dan kuih raya kepada kanak-kanak

Wani Kayrie, Yoyo dan Syuhada membuat persembahan lagu Senyuman Di Pagi Raya.

Puan Nor Azlena, penonton WHI merupakan penyumbang kuih raya terbanyak

Pengagihan barangan keperluan kepada para hadirin 3

Pengagihan barangan keperluan kepada para hadirin 2

Pengagihan barangan keperluan kepada para hadirin 1

Krew WHI bersama-sama penyumbang kuih raya

Gotong-royong membuat dodol di Kampung Paya Luas, Temerloh, Pahang

Antara kuih raya yang telah disumbangkan kepada krew WHI

Related

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

10 Telefon Pintar(Android) Yang Paling Popular & Menjadi Pilihan Rakyat Malaysia Setakat Separuh 2016

Telefon apa yang paling popular dalam kalangan rakyat Malaysia setakat ini?

Baru-baru ini, Antutu.com telah mengeluarkan senarai telefon pintar yang popular dalam pengguna di negara ini setakat Jun 2016(1H 2016).

Menurut laporan tersebut, rakyat Malaysia lebih menggemari telefon pintar yang mempunyai skrin yang lebih besar apabila Xiaomi Redmi Note3, Xiaomi Redmi Note2 dan juga Samsung Galaxy Note5 berada di tiga tempat teratas senarai itu.

10 - Samsung Galaxy Note 2Populariti : 1.87%

9 - Lenovo A 7000Populariti : 1.94%

8 - Oneplus 2Populariti : 2.11%

7 - OneplusPopulariti : 2.46%

6 - Samsung Galaxy Note 4Populariti : 3.46%

5 - Samsung Galaxy Note 3Populariti : 3.47%

4 - Asus Zenfone 2Populariti : 3.73%

3 - Samsung Galaxy Note 5Populariti : 6.90%

2 - Xiaomi Redmi Note 2Populariti : 6.95%

1 - Xiaomi Redmi Note 3Populariti : 10.77%

Sumber : Antutu

Read more ...

Jangan siar IS berpakaian seragam, bawa senjata - polis

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengingatkan akhbar agar tidak menyiarkan gambar berhubung militan IS, terutamanya ahli dan anak-anak mereka berpakaian seragam serta membawa senjata.

Katanya, tindakan itu akan hanya akan mengagung-agungkan kumpulan pengganas itu, dan juga memberi inspirasi kepada belia Malaysia untuk menyertai mereka.

"Janganlah kita menyiarkan gambar-gambar mereka berpakaian seragam, gambar budak-budak pakai seragam, bawa senjata. Ini semua akan beri inspirasi (kepada) budak-budak kita sini untuk menyertai mereka.

"Budak-budak kita suka pakaian seragam, jadi jangan siarkan, jangan gambarkan mereka (sebagai) satu pasukan hebat.

"Kutuk mereka habis-habisan. Jangan mengagung-agungkan mereka sebab itu yang mereka hendak," katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Hari Raya Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di kediaman rasminya di Putrajaya hari ini.

Pada 28 Jun lalu berlaku satu letupan bom di sebuah kelab malam di Puchong, yang kemudian disahkan oleh Khalid sebagai mempunyai kaitan dengan elemen IS.

Ini menjadikan serangan itu sebagai yang pertama membabitkan IS di Malaysia.

Terdapat juga peningkatan dalam serangan pengganas di seluruh dunia ketika bulan Ramadan sebelum ini yang dianggap bulan paling suci dalam Islam.

Sementara itu, Zahid berkata, terdapat kebimbangan berhubung lebih 300 pengikut radikal ulama Indonesia Abu Bakar Bashir yang dipenjarakan kerana kegiatan pengganas bakal dibebaskan dari penjara-penjara tidak lama lagi.

Bagaimanapun, beliau berkata, Indonesia dan Malaysia berkongsi semua maklumat berkaitan dengan keganasan.

"Dengan kerjasama imigrasi Indonesia dan jabatan imigresen Malaysia, kita bertukar maklumat termasuk bertukar cap jari atau biometrik.

"(Ini) agar mereka yang dibebaskan tidak akan berjaya menyelinap ke negara kita dan mempengaruhi mereka yang mudah dipengaruhi oleh propaganda IS," katanya.

[Baca berita penuh]

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *