Recent Post

Friday, December 11, 2015

Pengurusan PATI perlu lebih sistematik - Subramaniam

Kementerian Dalam Negeri digesa kendalikan proses pengurusan PATI di negara ini dengan lebih sistematik bagi menggelakkan kos perubatan yang perlu ditanggung tidak membebankan kerajaan.
Read more ...

Sedar Diri Berkongsi Kasih : Zarina Zainuddin Jarang Tayang Suami Kerana Ingin Jaga Hati Madunya

Sejak dua tahun lepas, kita boleh lihat bahwa aktres Zarina Zainuddin sudah kembali aktif dalam dunia lakonan. Walaubagaimanapun, ada pihak yang menyebarkan khabar angin bahawa Zarina sebenarnya sudah bercerai dan sebab itu beliau mula berlakon kembali.

Agak jarang  juga Zarina berkongsi foto beliau bersama suami tetapi kini Zarina lebih terbuka dalam hal itu kerana tidak mahu ada lagi pihak yang memfitnah dirinya.

Memang betul saya sangat jarang nak letak gambar saya dan suami sebab banyak hati yang perlu saya jaga terutamanya madu saya. Saya dah anggap Datin Seri seperti kakak sendiri, jadi saya tak mahulah jika tersakitkan hati beliau.

Memang benar, dah 22 tahun kahwin, tak pernah saya bawa Datuk Seri ke majlis-majlis hiburan sampaikan Datuk Seri tanya 'malu ke nak bawa saya?'. Tapi saya jawab bukan malu tapi saya sedar saya berkongsi, jadi saya kena hormat Datin Seri.

Tapi sekarang ini bila saya aktif berlakon, ada pula yang kata saya dah menjanda. Dan ada juga lelaki-lelaki yang tak tahu fasal kehidupan saya, nak cuba-cuba dengan saya seperti nak ajak keluar dan sebagainya.  Sebab itulah sesekali saya akan letak gambar saya dan suami.  Biar orang yang tak tahu akan tahu saya sudah bersuami, masih ada suami, masih isteri orang.

Walaubagaimanapun, Zarina tidak mahu terlalu menayang suaminya kerana ingin menjaga hati madunya.  Buat beliau, cukuplah sekadar orang ramai tahu bahawa beliau sudah berkahwin dan bahagia dengan suami tercinta.

Saya memang jenis yang tak suka tayang suami.  Cukuplah orang tahu saya dah kahwin.  Kalau tayang sangat nanti lama-lama ada pula yang menyampah kan. Saya bukan sorok, siapa tahu maka tahulah, siapa nampak maka nampaklah.  Yang penting, rumah tangga kami bahagia.

Tunjuk pun salah tidak tunjuk pun salah. Kita tidak boleh puaskan hati semua orang tetapi bak kata Zarina kalau nak tayang kebahagiaan pun biar berpada-pada agar orang lain tidak menyampah.

Sumber Berita: Media Hiburan

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

12 GAMBAR - CHE TA & ZAIN SAIDIN SAMBUT ANNIVERSARY KE-2 DI PHUKET

Read more ...

Sarimah Ibrahim dan Suami Dah Ada Nama Anak, Sedia Timang Cahaya Mata!

Lebih setahun mendirikan rumahtangga pengacara dan pelakon Sarimah Ibrahim, 37, akui sudah bersedia untuk menimang cahaya mata bersama suaminya, Tunku Nadzimuddin atau lebih mesra dengan Tunku Jamie.

Malah Sarimah Ibrahim berkata keterujaan untuk menimang cahaya mata menyebabkan dia dan suami sudah pun menyenaraikan nama-nama pilihan untuk bakal anak mereka nanti.

"Setiap pasangan pasti menginginkan cahaya mata setelah mendirikan rumahtangga. Begitu juga dengan kami.

"Usia saya pun dah lewat. Saya tak mahu tunggu lama-lama. Kami tidak merancang dan hanya menyerahkannya kepada Tuhan.

"Kami pun sebenarnya dah bincang nama anak dan mula menyenaraikannya. Jadi senanglah kalau kami dikurniakan cahaya mata nanti, kami sudah ada nama," katanya kepada murai.com.my.

Sarimah ditemui selepas sidang media web show terbarunya Sarimah's 2 Sen di The Canvas, Damansara kemarin.

Bercakap mengenai program web show terbarunya itu, Sarimah memberitahu di dalam rancangan itu dia akan membincangkan sesebuah topik berdasarkan pengalamannya sendiri.

Pengalaman yang akan dikongsi termasuklah mengenai hal peribadinya sendiri seperti hal rumahtangga dan sebagainya.

"Saya telah lama memikirkan bagaimana untuk para peminat saya, jadi apabila produser Lina Tan mencadangkan saya menyampaikan rancangan saya sendiri, saya bersetuju.

"Menerusi rancangan ini saya akan menampilkan personaliti serta pendapat saya sendiri. Saya akan mampu mengulas tentang pelbagai perkara dengan telus, terang dan menghiburkan.

"Saya pun akan terbuka bercerita mengenai pengalaman rumahtangga saya jika seseuatu topik itu ada berkaitan. Mana tau, jika ditakdirkan saya hamil satu hari nanti, saya akan umumkannya sendiri menerusi web show ini," jelasnya.

Sarimah's 2 Sen akan bersiaran selama kurang limit setiap episode menerusi siaran TV online iaitu FFEFO.TV mulai 7 Disember lalu.

Kekerapan setiap episod akan ditayangkan mengikut maklum balas daripada peminat dan penonton di TV online dan Youtube.

Oleh Syafiqah JalalArtikel Ini Disiarkan Pada Jumaat, 11 Dis 2015

Read more ...

Ashraf Muslm & Noor Dayana Timang Cahaya Mata Pertama

Budiey nak mengucapkan tahniah kepada selebriti dan usahawan berjaya, Ashraf Muslm dan isteri pertamanya iaitu Noor Dayana apabila mereka telah selamat menimang cahaya mata pertama semalam.

Menurut sumber, berita gembira tersebut telah disampaikan oleh oleh bapa Dayana sendiri iaitu, Haji Lokman Abdul Hamid melalui laman sosial Facebook.

Ashraf Muslm & Noor Dayana Timang Cahaya Mata Pertama

Antara kapsyen yang dikongsi:

"Kami sekeluarga sujud syukur kepada Allah SWT atas kelahiran permata hati yang baru. Petang tadi anak saya, Noor Dayana selamat melahirkan putera pertama dia, baby boy, 2.85 kg. Tahniah kepada Dayana dan Ashraf."

"Kehadiran cucu kedua ini memang dinanti-nantikan sekian lama dan kami sekeluarga bersyukur kpd Allah SWT atas kelahiran cucu yang kedua ini. Ameen ameen ameen," luah bapanya penuh rasa gembira dan syukur di laman sosial tersebut.

Berita ini sudah tentu menggembirakan seluruh peminat Ashraf Muslim yang sudah lama menantikan bayi pertama dari Dayana ini. Apapun dengan bertambahnya ahli keluarga Ashraf Muslim ini bakal memberikan rezeki yang semakin melimpah ruah dan dipermudahkan segala urusan.

Ashraf Muslm & Noor Dayana Timang Cahaya Mata Pertama

Komen via Facebook

Komen

— 185 Bacaan
Read more ...

'Terharu Dengan Layanan Baik Pramugara MAS'

Hi all, I'm a silent reader in this group. Today, I need to share my experience and give compliment to MH.  I'm on a flight back to Kuala Lumpur. My last pump was 1.00 pm and I need to pump on board at 9.00 pm. This is a full flight and to my surprise, all flight attendants from pilot to steward are all male.  Hmmm. I still need to pump thou. So I speak to one of the attendants that I need a discreet place to express milk. He told me flight full and the only discreet place is toilet.  "Of coz I won't pump in toilet," So I walk to my place and seated. Flight was about to take off, so strange no one seating next to me. I remember very well, there are passenger seating on window and aisle seat and I'm in the middle.  You know what, someone has quitly arrange the window and aisle seat passenger to seat at other place so I can have the row for myself to do pumpin. I feel so greatfully and touch. I managed to pump discreetly at my seat.  A male can be more understanding than a female sometime. Thanks to Kamal and team. MH, you have good people with you. Please keep it up. MH, you are my preferred airlines since last time, now and in future. - Geline Cheng

Read more ...

Kisah Penumpang Yang Perlu Memerah Susu & Pramugara MAS Jadi Viral

Bagi ibu-ibu, keperluan untuk memerah susu akan menjadi satu masalah apabila mereka berada di luar rumah atau berada dalam satu perjalanan yang jauh.

Apatah lagi jika perlu melalui perjalanan yang memakan masa berjam-jam dan juga berada di tempat yang public seperti kapal terbang.

Namun kisah yang dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook tentang pengalamannya dalam situasi ini di dalam sebuah pesawat MAS membuatkan para ibu di group The Breastfeeding Advocates Network terharu.

Menurut pengguna Facebook itu, kisahnya bermula apabila dia perlu memerah susu diatas pesawat pada jam 9 malam.

Lebih malang lagi, kesemua krew pesawat itu adalah lelaki.

Namun perkara yang tidak disangka-sangka berlaku apabila tiba-tiba ada 'proses misteri' yang membolehkan wanita tersebut memerah secara tertutup.

Perkongsian dari pengguna Facebook tersebut telah dikongsi lebih dari 1,000 pengguna lain dan mendapat lebih dari 12,000 likes selain mendapat komen-komen positif d ari pengguna Facebook yang lain. Ikuti kisah penuh yang diceritakan oleh wanita itu.

"Hi semua, saya seorang 'silent reader' dalam group ini. Hari ini saya ingin berkongsi pengalaman dan memberi pujian kepada MH(MAS).

"Saya dalam satu penerbangan balik ke KL. Kali terakhir saya memerah adalah pada 1 petang dan saya perlu memerah di atas pesawat pada 9 malam....

"Pesawat itu penuh dan apa yang mengejutkan saya, kesemua krew pesawat dari pilot hingga krew kabin adalah semua LELAKI.

"Hmmmm, macam mana pun saya masih perlu memerah.

"Jadi saya bercakap kepada salah seorang kakitangan yang saya perlukan tempat tertutup untuk memerah susu.

"Dia memberi tahu saya pesawat itu penuh dan satu-satunya tempat yang tertutup adalah tandas (sudah tentu saya tak akan memerah di tandas).

"Jadi saya balik ke tempat saya dan duduk. Pesawat sudah hendak berlepas, tetapi pelik kerana tiada siapa yang duduk di sebelah saya.

"Saya masih ingat dan pasti ada penumpang lain yang duduk di sebelah tingkap dan lorong laluan dan saya duduk di tengah-tengah.

"Rupa-rupanya, ada seseorang secara senyap telah mengatur tempat duduk lain untuk kedua-dua penumpang itu supaya saya boleh dapat sebaris kerusi itu untuk memerah.

"Saya merasa sangat bersyukur dan terharu.

"Saya boleh memerah dengan tertutup di kerusi saya.

"Kadang-kadang seorang lelaki boleh menjadi lebih memahami dari seorang wanita.

"Terima kasih kepada Kamal dan pasukan :)

"MH, anda ada insan-insan yang baik bersama anda. Tolong teruskan.

"MH, kini anda adalah syarikat penerbangan pilihan saya selepas dari itu, kini dan masa hadapan.

Tahniah kepada MAS. Anda mendapat seorang pelanggan setia hasil dari tindakan bijak krew-krew anda. - Siakapkeli.my
Read more ...

Pengerusi LZS dahului penerima darjah S'gor, Azmin kini Datuk Seri

Pengerusi Lembaga Zakat Selangor (LZS) Tan Sri Syed Anwar Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail mendahului senarai 75 penerima darjah dan bintang kebesaran Selangor bersempena Hari Keputeraan ke-70 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini.

Syed Anwar yang juga Pengerusi DRB-Hicom Bhd dikurnia Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (D.K.II).

Sementara Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali merupakan penerima tunggal Darjah Kelas Pertama - Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S.) tahun ini yang membawa gelaran 'Datuk Seri'.

Ahli Dewan di-Raja Selangor yang juga Orang Besar Istana Tengku Datuk Paduka Putra Alhaj Tengku Azman Shah Alhaj dikurnia Darjah Kebesaran Datuk Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.S.I.S.)(Kelas Pertama) yang membawa gelaran 'Datuk Setia' bagi lelaki dan 'Datin Paduka Setia' bagi wanita.

Turut menerima S.S.I.S ialah Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Zawawi Salleh dan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

Mendahului senarai lapan penerima Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S.)(Kelas Kedua) yang membawa gelaran 'Datuk' bagi lelaki dan 'Datin Paduka' bagi wanita ialah Ketua Hakim Syarie Selangor Dr Mohd Na'im Mokhtar.

Penerima lain D.P.M.S ialah Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor Datuk Nik Shuhaimi Nik Sulaiman, Felo dan Pensyarah Universiti Oxford Datuk Dr Afifi Al-Akiti, Timbalan Dekan Siswazah & Hal Ehwal Antarabangsa, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Zainul Rashid Mohamad Razi, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor Dr S. Balachandran, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang Puasa Md Taib, Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor Mohd Zaki Ibrahim dan Pengerusi CIMB Group Holdings Bhd Datuk Seri Mohamed Nazir Abdul Razak.

Sebanyak 10 orang menerima Darjah Kebesaran Datuk-Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S.)(Kelas Kedua) yang membawa gelaran 'Datuk' bagi lelaki dan 'Datin Paduka' bagi wanita.

Mereka ialah Timbalan Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di New York Raja Reza Raja Zaib Shah Alhaj, Timbalan Panglima Armada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Pertama Ong Thiam Hock, Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri, Masyarakat & Alumni, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Profesor Norsaadah Ismail, Pakar Pergigian Kesihatan Awam, Bahagian Perancangan, Kementerian Kesihatan Malaysia Datin Dr Nooral Zeila Junid dan Pengarah Jabatan Audit Negara, Negeri Selangor Ang Nai Har.

Dekan Fakulti Perubatan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM) Profesor Dr Abdul Jalil Nordin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pelaburan), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Mohamad Nasir Ab Latif, Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana Malaysia Bhd Datuk Azmi Abdul Aziz, Pengarah MCT Konsortium Bhd Cheah See Yeong dan Pengerusi United Malacca Bhd Tan Siok Choo yang merupakan anak kepada bekas Presiden MCA, mendiang Tun Tan Siew Sin.

Sebanyak enam orang menerima Darjah Kebesaran Setia Mahkota Selangor (S.M.S.). Mereka ialah Ketua Staf Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan TLDM Kapten P.Pulendren, Pengarah Cawangan Kontinjensi Bahagian Rancang Markas Angkatan Bersama, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kolonel Mohamed Nazri Dashah, Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Azman Abd Razak, Kontroler Pembangunan Wilayah Tengah, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Azmi Adnan, Setiausaha Dewan di-Raja Selangor Hanafisah Jais dan Pengarah Urusan, Strategi Kumpulan & Pembangunan Korporat, Sunway Group Sarena Cheah Yean Tih.

Sementara itu, sebanyak lapan orang menerima Darjah Kebesaran Setia-Sultan Sharafuddin Idris Shah (S.I.S) termasuk Pelukis Himpunan Koleksi Spesies Burung di Malaysia Jaafar Taib.

Sebanyak 55 orang menerima Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (A.M.S.), 16 orang menerima Darjah Kebesaran Ahli-Sultan Sharafuddin Idris Shah (A.I.S) dan tujuh penerima Bintang Perkhidmatan Cemerlang (B.P.C).

- Bernama

Read more ...

IPP Malaysia pada oktober 2015 meningkat 4.2 peratus

KUALA LUMPUR: Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) meningkat 4.2 peratus kepada 126.6 peratus pada Oktober 2015 berbanding bulan yang sama pada tahun lalu, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.
Read more ...

COMEL! Gambar Anak Kedua Khairul Fahmi Che Mat, Khaleel Emir

COMEL! Gambar Anak Kedua Khairul Fahmi Che Mat, Khaleel Emir

Pada 18 November lalu, Khairul Fahmi Che Mat atau juga dikenali sebagai Apex, penjaga gol bola sepak kebangsaan dan juga Kelantan telah mendapat cahaya mata baru iaitu lelaki yang diberi nama Khaleel Emir. – TAHNIAH! Penjaga Gol Khairul Fahmi Timang Anak Kedua

Beliau yang berkahwin dengan Leuniey Natasha pada 28 Disember 2012 telah dikurniakan seorang anak perempuan yang comel, Kayla Elayna. Nampaknya Apex sudah mempunyai anak sepasang. Ketika lahir, bayi tersebut mempunyai berat 3kg.

Jom kita layan gambar-gambar Apex bersama isteri dan kedua anak mereka itu.

KF 1

KF 2

KF 3

KF 4

KF 5

KF 6

KF 7

KF 14

KF 9

KF 8

KF 10

KF 11

KF 12

KF 13

KF 15

KF Cover

Foto diambil dari thephotolicious.com

LAGI ARTIKEL MENARIK:

  • Kumpulan Kobis Pedas Tarik Diri Dari Juara Parodi!… MENGEJUTKAN!
  • KECOH! Punca Tauke (Jambu) Sorok Pertunangan Terbongkar
  • Zarina Zainuddin: Saya Tidak Bercerai Lagi!
  • Tiket Konsert Gegar Vaganza RM1,000 Habis Dijual… LUAR BIASA!
  • Dayang Nurfaizah, Bukan Artis Diva!
  • Tahniah kami ucapkan kepada Apex dan Leuniey atas kelahiran anak yang comel itu dan semoga keluarga mereka bertambah bahagia dengan adanya anak pemberian Tuhan ini.

    8,506 total views, 8,506 views today

    Read more ...

    Popular Posts

    Berita Harian

    Malaysia Kini

    Mypotnews Links

    Submit ExpressFree Webmaster Tools
    Ping search engines.

    Contact Form

    Name

    Email *

    Message *