Recent Post

Friday, August 14, 2015

Abby Abadi Selamat Bernikah Pada Petang Jumaat

KUALA LUMPUR: Abby  Abadi atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 38, dengan sekali lafaz sah menjadi isteri kepada wartawan kanan Harakah iaitu  Muhammad Faizal Zakaria.

Bekas pelakon drama bersiri Gerak Khas itu menerima wang hantaran sebanyak RM300 dan senaskah Al-Quran sebagai pengganti wang hantaran.

Majlis yang dilangsungkan di Masjid As-Sobirin Keramat di sini, kira-kira pukul 3.30 petang Jumaat. Osman Daud merupakan Imam Masjid As-Sobirin yang menyempurnakan upacara akad nikah tersebut.

Pernikahan ini diwalikan oleh bapa Abby iaitu Abdul Manan Tadin. Pihak pengantin lelaki turut menyerahkan 11 dulang barangan hantaran antaranya senaskah Al-Quran, tas tangan, telekung, jam tangan, wangian, buah-buahan dan manisan

Manakala pengantin perempuan membalas sembilan dulang termasuk sejadah, kasut, dompet, jam tangan dan buah-buahan.

Majlis akad nikah ini telah dihadiri hampir 200 tetamu termasuk rakan artis Azza dan Sasha Saidin yang kedua-duanya juga merupakan bekas anggota kumpulan Elite.

Jika mengikuti kisah Abby Abadi dan Muhammad Faizal, mereka berkenalan pada Tahun 2012 namun ia sekadar hubungan professional antara wartawan dan selebriti.

Walau bagaimanapun hubungan mereka kembali rapat pada akhir tahun lalu sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin. Sementara itu, pasangan berkenaan akan diraikan dalam sebuah majlis sederhana di Tasik Titiwangsa pada Ahad ini.

Abby Abadi merupakan bekas isteri kepada pelakon Norman Hakim mempunyai tiga orang anak dari hasil perkahwinan itu. Muhammad Faizal juga merupakan seorang duda yang juga mempunyai tiga cahaya mata.

Sumber foto dan berita : http://www.mstar.com.my/
Read more ...

Loya, Leha, Loyang Tapi Pasti Bukan Low Yat 2

ALOR SETAR – Mungkin Loyah, Loyang, Leha atau Lompang. Itu antara senarai cadangan nama bagi sebuah kawasan yang bakal dijadikan pusat beli-belah IT bagi menandingi Plaza Low Yat di Bukit Bintang di ibu negara.

Asalnya Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini mencadangkan nama kawasan khas di Bangunan Mara di Jalan Tuanku Abdul Rahman itu sebagai Low Yat 2.

Ia susulan rungutan ramai pengguna Melayu menerusi media sosial yang menjadi majoriti besar pelanggan di Plaza Low Yat itu mendakwa sering diperdaya peniaga bukan Melayu sehingga menjadi isu perkauman.

Perkara tersebut bukan baharu dan masalah berkenaan dipercayai berlaku kerana kesukaran masyarakat Melayu mendapatkan produk IT daripada peniaga Melayu dan jika ada pun dijual pada harga amat mahal.

Ia berpunca daripada kekurangan pemborong dan pembekal Melayu dalam bidang itu selain masalah ketiadaan tapak perniagaan sesuai bahkan terpaksa bersaing dengan kaum lain yang jauh lebih maju ke depan.

Malangnya niat baik Ismail dipandang serong pemimpin politik bukan Melayu khasnya pembangkang yang menyelar beliau sebagai rasis tetapi tidak pula mencadangkan alternatif untuk masalah tersebut.

Akhirnya Ismail yang terkenal tegas dan lantang dalam memperjuangkan isu usahawan Melayu melahirkan idea untuk mewujudkan pertandingan namakan pusat beli belah IT khas tersebut.

"Yang pasti, (namanya) bukan Low Yat 2," katanya sambil memberitahu pihaknya memutuskan hendak pertandingan cipta nama bagi pusat jualan produk telefon dan aksesori sekan-akan macam Plaza Low Yat itu.

Bercakap kepada wartawan di Alor Setar, Kedah pada Jumaat, Ismail berharap isu cadangan mewujudkan Low Yat 2 tidak akan menjejaskan hubungan antara parti-parti komponen Barisan Nasional.

Katanya, ini kerana dalam keadaan suasana politik sekarang yang mana parti pemerintah sedang diasak hebat pihak pembangkang, kesemua komponen BN seharusnya lebih bersatu dan menjadi kuat bersemangat.

"Jangan kerana isu remeh, ia disalah erti, kita (BN) bertelagah sesama sendiri. Dari segi semangat parti kita tetap wujudkan kesatuan kita, dengan syarat jangan tindas orang lain yang lemah," katanya.
Baru-baru ini, Ismail mencadangkan supaya sebuah pusat sehenti produk telefon seakan-akan Plaza

Low Yat dibuka di bangunan ibu pejabat MARA, khusus untuk peniaga Melayu dan Bumiputera.
Meskipun dipertikaikan pelbagai pemimpin politik bukan Melayu termasuk dari pembangkang, namun Ismail tegas mempertahankan cadangan itu susulan rusuhan di Plaza Low Yat pada akhir bulan lalu.

Isu Plaza Low Yat hangat baru-baru ini gara-gara kes curi telefon bimbit dan tindakan jurujual situ memukul pemuda Melayu berkenaan konon ditipu dengan produk tiruan. – Mynewshub.
Read more ...

sedih melihat video ni warga emas dipukul



VIDEO WARGA EMAS DI ROMPAK DAN DIPUKUL TANPA BALAS KASIHAN-Kes rompak dan belasah menggunakan kayu ini tidak dapat dipastikan lokasinya kerana menurut sumber,lokasi tidak didedahkan namun apa yang admin fahami,video dari cctv ini sedang di siasat oleh pihak polis.

GAMBAR PEROMPAK KEDAI

Jika anda tonton video tersebut,seorang warga emas di pukul menggunaka kayu sebelum dua perompak itu mengambil kesemua duit kedai termasuk duit syiling.

Perbuatan perompak berbangsa india itu amat kejam dengan memukul warga emas tanpa balas kasihan langsung selain merompak wang tunai hasil perniagaan kedai itu.

Apa pun harap pelaku yang tidak berhati perut ini akan di tahan dan di penjara selama yang boleh.
Read more ...

Gadis Ini Menceritakan Kehebatan Bersedekah RM2, Dapat Balasan On The Spot

"The power of giving." Pengalaman bermakna yang dilalui oleh gadis ini rasanya wajar untuk kami kongsikan kepada pembaca OHBULAN! Niat murni gadis ini yang hanya membelikan tiket KTM berharga RM2 buat seorang pakcik tua ini tampak remeh dan biasa namun pengakhiran pertemuan mereka sungguh mengujakan.  Walaupun tidak mengenali siapa lelaki tua berumur 68 tahun tersebut, gadis ini bermurah hati membelikan tiket perjalanan ke Shah Alam. Sepanjang perjalanan mereka bercerita tentang keluarga dan kerjaya. Sebelum pulang, lelaki tua tersebut minta untuk meminjam buku yang dibaca gadis berkenaan. Setibanya di rumah gadis berkenaan melihat wang RM300 di dalam buku tersebut. Rupanya lelaki tua tersebut seorang yang berpangkat besar dalam sebuah syarikat dan bakal menunaikan haji ahad ini. Tak apa pakcik, saya belanja
Read more ...

DIKRITIK MUATNAIK GAMBAR CIUM MULUT - SHARIFAH SAKINAH DAH LALI

Sharifah Sakinah telah dikritik oleh peminat susulan gambar cium mulutnya bersama suami yang dimuat naik di Instagram miliknya sebelum ini.

Menurut Sakinah, dia sudah lali dengan kritikan yang diterimanya kerana ini bukan kali pertama dirinya dikeji mahupun dicela. Dia sudah malas untuk memperbesarkan hal ini kerana dia berpendapat isu ini adalah sangat remeh

Ini bukan kali pertama Sakinah berhadapan dengan kontroversi, sebelum ini dia cukup terkenal dengan aksi gila-gila dalam beberapa siri video yang dimuat naik ke Keek.

Klik gambar untuk size besar


Bagi Sakinah, mungkin pada mulanya pengkritik akan menyerangnya secara bertalu-talu atas tindakannya itu, tetapi lama-kelamaan mereka akan senyap jika tia da siapa yang melayan.

"Saya cium pun dengan suami saya, bukan dengan orang lain. Malah ada lagi gambar saya yang agak seksi. Terutama gambar saya ketika tengah yoga dan aktiviti senam yang lain.

"Tak pula mereka nak kritik gila-gila. Jadi saya memang malas nak layan isu-isu macam ni, gambar itu pun saya tak 'delete'. Lama-lama nanti mereka senyaplah tu," ujar Sakinah dipetik sebagai berkata.

Sumber: myartisdotcom
Read more ...

Ajal jemput adik balik mengaji

am@hmetro.com.my
Mersing: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun maut apabila motosikal ditunggang dalam perjalanan menjemput adik perempuannya selesai mengaji al-Quran dilanggar kereta di Kilometer 2, Jalan Mersing-Endau, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.15 malam itu, Dell Akmal Mohd Ramle meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala selepas motosikal Honda Wave ditunggang dirempuh Toyota Vios.

Ketua Polis Daerah Mersing Deputi Superintendan M Kumar berkata, rempuhan kuat itu menyebabkan mangsa terpelanting beberapa meter dan parah di kepala berikutan tidak memakai topi keledar.

Katanya, kereta dipandu lelaki berusia 27 tahun itu dikatakan dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Kuantan, Pahang bersama empat penumpang termasuk isterinya.

"Pemandu kereta ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan dibebaskan petang semalam selepas diambil keterangan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya
Read more ...

Ringgit jatuh ke paras terendah sejak 1998 pagi ini

Matawang ringgit jatuh ke paras terendahnya sejak 1998 pagi ini, sekaligus menyaksikan penurunan lapan minggu berturut-turut ketika harga minyak dan situasi politik dikatakan mempengaruhi pengaliran keluar modal dari pasaran.

Ringgit jatuh 1.4 peratus kepada 4.067 berbanding dolar pada 9.56 pagi ini menjadikan penyusutan sehingga 3.6 peratus minggu ini. Sementara di New York harga minyak jatuh 0.4 peratus pada penutup dagangan, menghampiri paras terendah sejak 2009.

Dana asing juga dilaporkan telah menarik balik modal sehingga US$3 bilion tahun ini dipercayai ekoran perkembangan semasa di negara ini.

Sebagai negara pengeksport, Malaysia dikatakan menerima kesan dari harga komoditi yang rendah dan penilaian semula matawang Yuan oleh China minggu ini.

Bank Negara dalam pengumuman pada Khamis berkata Keluaran Dalam Negara Kasar, KDNK,  mencatatkan pertumbuhan 4.9 peratus pada suku kedua tahun ini selepas mencatatkan pertumbuhan 5.6 peratus pada suku sebelumnya.
Read more ...

'Dalam Dunia, Hanya 3 Tangan Orang Ini Saya Cium'



KUALA LUMPUR - Datuk Ahmad Maslan hari ini merayu kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad agar berhenti menyerang kerajaan, lapor Suara.tv. Menurutnya, tindakan itu tidak akan membawa sebarang kebaikan untuk Malaysia. "Saya berharap beliau (Mahathir) berubah kepada apa yang dilakukan itu tidak memberikan sebarang kebaikan kepada agama, bangsa dan negara.

"Saya amat menghormati beliau kerana di dalam dunia ini, hanya tiga orang sahaja yang saya cium tangannya ketika bersalam. Pertama, arwah ayah saya, kedua Tun Abdullah Ahmad Badawi dan ketiga, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Itulah harapan ikhlas dari saya yang masih menganggap Tun Dr Mahathir sebagai negarawan dan idola politik," katanya. - THEHYPEMEDIA.COM
Read more ...

Pengantin dibunuh di majlis perkahwinan

Semalam sepatutnya hari bahagia bagi Ahamad Daud kerana menjadi raja sehari, tetapi jodoh beliau tidak panjang dan ia berakhir dengan tragedi.

Ahamad, 27 tahun, anggota renjer yang bertugas di Pattani maut setelah ditembak dari jarak dekat oleh empat lelaki ketika beliau berbual dengan isterinya, Elani Matnor, 27 tahun dan ibu mertua di bawah khemah.

Ketua Polis Daerah Muang Pattani Kirati Waeyusoh berkata kejadian berlaku pada jam 5.30 petang waktu tempatan pada majlis perkahwinan di Kampong Pakaharang, Muang Pattani.

Beliau berkata Ahamad cedera parah dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital setelah ditembak dalam jarak dekat di bahagian kepala dan dada oleh empat orang lelaki yang kemudian melarikan diri.

Suasana majlis perkahwinan itu bertukar sayu dan gempar dengan insiden pembunuhan itu.
Sementara itu, di Narathiwat seorang orang awam maut setelah ditembak di perut dengan sepucuk pistol di pasar malam Kampung Yalutong, Bachok.

Menu rut Polis, Muhammad Zakari Asae, 56 tahun, cedera parah setelah ditembak pada 6.45 petang waktu tempatan dan meninggal dunia di Hospital Bachok.
- Bernama
Read more ...

Molotov cocktail thrown at senior immigration officer's house



A Molotov cocktail was thrown into the compound of a Penang senior immigration officer's house at Taman Permai, Bukit Mertajam, early yesterday.

Two explosions, believed to have been caused by the Molotov cocktail,  caused ornamental plants in the officer's residence compound to catch fire.

Seberang Perai Tengah police chief, ACP Rusli Mohd Noor said in the 6.30am incident, the officer and his family were in the house.

"The officer heard a loud noise from outside his house for several times, followed by sounds of explosions twice," he said.

He said the officer immediately sought help from neighbours to put out the fire.

"After the fire was put out, the officer found three glass bottles, believed to be Molotov cocktail," he said adding that the incident had also damaged the officer's car.

He said police were investigating the motive for the attack. – Bernama, August 14, 2015.
Read more ...

Fateh Iskandar dilantik Pengerusi baharu Media Prima



DATUK Seri Fateh Iskandar Mohamed Mansor.

KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd mengumumkan pelantikan Datuk Seri Fateh Iskandar Mohamed Mansor sebagai Pengerusi berkuat kuasa 1 September ini menggantikan Tan Sri Johan Jaafar, 61, yang meletak jawatan mulai 31 Ogos 2015.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Media Prima berkata, Fateh Iskandar, 48, adalah Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Glomac Bhd.

Sebelum menyertai Glomac, Fateh adalah pengamal undang-undang di Australia sebelum kembali ke Malaysia dan menyertai Kumpulan Perangsang Selangor Bhd.

Fateh Iskandar kini adalah juga Presiden Persatuan Pemaju Rumah dan Hartanah (Rehda) Malaysia dan bekas pengerusi Rehda Selangor.

Beliau juga adalah pengarah Telekom Malaysia Bhd, VADS Bhd dan ahli lembaga penasihat bandar raya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Media Prima juga mengumumkan pelantikan Raja Datuk Zaharaton Raja Zainal Abidin, 66, sebagai pengarah bebas dan bukan eksekutif.

Beliau kini, adalah pengarah Big Tree Outdoor Sdn Bhd dan Primeworks Studios Sdn Bhd, kedua-duanya anak syarikat milik penuh Media Prima.
Read more ...

Emma Maembong Dikritik Netizen Kerana Nenen


 Gara-gara mempromosikan jenama Flava Nenen (vape) di laman Instagram, Emma Maembong dikritik oleh netizen kerana didakwa tidak sopan dan tidak sensitif. "We Nenen.. Do you?"

Berikutan itu, Emma dikritik oleh followersnya. "Sekali pandang, ingatkan 'nenek' lucu je. Lepas itu tengok review dari Emma kata 'Nenen', ketat sesangat dan ada gambar bayi pula tu. Dah tau design ini akan timbulkan kontroversi, tak fikir dulu ke?" kata Nurheedayah Nassim.

"That's a vape flavour, why promote them? I know I can't judge you but, just why? Really," - Dayang "Sorry to say Emma, what if you do some review on that page first before you share to others. Come on dude, you share the good things, you dapat pahala," kata Dya Sulaiman.  "Rasanya kalau nak promote flavor vape sekali pun, ada cara lain. Ini

T-Shirt putih pastu suruh perempuan pakai. Bagus betul perangai. Rata-rata netizen berang dengan gambar yang dikongsikan oleh Emma yang menunjukkan dua orang gadis memakai baju jenama Nenen dengan tersembul nasi lemak di depannya.  Sebagai artis yang menjadi perhatian peminat sepanjang masa, sewajarnya mereka berfikir dulu sebelum berbuat apa-apa. - THEHYPEMEDIA.COM
Read more ...

Inilah Nasihat Amran Fans Yang Sangat Ohsem!!!


kata

Inilah Nasihat Amran Fans Yang Sangat Ohsem!!!…Result UPU dah keluar hari tu, cuma satu pesan Amran buat adik-adik yang akan menjejakkan kaki ke universiti.

" Ingat Tuhan dan ingat mak ayah dekat kampung "

Kalau kau ingat dua benda ni, ondespot kau akan reti jaga diri kau. Jangan cepat sangat terperdaya dengan pujuk rayu pakwe universiti ni. Lagi pandai lelaki tu belajar, lagi pandai dia nak ayat kau.
Kau kena ingat, perempuan ni akal 1 je.. Kalau pakwe kau ajak study dekat mcd tengah-tengah malam, jangan lah kau ikut. Sebab itu semua punca je yang akan membuatkan kau balik dalam keadaan menangis.

Tapi 1st time tu jela nangis. Esok lusa kalau kau keluar lagi kau akan pulang dengan keriangan.. Esok lusanya pula kau akan rasa nak keluar lagi sampai kau lupa balik kampung masa cuti sem.

Ingat lah dik, Romen tu bukan perkara murah. Mak ayah kau dulu kena berkawin dulu baru dapat merasa nikmat jimak. Tapi kau ?. Hanya dengan sebiji buger daging kau dah mampu untuk merasai nikmat jimak.. mak betul.

Perjalanan kau jauh lagi dik, jangan dipermulaan jalan kau dah rebah dan musnah.. Ingat balik kata-kata Amran dalam buku.. jangan sampai :-

"Menara gading entah kemana, menara pakwe dalam gengaman."

amran
Read more ...

Subhanallah! Model Tudung Muslimah Dicekup Khalwat Dengan Suami Orang

Seorang kakitangan awam dan model sambilan Muslimah berusia 38 tahun, dicekup berkhalwat dengan pasangannya yang berstatus suami orang berusia 34 tahun di sebuah bilik hotel bajet di Pekan Jempol. Terus hilang habis kemuslimahan tu bila kena cekup kann!!!



Menurut sumber, pasangan ni kerja satu tempat dah beberapa bulan diorang ni dok bercintan cinton kat office. Kat office saling jeling menjeling!



Tak cukup kat office bercinta sampai ke hotel pula. Padah ditahan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan pada jam 5 pagi.

 "Bagaimanapun, perbuatan jijik mereka terbongkar hasil operasi dijalankan sepasukan penguat kuasa JHEAINS di hotel berkenaan. Ketika serbuan dilakukan, penguatkuasa mengetuk pintu bilik berulang kali sebelum seorang lelaki membukanya"

 "Lelaki terbabit terkejut, namun memberikan kerjasama dan hasil pemeriksaan mendapati dia dan pasangannya bukan muhrim," kata sumber. Apalah yang pergi menyuruk-nyuruk buat maksiat tu kann... Kalau dah berkenan sangat kat pasangan tu kahwin ajo laaa!! Tak payah dok buat maksiat! Buat dosa aje! SUMBER
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *