Recent Post

Tuesday, August 04, 2015

Saudi Tahan Imam Mahdi Indonesia Amal Syirik

MAKKAH – Indonesia berharap jemaah umrah negara itu yang ditahan akan dibebaskan tidak lama lagi dan cuba memujuk pihak berkuasa Arab Saudi bahawa rakyat mereka tidak bersalah, menurut akhbar Arab News.

Seramai 11 jemaah dari Indonesia yang tiba di Makkah untuk menunaikan ibadah umrah, terpaksa ditahan atas tuduhan cuba mengamalkan ajaran syirik dan melakukan solat sunat Aidilfitri hanya pada 18 Julai lalu.
Tindakan kumpulan itu menyambut Hari Raya Puasa sehari selepas tarikh rasmi ditetapkan Arab Saudi pada 17 Julai, menurut setiausaha informasi Konsul Indonesia di Jeddah, Syarif Shahab ketika memberitahu Arab News.

"Pihak konsulat sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Arab Saudi untuk segera membebaskan rakyat Indonesia dan kami berharap bahawa mereka akan dibebaskan tidak berapa lama lagi," kata beliau pada Isnin.

Syarif mendedahkan kepada Arab News bahawa mereka ditahan kerana mengamalkan kegiatan dan upacara keagamaan yang tidak betul dengan salah seorang ditahan itu dikenali sebagai Zubir Amir Abdullah, 47 tahun.

Dia disyaki merupakan pengasas kumpulan agama dikenali Himpunan Pemuda Sinar Syahid (Himpass) dan mendakwa dirinya sebagai 'Imam Mahdi' atau penyelamat dunia akhir zaman menurut fahaman umat Islam.
Semua rakyat Indonesia yang ditahan, merupakan para pengikut kumpulan Himpass namun Zubir menegaskan dia tidak pernah mendakwa menjadi Mahdi sebaliknya para pengikut itu yang menganggapnya sedemikian.

Pengarah Kementerian Luar Indonesia untuk bantuan guaman dan perlindungan rakyat Indonesia di luar negara, Lalu Muhammad Iqbal berkata, pemerintah berjaya mencapai satu kejayaan dalam membebaskan rakyat mereka.

"Pengikut kumpulan Himpass itu sudah ditahan selama 16 hari atas tuduhan 'syirik' dan kes ini jelas boleh diselesaikan kerana Zubir menegaskan dia sendiri tidak pernah mendakwa dirinya sebagai 'Mahdi'," kata Iqbal.

"Penggunaan perkataan itu hanya merujuk kepada pilihan perkataan dan tidak merujuk kepada 'Mahdi' yang disebut dalam hadis sahih Rasulullah SAW," tambah beliau kepada pihak media tempatan di Jakarta pada Isnin.

Iqbal menekankan lagi bahawa kenyataan baru-baru ini yang diperoleh daripada tahanan akan digunakan sebagai maklumat asas untuk pemerintah Indonesia menggesa pihak berkuasa Arab Saudi supaya melepaskan mereka.

Namun menurut laporan Arab News beliau berkata: "Kami berharap serta-merta boleh bebaskan 10 jemaah umrah, tetapi tidak termasuk Zubir yang sedang menjalani pemeriksaan psikiatri." – Agensi/Mynewshub/HAA
Read more ...

"MOHON PADA SEMUA, DOAKAN UNTUK MAMA SAYA" - JASMIN HAMID

Baru-baru ini, pelakon Jasmin Hamid menerusi laman Instagram miliknya semalam telah memuat naik gambar dia bersama ibunya yang kini sedang terlantar sakit di hospital.

Disebabkan itulah Jasmin meminta agar semua yang mengenalinya mendoakan kesihatan ibunya yang kini ditahan di hospital kerana serangan jantung.

"As Salam semua. . pada semua saudara mara, sahabat, kenalan dan penyokong-penyokong saya yang saya kasihi dan sayangi. Pagi ini, sekali lagi mama saya kena serangan jantung (Heart attack).. dan di masukkan ke wad.

Klik gambar untuk size besar


"Mohon pada semua, doakan untuk mama saya agar cepat sembuh dan panjangkan umur mama saya terutama kepada yang mengenali mama saya. Maafkan segala salah sil ap mama saya dan halalkan makan minum mama saya selama ini, amin," tulis Jasmin dilaman IGnya.

Tidak dapat dinafikan jelas kelihatan di air muka Jasmin bahawa kesedihan dan kebimbang menyelubungi dirinya sekarang. Tentu rasa sebak melihat insan yang kita sayangi dalam keadaan sebegitu.

Kami mendoakan agar Jasmin tabah dengan dugaan ini dan semoga ibunya dapat kembali pulih. Mari sama-sama kita doakan.


        
Read more ...

Betul Ke Main Kutu Haram Di Malaysia???

Hukum Main Kutu


Soalan : Ustaz saya nak tanya tentang permainan kutu. sekali pandang nampak halal. ok begini.
Pekerja office saya ada membuat "main kutu". satu kepala atau seorang RM100 seramai 11 orang jadinya setiap orang akan DAPAT 1100 (100 duit sendiri) tiap bulan. Yang jadi masalahnya tiap bulan cabutan akan dibuat, siapa dapat happy la..Saya melihat disini ia ada unsur judi, sebab sebelum cabutan-cabutan mengharap nasibnya akan kena, jadi saya fikir kalau dibuat cabutan number giliran yang dah tetap siapa yang dapat tiap bulan sebagai contoh, Mamat bulan jan, Abu bulan feb, Ali bulan mac dan seterusnya itu adalah harus.

Saya harap sangat komen ustaz..

Jawapan
Setakat info yang diberikan dan juga menurut pengetahuan saya berkenaan skim 'kutu' ini, secara dasarnya saya lihat urus aturan 'kutu' ini adalah harus.

Ini adalah kerana sebenarnya WANG diperolehi oleh seseorang itu hanyalah wangnya sendiri yang terkumpul pada masa akan datang, cumanya keisti mewaannya apabila tiba gilirannya maka sebagai ahli dia akan dapat menggunakannya secara 'in advance' disebabkan sumbangan wang dari semua ahli kumpulan. Pembayaran 'In advance' ini dari sudut Islam dilihat sebagai pinjaman tanpa faedah dari semua ahli kumpulan. Bermakna, setiap bulan semua ahli kumpulan akan menyumbangkan pinjaman yang mana wang pinjamannya itu akan kembali padanya apabila tiba gilirannya.
Namun demi memastikannya halal, perlulah memastikan semua ahli kumpulan boleh dipercayai, dikenali dan membuat aqad bertulis bagi protect kemaslahatan semua. Tanpanya, permainan terdedah kepada penipuan dan gharar.

Bayangkan zaman hari ini, orang yang nampak baik pun liat nak bayar hutang.
Kesimpulannya, skim 'kutu' antara sesama rakan yang dipercayai dalam jumlah yang terhad dan munasabah serta bertulis adalah harus disebabkan ia hanyalah aktiviti pinjam meminjam.
Aktiviti saling memberi pinjam dengan nilai dan jumlah yang sama adalah harus. A ntara hujjah saya adalah seperti berikut :-

Pertama : Keharusan kaedah :-
Ertinya : "Kamu pinjamkan kepadaku nescaya aku juga akan meminjamkan kepadamu kelak" (Mawahibul Jalil, Al-Hattab, 4/395)

Menurut mazhab Maliki, konsep ini dianggap makruh apabila ia memberikan manfaat kepada yang pemberi hutang lalu ia haram, tetapi jika manfaat diperolehi oleh peminjam ia adalah harus.
Namun dalam bab ini kedua-dua pihak mendapat manfaat yang sama rata. Justeru ia sewajarnya diharuskan. Inilah yang diperolehi dari skim 'kutu' ini.

Kedua : Tidak termasuk dalam bentuk faedah yang dilarang.
Kebanyakkan ulama berpendapat bahawa tindakan ini adalah harus di sisi Syariah atas sebab ia tidak termasuk dalam pinjaman dengan faedah yang dilarang oleh Shariah. Jumlah dan tempoh pinjaman juga adalah serupa. Ini menjadikannya tiada sebarang lebihan manfaat yang boleh menjadikannya haram.

Manakala syarat untuk memberi pinjam semula tadi, jikapun ia dianggap sebagai satu manfaat namun ia adalah manfaat yang sama kepada dua-dua pihak dan bukan hanya satu pihak yang boleh membawa penindasan. Ia juga boleh dilihat dalam isu 'Suftajah'. Demikian menurut pendapat Ibn Qudamah, Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim. Malah diperjelaskan lagi oleh Prof. Dr Nazih Hammad (Qadhaya Fiqhiyyah Mu'asiroh fi iqtisad wal Mal, Nazih Hammad, hlm 230)
Ketiga : Riba diharamkan disebabkan kerana zalim yang berlaku ke atas satu pihak.

Namun di dalam hal ni tiada sebarang kezaliman berlaku kerana kedua-duanya mendapat jumlah,dan tempoh yang sama, cuma di waktu yang berbeza sahaja.

Ibn Qayyim berkata :-
والشارع نهي عن الربا لما فيه من الظلم
Ertinya : "Shariah melarang riba disebabkan kerana kezaliman yang terdapat padanya" ('I'lam al-Muwaqqi'en, 1/386)
Adapun persepakatan dalam pinjaman berbalas dengan jumlah dan tempoh sama ini tiada terkandung di dalamnya sebarang zalim kepada mana-mana pi hak. (Qadhaya Fiqhiyyah Mu'asiroh fi iqtisad wal Mal, Nazih Hammad, hlm 231)

Perihal Cabutan Untuk Menentukan Giliran
Tepat sekali, permainan 'kutu' akan menjadi semakin bersih dan baik jika giliran telah ditentukan dari awal agar semua pihak tidak tertunggu-tunggu.

Namun, setakat pengamatan saya berdasarkan perbincangan para ulama berkenaan asas 'undian' atau disebut dalam bahasa 'Arab sebagai Qur'ah boleh dilakukan apabila semua pihak mempunyai hak yang sama untuk terpilih. Hukumnya adalah harus dan tiada unsur judi di situ. Nabi Muhammad

SAW juga pernah mencabut undi untuk melihat siapa dari kalangan isterinya yang akan terpilih untuk bermusafir bersama baginda SAW.
Sumber : Sportmusang
Read more ...

Maut didera teman lelaki ibu

Ampang: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun maut selepas dipercayai didera oleh teman lelaki ibunya dalam kejadian di rumah mereka di Taman Kosas, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, mangsa dibawa ke hospital oleh ibunya berusia 35 tahun jam 8.55 pagi dalam keadaan tidak sedarkan diri dan tiada nadi.
Menurutnya, doktor yang merawat memberikan bantuan pernafasan CPR kepada tetapi mangsa tidak memberikan respon sebelum disahkan meninggal dunia pada 9.30 pagi.

"Pemeriksaan lanjut pada badan mangsa juga mendapati terdapat kesan merah pada bahagian kemaluannya, kesan luka lama di kiri pinggang dan kecederaan di kedua tangan serta muka," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, suspek sudah ditahan untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Read more ...

Ibu dan teman lelaki kanak-kanak mati disyaki didera, ditahan polis

AMPANG: Ibu kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang mati selepas disyaki didera di Taman Kosas di sini, ditahan polis pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Khairuddin Saad yang mengesahkan penahanan mereka berkata wanita berusia 35 tahun dan teman lelakinya, 41 ditahan di kediaman mereka di Flat Taman Kosas dekat sini pada jam 3 petang, semalam.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan butiran mengenai sebab tangkapan dibuat kecuali untuk membantu siasatan berhubung kejadian menimpa pelajar Tahun Satu Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Kosas itu.

Penahanan dibuat susulan laporan perubatan seorang doktor pada jam 10.39 pagi semalam.
Menurut laporan berkenaan, kanak-kanak itu telah dibawa ke hospital kira-kira jam 8.55 pagi dan pemeriksaan ke atas kanak-kanak itu menunjukkannya sudah tidak bernyawa.

Laporan itu turut menyebut bantuan pernafasan telah diberikan kepada kanak-kanak itu, namun tidak berjaya.

Pemeriksaan awal mendapati terdapat beberapa kesan merah, termasuk di kemaluannya, kesan luka lama pada bahagian kiri pinggang, kesan merah di tangan kiri dan kanan serta muka.
Mayat kanak-kanak tersebut dilaporkan telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur pada pukul 9 pagi Selasa untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian.
Read more ...

Video Muhyiddin Layan Cucu Menari Viral


Video bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melayan cucunya menari tersebar di laman sosial.  Video berdurasi 42 saat itu tersebar di laman Facebook menerima reaksi positif dari netizen yang rata-rata tidak menyangka betapa 'sporting' Muhyiddin dengan cucu-cucunya.

Selepas digugurkan dari Kabinet, Muhyiddin pernah menyatakan bahawa dia menerima seadaannya keputusan Perdana Menteri dan di kesempatan itu, dia akan mengabadikan peluang itu bersama dengan ahli keluarganya.

 Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan dari Kabinet kerana mengkritik Datuk Seri Najib Razak secara terbuka mengenai isu 1MDB pada ucapannya bulan lalu. - THEHYPEMEDIA.COM
Read more ...

Rafizi: Adakah SPRM langkau pasukan petugas untuk bersihkan PM?

 

"Apakah pendirian bersama pasukan petugas, atau adakah ini hanya pendirian SPRM?" tanya beliau ketika dihubungi.

Keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengisytiharkan bahawa RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak adalah sumbangan penderma, telah menimbulkan lebih banyak soalan daripada jawapan, kata Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.

Pertama, beliau berkata pasukan petugas khas yang terdiri daripada pasukan polis, SPRM dan Bank Negara, dengan Jabatan Peguam Negara memberikan nasihat perundangan, telah sentiasa bertindak sebagai satu unit dalam perkara yang berkaitan dengan 1MDB.

Sebelum ini, SPRM mengulangi beberapa kali bahawa ia tidak terlibat dalam siasatan terhadap 1MDB atau isu RM2.6 bilion kerana fokusnya hanya pa da SRC International.

Sementara itu, Rafizi bertanya apakah pandangan Bank Negara memandangkan dana yang terlibat itu secara automatik akan mencetuskan 'bendera merah' berkenaan dengan pengubahan wang haram.
Rafizi berkata adalah mencurigakan bahawa kedudukan SPRM berhubung perkara itu datang sebulan selepas Najib enggan untuk menjawab dakwaan bahawa beliau menerima dana tersebut.

Perkara itu pertama kali dibangkitkan oleh Wall Street Journal pada 3 Julai. Akhbar itu mendakwa penyiasat Malaysia telah mengesan hampir AS$700 juta disimpan dalam akaun Najib.
Perdana Menteri tidak menafikan ini dan sebaliknya mendakwa bahawa beliau tidak pernah menggunakan dana 1MDB untuk "kepentingan peribadi".

Rafizi berkata Najib sebelum ini mendakwa bahawa WSJ adalah sebahagian daripada konspirasi untuk menjatuhkan perdana menteri.

Sekarang, katanya, ia telah dikatakan sebagai sumbangan peribadi.
"Jika ia memang merupakan sumbangan peribadi dan Najib mempunyai dokumen untuk membuktikan selama ini, kenapa ia tidak segera tampil apabila dakwaan itu pertama kali dibuat?

"Mengapa beliau tidak segera menyaman WSJ kerana beliau dikatakan mempunyai bukti bahawa laporan mereka tidak tepat?" tegas Rafizi
[Baca berita penuh/asal]
Read more ...

Polis buru banduan larikan diri ketika dapat rawatan di Hospital Selayang

KUALA LUMPUR: Polis sedang memburu seorang banduan lelaki yang melarikan diri ketika mendapatkan rawatan kesihatan di Hospital Selayang, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad ketika dihubungi Bernama, mengesahkan suspek berkenaan yang dikenali Kalaivanan Muniandy, 33, melarikan diri dari kawalan warden penjara, kira-kira pukul 2.40 petang tadi.

"Suspek dipercayai mendapatkan rawatan kerana sakit perut. Ketika kejadian, dua warden yang ditugaskan mengawalnya berada di luar bilik dan tidak menyedari suspek telah melarikan diri.
"Setakat ini, kita belum terima laporan polis dari pihak penjara cuma pihak hospital sahaja yang sudah membuat laporan mengenai pesakit yang melarikan diri," katanya.

Suspek sedang menjalani hukuman penjara setahun di Penjara Kajang atas kesalahan mencuri kenderaan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan. - BERNAMA
Read more ...

Netizen Kecam Sharifah Sakinah Kongsi Gambar Cium Suami


Berani! Sharifah Sakinah tanpa berfikir panjang memuat naik gambar dirinya bercium dengan sium di laman Instagramnya yang mempunyai 612,000 pengikut itu, dikecam netizen.  Gambar yang dirakam menggunakan iPhone 6 dalam lif itu dimuat naik semalam menerima banyak kecaman dari netizen.

 Bagaimanapun, ada segelintir peminat tegar selebriti ini bertindak mempertahankan Sharifah dengan menganggap kebanyakan yang mengecam gambar tersebut tidaklah sebaik yang dikatakan. "Memanglah nampak tak manis sebab tunjuk umum picture macam ni. Tapi lantak pi lah, laki dia. Kita jaga laki kita, rumah tangga kita dahlah.

Tak payah komen sangat. Kalau tak suka, tak payah tengok dan abaikan saja. Kalau laki aku berani kiss aku macam ni depan orang, alangkah bahagianya. Tapi aku tak nak aih, malu," kata Azieddin.  Menurut salah seorang kipas susah mati Sharifah, gambar yang dimuat naik itu sebenarnya hanyalah reflection dari cermin di dalam lif.  "Yang komen bukan-bukan ni tak reti nilai gambar ke? Nampak sangat laki dia tu reflection dari cermin Tengok mulut Sharifah Sakinah pun tau. Dia cium pintu lif tu. Laki dia hanyalah reflection kat pintu tu," kata Yanyonyann sambil ketawa. - THEHYPEMEDIA.COM
Read more ...

PANAS!! Tun Dr Mahathir Bersuara Lagi!!! Selama 22 Tahun Memerintah,Saya Tidak Pernah Memasukkan Wang Derma Ke Akaun Peribadi!!

 

Beliau memberitahu bahawa selama 22 tahun memerintah negara akaunnya sentiasa dipantau
oleh individu tidak berkepentingan bagi mengesahkan atau menafikan pengakuannya.

PANAS!!…Tun Dr Mahathir Bersuara Lagi…"Selama 22 Tahun Memerintah,Saya Tidak Pernah Memasukkan Wang Derma Ke Akaun Peribadi"….KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menegaskan bahawa beliau tidak pernah memasukkan sebarang wang derma yang diterimanya untuk piliharaya ke dalam akaun peribadi.

"Pada pilihanraya 1964 dan 1969, wang tunai berjumlah RM20,000 dari ibu pejabat diserah kepada saya untuk diagih kepada kawasan parlimen 40 peratus dan kawasan DUN 30 peratus tiap satu.
"Kerana saya tidak sanggup simpan wang tunai sebanyak RM20,000 ini, saya masukkannya dalam akaun saya, dan saya keluarkan cek kepada jawatankuasa pilihanraya Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri mengikut agihan yang ditentukan oleh Ibu Pejabat.

"Wang ini bukan dari penderma tetapi ini adalah wang UMNO yang memang pun diberi kepada bahagian untuk kegunaan calon," katanya yang ditulis di dalam blognya.

Pada 1970 dahulu, Jabatan Hasil Dalam Negeri pernah mengeledah rumah dan kliniknya semasa disingkirkan pada tahun tersebut dari parti.

"Mereka jumpa stub cek yang telah dikeluarkan oleh saya dan mereka mendakwa bahawa saya tidak lapor pendapatan saya sepenuhnya.

"Mereka mendenda saya sebanyak RM300,000 dengan amaran jika saya bantah dan pergi ke mahkamah saya akan dikenakan denda tiga kali ganda.

"Saya tidak pergi ke mahkamah. Sebaliknya saya merayu bahawa duit yang dimasukkan dalam akaun saya ialah dari parti. Tetapi Ibu Pejabat UMNO tidak mengaku wang itu dari UMNO," jelasnya.
Pada akhirnya beliau telah didenda sebanyak RM130,000 pada saat sudah dilantik menjadi Menteri dalam kerajaan.

"Saya membayar secara beransur-ansur dan selesai bayaran semasa saya menjadi Timbalan Perdana Menteri," ujarnya.

Sebelum ini, Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata berkata perlembagaan UMNO membenarkan akaun amanah diwujudkan atas nama presiden parti.

Katanya lagi bukan sahaja Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai akaun amanah bagi pihak UMNO tetapi juga presiden-presiden UMNO sebelum ini.
Read more ...

Tips & Petua Untuk Mencari Barang Yang Hilang


Petua Mencari Barang Yang Hilang Pernahkah anda terlupa di mana letaknya barang yang anda simpan di dalam rumah kerana terlalu lama disimpan ataupun barang itu hilang di kawasan halaman rumah ataupun di mana juga? Untuk mencarinya bukanlah perkara yang mudah dan mungkin sehingga berpeluh dibuatnya pun masih belum berhasil untuk menemuinya.  Untuk membantu anda mudah untuk mencari sesuatu yang anda cari, amalkanlah petua ini. Petua 1 Baca SELAWAT (berulang-ulang kali) ketika anda sedang mencari barang itu sambil fikiran anda ingatkan kembali bilakah waktu akhir anda Nampak atau pegang barang itu.  Sekiranya barang itu masih ada di dalam rumah anda, anda akan menemuinya semula. Petua 2 Baca: Al-Fatihah 7 kali Al Fath 1-3 7 kali Al Khafi Ayat 19 7 kali Surah Al-Ikhlas 7 kali Selawat 7 kali Ya Allah 3 kali. Kemudian wirid 'Ya Hafiz' 119 kali Sesudah selesai semuanya, tadahkan tangan lalu berdoa, mohon dari ALLAH pertolongan supaya dipulang/digantikan barang yang hilang tersebut. Petua 3 Doa yang menjadi amalan para awliya' dan solihin yang terdapat di dalam kitab Bustanul Arifin (Taman Orang-orang yang A'rifin/Ahlillah/Awliya' Allah) tulisan Imam an Nawawi.  Imam Nawawi meriwayatkan doa ini daripada kitab Risalah al Qusyairiah tulisan Imam Abul Qasim al Qusyairi radiyAllahu anhu di dalam bab 'Karamah Awliya'. Doa itu adalah:



"Ya Jami'an Naasi li yaumil la raiba fihi, ijma' alayya dhollati" Maksudnya, "Wahai Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya, himpunkanlah aku dengan barang aku yang hilang itu." Berkata Imam Nawawi, "Sebenarnya doa ini telah saya cuba maka saya mendapatinya sangat bermanfaat dan menjadi sebab untuk mencari barang yang hilang itu dengan tidak bersusah payah mencarinya. Barang itu juga tidak jauh dari tempat yang kita sangka. Saya juga telah mendengar perkara yang sama daripada Sheikh al Hafiz Abu Baqa' ketika beliau mengajarkan doa ini dahulu kepada saya."
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *