Recent Post

Sunday, March 20, 2016

Syarikat Malaysia digesa manfaat peningkatan perdagangan sempadan dengan Thailand

Thailand yang mempunyai 69 juta penduduk dan 77 wilayah merupakan pasaran yang besar kepada syarikat Malaysia.
Read more ...

(28 FOTO) Sekitar Majlis Akad Nikah Jihan Muse & Ungku Hariz

Jihan Muse akhirnya telah bergelar isteri kepada Ungku Hariz pada jam 3.20 petang tadi selepas sembilan tahun bercinta.

Majlis yang berlangsung di laman kayangan Shah Alam itu cukup meriah dengan kehadiran ahli keluarga dan sanak saudara kedua-dua belah pihak. Jihan dan Ungku Hariz tampak cukup anggun dan segak dalam busana rekaan Rizman Ruzaini.

Jihan ketika ditemui pihak media sempat meluahkan rasa syukur kerana hubungan beliau dan Ungku Hariz ke jinjang pelamin jua. Jihan berharap perkahwinan beliau akan diberkati dan kekal sehingga ke akhir hayat.

Saya bersyukur dan gembira kerana semuanya (majlis) berjalan dengan lancar walaupun persiapan dilakukan pada saat-saat akhir kerana kesibukan kami berdua dengan komitmen kerja.

Saya berharap perkahwinan akan berkekalan ke akhir hayat kami dan diberkati. Walau kami sudah lama berkawan masih banyak lagi perkara yang perlu kami pelajari selepas berkahwin. Kami percaya tolak ansur dan musyawarah sangat penting dalam setiap perkara yang kami lakukan.

Difahamkan majlis resepsi pasangan tersebut yang bertemakan klasik bakal diadakan pada 27 Mac ini di Menara NAZA TTDI, Shah Alam.

Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada Jihan dan Ungku Hariz, sembilan tahun bercinta bukanlah satu perkara yang mudah tetapi kekuatan cinta menyatukan mereka dalam satu ikatan yang sah pada akhirnya.

Berikut kami sertakan beberapa foto khas sekitar majlis akad nikah Jihan dan Ungku Hariz dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Sumber Berita : Astro Gempak

Kredit foto: Project2pi

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

5 GAMBAR - SEKITAR PERSIAPAN PERNIKAHAN JIHAN MUSE & UNGKU HARIZ

Gambar-gambar sepanjang persiapan majlis pernikahan Jihan Muse dan Ungku Hariz yang akan berlangsung beberapa jam sahaja lagi.

Jom lihat!

         ________________________

:: FACEBOOK :: INSTAGRAM :: TWITTER :: :: YOUTUBE :: SEJARAH MYARTIS ::

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

PANAS... rakaman amatur baru kemalangan MH17 - AgendaDaily

Terakhir dikemaskini: 20 Mac 2016 By WARTAWAN AGENDADAILY VIDEO DI DALAM Sebuah video amatur yang tidak pernah dilihat sebelum ini dipaparkan di youtube menunjukkan saat-saat pesawat dipercayai MH17 terbakar diudara.

Video misteri tersebut diposkan oleh seseorang menggunakan usernama Oy Datoge.

Ia diambil dari jarak jauh tapi jelas menunjukkan pesawat terbakar di udara.Ia adalah tidak jelas jika rakaman video itu sebenarnya adalah Malaysia Airlines pesawat atau lebih tua rakaman malang pesawat lain.

Laporan penyiasat sebelum mengatakan Boeing 777 telah ditembak dengan peluru berpandu meletup di kokpit - sementara rakaman video terbaru ini seolah-olah menunjukkan enjin sebelah kanan berapi sebelum jatuh menjunam.

Oktober tahun lalu, pasukan penyiasat antarabangsa merumuskan bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS)  MH17 ditembak jatuh oleh peluru berpandu BUK buatan Rusia.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Lembaga Keselamatan Belanda, Tjibbe Joustra ketika membentangkan hasil siasatan tragedi MH17.

Siasatan turut mendapati peluru berpandu itu meletup di luar bahagian kiri kokpit pesawat berkenaan.

Pengesahan ini turut dibuat berdasarkan rakaman mikrofon di dalam kokpit yang mengesan bunyi letupan misil berkenaan.

Serpihan peluru berpandu itu ditemui di kawasan nahas dan juga di dalam bangkai pesawat tersebut.

BUK adalah peluru berpandu darat ke udara buatan Rusia.

Turut disebut dalam laporan itu ialah, Ukraine sedia tahu mengenai risiko di kawasan berkenaan tehadap penerbangan awam.

Bagaimanapun Ukraine gagal untuk menimbang ancaman yang wujud terhadap penerbangan awam.

Rusia dalam reaksi terhadap laporan itu mendakwa menuduh siasatan yang dijalankan Belanda sebagai berat sebelah.

Agensi berita Rusia memetik kenyataan Timbalan Menteri Luar, Sergei Ryabkov bahawa terdapat percubaan 'jelas' dalam membuat kesimpulan yang berat sebelah.

"Meskipun sudah berkali-kali Rusia mencuba untuk mewujudkan siasatan menyeluruh dan tidak berat sebelah, dan supaya pasukan penyiasatan mengambil kira semua maklumat yang kita ada … terdapat percubaan jelas untuk membuat kesimpulan berat sebelah, dan terdapat unsur politik," kata Sergei Ryabkov.

Pesawat MH17 ditembak jatuh di wilayah bergolak Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada 17 Julai 2014, menyebabkan semua 283 penumpang dan 15 anak kapal pesawat dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu, terkorban.

MH17 ditembak jatuh pada 17 Julai 2014 dan mengorbankan kesemua 298 krew dan anak kapal.-18/3/2016

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Read more ...

Drama KAU AKU KITA Menang Besar di Malam Anugerah DFKL 2016

Tahniah buat semua pelakon dan produksi drama terbitan JS Pictures berjudul KAU AKU KITA diumumkan sebagai Drama Pilihan pada Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016 (DFKL) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.

Pemenang Aktor Hero Pilihan DFKL 2016 : Saharul Ridzwan #dfkl2016

Drama 26 episod yang disiarkan di slot Lestary itu turut merangkul enam kategori lain iaitu Pengarah Pilihan yang dimenangi oleh Azman Hj Yahya (Jinggo) dan Skrip Pilihan, Rehal Nuharis.

Pemenang Aktres Pilihan DFKL 2016 : Janna Nick - Kau Aku Kita #dfkl2016 Congrats dear @jannanick @janna_nicker

Selain itu, pelakon utama drama tersebut iaitu Saharul Ridzwan dan Janna Nick merangkul kategori Aktres Pilihan, Aktor Hero Pilihan dan Pasangan Pilihan.

Pemenang Antagonis Pilihan DFKL 2016 : Ruhainies - Hello Mr Perfect #dfkl2016

Pemenang Pengarah Pilihan DFKL 2016 : Azman Hj Yahya - Kau Aku Kita #dfkl2016

Sementara itu, pelakon baharu Ruhainies memenangi kategori Antagonis Pilihan menerusi drama Hello Mr Perfect.

Anugerah DFKL merupakan kali ketiga dianjurkan rangkaian televisyen Media Prima Berhad, TV3 dan TV9, membuka undian kepada penonton di laman web DFKL sejak 1 Februari hingga 6 Mac lalu bagi memilih pemenang untuk tujuh kategori utama yang dipertandingkan.

Pemenang lapan kategori utama membawa pulang trofi sumbangan TV3.

Undian terbabit turut memilih lagu tema drama Eksperimen Cinta berjudul Mungkin Kamu nyanyian Sissy Iman sebagai Lagu OST Pilihan.

Selain kategori utama, DFKL turut mempertandingkan Drama Pendek Terbaik yang diadili oleh juri profesional yang memilih drama Kembara Si Kecil arahan Muhammad Firdhaus Rahmat sebagai juara dan meraih hadiah wang tunai RM10,000.

Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016 dihoskan oleh Fizi Hot Fm, Amyra Rosli dan Fattah Amin.

Majlis tersebut turut dihiburkan dengan persembahan Fareez Mentor, Qody Mentor, Wanie Mentor dan Akim & The Majistret.

Anugerah DFKL ini bertujuan mengiktiraf drama-drama pilihan penonton yang dipilih berdasarkan kadar tontonan tertinggi di semua slot drama TV3 dan TV9 sepanjang tahun 2015.

Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur disiarkan secara langsung menerusi TV3.

Pemenang Drama Pendek Pilihan DFKL 2016 : KEMBARA SI KECIL #dfkl2016

Senarai penuh pemenang Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur:

1. Drama Pilihan: Kau Aku Kita

2. Aktres Pilihan: Janna Nick (Kau Aku Kita)

3. Aktor Hero Pilihan: Shahrul Ridzwan (Kau Aku Kita)

4. Pengarah Pilihan: Azman Hj Yahya (Kau Aku Kita)

5. Antagonis Pilihan: Ruhainies (Hello Mr Perfect)

6. Skrip Pilihan: Rehal Nuharis (Kau Aku Kita)

7. Lagu/ OST Pilihan: Mungkin Kamu (Eksperimen Cinta)

8. Pasangan Pilihan: Saharul Ridzwan & Janna Nick

9. Drama Pendek Pilihan: Kembara Si Kecil

Selesai menemubual pemenang Antagonis Pilihan DFKL2016 - Ruhainies. Tahniah @ruhainies Tonton video temubual di Saluran Youtube Budiey.com : www.youtube.com/budiey27 #budieydotcom #budieyators #budieyatwork

Tahniah Sissy Imann penyanyi lagu Mungkin Kamu akhirnya berjaya menjulang trofi kemenangan Lagu OST Pilihan DFKL 2016 malam ini.Congrats @sissyimann Nantikan video temubual kami di saluran Youtube Budiey.com : www.youtube.com/budiey27 #budieyatwork #sissy

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *