Tuesday, March 22, 2016
Najib terkejut dengan serangan bom di Brussels
Filem Munafik Catat Kutipan RM 17 Juta Hanya Dalam Tempoh 26 Hari, Atasi Rekod Polis Evo
Filem Munafik nampaknya sudah berjaya mengatasi rekod Polis Evo dan berjaya mencatat kutipan RM17 juta hanya dalam tempoh 26 hari tayangan. Wah! Memang power karya Syamsul kali ini.
Sebelum ini,filem Polis Evo memperoleh RM17 juta hany selepas 60 hari ditayangkan di pawagam.
Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Syamsul menerusi akaun Facebooknya. Luah Syamsul, harapan beliau untuk melihat filem berunsurkan islamik dan dakwah berjaya di Malaysia.
Akhirnya termakbul Doa..jauh disudut hati ingin sekali aku melihat filem Islamik Dakwah dilihat sbg antara filem berjaya di Malaysia.
Jgn sesekali kita was2 dgn kuasa Tuhan.Allah maha mendengar doa juga rintihan semua hamba.Menangislah wahai Mata utk Tuhanmu!
Yakinlah dgn Doa hamba pd Tuhan dimana sahaja terutamanya dibumi penuh barakah dilimpahi rahmat ini..Mekah Dihadapan Kaabah juga Raudah Madinah..Moga kejayaan ini membuatkan hati kita SEMUA semakin kuat iman/taqwa & jagalah..jagalah hubungan dgn Tuhan.Moga Allah Redha dgn kejayaan ini.Takbir.
Tahniah kepada Syamsul Yusof , pelakon-pelakon serta seluruh krew filem Munafik! Harapnya selepas ini Syamsul dapat menghasilkan lagi filem yang lebih gempak dengan mesej yang berguna kepada masyarakat.
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.14 GAMBAR - FASHA SANDHA LUANG MASA BERSAMA KELUARGA DI INDONESIA
Fasha Sandha kini sedang meluangkan masa bersama keluarganya dengan bercuti di Bali, Indonesia.
Ketika disana, Fasha telah meraikan sambutan hari lahir adik lelakinya yang ke-19 dan ulangtahun ke-5 Chinta Salon.
Menerusi laman Instagram Fasha, dia telah berkongsi gambar-gambar sekitar percutian mereka di sana.
"Taking a short break with my family and Chinta Salon team. Happy 19th birthday my little brother Ikmal Daniels and happy 5th anniversary Chinta Salon," ujar Fasha di IGnya.
Jom tengok!
________________________
:: FACEBOOK :: INSTAGRAM :: TWITTER :: :: YOUTUBE :: SEJARAH MYARTIS :: Follow @myartisdotcomSheila Rusly Akui Peminat Gemar Melihatnya Dalam Program Masakan
Biarpun sudah established dan sudah mencipta nama sebagai seorang pelakon, namun Hajjah Sheila Rusly mengakui rata-rata peminatnya lebih gemar melihatnya kemunculannya di dalam program masakan.
"Saya pun tidak tahulah kenapa. Dalam Anugerah Drama Festival yang saya hadiri baru-baru ini pun begitu juga.
"Nampak sahaja kelibat saya di karpet merah, mereka terus memekik nama saya sambil menyebut Ketuk-Ketuk Ramadhan.
"Agaknya diaorang (peminat) memang suka tengok saya ni memasak atau mengacarakan program memasak agaknya.
"Jadi saya pun fikir, mungkin saya perlu muncul dalam sebuah program masakan saya sendiri dan sebetulnya idea itu sudah ada tetapi saya sedang memikirkan beberapa konsep menarik yang sesuai untuk ditampilkan di dalam program itu nanti," katanya kepada Suudu.
Jelas Sheila Rusly lagi, dia juga terkejut apabila melihat fanpage Resepi Sheila Rusly di laman sosial media facebook mendapat respon yang cukup menggalakkan daripada peminat-peminatnya.
"Saya buka fanpage itu sekadar suka-suka untuk berkongsi resepi memasak atau video masakan. Tapi, tak sangka pula ramai yang suka hingga ia mencecah 1, 925,3000 likes.
"Ada antara video masakan itu yang saya kongsi menerusi page lain dan ada juga yang saya hasilkan sendiri," katanya lagi.
Dia yang baru sahaja mengetahui mengenai kewujudan Suudu mengakui sangat teruja untuk menerokai aplikasi mengenai dunia masakan itu bersama sosial medianya.
"Lepas ni, bolehlah saya kongsi content Suudu di fanpage saya ini. Tak salah kongsi-mengongsi nih….," katanya sambil mengakhiri perbualan.
Artikel ini disiarkan pada 22 Mac 2016
Jho Low masih rakyat Malaysia - AgendaDaily
Timbalan Perdana menteri yang juga Menteri dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi nafi dakwaan ahli perniagaan juga ada paspot Amerika.
Jho Low yang berasal dari Pulau Pinang kerap tinggal dan beroperasi dari Amerika.
Dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat sebagai menjawab soalan Ahli Parlimen PKR Kelana Jaya ,Wong Chen beliau kata ini berdasarkan siasatan oleh kementeriannya.
Katanya setakat ini Kementerian Dalam Negeri tidak terima sebarang aduan Jho Low ada dua kerakyataan.
Juga katanya tiada aduan beliau telah lupuskan paspot Malaysia.- 22/3/2016
PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Tarikan Istimewa Chiba, Jepun dalam Program PANORAMA
Seiring dengan pendekatan yang lebih segar serta memenuhi permintaan penonton, tayangan program terbitan Unit Majalah dan Dokumentari RTM yang tidak asing lagi, "Panorama" bakal bersiaran pada waktu siaran baharu bermula 5 April ini, setiap Selasa, pukul 9.00 malam menerusi saluran TV1.
Meneruskan legasi menyampaikan informasi dan berkongsi maklumat tentang isu, alam semula jadi, human/public interest, adat dan kebudayaan, pelancongan, teknologi, warisan, sejarah dan profil. Malah menariknya kini Panorama turut menjalankan penggambaran segmen khas di luar negara menerusi tajuk "Pesona Chiba".
Tarikan Istimewa Chiba, Jepun dalam Program Panorama di TV1Disiarkan menerusi tiga episod berturut-turut iaitu pada 5, 12 dan 19 April 2016, kunjungan kru Panorama RTM yang dibawa khas oleh Yakult (M) Sdn. Bhd. & Chiba Prefectural Government ke Chiba iaitu wilayah bersebelahan dengan ibu negara Jepun, Tokyo, memberi banyak peluang berharga untuk merakamkan detik menarik disetiap destinasi yang dikunjungi khas untuk penonton setia rancangan Panorama.
Setibanya di lapangan terbang antarabangsa Narita, mereka ke menara Pelabuhan Chiba yang menampilkan bangunan cermin berketinggian 113 meter iaitu lokasi untuk melihat seluruh Pusat Bandar Chiba serta wilayah berdekatan seperti menara Tokyo, menara Skytree dan gunung Fuji. Seterusnya mereka sempat mengelilingi bandar Chiba dengan menggunakan pengangkutan awam iaitu Chiba Urban Monorail.
Menurut penerbitnya Jasmaidy Aroff,
"Tarikan musim luruh memukau pelancong dengan taburan daun kekuningan yang memberi satu suasana tenang dan indah. Kedudukan Chiba yang berhadapan dengan lautan pasifik mempunyai banyak tempat menangkap ikan yang dibanggakan seperti pelabuhan perikanan Hotta di Bandar Kyonan. Lebih 40 restoran mengambil tempahan hasil tangkapan segar oleh Syarikat Fisherman Union. Selesai di pelabuhan, kami singgah ke restoran berdekatan untuk menikmati menu tradisi Jepun."
Penerokaan krew Panorama diteruskan ke Wagoen Farm yang terletak di bandar Nissato Katori, Chiba. Di sini pelbagai sayuran dan buah-buahannya merupakan pertanian kelas tinggi di Jepun. Pengembaraan ini pastinya memberi pengalaman yang indah serta dapat berkongsi destinasi menarik bersama penonton setia rancangan Panorama.
Dalam episod seterusnya, destinasi percutian di Jepun, pastinya lebih menarik tatkala ke Chiba iaitu wilayah yang sering dilawati pelancong dari dalam dan luar negara. Menerusi siri kedua ini, penonton Panorama dibawa ke Kamogawa Seaworld yang terletak di Higashicho. Konsep "Pertemuan Dengan Dunia Lautan", taman tema ini mempamerkan 800 jenis hidupan sungai dan lautan. Kru Panorama kagum melihat persembahan ikan paus pembunuh melakukan lompatan dinamik dan aksi mesra bersama pelatih. Pengunjung turut kagum melihat aksi pelatih wanita yang tidak gentar dengan haiwan ini.
Perjalanan diteruskan ke Shimoda Bakery and Café di Narita untuk menikmati roti istimewa yang popular di kalangan masyarakat Chiba. Satsumaimo atau roti yang berintikan kentang manis dan roti isitimewa berintikan unagi atau belut ini antara yang sering menjadi permintaan pelanggan di sini. Berdekatan Shimoda Bakery and Cafe, mereka ke restoran yang menjual produk manisan berbentuk kacang. Pandangan mata tertarik untuk ke Muzium Kaligrafi Naritasan yang memaparkan pelbagai seni tulisan kaligrafi moden dan klasik.
Destinasi pelancongan seterusnya adalah menerokai lembah Yoru-Keikoku yang dipenuhi pelbagai jenis tumbuhan. Pemandangan menakjubkan di penghujung musim luruh, di mana masih kelihatan tumbuhan berwarna keemasan dan juga tumbuhan kembali menghijau iaitu menandakan musim sejuk atau salji akan tiba. Bagi merasai pengalaman membeli-belah di Chiba, kru Panorama sempat singgah di beberapa buah butik terkemuka di Shisui Premium Outlets. Semua destinasi ini sememangnya perlu di masukkan ke dalam senarai lokasi untuk dikunjungi sekiranya ke Chiba, Jepun.
Melengkapkan lagi pengembaraan di bumi Chiba, bersama pengacara Rosnani Nasir menyambung perjalanan menjejakkan kaki ke taman tema Tokyo Disneyland. Dibina pada tahun 1983 dan merupakan taman tema Disneyland pertama yang berada di luar Amerika Syarikat. Destinasi ini terletak di bandar Urayasu, wilayah Chiba, berhampiran Tokyo. Taman ini dibina oleh Walt Disney Imagineering dengan gaya yang sama seperti Disneyland di California dan Magic Kingdom di Florida. Tokyo Disneyland adalah milik The Oriental Land Company, yang mendapat lesen temanya dari The Walt Disney Company. Warna lampu dan warna-warni persembahan menceriakan malam di Tokyo Disneyland semua watak dalam kartun Disney di persembahkan kepada pengunjung yang siap sedia menunggu di sepanjang jalan.
Bertempat diperkampungan keluarga samurai, kru Panorama bersama Taakaki Suga dari Unit Kebudayaan Bandar Sakura bagi mengenali lebih dekat mengenai samurai. Samurai semasa era Tokugawa beransur-ansur kehilangan fungsi ketenteraan mereka. Pada akhir era Tokugawa, samurai secara umumnya adalah kakitangan am bagi Daimyo, dengan pedang mereka hanya untuk tujuan istiadat. Seribu satu agenda acara dan tarikan terdapat di Chiba, Jepun, untuk mendapatkan sesuatu yang unik dalam penjelajahan anda ke negara matahari terbit ini. Pengembaraan kru Panorama ke bumi Chiba yang diterbangkan khas oleh Yakult Malaysia dan Chiba Prefecture Government, memberi pengalaman yang indah serta dapat berkongsi destinasi menarik bersama penonton setia rancangan panorama RTM yang bersiaran setiap Selasa, pukul 9.00 malam di TV1.
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.
Komen via FacebookKomen
— Budiey
Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Social Media Marketing, Instagram Influencer, #LiveUpdate Expert, photojournalist, jurugambar, kerap ber-Twitter & Facebook, copywriter, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.
Zara Zya Nafi Bercinta Di Set Penggambaran
Menjawab persoalan itu Zara berkata, dia tidak mempunyai masa untuk bercinta buat masa ini.
"Buat masa ini saya tiada masa untuk bercinta sebab terlalu sibuk dengan kerjaya. Nanti si dia pula yang kecewa bila bosan kerana saya tiada masa," katanya.
Zara menjelaskan, keluarganya juga memahami apa yang dilaluinya dan pada masa sama menolak dakwaan mengatakan dia terjebak dengan cinta di lokasi penggambaran.
"Keluarga saya amat memahami walaupun abang dan kakak saya semuanya berkahwin pada usia yang muda. Lagipun saya anak bongsu. Saya anggap set penggambaran sebagai pejabat, jadi tidak mungkin terjadinya cinta lokasi seperti yang diperkatakan.
"Mana mungkin saya bercinta dengan orang lain pula di set penggambaran yang berbeza," ujarnya.
Tambah Zara dia pasti akan berkongsi kisah bersama peminat jika sudah menjumpai teman istimewa kelak.
Incoming search terms:Dua lagu hip hop hilang kelayakan AIM20 kerana ciplak?
Maya Karin, Remy Ishak Bersanding 14 Februari Ini?
Linda Rafar Kini Sudah Mula Berhijab
Neelofa Akui Hans Isaac Setia Dalam Bercinta
Komencomments
Apple Perkenal iPhone SE, Saiz 4 Inci Dengan Kehebatan iPhone 6S
Naib Presiden Apple yang mengetuai Pemasaran Produk iPhone, Greg Joswiak pada majlis pelancaran produk itu di Cupertino, California, berkata China adalah sasaran pasaran manakala paparan skrin empat inci yang terdapat pada iPhone SE masih popular di kalangan pembeli telefon pintar pertama kali
iPhone SE dengan spesifikasi menggunakan pemproses terkini, pengimbas ibu jari dan Apple Pay dan dijual pada harga AS$399 (RM1,619), hamir 40 peratus lebih murah berbanding iPhone 6S yang dijual pada harga AS$649 (RM2,633)
Perbezaan yang sedikit ketara antara iphone SE dengan iphone 6s yang baru beberapa bulan di pasaran membolehkan iphone SE dijual lebih murah dimana perbezaannya adalah pada saiz skrin, ram lebih kecil iaitu 1GB, tiada Force touch seperti ip6s dan bateri bersaiz 1642mah berbanding ip6s 1715mah. - Siakapkeli.my
Muhyiddin: Bila baca Utusan, macam kami ini 'perompak' dibuatnya
Bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan dirinya digambarkan seperti "perompak" apabila hanya berita buruk mengenai beliau disiarkan akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.
Mengenang zaman ketika memegang jawatan timbalan perdana menteri, Muhyiddin berkata, kini tiada lagi liputan akhbar itu seperti zaman popular beliau.
"Sekarang ini mereka nak tengok muka saya pun tak boleh lagi, mana ada Utusan di sini. Yang ada Malaysiakini, Pak Din Turtle (penulis blog) dan Malaysian Insider (kini ditutup).
"Kalau tuan-tuan baca Utusan, cerita-cerita yang buruk pasal Muhyiddin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir (bekas MB Kedah).
"Keluar macam-macam (berita), macam kami ini 'perompak' dibuatnya," katanya ketika berucap di program Bicara Rakyat Polemik Politik Masa Kini di Dewan Sri Teratai Kampung Batu Ampat, Kota Tinggi, malam tadi.
Ahli Parlimen Pagoh itu juga sempat berseloroh dengan hadirin mengenai keadaan beliau yang kini tidak lagi disambut oleh pengiring dan paluan kompang ketika menghadiri program selepas dipecat sejak lapan bulan lalu.
"Hari ini, tidak ada walaupun hanya satu kompang.
"Tak apa, saya tak pegang jawatan lagi. Mereka yang bermain kompang boleh tidur lena," katanya disambut ketawa kira-kira 1,500 yang hadir.
Selepas berada dalam kerajaan sejak 37 tahun lalu, Muhyiddin dipecat pada 28 Julai lalu daripada jawatan timbalan perdana menteri selepas lantang mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang terpalit dengan skandal 1MDB dan dana RM2.6 bilion.
Malah, beliau yang kini digantung tugas sebagai timbalan presiden Umno, turut bersama 50 individu menandatangani Deklarasi Rakyat untuk menggesa pengunduran Najib sebagai perdana menteri, pada 4 Mac lalu.
Sementara itu Muhyiddin berkata, sehingga hari ini sudah lebih 50,000 tandatangan telah dikumpulkan dalam kempen selamatkan Malaysia.
Menurut Muhyiddin, beliau merupakan penggerak utama meminta Tun Abdullah Ahmad Badawi berundur selepas pilihan raya umum (PRU) 2008.
"Sayalah penggerak utama untuk minta Pak Lah berundur selepas PRU 2008. Saya jumpa Najib ketika itu dia timbalan perdana menteri dan bagi tafsiran keputusan PRU kurang baik.
"Kita menyarankan supaya beliau ambil alih kempinan negara daripada Pak Lah (Abdullah).
"Tapi hari ini saya melihat situasi agak begitu sukar, apabila kita lihat kepimpinan khususnya Najib. Pada peringkat awal nampak macam molek," katanya.
Namun tambah Muhyiddin, berbeza dengan Najib, Pak Lah jauh daripada sebarang skandal walaupun kepimpinan beliau dilihat tidak kukuh.
[SUSULAN KES SONGLAP 100JUTA] KSN: Pegawai jawatan sensitif seharusnya ditukar 3-5 tahun
Beliau berkata Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2004 Panduan Pertukaran Pegawai Awam menyatakan ketua jabatan boleh menukarkan pegawai yang menyandang jawatan yang diklasifikasikan sebagai jawatan sensitif.
Katanya, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pernah menegur dan mengeluarkan surat mengenai pertukaran pegawai yang memegang jawatan sensitif namun menghadapi cabaran berikutan rayuan bahawa (keperluan bagi) pegawai itu kritikal dan perlu dikekalkan.
"Sehubungan itu, saya minta kerjasama kementerian dengan bantuan menteri supaya jangan merayu kalau seseorang pegawai diarahkan bertukar kerana tempoh panjang (berkhidmat) di sesebuah kementerian, pada masa depan," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Ali berkata jawatan yang sensitif adalah jawatan di mana penyandangnya terlibat secara langsung denga n pelanggan semasa menguatkuasakan undang-undang, terlibat secara langsung dengan pelanggan semasa memproses sesuatu permohonan yang boleh menghasilkan pulangan kewangan atau habuan.
Jawatan sensitif juga termasuk pegawai yang menjalankan tugas membuat bayaran atau kutipan hasil daripada pelanggan dan membuat keputusan berdasarkan kepada pertimbangan budi bicara sama ada seseorang itu layak atau tidak mendapat sesuatu.
Ali berkata pegawai yang memegang jawatan diklasifikasikan sebagai jawatan bukan sensitif boleh berkhidmat antara tiga hingga lapan tahun di sesebuah kementerian atau agensi. - Bernama
KENYATAAN MEDIA KETUA SETIAUSAHA NEGARA BERKENAAN PENANGKAPAN PEGAWAI KANAN KERAJAAN OLEH SPRM Kerajaan sentiasa memantau aktiviti perolehan di Kementerian-kementerian bagi memastikan perolehan dilaksanakan dengan teratur. Pemantauan ini dilaksanakan,antara lain, melalui pelaporan Ketua Audit Negara pada setiap tahun dan penubuhan Unit Integriti di setiap agensi Kerajaan. Sehubungan dengan pemantauan berterusan tersebut, Kerajaan sentiasa bekerjasama erat dengan SPRM dalam meneliti semua bentuk ketidakakuran dalam perolehan kerajaan sama ada yang dilaporkan atau tidak dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara, bagi menentukan sama ada ketidakakuran itu ada unsur jenayah atau tidak. Perkara ini melibatkan tindakan pemantauan berterusan, pengumpulan maklumat dan bukti-bukti yang kukuh serta pengecaman identiti pegawai awam yang terlibat dalam sesuatu pelaporan ketidakakuran (non-compliance report) bagi membolehkan suatu tindakan jenayah atau tatatertib diambil ke atas pegawai yang telah dikenal pasti. Namun begitu, tidak dinafikan bahawa isu-isu ketidakakuran masih boleh berlaku jika terdapat kelemahan-kelamahan dalam peringkat kawalan dalaman. Sepertimana dimaklumi, YB Menteri KBS pada pagi ini telah membuat kenyataan media yang mengesahkan bahawa individu yang dirujuk dalam isu penyelewengan yang didedahkan oleh SPRM adalah merupakan pegawai di Kementerian Belia dan Sukan. Kerajaan memandang serius kes sedemikian dan akan mengambil tindakan tegas terhadap pegawai jika sabit kesalahan. TINDAKAN SERTA MERTA Selaras dengan penahanan pegawai oleh SPRM pada Khamis 17 Mac 2016 berhubung kes penyelewengan dana awam, tindakan PENAHANAN KERJA di bawah peraturan 43 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U(A)395/1993], akan dilaksanakan. Pihak KBS telah pun mengemukakan perakuan penahanan kerja pegawai tersebut kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bagi maksud pengeluaran perintah tahan kerja. Sekiranya pegawai dituduh di Mahkamah atas kesalahan jenayah, pegawai akan diambil tindakan menurut prosedur di bawah peraturan 28 P.U(A)395/1993. Dalam hal ini, pegawai akan di TAHAN KERJA sehingga prosiding jenayah di Mahkamah terhadapnya selesai. Sekiranya pegawai didapati bersalah, pegawai akan di GANTUNG KERJA dan tidak dibayar apa-apa emolumen sehingga Lembaga Tatatertib memutuskan hukuman yang wajar dikenakan ke atasnya yang membawa kepada hukuman maksimum sehingga BUANG KERJA. Pegawai juga akan disiasat bagi tindakan tatatertib berhubung isu penyelenggaraan taraf kehidupan yang melebihi emolumen atau pendapatan yang sah di bawah peraturan 11, P.U(A)395/1993. PENEMPATAN PEGAWAI AWAM Mengenai penempatan pegawai awam, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2004 Panduan Pertukaran Pegawai Awam menjelaskan bahawa Ketua Jabatan boleh: i. menukarkan pegawai yang telah berkhidmat antara 3 hingga 5 tahun di suatu jawatan yang diklasifikasikan sebagai jawatan sensitif. Jawatan yang diklasifikasikan sebagai jawatan sensitif adalah jawatan di mana penyandangnya: a. terlibat secara langsung dengan pelanggan semasa menguatkuasakan undang-undang; b. terlibat secara langsung dengan pelanggan semasa memproses sesuatu permohonan yang boleh menghasilkan pulangan kewangan atau apa-apa bentuk habuan; c. dikehendaki menjalankan tugas membuat bayaran kepada atau membuat kutipan hasil daripada pelanggan; dan d. membuat keputusan berdasarkan kepada pertimbangan budi bicara sama ada seseorang itu layak atau tidak layak mendapat sesuatu atau telah / tidak melanggar sesuatu peraturan atau undang-undang. ii. menukarkan pegawai yang telah berkhidmat antara 3 tahun hingga 8 tahun di suatu jawatan yang diklasifikasikan sebagai jawatan bukan sensitif. Umumnya pegawai akan ditukarkan mengikut ketetapan tersebut. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat keperluan perkhidmatan yang mana pengalaman dan pengetahuan pegawai diperlukan, dengan mengambil kira pandangan dan permohonan Kementerian, maka seorang pegawai akan dibenarkan untuk terus berkhidmat di Kementerian berkenaan. PENGAUDITAN OLEH JABATAN KETUA AUDIT NEGARA KE ATAS KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN Mengenai cadangan penubuhan Pasukan Siasatan Bebas, saya telah berbincang dengan YBhg Tan Sri Ambrin Buang, Ketua Audit Negara supaya proses pengauditan dijalankan ke atas Kementerian Belia dan Sukan dan Agensi-agensi dibawahnya. Proses ini antara lain, akan meneliti peraturan kewangan yang berkuatkuasa daripada segi sejauh mana peraturan kewangan tersebut telah dipatuhi sepenuhnya oleh KBS serta mengenalpasti kelemahan-kelemahan prosedur kewangan. Jabatan Audit Negara akan melaporkan hasil pengauditan dan mengemukakan kepada Kerajaan penambahbaikan yang perlu dibuat. Dr Ali Hamsa 21 MAC 2016
Popular Posts
-
The fishermen on a boat going out to sea off the coast of Marang in Terengganu. Their livelihoods have been impacted in a negative way by va...
-
Kuala Lumpur saw no new housing projects below the price tag of RM500,000 being launched last year, despite the maximum house price median o...
-
PUTRAJAYA – Jika ada yang masih ragu-ragu lagi mengenai sumbangan derma RM2.6 bilion yang masuk ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, Da...
-
'Bila Saya Diserang, Semua Orang Diam'…Luahan SEDIH Najib Razak…Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak hari ini menjawab kritikan k...
-
KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai IOI Properties Group Bhd bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2015 meningkat kepada RM1.13 bilion...