Recent Post

Sunday, June 26, 2016

Najib pesan kedai, peniaga tawar harga berpatutan - Malaysiakini (caruman) (subscription)

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyeru rakyat Malaysia agar sama-sama memainkan peranan meringankan beban masing-masing dalam menyambut perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.

Beliau berkata kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif seperti mempercepatkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) serta memberi bantuan khas hari raya kepada penjawat awam, pesara kerajaan, pekebun kecil dan peneroka.

Bagaimanapun, katanya, usaha meringankan beban ekoran pertambahan perbelanjaan di musim perayaan ini bukan terletak di bahu kerajaan semata-mata.

"Kedai-kedai dan peniaga, selain menawarkan jualan murah, perlu memastikan agar barangan dijual pada harga yang berpatutan dan mengikut ketetapan, terutamanya barangan runcit dan makanan yang di bawah senarai harga kawalan," katanya dalam catatan terbaru di laman www.najibrazak.com hari ini.

Perdana menteri turut menasihatkan rakyat Malaysia supaya berbelanja secara berhemah dalam membuat persiapan menyambut Syawal.

"Yang lebih penting dan bermakna dalam menyambut Aidilfitri bukanlah kelengkapan dan pakaian baharu, tetapi ikatan silaturahim dan kekeluargaan sesama kita.

"Semoga Syawal yang akan tiba ini bakal mengeratkan lagi hubungan antara kita semua, Insya-Allah," kata perdana menteri.

Umat Islam di Malaysia dijangka menyambut Aidilfitri pada 6 Julai ini.

- Bernama

Read more ...

Peraduan Premiere With Budiey Filem OUR KIND OF TRAITOR

Ini adalah hadiah Budiey kepada Budieyators, pembaca setia & selebriti yang melayari blog ini!

Anda nak menghadiri Tayangan Premiere OUR KIND OF TRAITOR – Budiey.com bersama beberapa orang selebriti dan artis terkenal yang dijemput khas? Kalau anda boleh hadir, inilah satu-satunya peluang anda untuk menjadi antara penonton pertama menyaksikan filem aksi penuh dramatik yang penuh dengan adegan adegan mengujakan ni.

Budiey ada 100 pass tiket untuk dihadiahkan kepada semua pembaca Budiey.com yang teruja untuk hadir menonton.

Pada hari Isnin ini, Budiey nak ajak korang tonton sebuah filem dramatik yang korang mesti sukakannya berjudul OUR KIND OF TRAITOR. Apa lagi jangan lupa sertai peraduan ini.

Nak tahu terbaik ke tidak, anda semua dijemput untuk menonton trailer filem ini dan bacalah sinopsis ringkas tentang filem ini.

OUR KIND OF TRAITOR

Sinopsis Filem OUR KIND OF TRAITOR

A couple find themselves lured into a Russian oligarch's plans to defect are soon positioned between the Russian Mafia and the British Secret Service, neither of whom they can trust.

Peraduan Tayangan Premiere OUR KIND OF TRAITOR

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 100 pass tiket untuk Budieyators / pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

27 Jun 2016 (Isnin)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

9:00 malam

Tempat:

GSC Mid Valley

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere OUR KIND OF TRAITOR – Budiey.com di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey

Apa yang korang perlu buat ialah: 1.  'Like' Facebook page Budiey Dot Com dan 'Follow' Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini:  www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #OurKindOfTraitor kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan seorang pelakon yang membintangi filem OUR KIND OF TRAITOR

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere OUR KIND OF TRAITOR – Sensasi Selebriti kerana… (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:Nama:Twitter:Alamat surat menyurat:Email:Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Tayangan Premiere OUR KIND OF TRAITOR – Sensasi Selebriti 

Tarikh tutup peraduan:9 Mei 2016

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada GSC Movies dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 12 Mei 2016.

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and 'Like' Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

STILL 11

STILL 16

STILL 07

STILL 09

OKOT_JB_D37_02993

Related

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

Wanita Panjat Anjung Tingkat IPD Selepas Buat Laporan

Sungai Petani, 26 Jun: Seorang wanita bertindak memanjat bumbung IPD Kuala Muda selepas membuat satu laporan di balai polis itu dalam kejadian pada 4.50 petang, Sabtu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Md Zukir Md Isa, kejadian itu disedari anggota bertugas yang kemudian berjaya memujuk mangsa yang berusia 31 tahun supaya turun.

"Wanita terbabit sebenarnya sebelum kejadian itu ada membuat laporan polis berhubung keretanya disimbah cat dan mengesyaki perbuatan rakan kongsinya.

"Bagaimanapun, rakan kongsi wanita itu pun turut buat laporan polis pada hari yang sama dan menafikan pembabitannya dalam kes terbabit," katanya.

Beliau berkata, kedua-dua pengadu itu kemudian dipanggil ke IPD Kuala Muda untuk disiasat.

Katanya, mereka dinasihatkan pulang ke rumah masing masing sementara menunggu siasatan polis kerana wanita terbabit tidak mempunyai bukti atas pertuduhan itu.

"Bagaimanapun, wanita itu tidak keluar dari IPD dan ditemui sudah berada di anjung tingkat satu IPD.

"Selepas dipujuk hampir 10 minit, pegawai polis bertugas kemudian mengarahkan anggota lain untuk menyelamatkan wanita berkenaan.

"Wanita itu diserahkan kepada Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk pemeriksaan lanjut," katanya.

Read more ...

Tuduhan dedak hina rakyat, kata PM

Perdana menteri sekali lagi mengecam pengkritiknya yang mendakwa kerajaan BN memberi "dedak" kepada rakyat untuk mendapatkan sokongan.

Kali ini Datuk Seri Najib Razak berkata, sesiapa yang membuat tuduhan begitu sebenarnya mereka telah menghina rakyat.

Hakikatnya, kata Najib, sokongan yang diberikan membuktikan rakyat berkeyakinan kepada kerajaan kerana mengutamakan kemaslahatan ramai.

"Sebab itulah kalau ada orang kata kita menang (dalam pilihan raya Sarawak dan dua pilihan raya kecil pada 18 Jun lalu) kerana kita beri dedak kepada rakyat, itu adalah satu penghinaan. Penghinaan kepada rakyat," katanya di majlis Nur Ramadan di Putajara malam tadi.

Najib berkata rakyat memang tahu menilai dan membuat keputusan memilih kerajaan yang mengutamakan mereka.

Kerajaan, kata perdana menteri, terus memberi bantuan kepada rakyat walaupun berdepan dengan pelbagai tohmahan kerana ia adalah tanggungjawab.

Bantuan itu kata Najib bukan bertujuan untuk menghina rakyat kononnya dengan memberi 'dedak' sebaliknya ia dibuat kerana kerajaan sentiasa mementingkan kemaslahatan rakyat.

"Sbb itulah kerajaan pimpinan saya, kami dengan rakan-rakan jemaah menteri, kami tak kisah (orang) nak cakap apa pun, cakaplah.

"Akhirnya rakyat bertambah yakin kepada kerajaan," katanya disambut tepukan orang ramai.

Dedak adalah istilah yang dipopularkan kumpulan pengkritik Najib dalam usaha mereka mendapatkan sokongan bagi menyingkirkan beliau daripada jawatan perdana menteri serta presiden Umno.

Istilah itu semakin popular ketika pilihan raya kecil diadakan di Sungai Besar, Selangor dan Kuala Kangsar, Perak baru-baru ini.

Terdahulu dalam ucapannya Najib membandingkan Malaysia dengan negara Islam lain yang sedang berperang seperti Syria dan Iraq.

Beliau bersyukur dengan Malaysia yang terus maju kerana rakyat memilih sebuah kerajaan yang sentiasa mengutamakan kebajikan awam.

"Sebab itulah, walaupun kita diserang dengan pelbagai fitnah, tohmahan - yang separuh benar, separuh tidak benar - tetapi kemenangan di pilihan raya di Sarawak, Sungai Besar dan Kuala Kangsar bar-baru ini membuktikan rakyat yakin kepada kerajaan," katanya.

[Baca berita asal]

Read more ...

Wanita cuba terjun bangunan IPD selepas buat laporan

SUNGAI PETANI: Seorang wanita cuba membunuh diri dengan terjun dari bumbung tingkat satu bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di sini, petang tadi.  
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *