Recent Post

Friday, December 04, 2015

'Jumlah guru di bawah Kementerian Pendidikan di tahap tepu'

Pihak berkuasa kini sedang mencari jalan untuk mengurangkan lambakan graduan pendidikan dalam negara.
Read more ...

Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Di MITC Melaka Sehingga 6 Disember Ini

Hujung minggu telah pun tiba. Apa perancangan anda minggu ini? Kalau anda berada di Melaka atau akan pergi bercuti ke sana pada hari Sabtu dan Ahad ini, apa kata luangkan sedikit masa untuk ke Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) yang sedang berlangsung di MITC Melaka. Showcase SDSI anjuran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) ini telah pun bermula sejak 3 Disember (Khamis) dan akan berakhir pada 6 Disember (Ahad).

showcase sdsi

Menurut Timbalan Menteri MITI, Datuk Ahmad Maslan, showcase bertemakan perniagaan dalam talian ini akan melibatkan 500 syarikat tempatan pelbagai sektor perniagaan dan perkhidmatan. Selain itu ia adalah antara usaha untuk memasar dan mempromosikan produk atau perkhidmatan keluaran SDSI pada peringkat domestik dan antarabangsa. Untuk makluman, Showcase SDSI merupakan satu program tahunan sejak ia mula dijalankan pada tahun 2006.

showcase sdsi

Apa yang menarik tentang Showcase SDSI kali ini ialah buat kali pertama, pembeli dari China, Taiwan, negara ASEAN, Asia Barat dan Asia Timur telah dibawa oleh penganjur untuk mengunjungi showcase ini supaya mereka berpeluang mengetahui dengan lebih lanjut produk dan perkhidmatan usahawan-usahawan tempatan. Jadi ini adalah peluang untuk usahawan tempatan mempromosikan produk mereka. Mana tahu ada rezeki boleh pergi ke peringkat antarabangsa, sekaligus mengukuhkan jenama Malaysia di persada dunia.

showcase sdsi

Jenis-jenis produk SDSI kali ini terdiri daripada kluster makanan dan minuman, kluster homestay, kluster kraf tangan, kluster produk, kluster perkhidmatan kesihatan dengan setiap kluster mempamerkan produk dari 14 negeri. Lebih menarik, satu usahasama telah dijalinkan dengan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan beberapa agensi berkaitan dengan perniagaan dalam talian pada pameran tersebut bagi membimbing dan memberi pendedahan kepada usahawan tentang kepentingan memperluaskan perniagaan mereka melalui medium dalam talian. Jadi kalau ada yang nak meniaga secara online, memang digalakkan sangat-sangat untuk ke Showcase SDSI ini.

showcase sdsi

Buat anda yang berkesempatan, jangan lepaskan peluang untuk ke Showcase Satu Daerah Satu Industri di MITC Melaka ini. Boleh bawa anak-anak, saudara mara dan rakan-rakan untuk meriahkan lagi. Maklumat lanjut layari www.miti.gov.my.

Related Related Category : Malay 1 Comments Tinggalkan komen anda di sini TAGS: , , PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Foto: Fouziah Gous Dedah Wajah Bayinya, Muhammad Zeeshan

Pelakon dan pengacara Fouziah Gous akhirnya mendedahkan wajah bayi sulungnya yang dilahirkan pada 26 November lalu.
Read more ...

3 GAMBAR - BILA ANAK KETIGA HARITH ISKANDER SERUPA BAPANYA

Jika dilihat wajah tembam dan kebotakan anak ketiga Harith Iskander... memang sebijik macam bapanya. Heh!

Untuk makluman, Harith baru-baru ini telah mengadakan majlis cukur jambul buat anaknya, Zydane Xayne Iskander yang kini berusia sebulan lebih.

"Just after his cukur jambul and he was NOT a happy camper. Got to enjoy the moment when I share the same haircut with one of my sons. It won't last long.," ujar Harith di laman IGnya.

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

Fazura Nafi Untuk Berjumpa Dengan Pemilik IG vii.narza

Pelakon Nur Fazura Sharifuddin menafikan akan mengadakan pertemuan empat mata dengan pemilik akaun Instagram @vii.narza pada Jumaat.

Fazura yang berada di Singapura memberitahu Astro AWANI dalam satu pesanan ringkas menerusi WhatsApp.

Terdahalu, Astro AWANI melaporkan sumber terdekat dengan pelakon popular itu melaporkan, pertemuan itu diadakan adalah untuk menjernihkan keadaan atas kontroversi yang berlaku pada Rabu.

Sejak semalam, ruang maya media sosial menjadi hangat apabila pelakon filem Gol & Gincu itu telah mengkritik secara terbuka komen @vii.narza hanya kerana tersalah sangka dengan maksud yang ingin disampaikan.

Tindakan itu telah mengundang kritikan pengguna media sosial hingga menjadi topik perbualan utama di laman sosial Twitter hingga ke hari ini.

Akibat salah faham itu, pengguna media sosial menyarankan supaya Fazura memohon maaf kepada peminat tersebut susulan tindakannya yang memalukan peminat itu di khalayak ramai.

Sumber Astro AwaniDiolah Mohd Ishahrulddin TahirArtikel Ini Disiarkan Pada Jumaat, 4 Dis 2015

 

Read more ...

Penyanyi Muda Jadi Mentor dalam MENTOR MILENIA

Selepas tujuh musim penerbitan Mentor, program tersebut akan kembali dengan format baharu dikenali Mentor Milenia melibatkan penyertaan peserta muda sahaja.

Selain itu mentornya pula membabitkan empat penyanyi angkatan baharu iaitu Akim, Black Hanafiah, Hazama dan Azlan (The Typewriter).

Menurut Pengurus Hiburan Primeworks Studios merangkap penerbit eksekutif Mentor Milenia, Muhammad Sufian Isa, pihaknya sengaja mengubah format yang hanya fokus kepada golongan muda iaitu antara 17 hingga 21 tahun sebagai nafas baharu dalam program tersebut.

"Kami mahu menyuntik nafas baharu dalam program ini dan untuk musim kelapan, pencarian protege lebih mengutamakan bakat-bakat muda.

"Dengan kehadiran empat mentor muda juga iaitu Black, Azlan, Akim dan Hazama, saya percaya protege akan lebih serasi dengan mentornya," kata Sufian.

Sufian ditemui pada sidang media program Mentor Milenia di Sri Pentas TV3 di sini pada Khamis.

Sementara itu penerbitnya Ahmad Shaifullizam Arshad (Gbam) pula berkata, pemilihan empat mentor muda itu dibuat berdasarkan pengalaman mereka yang luas dalam industri muzik meskipun pada usia yang muda.

"Mereka mempunyai kriteria yang cukup untuk bergelar mentor. Walaupun muda, Black, Hazama, Azlan dan Akim mempunyai pengalaman jatuh bangun mereka sepanjang berada dalam industri seni.

"Malah mereka juga mempunyai pengalaman dalam pertandingan program realiti (kecuali Azlan) untuk dikongsikan kepada protege masing-masing," ujarnya.

Sementara itu, kata Gbam, Mentor Milenia tidak mempunyai panel juri kerana keputusan persembahan protege adalah berdasarkan jumlah undian daripada penonton di studio sebanyak 30 peratus dan 70 peratus menerusi laman web rasmi program tersebut.

Bagi yang berminat menyertai Mentor Milenia, peserta yang dicari perlu berusia 17 hingga 21 tahun, warganegara Malaysia, mempunyai pakej dan bakat vokal yang mantap.

Peserta yang menghadiri uji bakat perlu membawa kad pengenalan, gambar berukuran pasport atau 4R dan minus one lagu yang dipersembahkan.

Uji bakat akan berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral Shah Alam pada 13 Disember (Hazama), 19 Disember (Azlan), 20 Disember (Akim) dan 26 Disember (Black).

Sumber: Mstar Online

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

Arwah Yus seorang dermawan

image

ARAU – "Dia serahkan RM5,000 kepada saya, kemudian saya tulis resit sebagai bukti dermanya kepada sekolah kami. Dia kata tak payah resit, tapi saya tetap hulurkan kerana sudah menjadi kewajiban saya berbuat demikian."

Itulah peristiwa dua tahun lalu yang diceritakan seorang kerani Sekolah Al-Madrasah Ad-Diniah Al-Islamiah (Madi), Kampung Jejawi Dalam, di sini, tentang keperibadian arwah Yus Jambu atau nama sebenarnya, Yussry Edoo, 39.

Mardiah Abdul Salam, 40, berkata, arwah Yus datang ke sekolah itu untuk menderma bagi pembangunan agama Islam.

Menurutnya, arwah datang kira-kira jam 10 pagi pada 4 Mac 2013 dengan memakai t-shirt, berjaket biru, bertopi dan berkaca mata hitam.

"Mulanya saya tak perasan lelaki yang datang itu seorang pelakon dan pelawak sehinggalah arwah datang ke meja saya memberitahu mahu menderma.

"Saya terkejut bila sedar lelaki itu adalah Yus. Bila bersembang, dia langsung tak sombong dan sangat merendah diri," katanya.

image

Mardiah berkata, arwah tidak mahu menerima resit tetapi sebagai sekolah yang bergantung kepada sumbangan orang ramai, dokumen tersebut sangat penting untuk diserahkan kepada penderma dan sebagai simpanan sekolah.

Katanya, wang yang didermakan oleh arwah Yus itu digunakan untuk sekolah tersebut termasuk Sekolah Rendah Islam Al-Furqan yang ketika itu masih di bawah kelolaan Madi.

Madi merupakan sekolah di bawah pentadbiran Pas Perlis yang mula beroperasi pada Disember 1992 mempunyai 200 pelajar terdiri daripada 15 orang tenaga pengajar.

Masuk duit dalam tabung masjid

Kisah dermawan Yus tidak terhenti di situ, di tempat asalnya di Kampung Nesam, Yus seorang yang tidak pernah putus memberi derma ke dalam tabung Masjid Nurul Iman kampung berkenaan.

image (1)

Setiausaha masjid, Ali Hanapiah Mohammad, 49, berkata, sejak enam tahun memegang jawatan itu, belum pernah dia melihat Yus keluar dari masjid tanpa memasukkan duit ke dalam tabung.

"Selalunya saya nampak antara RM200 hingga RM300. Memang arwah sangat pemurah. Malah, setiap kali pulang ke kampung, dia pasti akan ziarah kubur ibu bapanya, Edoo Ismail dan Manis Ismail termasuk kubur abangnya, Rashidi Edoo.

"Itu amalan Yus sewaktu masih hidup. Selain selalu datang berjemaah di masjid, arwah juga turut membeli dua mesin rumput untuk kegunaan masjid yang masih dalam keadaan baik sehingga kini," katanya.

Ali Hanapiah yang juga sepupu kepada arwah Yus berkata, pelawak itu seorang yang pemurah sejak dari zaman sekolah lagi.

"Kalau dalam poketnya ada RM3, duit itulah akan dibelanjakan untuk kawan-kawannya. Dia lebih rela poketnya kosong asal dapat memberi.

"Sifatnya itu tak pernah berubah biarpun dah jadi artis," katanya.

Disenangi guru

Bekas guru kepada Yus, Abd Kadif Lebai Shafei, 48, pula berkata, dia mengenali arwah Yus sebagai seorang pelajar yang sangat menghormati guru.

Menurutnya, biarpun Yus bukan seorang pelajar cemerlang dalam akademik tetapi dia sangat disenangi rakan-rakan sekolah dan guru-guru.

"Waktu itu saya warden asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi, arwah Yus ketika itu seorang pemain bola sepak yang aktif.

image (1)

"Sebagai seorang cikgu agama, saya selalu nasihatkan Yus supaya tak lalai dan Alhamdulillah dia sering ke surau untuk solat berjemaah," katanya yang kini merupakan guru besar Sekolah Rendah Islam (SRI) 1 Jalan Abi Tok Hashim, di sini.

Abd Kadif berkata, kali terakhir dia berjumpa dengan arwah Yus pada Julai lalu ketika menjemputnya untuk memberi motivasi kepada 600 anak-anak yatim dan miskin di satu program di sekolah tersebut.

"Ketika bulan puasa, Yus sempat luangkan masa hampir sejam di sekolah kami untuk beri semangat kepada murid dan anak yatim. Dia langsung tak meminta bayaran.

"Dia juga nasihatkan murid supaya mendengar kata cikgu. Saya kagum dengan arwah kerana dia memberi contoh yang baik kepada orang lain melalui keperibadiannya," katanya.

Berita berkaitan:

Puteri Sarah Kini Hangat Bercinta Dengan Syamsul Yusof?

'Perang' Rabecca-Eirma belum berakhir?

Siti bidas, Khairy masih membisu

Aiman Hakim Akhirnya Buka Mulut

Ashraf Muslim Ucap Rasa Syukur Sambut Anak Kedua

Komen

comments

Read more ...

'Kenapa Kau Gemuk Sangat! Anak Dahlah Lemas! Kan Dah Susah!'

Saya teringat On Call saya beberapa yang lepas. Sewaktu dikejutkan oleh panggilan telefon oleh registrar saya dari bangunan wad bersalin; "I encounter a difficult spinal here, C-section for a fetal distress; BMI 44. I couldn't get into the space. I keep hitting the bone. Have tried both median and paramedian approach,". Berkenaan dikejutkan tengah-tengah malam untuk kes emergency adalah perkara biasa bagi kami pakar bius on call. Tetapi dikejutkan untul "Fail spinal" ibu obese yang perlu dibedah, panas hati saya jadinya.  "Kenapalah kau gemuk sangat!!! Anak dahlah lemas, kena keluarkan cepat. Kan dah susah!!" rungut saya dalam hati.  Laju saya berlari merentas dua blok dalam gelap jam 1 pagi. Takut hantu atau manusia berperangai hantu bukan menjadi isu lagi. Fetal distress (bayi lemas) bukan perkara enteng. Itulah penyebab litigasi terbesar bagi pakar obstetrik dan doktor lain yang terlibat. Setibanya di wad pembedahan, sudah lebam dan bengkak bahagian belakang pesakit tadi akibat beberapa kali cubaan spinal yang tidak berjaya. MO saya walang tertera di wajahnya. Masih dalam pakaian scrub.  Cubaan pertama, kedua saya gagal. Sudahlah pesakit gemuk, tulang belakang pula serupa tulang belakang orang tua, ruang terlampau sempit antara vertebra dan melekat semuanya. Pasti kes kurang senaman/regangan menyebabkan kurang flexibiliti pada ligamen spinal.  Walaupun hati panas, saya ringankan mulut untuk berbual dan menenangkan pesakit. Saya berjaya pada cubaan ketiga. Muka si ibu berubah daripada masam sugul kepada senyuman kelegaan penuh syukur.  Tak sanggup saya memikirkan perlu tukar bius spinal kepada bius tidur (general anaesthesia) kepada pesakit tersebut. Umpama seblah kaki saya (dan kaki dia juga) sudah berada dalam kubur. Fail intubation bermakna nanti ada suami yang menjadi duda, ada anak menjadi yatim, ada ibu bapa yang hancur hatinya. Sejurus pembedahan bermula dan bayi dikeluarkan, saya minta maaf kepada ibu muda tadi atas kesusahan yang dialaminya. Yang peliknya berkali-kali dia ucapkan terima kasih kepada saya. Sedih dan rasa bersalah pula saya jadinya. Sewaktu menukar pakaian scrub, rasa kasihan saya pada ibu tadi melimpah-limpah. Kasihan. Tak ada seorang manusia pun meminta untuk menjadi segemuk itu. Semua nak kurus. Semua nak cantik. Sepanas-panas hati saya menguruskan dia; saya cuma melihat dia sekali. Bagaimana pula perasaan dia melihat dirinya sendiri dalam cermin saban hari. Pasti dia lebih sakit hati lagi. Memang kasihan pada ibu-ibu mengandung yang obese ini. Mungkin kurang pengetahuan, mungkin kurang sokongan. Yang pasti bilangan mereka akan bertambah selaras dengan masa. Sebanyak mana pun ilmu dan skill kami para doktor pelajari untuk menguruskan mereka, komplikasi tetap mereka sendiri yang menanggungnya. Bantulah kami untuk membantu anda. Tolonglah. - Hana Hadzrami

Read more ...

Isu KimK : Fazura Nafi Adakan Pertemuan Empat Mata

KUALA LUMPUR: Pelakon, Nur Fazura Sharifuddin menafikan dia akan mengadakan pertemuan dengan seorang pemilik akaun Instagram  pada Jumaat ini berikutan isu KimK yang kini menjadi bualan netizens di dalam negara.

Memetik laporan Astro Awani, Fazura yang kini berada di Singapura menafikan perkara itu melalui aplikasi Whatsapp.

Sebelum ini, sumber terdekat pelakon tersebut melaporkan satu pertemuan akan diadakan untuk menjernihkan keadaan atas kontroversi yang berlaku pada Rabu lalu.

Perkataan KimK menjadi bualan netizen apabila aktres terbabit tersalah faham perkataan itu dengan perkataan sensitif padahal pengguna Instagram terbabit merujuk perkataan itu kepada selebriti barat, Kim Kardishian.

Selain dari netizens, kontroversi itu turut mendapat perhatian budayawan Professor Dr Siti Zainon Ismail yang berkata isu ini akan menjadi besar jika ada kekeliruan akibat salah tafsir sehingga menimulkan persepsi negatif.

"Penggunaan medium media sosial dalam menegur atau memuji boleh menjadi salah faham jika ia tidak dilakukan dengan penuh kesopanan.

"Jangan perli dengan kasar, kita jangan mengusik orang dengan tulisan yang boleh menjadikan salah faham. Paling mudah jika ada pujian atau teguran, sampaikan mesej itu secara peribadi sahaja," katanya memetik laporan Astro Awani. - Siakapkeli.my

Read more ...

Menteri: Kes batuk kering di tahap membimbangkan

Kira-kira 24,000 kes penyakit tuberkulosis (tibi) atau batuk kering telah dilaporkan di negara ini tahun lepas dan ia berada di tahap membimbangkan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam.

Beliau berkata berdasarkan laporan bagi penyakit berjangkit tibi pada 2013 menunjukkan penurunan jumlah kes tetapi meningkat kembali pada tahun lepas, sebanyak enam peratus.

"Ini memang satu perkara yang tidak memuaskan kerana kita masih nampak trend peningkatan kes tibi sejak kebelakangan ini.

"Terdapat pelbagai punca penyakit tibi, salah satu daripada punca penyakit adalah disebabkan ketahanan kuman-kuman terhadap rawatan kimoterapi dan pelbagai jenis ubat yang mengundang kepada peningkatan penyakit," katanya kepada pemberita selepas perasmian Kongres Pertubuhan Respirologi Asia Pasifik Ke-20 2015 (APSR 2015) di ibunegara semalam.

Selain daripada itu katanya, kebanjiran pendatang asing ke negara ini juga menjadi penyumbang kepada wabak itu dan kementeriannya sedang melaksanakan langkah-langkah yang sesuai bagi mengawal keadaan seperti mengadakan saringan kesihatan.

"Kita juga ada masalah pekerja asing yang menyumbang kepada kes ini. Kementerian amat mengambil berat tentang perkara ini dan sedang mengadakan usaha untuk membuat program saringan kesihatan kepada orang ramai termasuk warga asing yang masuk ke negara ini bagi mengesannya di peringkat awal," katanya.

Manakala Dr Subramaniam optimis sasaran menjadikan Malaysia sebagai negara bebas rokok menjelang 2045 direalisasikan meskipun kerajaan berhadapan dengan pelbagai isu seperti rokok elektronik (e-rokok) atau vape secara berleluasa.

Beliau juga berkata kementeriannya masih mengkaji dan meneliti cadangan untuk mewujudkan akta dan garis panduan mengenai langkah-langkah kawalan terhadap e-rokok.

"Kita sedang merangka peraturan untuk mengawal penggunaan vape namun akan mengambil masa kerana memerlukan penelitian secara menyeluruh," katanya lagi.

Sejumlah 1,500 peserta terdiri daripada pakar dalam bidang kesihatan dan sains dari lebih 40 negara Asia Pasifik menghadiri kongres yang berlangsung selama empat hari bermula semalam di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur bagi membincangkan penyakit tibi serta berkongsi pandangan tentang penyakit itu.

Turut hadir adalah Presiden APSR Michiaki Mishima dan Presiden Pertubuhan Torasik Malaysia Dr Roslina A Manap, juga merangkap Presiden Kongres APSR tahun ini.

- Bernama

Read more ...

Penyertaan dalam TPPA tingkatkan KDNK Malaysia - PwC

KUALA LUMPUR: Penyertaan Malaysia dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) dijangka membantu negara mencatatkan kenaikan kumulatif Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara AS$107 bilion hingga AS$211 bilion dalam tempoh 2018-2027.
Read more ...

Kecoh! Pilihan Hati Wak Doyok Janda!

Kecoh! Pilihan Hati Wak Doyok Janda!

Selepas isu Wak Doyok Sudah Punya Teman Istimewa? Adakah Wak Doyok mula memberikan petunjuk siapakah wanita pilihan hatinya? Di instagramnya,beliau kerap memuat naik foto bersama seorang  bekas personaliti tv3 iaitu Azrinaz Mazhar Hakim.

Wak Doyok atau nama sebenarnya  ialah Tengku Muhammad Azwan Shah. Beliau merupakan ikon fesyen serta pengusaha jenama fesyen The Garment dan bukanlah artis popular sebaliknya namanya menjadi sebutan kerana penampilannya berbeza berbanding kebanyakan gaya lelaki pada hari ini. Bermisai dan berjanggut tebal, serta mempunyai aura maskulin era Inggeris 60-an apabila berpakaian.

Kami sertakan beberapa foto mesra bersama  Azrinaz Mazhar Hakim.

Wak Doyok Bersama Azrinaz

Wak Doyok Bond

Wak Doyok Diwali

Wak Doyok Makan

Wak Doyok Shoot

Mungkinkah mereka hanya kawan rapat atau sebaliknya?? Ditambah lagi mereka sering dilihat keluar bersama- sama tidak kira di restoran atau kafe. Yang pastinya lokasi memang tidak diketahui oleh umum.

Salah satu foto yang di muat naik di instagramnya baru-baru ini menarik perhatian kami apabila kapsyennya berbunyi " menemani orang sebelah yang demam makan tomyam di tengah malam". Sweet sangat!

Wak Doyok Dinner

Sesuai dengan populariti yang dikecapinya kini, ikon media sosial, Wak Doyok sudah pun mengeluarkan produk menggunakan jenamanya sendiri beberapa bulan yang lalu.

Produk pelebat bulu yang dikenali sebagai Krim Jambang Wak Doyok bukan saja diilhamkan bagi melebatkan jambang untuk golongan pria, malahan juga berupaya melebatkan bulu di bahagian lain seperti di bawah lengan, rambut, bulu dada dan tempat lain.  Ramai artis-artis telah menggunakan produk beliau dan antara salah satunya adalah Sharnaz Ahmad.

LAGI ARTIKEL MENARIK:

  • BIKIN PANAS! Punca Sebenar Diva AA Mengamuk Terbongkar
  • KECOH! Isu Dikecam Peminat, Fazura Ambil Tindakan
  • KECOH! Benarkah Dato' Siti Nurhaliza Kini Hamil?
  • Nadzmi Adhwa Tumpang Populariti Artis Lain
  • Tidak kisah siapa pun pilihan Wak Doyok, Gosip Malaysia mendoakan yang terbaik untuknya. Ada berita baik nanti jangan lupa kongsi dengan kami.

    11,419 total views, 11,419 views today

    Read more ...

    Popular Posts

    Berita Harian

    Malaysia Kini

    Mypotnews Links

    Submit ExpressFree Webmaster Tools
    Ping search engines.

    Contact Form

    Name

    Email *

    Message *