Recent Post

Sunday, March 27, 2016

Isu banglo RM2.8 juta: Guan Eng, henti tuding jari - KJ

Tindakan berkenaan yang didakwa cuba mengalih tumpuan daripada isu sebenar, dilihat tidak akan menamatkan kontroversi itu.
Read more ...

Atikah Suhaime Banyak Belajar Untuk Bersabar Daripada Kontroversi Yang Menimpa Dirinya

Sekitar tahun lepas, nama Atikah Suhaime terpalit dengan kontroversi hangat apabila didakwa terlibat dalam skandal seks "threesome" bersama pelakon Idris Khan dan Ammar Alfian.

Ekoran daripada kontroversi itu, nama Atikah sepi seketika dan beliau sendiri mengakui kurang menerima tawaran berlakon kerana isu skandal seks berkenaan.

Walaubagaimanapun, Atikah yang kini sudah kembali aktif enggan lagi tertekan memikirkan apa yang telah berlaku dan cuba untuk memperbaiki dirinya ke arah yang lebih baik. Beliau juga banyak belajar untuk bersabar daripada setiap kontroversi yang menimpa dirinya.

Ini merupakan tahun keempat saya berada dalam industri. Sepanjang tempoh itu juga saya banyak belajar, bahkan setiap hari kita sentiasa cuba belajar sesuatu yang baharu untuk memperbaiki diri.

Apa pun yang berlaku dalam hidup ini kita sebenarnya kena banyak bersabar. Bahkan kena sentiasa merendah diri. Itu yang saya nampak jika saya mahu terus kekal dalam industri.

Baguslah kalau Atikah sudah tahu dan sedar apa yang harus beliau lakukan untuk kekal relevan dalam industri hiburan Malaysia. Bukan mudah untuk kekalkan nama di persada seni apatah lagi jika ada gosip ataupun kontroversi yang menimpa.

Sumber Berita :  Kosmo!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

11 GAMBAR + VIDEO - SEKITAR MAJLIS RESEPSI ADIRA & DATO RED DI SABAH

Selepas perbicaraan kes mereka selesai, Adira Suhaimi dan suaminya, Dato Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu telah mengadakan majlis resepsi mereka di Sabah semalam.

Majlis yang diadakan secara sederhana itu telah dihadiri ahli keluarga, saudara terdekat serta teman rapat pasangan ini.

Dalam majlis tersebut, Adira kelihatan anggun mengenakan busana berwarna merah jambu manakala Dato Red pula segak dengan sut berwarna kelabu.

KLIK LINK DIBAWAH INI UNTUK TONTON VIDEO:MAJLIS RESEPSI ADIRA &am p; DATO RED

         ________________________

:: FACEBOOK :: INSTAGRAM :: TWITTER :: :: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

Rampasan dadah sindiket Malaysia di Thailand cecah RM400 juta - Kosmo!

Rampasan dadah sindiket Malaysia di Thailand cecah RM400 juta

26/03/2016 7:24pm

BANGKOK - Polis Thailand menganggarkan dadah yang dirampas daripada 21 anggota sindiket rakyat Malaysia pada Rabu bernilai 4 bilion Baht atau kira-kira RM400 juta mengikut pasaran gelap.

Sumber berkata, nilai dan jumlah dadah yang dirampas daripada sindiket itu, 226 kilogram (kg) dadah sintetik "Ice" dan 8 kg Heroin mengejutkan Polis Thailand dan Polis Malaysia.

"Kini pasukan penyiasat Thailad dalam proses mengesan dalangnya di Thailand dan Malaysia, ini (mencari dalang) adalah amat penting," katanya kepada Bernama hari ini.

Menurutnya, pasukan penyiasat percaya destinasi utama dadah berkenaan kemungkinan besar bukan Malaysia tetapi sebuah negara lain di Eropah kerana jumlahnya yang amat besar.

"Pasaran dadah di Malaysia dan Thailand tidak mendapat permintaan yang besar sebanyak dadah yang dirampas itu, yang memungkinkan dadah itu dihantar ke satu tempat lain sejurus tiba di Malaysia.

"Pasaran gelap di Malaysia dan Thailand juga tidak memiliki permintaan sebesar itu," katanya. - Bernama

Read more ...

Konsert Ulangtahun ke-20 Sheila On 7 di StarXpo Hall Malam Ini

Pada malam ini 27 Mac 2016 (Ahad), bertempat di StarXpo Hall, KWC Fashion Mall, Kuala Lumpur akan berlangsungnya, Sheila On 7 20th Anniversary Live Concert in Malaysia 2016 dan Budiey.com turut dijemput untuk menonton persembahan ini.

Pada sekitar tahun 1996, sekumpulan anak muda berkumpul di perkampungan mereka di Yogjakarta atas nama muzik. Terdiri dari Akhiyat Duta Modjo (Duta), Eross Candra (Eross), Anton Widiastanto (Anton), Adam Subarkah (Adam) dan Saktia Ari Seno (Sakti) (ketika itu) mereka bergerak menjadikan muzik atas landasan hobi kepada pekerjaan. Mereka berdiri atas nama Sheila On 7.

"Hampir tiga tahun kami tidak ke Malaysia. Kami sudah tidak sabar mahu menghiburkan peminat di Malaysia.

"Kami akan bawakan seleksi lagu popular daripada album pertama sehingga album terbaharu. Walaupun muncul pada tahun 2014, kami masih belum mempunyai kesempatan untuk mempromosikan album terbaharu kami di Malaysia.

"Jadi kami melihat peluang untuk mengadakan konsert di Malaysia sebagai salah satu medium kami untuk mempromosikan album Musim Yang Baik kepada penggemar Sheila On 7 di sini

Kali terakhir muncul dengan album yang berjudul Musim Yang Baik pada Disember 2014, Sheila On 7 mahu menggunakan kesempatan ini untuk mempromosikan album terbaharu mereka di Malaysia.

20 tahun lalu peristiwa itu berlaku dan momen demi momen tercipta. Kini manis dan pahitnya berkumpul atas nama Sheila On 7 tadi diteruskan oleh Duta, Eross, Adam dan Brian. Mereka pernah melalui masa puncak. Berjalan atas nama populariti yang cukup gah dan juga atas nama penjualan album yang berjaya mencapai penjualan berjuta unit.

Anak-anak band ini juga pernah melalui masa penjualan album terlaris di Indonesia lewat lagu-lagu yang kini dianggap klasik seperti Dan, Sephia, Seberapa Pantas dan Melompat Lebih Tinggi.

Mereka juga tidak terlepas melalui masa suram dengan ditandai dengan penurunan jualan album, masalah dalaman grup, keluar masuk anggota band dan pengurus serta berkurangnya kekerapan persembahan pentas.

Namun itu semua tidak memudarkan semangat lelaki-lelaki yang darah mereka mengalir dengan nota muzik dan nafas mereka naik turun dengan semangat anak band. Mereka muncul dengan album Musim Yang Baik pada tahun 2014 dan single Berlapang Dada menaikkan semula nama grup ini di pendengaran dan ingatan khalayak.

Dalam sejarah muzik Indonesia, grup ini dinamakan sebagai satu-satunya band Indonesia yang mampu menjual album fizikal sebanyak lebih dari satu juta unit, tiga album berturut-turut.

Sejurus sahaja menawan hati khalayak dengan album perdana mereka yang bertajuk Sheila On 7 (1999), grup yang awalnya menamakan diri mereka sebagai W.H.Y Gank ini meledak dengan album Kisah Klasik Untuk Masa Depan (2000), Anugerah Terindah Yang Pernah Ku Miliki (2000) dan 07 Des (2002). Bukan hanya di tanah air sendiri, malah turut dikenali di Malaysia, Singapura serta Brunei.

Antara anugerah yang mereka perolehi sebagai tanda kejayaan mereka ialah Double Platinum Award (album pertama), Lagu Terbaik di Anugerah Musik Indonesia (AMI) melalui lagu Dan, Produser Terbaik AMI 99, Album Paling Berkilau, Album Terbaik Sheila On 7, Song of The Year MTV Ampuh, 7 Platinum and Special Achievement Award 2000, Most Favorite Band 2001, Ten Times Platinum 2001 dan Most Favorite Band MTV Indonesia.

Terbaru mereka memenangi anugerah 150 Lagu Indonesia Terbaik Sepanjang Zaman 2009, Best band of The Year NET 2.0 Indonesian Choice Award, Best Album of The Year dan Best Song of The Year di Indonesian Choice Award.

Sudah menjadi sebuah kisah klasik akan kerinduan peminat terhadap grup handalan ini terutamanya peminat setia mereka yang dinamakan SheilaGank. Kerinduan ini seharusnya dipersembahkan dengan kemunculan grup ini ke Malaysia.

Lalu melalui konsert sempena 20 tahun kehadiran Sheila On 7 ini bakal membentuk sebuah lagi momen antara pemuzik-pemuzik hebat dan penyokong setia mereka. Konsert atas nama Teman, Sahabat & Cintaku ini bakal melakarkan sebuah lagi kenangan klasik dan anugerah terindah yang pernah dimiliki Sheila Gank.

Malah pihak kami juga melihat grup SO7 sebagai salah sebuah kumpulan yang dapat mendidik masyarakat iaitu golongan muda khususnya untuk menghargai muzik. Pemilihan grup ini dibuat berdasarkan attitude yang baik, penampilan yang kemas dan yang lebih penting lagi melalui lagu-lagu mereka yang mempunyai mesej yang baik".

Sempena konsert 20 tahun Sheila On7(SO7) di Malaysia pada 27 Mac 2016 nanti, tiket-tiket kini boleh didapati di cawangan Rock Corner dan Victoria Music di Sungei Wang, Amcorp Mall, Tropicana Mall, The Curve, Midvalley dan Subang Parade dengan harga RM75, RM110, RM150 dan RM190 juga boleh didapati menerusi talian sesawang www.ilassotickets.com mulai 15 Januari 2016.

Manakala untuk pelajar-pelajar pula akan mendapat potongan harga sebanyak 10% melalui belian secara terus di cawangan-cawangan yang telah ditetapkan dengan menunjukan kad pelajar sahaja, ujar Aida.

Apa yang menarik nanti bukan sahaja kehebatan SO7 malah penonton semua akan dihiburkan dengan aksi persembahan menarik dari NOH SALLEH & RESTOE IBU BAND, selaku artis undangan bagi pembuka tirai konsert tersebut.

Pemilihan NOH SALLEH & RESTOE IBU BAND dilihat mampu memberi impak yang baik buat penonton semua, apatah lagi ini merupakan persembahan sulung mereka dalam skala yang besar, dan sememangnya terdiri dari pemuzik-pemuzik handalan.

Mawlaya Network Sdn Bhd selaku penganjur konsert tersebut berharap konsert tersebut bakal mengubat rindu peminat-peminat SO7 dan menjadi kenangan terindah buat semua. Manakala Mewah Event Management bertindak selaku pengurusan publisiti bagi konsert tersebut.

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

10 Teknologi Moden Yang Sudah Wujud di Zaman 'Purba'

Kita kini berada dalam zaman inovasi saintifik, tetapi banyak teknologi moden sebenarnya sudah wujud di zaman purba.

Menerusi satu senarai yang dikongsikan oleh chanel Youtube Alltime10s, kami kongsikan dengan pembaca 10 teknologi moden yang sudah lama wujud berkurun-kurun lamanya.

10 - Penyembur Api (Flamethrower)

Secara rasminya, 'Flamethrower' telah dicipta oleh Richard Fielder pada 1901 sebagai senjata petroleum dan ia digunakan kali pertama pada perang dunia pertama.

Namun, 1,300 tahun sebelumnya, empayar Byzantine sudah pun menggunakan satu senjata unik yang boleh 'membakar air', yang dikenali sebagai Greek Fire. Senjata itu digunakan untuk membakar kapal musuh.

9 - Pembedahan plastik Pembedahan plastik moden diasaskan oleh Sir Harold Gillies pada 1917. Dia menggunakan pembedahan plastik untuk menyembuhkan muka Walter Yeo, yang menderita akibat cedera ketika perang dunia pertama.

Namun, jika dijejaki semula, pembedahan plastik mula digunakan pada 3,000 BC. Orang mesir purba menggunakan teknologi itu untuk membina kembali hidung mereka yang dipotong hidung akibat kesalahan mencuri.

8 - Mesin layan diri (Vending machine) Mesin layan diri mula diperkenalkan pada lewat abad ke 19 untuk mengeluarkan poskad dan juga buku.

Namun teknologi mesin layand iri pernah digunakan pada 2,000 tahun lepas dimana seorang ahli fizik Greek membina satu mesin yang menerima duit untuk mengeluarkan 'holy water'. Alat ini dibina supaya mereka yang membayar untuk mengambil air itu tidak mengambil lebih dari sukatan.

7 - Jam penggera

Kredit teknologi jam penggera biasanya diberikan kepada Levi Hutchins yang membuat satu jam yang boleh berbunyi setiap hari pada jam 4 pagi pada tahun 1787.

Namun, pada 440 BC, Ahli falsafah Greece, Plato menggunakan jam air untuk mengejutkan dia sebelum ke kuliah.

6 - Pengesan gempa bumi Pada 1897, saintis Filipina, Cecchi, telah mencipta seismograph untuk mengesan gempa bumi.

Namun teknologi untuk mengesan gempa bumi sudah mula digunakan hampir 2,000 tahun yang lalu. Pencipta dari China, Zahng Heng telah mencipta seismograph pertama pada 132 AD.

Alat Zhang telah berjaya mengesan gempa bumi sejauh 2,500 km dari wilayah Gansu selepas enam tahun ia dicipta. Jika berlaku gempa satu bola gangsa akan keluar dari mulut naga.

5 - Pintu automatik

Pada 1954, usahawan Amerika Dee Horton dan Lew Hewitt telah mencipta pintu automatik untuk menyelesaikan masalah pintu (jenis bulatan) bergerak ketika cuaca berangin.

Namun, pintu automatik pertama telah bejaya di cipta pada 50BC dimana Hero of Alexandria telah mencipta pintu atumatik untuk kuil. Apa yang menarik, untuk membuka pintu kuil tersebut, ugamawan hanya perlu menyalakan api di altar.

4 - Bateri Sejarah bateri biasanya selalu dikaitkan dengan seorang saintis itali pada kurun ke 18, Luigi Galvani. Galvani mendapati bahawa apabila dua jenis dawai disentuhkan di kaki katak mati, kaki itu akan bergerak, menunjukkan kewujudan elektrik. Terinspirasi dari penemuan Galvani, ahli fizik Alessandro Volta mencipta bateri pertama pada 1799.

Namun pada 1983, ahli arkeologi telah membuat penemuan satu tanah liat di Baghdad yang mengandungi silinder copper dan batang besi. Ahli arkeologi berpendapat ia adalah bateri dari tahun 200BC.

3 - Komputer Pada 1900, sebuah mesin berusia 2,000 tahun dikenali sebagai Antikythera telah ditemui di dalam satu bangkai kapal. Selama lebih 100 tahun, saintis tertanya-tanya apa kegunaan mesin komplek ini.

Hari ini, mesin tersebut diteorikan sebagai sebuah komputer analog yang dicipta oleh Greek purba untuk menentukan posisi astronomi, gerhana dan juga tarikh Olimpik.

Mesin yang mempunyai kompleksiti yang berjaya dibuat pada 1834 oleh saintis Charles Babbage yang dikenali sebagai mesin komputer mekanikal pertama yang boleh mengira fungsi dalam matematik 2 - 'Death ray'

Pada 2007, tentera US mendedahkan senjatan Active Denial System. Senjata itu berupaya mengeluarkan pancaran zarah sepanas yang boleh menyebabkan target mencapai kepanasan sehingga 50 darjah celcius.

Namun pada 212 BC, ahli fizik, Archimedes telah pun mencipta Death ray. Dia menggunakan tembaga yang digilap dengan baik untuk memancarkan cahaya matahari kepada kapal musuh sehingga menyebabkan kapal-kapal itu terbakar.

Pada 2004, kumpulan Mythbusters cuba mencipta kembali alat yang dicipta oleh Archimedes namun tidak berjaya mencapai suhu 593 darjah celcius yang diperlukan untuk membakar kapal. Tapi setahun selepas itu, pengkaji di Universiti MIT berjaya membakar satu kapal kayu selepas 10 minit memantulkan cahaya matahari kepadanya.

1 - Robot

Robot autonomi elektronik yang pertama telah dicipta oleh William Grey Walter pada tahun 1948. Berbentuk seperti kura-kura, robot ini mampu mencari semula semula stesen pengecasan mereka apabila baterinya semakin berkurang.

Namun kewujudan robot dapat di jejaki semula 2,000 tahun sebelum itu. Jurutera Greek, Hero of Alexandria mencipta satu mesin automatik berupaya membuat persembahan teater kepada penonton. Robot-robot ini boleh diprogramkan untuk membuat arahan-arahan tertentu. Apa yang menarik ia dikuasakan dengan kuasa stim.

Inginkan penjelasan lebih lanjut ? Tonton video ini : - Siakapkeli.my

Read more ...

Reezal: Isu banglo bukan untuk 'serang' KM P Pinang

Isu pembelian banglo Lim Guan Eng di Jalan Pinhorn, George Town dekat sini bukan sengaja dibangkitkan oleh Umno atau BN untuk 'menyerang' ketua menteri itu.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata isu itu dibangkitkan Anggota Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya di Dewan Rakyat bagi mendapatkan penjelasan daripada beberapa pihak lain dan bukannya Lim semata-mata.

"Datuk Shabudin bertanya untuk mendapatkan jawapan daripada Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Penilaian dan Pembangunan Harta (JPPH) berhubung penjualan banglo yang didakwa murah berbanding harga pasaran.

"Beliau (Shabudin) tidak menyerang Lim secara peribadi sebaliknya ingin tahu dan mendapat penjelasan. Saya berpendapat ketua menteri juga harus tampil dan menjawab perkara itu," katanya kepada pemberita di Kepala Batas hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Koon Yeow yang mendakwa isu pembelian banglo Lim dan kaitannya dengan tanah Taman Manggis adalah serangan peribadi.

Reezal Merican yang juga anggota Parlimen Kepala Batas dan timbalan menteri luar berkata Lim perlu tampil dan memberi penjelasan berhubung isu banglo itu kerana rakyat Pulau Pinang juga mahukan jawapan daripadanya.

"Bagi saya, perkara ini membangkitkan tiga perkara yang jelas perlu dijawab sendiri oleh Lim iaitu yang pertama apakah pembelian di bawah harga pasaran ini benar berlaku atau sebaliknya.

"Kedua secara tidak langsung, pembelian ini adalah suatu yang luar biasa dan perlukan penjelasan daripada pihak-pihak terlibat manakala yang terakhir apakah pembelian luar biasa ini mengikut undang-undang dan tidak mempunyai agenda lain," katanya.

Dalam persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini, Shabudin yang juga pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang meminta JPPH membuat penilaian berhubung hartanah berharga RM2.8 juta yang dibeli Anggota Parlimen Bagan itu sedangkan nilai semasa rumah itu adalah lebih RM3 juta.

Shabudin turut meminta SPRM menyiasat dakwaan penjualan beberapa lot tanah di Pulau Pinang yang dikatakan asalnya diperuntukkan untuk pembinaan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin.

- Bernama

Read more ...

KESIAN! GUAN ENG JADI MANGSA MAINAN MEDIA!!!

SEMUT HITAM KESIAN! GUAN ENG JADI MANGSA MAINAN MEDIA!!! Wow!!! Inilah yang selalu kita bagi nasihat dan peringatan kepada rakyat agar jangan cepat sangat buat kesimpulan sebelum siasatan selesai dijalankan oleh pihak berkuasa. Takut jadi fitnah. Kan dah tak pasal - pasal je Si Guan Eng ni menjadi mangsa penyebaran cerita fitnah mereka yang tak bertanggungjawab dan menuduh Ketua Menteri Pulau Pinang tu benda yang bukan - bukan. Kalau sebelum ini, kecoh dalam laman media sosial mempertikaikan kenyataan yang dibuat oleh Si Guan Eng berhubung isu harga rumah mewah yang telah dibeli dibawah harga pasaran tu. Ternyata seperti mana yang diperkatakan oleh puak - puak Pakatan Haprak tu selama hari ini, semua itu hanya sekadar mainan Politik mereka semata - mata. Kenyataan yang dibuat tu tak tepat. Kalau difikirkan dari segi logik sekali pun, tak mustahil seorang Ketua Menteri yang berwibawa seperti Si Guan Eng tu boleh tak tahu harga rumah yang dibeli mengikut pasaran semasa. Si Guan Eng tu bukan sahaja seorang Ketua Menteri, bahkan dia juga pegang jawatan sebagai Pengerusi Hal Ehwal Kewangan Negeri. Mana mungkin dia tak tau harga sebenar dipasaran. Dan hari ini, Si Ketua Menteri Pulau Pinang tu tampil membuat kenyataan media bahawa dia sebenarnya tau harga sebenar rumah banglow mewah yang telah dia beli sebelum ini. Maka dengan kenyataan yang dikeluarkan itu membuktikan bahawa pihak media sebelum ini telah tersalah lapor atau sengaja memutar-belitkan kenyataan yang dibuat sehingga mengelirukan. Dalam erti kata lainnya, bukan la Si Guan Eng tu tak tau harga sebenar rumah yang dibeli dibawah harga pasaran. Tapi, Si Guan Eng tu sebenarnya telah menjadi mangsa manipulasi media.  Setidak - tidaknya, itu la alasan yang boleh puak - puak Pakatan Haprak tu boleh berikan kepada Macai diorang. Sebab Pencacai Pakatan Haprak tu hanya boleh terima alasan sedemikian rupa kerana otak diorang semuanya atas terletak di Kepala Lutut belaka!!!
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *