Recent Post

Saturday, November 21, 2015

JAKIM tidak memaksa umat Islam mengikut versinya - Ketua Pengarah

JAKIM memainkan peranan sebagai agensi pusat dalam pengurusan hal ehwal Islam dan bukan mengawasi dan memaksa umat Islam mengikut versinya.
Read more ...

(TAHNIAH) Shuib Sepahtu & Siti Sarah Timang Cahaya Mata Ke 3

Tahniah kepada pelawak Shuib Sepahtu dan isterinya Siti Sarah yang telah selamat menimang cahaya mata  ketiga mereka semalam tepat jam 12.27pm. Bayi lelaki dengan berat 3.1 kilogram itu dilahirkan di sebuah hospital swasta.

Shuib menerusi akaun Instagram miliknya sempat meluahkan rasa syukur atas rezeki yang diberikan oleh Allah SWT dan turut mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang mendoakan kebahagiaan mereka sekeluarga.

Syukur Alhamdulillah Ya Allah tepat pukul 12.27pm hari Jumaat 20 Nov 2015 lahirnya putera ke-3 kami dgn berat 3.1kg. Syukur ke hadrat mu Ya Allah. Terima kasih pd semua yg mendoakan kami sekeluarga. Alhamdulillah #persuibofhappyness#babybaru #Alhamdulillah #syukur.

Shuib yang bernikah dengan Siti Sarah pada  tahun 2011  sebelum ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni dan Dzahira Talita Zahra.

Sumber Berita: Instagram Shuib Sepahtu

Related Related Category : Malay 11 Comments Tinggalkan komen anda di sini TAGS: , , , , , , , PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

BELUM RANCANG BULAN MADU - SHUKRI YAHAYA MAHU BAWA ISTERI KE MEKAH

Walaupun belum merancang untuk berbulan madu, namun Shukri Yahaya sudah pun merancang untuk membawa isterinya, Tya Adnan ke Mekah bagi menunaikan umrah pada tahun hadapan.

"Sebelum pergi berbulan ma­du, kalau boleh saya mahu bawa Tya ke Mekah terlebih dahulu. Ini memang sudah direncanakan awal. Bagaimanapun, belum ada tarikh tertentu ditetapkan kerana jadual lakonan saya penuh sehingga ke hujung tahun. Mungkin awal 2016 baru dapat memilih tarikh bersesuaian," ujar Shukri dipetik sebagai berkata.

Selain itu, setelah bergelar suami semalam (20 November), Shukri mengakui bahawa dia kini mempunyai tanggungjawab untuk membataskan pergaulannya, baik bila berdepan orang ramai mahu pun di dalam lako nan.

Dalam pada itu, isteri Shukri berkata yang dia tidak akan mencampuri sebarang urusan berkaitan kerjaya suaminya itu.

Dia juga tidak berhasrat untuk menguruskan kerjaya suaminya seperti mana dilakukan kebanyakkan isteri selebriti lain.

"Seperti mana sebelum berkahwin saya tidak pernah masuk campur dalam urusan kariernya ia tetap akan sama selepas berkahwin.

"Sebagai isteri saya sentiasa menyokong kariernya dan percaya suami akan bersikap telus seperti dilakukan sepanjang empat tahun kami bercinta," jelas Tya.

Ditanya soal anak, Shukri memberitahu dia berharap akan segera dikurniakan cahaya mata kerana menyukai kanak-kanak.

"Jika boleh saya mahu anak cepat dan mahu sebuah keluarga besar," k ata Shukri.

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

Shukri Yahaya Rancang Tunaikan Umrah Bersama Isteri

Pelakon Shukri Yahaya ketika ini belum lagi merancang untuk berbulan madu, tetapi mempunyai perancangan yang lain yang dikatakan cukup manfaat untuk mereka menghabiskan masa bersama.

Shukri merancang untuk mengerjakan umrah selewat-lewatnya pada tahun hadapan bersama Tya yang baru sahaja dinikahinya semalam (20 Nomber)

"Sebelum pergi berbulan madu, kalau boleh saya mahu bawa Tya ke Mekah terlebih dahulu.

Ini memang sudah direncanakan awal. Bagaimanapun, belum ada tarikh tertentu ditetapkan kerana jadual lakonan saya penuh sehingga ke hujung tahun.

Mungkin awal 2016 baru dapat memilih tarikh bersesuaian," jelasnya kepada Utusan Online

Di majlis pernikahan yang berlangsung serba sederhana itu, Shukri telah menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300 kepada pengantin perempuan.

Sebentuk cincin emas turut disarungkan di jari isteri tercinta berserta dengan 7 dulang hantaran dan dibalas sembilan oleh pihak pengantin perempuan.

Majlis pernikahan tersebut di­sempurnakan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan dan Penceraian Putrajaya, Muhd. Redza Ahmad dan berwalikan bapa Tya, Ahmad Adnan Ishak.

Selain itu, setelah bergelar suami, Shukri mengakui bahawa dia kini mempunyai tanggungjawab untuk membataskan pergaulannya, baik bila berdepan orang ramai mahu pun di dalam lakonan.

Semoga bahtera perkahwinan pasangan ini kekal hingga ke akhir hayat dan dirahmati oleh Nya. Jom kita lihat gambar-gambar majlis pernikahan mereka yang diraikan dengan penuh bermakna.

 

 

 

 

 

 

 

Sumber Utusan OnlineDiolah semula Mohd Ishahrulddin TahirArtikel Ini Disiarkan Pada Sabtu, 21 Nov 2015

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *