Recent Post

Monday, February 15, 2016

MH370: Pakar akan bermesyuarat selepas pencarian di dasar laut selesai - DCA

Misi pencarian itu kemungkinan besar akan selesai pada Jun atau Julai tahun ini.
Read more ...

Suami Isteri Perlu Memuaskan Diri Masing-Masing Dalam Hal Nafkah Batin รข€“ Rozita Che Wan

Hubungan intim antara suami isteri adalah satu topik taboo yang jarang dibincangkan secara terbuka di kalangan masyarakat. Namun secara umum, ramai sedar tentang masalah hubungan seksual yang dialami oleh pasangan suami isteri. Malah kalau tak silap Abang Nara, ada kajian menyatakan lebih 50% isteri tidak mencapai rasa puas apabila bersama dengan suami mereka. Hmmm. Satu masalah yang besar jugak sebenarnya kan?che ta

Bagi Che Ta, soal hubungan kelamin atau peribadi adalah sesuatu perkara yang harus dibincang dengan baik antara suami isteri. Baginya, persefahaman antara pasangan berkahwin perlu ada. Kata Che Ta:-

Saya percaya dalam soal nafkah batin, baik isteri dan suami perlu memuaskan diri masing-masing. Sejak bertahun lalu, saya memang mengamalkan jus tenaga ini. Alhamdulillah, pada usia saya Tuhan masih berikan kesempatan untuk mengandung. Dua bulan selepas bernikah, saya hamil.

che taUntuk makluman, Rozita Che Wan bercadang memasarkan jus tenaga yang diambilnya dengan nama Jus Goyang Rapat by RCW tidak lama lagi. Fuh. Pasti ramai yang teruja dan ingin mencubanya. Semoga produk ini akan meletup dan makin ramai suami isteri yang berjaya dalam mencari kepuasan dalam hubungan intim. Sumber BiPop.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

8 GAMBAR - SUASANA MAJLIS AQIQAH PUTERI DIANA DANIELLE & FARID KAMIL

Pada 8 Februari lalu, Diana Danielle dan suaminya, Farid Kamil telah mengadakan majlis aqiqah untuk anak kedua mereka, Nur Aurora.

"Comelnya sayangku Nur Aurora untuk Aqiqah nya sedondon dengan Ibu," ujar Diana di laman IGnya.

Jom tengok!

         ________________________

:: FACEBOOK :: INSTAGRAM :: TWITTER :: :: YOUTUBE :: SEJARAH MYARTIS ::

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

Janna Nick Tak Suka Ada Teman Lelaki?

Pelakon dan penyanyi wanita Janna Nick 20, memberitahu dia tidak berminat untuk memiliki teman lelaki dan perkara itu masih dianggap remeh.

Sejak dibangku sekolah lagi, Janna mengelakkan diri daripada terjebak dengan perkara sebegitu dan ingin menumpukan perhatian terhadap cita-citanya.

"Mengenai teman lelaki memang saya tak terfikir langsung, dekat FB banyak kali saya muat naik status dan rakam video dan berazam tidak mahu bercinta.

"Ramai yang tanya kenapa azam saya macam itu. Saya jawab, saja nak cabar diri, walaupun rakan-rakan seusia saya sibuk cari teman lelaki tapi saya tak langsung.

"Lagipun muda sangat nak bercinta, baik kita fokus mana yang perlu dulu," kata Janna kepada portal Murai ketika selesai previu La La La Zombie baru-baru ini di Istana  Budaya.

Dalam pada itu, Janna turut ditanya mengenai penglibatan dirinya dalam bidang nyanyian, apakah punca dia berminat untuk menjadi penyanyi.

Dengan tenang dia menjawab, Janna mahu cuba semua pada usia yang muda dan ingin mencari kesesuaian dan dekat dengan dirinya.

"Tak salah nak cuba banyak benda ketika masih muda. Saya pun 'enjoy' buat banyak benda dalam industri hiburan.

"Mengenai lagu Mungkin Saja ia adalah ciptaan kunci demak, bergenre pop dan mudah untuk didengar dalam waktu santai," akhiri Janna.

Oleh Mohd Ishahrulddin TahirArtikel Ini Disiarkan Pada Isnin, 15 Feb 2016

 

Read more ...

Aliran trafik semua lebuh raya utama seluruh negara kembali lancar malam ini - Kosmo!

Aliran trafik semua lebuh raya utama seluruh negara kembali lancar malam ini

14/02/2016 9:13pm

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di semua lebuh raya utama kembali lancar malam ini.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik PLUS Malaysia Berhad memberitahu Bernama setakat 8.30 malam ini, aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan dari utara dan selatan menuju ke ibu kota bergerak lancar.

"Pergerakan trafik yang perlahan di laluan Bukit Tagar ke Sungai Buaya dan Pedas Linggi menuju Senawang sejam lepas, kembali pulih," katanya.

Bagi laluan di Lebuhraya Karak dan Lebuhraya Pantai Timur pula, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia melaporkan aliran trafik lancar dan terkawal.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama

Read more ...

(Gambar) 3 Maut Dalam Insiden Libatkan 50 Kenderaan di Lebuhraya

Pennsylvania - Sekurang-kurangnya tiga maut manakala tiga lagi kritikal di dalam satu insiden yang melibatkan 50 kenderaan akibat ribut kuat di atas lebuhraya di Pennyslvania.

Insiden yang melibatkan angin kuat berkelajuan 48kmj itu membabitkan berpuluh-puluh kereta, lori minyak, dan juga lori biasa.

70 orang dilaporkan cedera di dalam kejadian tersebut.

Laporan dari PennLive.com melaporkan saksi berkata persekitaran tiba-tiba menjadi putih sebelum kejadian.

"Semuanya tiba-tiba jadi putih", kata Raul Jardine sambil menambah apa yang di boleh lihat cuma lampu brek kereta dihadapannya, jadi dia memperlahankan kenderaan sebelum dilanggar dari belakang.

"Kami sempat berhenti tetapi beberapa kereta tergelincir dan melanggar bahu jalan", katanya.

Seorang lagi saksi, Ashley Fisher pula memberitahu biarpun salji (ribut) baru sahaja bermula, keadaan serta merta jadi puth.

"Salji baru sahaja bermula dan persekitaran tiba-tiba jadi putih. Kereta di depan ka mi tiba-tiba hilang", katanya kepada Tribune News.

Kejadian itu terjadi selepas amaran ribut salji dikeluarkan untuk Philadelphia. - Siakapkeli.my

Sumber : dailymail.co.uk

Read more ...

Ku Nan: BN sentiasa berusaha tarik kembali sokongan masyarakat Cina

Barisan Nasional (BN) sentiasa berusaha menarik masyarakat Cina kembali menyokong parti gabungan itu dengan menggalakkan para pemimpinnya mendekati mereka bagi memahami permasalahan dan kehendak mereka, kata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

"Saya percaya masyarakat Cina akan kembali bersama kerajaan kalau kita (pemimpin) rapatkan diri dengan rakyat, menyelami hati rakyat, merasa nadi rakyat dan ketahui apa yang mereka mahukan.

"(Untuk itu) pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan antaranya dengan mewujudkan program dan peluang melibatkan pemilikan rumah, perniagaan dan banyak lagi demi kebaikan rakyat," kata Menteri Wilayah Persekutuan itu kepada pemberita pada Kenduri 1Wilayah Persekutuan (Kenduri 1WP) di Bukit Bintang di ibunegara malam tadi.

Turut hadir Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Mhd Amin Nordin Abdul Aziz.

Tengku Adnan juga menyeru para pengundi di kawasan Bukit Bintang supaya kembali bersama kerajaan BN supaya segala permasalahan politik dan ekonomi dapat diselesaikan dengan lebih teratur dan terjamin.

Lebih 3,000 orang menghadiri Kenduri 1WP, yang merupakan inisiatif Kementerian Wilayah Persekutuan bagi mengukuhkan hubungan, persefahaman, perpaduan dan ukhuwah di kawasan Parlimen Bukit Bintang.

- Bernama

Read more ...

Acha Septriasa Akui Dipinggirkan Oleh Rakan Baik!

Penyanyi popular Indonesia, Acha Septriasa mengakui bahawa dia terpaksa memisahkan diri seketika dari rakan terdekat dek kesibukan berlakon di lokasi pengambaraan.

Acha sendiri sedar mengenai perkara terssebut dan beliau mempunyai alasan yang tersendiri. Apa yang dikatakan oleh orang hanya dipandang sepi sahaja.

Acha 1

"Saya sedar tentang perkara itu sudah lama. Dahulu saya juga punya ramai kawan baik tetapi dek kerana kesibukan di lokasi penggambaran membuatkan hubungan itu makin jauh. Bukan bermakna saya sudah melupakan mereka tetapi kami hanya dipisahkan oleh jarak dan waktu."

"Sebab itu bila orang kata saya sudah buang kawan, saya hanya tersenyum. Keadaan itu memang benar-benar terjadi kepada saya secara peribadi."

Namun, jika mempunyai masa yang terluang, tentu pasti Acha akan meluangkan masa bersama keluarga. Tetapi untuk mencari masa lapang itu adalah satu masalah besar baginya kerana dia terlalu sibuk dengan dunia lakonannya.

"Setiap kali terlibat dalam produksi filem, biasanya akan memakan masa selama dua bulan. Cukup enam filem setahun dan saya sebenarnya sudah tidak punya waktu untuk perkara lain termasuklah hal peribadi."

Acha 2

Malah, Acha menjelaskan bahawa dek kesibukannya itu menyebabkan dia tidak sempat untuk bernikah.

"Dahulu saya pernah merancang untuk bernikah pada tahun 2014 tetapi tidak jadi. Saya hanya menangis seharian sahaja dan selepas itu semuanya kembali normal dek tuntutan tugas di lokasi penggambaran."

Walaupun dia dilabel sebagai 'lupa diri' oleh rakan-rakannya namum apa yang penting tawaran lakonan sentiasa ada malah industri masih menerima Acha sebagai teraju utama.

"Jadi bila dikatakan saya tinggalkan rakan-rakan itu memang benar. Tapi dalam hal lain saya bersyukur kerana industri filem di Indonesia masih menerima saya sebagai teraju utama. Itu sudah cukup membuatkan saya teruja dan gembira."

Acha 3

Apapun, semoga Acha tabah hadapi ujian ini. Mungkin Acha perlu memilih salah satu antara keduanya. Apapun, setiap kejadian itu pasti ada hikmahnya.

LAGI ARTIKEL MENARIK:

  • Kisah Cinta Acha Septriasa Kini Musnah?
  • Saya Belum Mendapat Hidayah Untuk Berhijrah – Acha Septriasa
  • Chacha Maembong Dilamun Cinta Dengan Jejaka Kacak Berkulit Gelap?
  • 396 total views, 396 views today

    Read more ...

    [VIDEO] Temuramah dengan Bangla

    CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar [VIDEO] Temuramah dengan Bangla

    Ibrahim sudah lima tahun tinggal di Malaysia mencari rezeki. 

    Dia lebih suka Malaysia daripada Bangladesh, negara asalnya. 

    Bergaji RM1,500, mampu menghantar pulang wang ke Bangladesh sehingga RM1,000 sebulan, Malaysia tetap menjadi pilihannya.

    at 07:48
    Read more ...

    Popular Posts

    Berita Harian

    Malaysia Kini

    Mypotnews Links

    Submit ExpressFree Webmaster Tools
    Ping search engines.

    Contact Form

    Name

    Email *

    Message *