Recent Post

Tuesday, September 27, 2016

Selesa, Cantik & Berkualiti Sungguh Set Telekung Dari Butik AinonKaman Ini

Ingat lagi tak lawatan Abang Nara ke Zabeeh Services Sdn Bhd untuk membuat tempahan korban sempena Hari Raya Aidiladha yang lalu? Sebenarnya, selepas selesai segala urusan di Zabeeh, Abang Nara telah singgah sebentar ke butik AinonKaman yang terletak berdekatan situ. Bukan apa, Abang Nara tertarik melihat telekung-telekung yang dipamerkan di situ.Terus Abang Nara masuk dan tengok kot-kot ada yang boleh dibeli untuk wife tercinta.

telekung ainonkaman

dan memang Abang Nara beli satu telekung untuk wife tercinta

Jalan-jalan selama 5 minit di dalam butik AinonKaman, terus Abang Nara beli set mini telekung Sayyidah untuk isteri tercinta. Kainnya berkualiti tinggi, mudah untuk dibawa ke mana-mana, selesa dan cantik sungguh. Memang sesuai untuk dijadikan hadiah buat isteri, awek, ibu, nenek dan adik beradik. Mesti mereka akan gembira sangat-sangat.

set mini telekung

Jom kita tengok apa yang akan anda dapat kalau beli set mini telekung Sayyidah dari butik AinonKaman ini.

set mini telekung

Wife Abang Nara dah pakai dan memang sangat berpuas hati dengan kualiti set mini telekung Sayyidah ini. Selesa dibawa sembahyang katanya. Tak panas. Lagi best sebab senang nak bawa ke mana-mana. Letak dalam handbag je. Testimonial daripada customer-customer lain pun semua sangat gembira dan bagi thumbs up.

set mini telekung

Kalau anda memang jenis suka pergi travel, ada set telekung travel khas untuk anda dari butik AinonKaman. Yang ini siap ada beg special untuk dimasukkan telekung tersebut. Jadi confirm tak tertinggal atau terlupa bila pergi travel. Letak je dalam beg khas yang diberi percuma apabila anda membelinya.

set mini telekung

Sama seperti telekung mini Sayyidah, telekung travel dari butik AinonKaman ini juga berkualiti, cantik dan sangat kemas rekaannya. Memang pilihan nombor 1 mereka yang suka pergi berjalan-jalan. Seang nak dibawa ke mana-mana.

set mini telekung

set mini telekung

Jom kita tengok dulu video telekung AinonKaman dibawah.

Jadi tunggu apa lagi? Hadiahkan set telekung dari butik AinonKaman ini untuk si dia yang istimewa dan gembirakan hati mereka sekarang. Banyak lagi jenis telekung yang ditawarkan yang boleh anda lihat di Facebook Butik AinonKaman. Insya Allah kualitinya amat berbaloi-baloi dengan harga yang ditawarkan. Tak menyesal punya. Kalau yang nak singgah ke butik mereka, bolehlah ke Batu Caves Centerpoint. Untuk maklumbalas yang lebih pantas anda boleh Whatsapp nombor ini 012-6731441 013-2401442.

Selamat membeli!

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Lelaki hilang ketika memancing di Perairan Dogoton dijumpai lemas - Kosmo!

Lelaki hilang ketika memancing di Perairan Dogoton dijumpai lemas

27/09/2016 12:02pm

KUDAT - Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika keluar memancing di Perairan Dogoton, Pulau Banggi, di sini, Sabtu lepas, dijumpai mati lemas selepas bot dinaikinya dipercayai karam akibat cuaca buruk, semalam.

Mangsa, Abrasin Marsuli, 79, ditemukan terdampar di kawasan pantai Iskandar Utara, Pulau Banggi, oleh penduduk kampung kira-kira pukul 9.30 pagi pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan.

Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd. Zubil Mat Som dalam kenyataan hari ini berkata, mangsa dikatakan keluar memancing ikan seorang diri di perairan Dogoton pada pagi 24 September lalu dan dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumah.

Katanya, Pusat Operasi Maritim Daerah Kudat menerima maklumat kejadian itu dari Balai Polis Karakit pada Ahad lepas dan beliau kemudian mengarahkan aset dari Pejabat Maritim Kudat (DM16) untuk ke lokasi kejadian.

"Operasi SAR ini melibatkan sebuah helikopter dan dua bot laju Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kudat, dua bot Pasukan Polis Marin (PPM) Kudat, sebuah kapal Tentera Laut Diraja Malaysia dan beberapa bot dari penduduk kampung," katanya.

Mohd. Zubil berkata, pihaknya sentiasa bersedia dalam memberikan bantuan kecemasan atau bencana serta meminta semua masyarakat melaporkan kepada APMM jika berhadapan dengan sebarang masalah di laut dan menghubungi MERS 999. - Bernama

Read more ...

Siti Sarah Akui Buat Rawatan Gigi

Penyanyi, Siti Sarah Raisuddin, 32, mengaku usia antara faktor membuatkannya nekad menjalani rawatan mencantikkan giginya yang renggang, baru-baru ini. Sarah yang popular dengan lagu Kesetiaan berkata, bukan saja pada bahagian depan, malah giginya juga renggang pada bahagian kiri dan kanan.

Perubahan pada senyuman Sarah, seperti yang ditunjukkan di laman sosialnya mendapat perhatian ramai sehingga tidak kurang pengikutnya yang memuji gigi wanita itu yang kini kelihatan tersusun cantik. "Mungkin faktor usia juga yang membuatkan saya nekad dengan keputusan memperbetulkan gigi jarang saya.

Apabila usia meningkat, gigi saya sebenarnya renggang juga pada bahagian kiri dan kanan.

"Orang ramai selalu nampak gigi jarang saya di bahagian depan. Hakikatnya, di dua bahagian lain ia turut mengalami masalah sama. Kadang-kadang apabila menonton rakaman diri saya di TV, gigi kelihatan seperti rongak dan patah.

"Dalam hati, saya bertanya sendiri kenapa jadi begitu? Malah, saya juga berdepan kesukaran ketika makan. Makanan yang dijamah selalu tersangkut di celah gigi dan ia membuatkan saya jadi tak selesa," katanya ketika dihubungi BH Online.

Diusik dengan pertanyaan mengapa beliau sanggup kehilangan gigi unik seperti dimiliki sesetengah model terkemuka, Sarah berkata, dirinya bukanlah seorang peragawati, sebaliknya hanya penyanyi yang turut bergelar isteri dan ibu.

Selama menjadi penyanyi juga, isteri Shuib Sepahtu dan ibu kepada tiga anak itu sebenarnya berdepan masalah kecil ketika menyanyi kerana memiliki gigi jarang.

"Saya ubah gigi ini kerana mempertimbangkan banyak perkara. Ketika menyanyi, faktor pernafasan adalah amat penting. Namun, dengan gigi jarang saya sebelum ini, kawalan pernafasan saya kena lebih kuat," katanya.

Menyentuh perkembangan kerjaya seni, Sarah memberitahu beliau sepatutnya muncul dengan single terbaharu sejak bulan lalu. Begitupun, pelancarannya terpaksa ditunda atas beberapa sebab tertentu. "Lagu berentak balada ini dicipta oleh kawan saya sendiri. Kali terakhir saya muncul bersama lagu baharu adalah menerusi Cinta Itu Nyawa, berduet dengan suami.

Bagaimanapun, ia bagaikan berlalu sepi. "Jadi diharapkan single terbaharu itu nanti dapat mengubat kerinduan peminat yang sering bertanya mengenai lagu terkini daripada saya," katanya yang sudah enam tahun mendirikan rumah tangga dengan pelawak terbabit.

Sumber: Berita Harian

Related

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

Arab Saudi Potong Gaji Menteri 20 Peratus, Kurangkan Bonus Pekerja Sektor Awam

Arab Saudi, 27 Sep - Kerajaan Arab Saudi akan memotong 20 peratus gaji menteri-menterinya dan menyusun semula imbuhan kewangan untuk kakitangan sektor awam yang terdiri dari 2/3 pekerja di negara itu.

"Kabinet telah bersetuju untuk memberhentikan dan membantalkan beberapa bonus dan imbuhan kewangan", kata seorang menteri.

Menurut Metro.us, bonus bekerja lebih masa telah dikurangkan kepada suku hingga separuh daripada gaji asas, manakala cuti tahunan mungkin akan dikurangkan supaya tidak melebihi 30 hari.

Selain itu, elaun perumahan dan kereta untuk ahli-ahli majlis Shura juga dipotong sebanyak 15 peratus.

Kerajaan Saudi bertindak sedemikian selepas harga minyak jatuh teruk seterusnya memaksa negara kaya di Teluk Arab untuk mengeurangkan perbelanjaan selepas mencatat defisit bajet AS$100 billion (RM400 billin) pada tahun lalu.

Sumber : BH OnlineMetro.usGulf-time

Read more ...

NGO Cina Islam pertahan muaalaf, dakwa zakat susah dapat

Sindiket perguna mualaf untuk menipu wang zakat?

Benar atau tidak, yang nyata, sesetengah persatuan yang berurusan langsung dengan asnaf ini menjelaskan mereka tidak tahu menahu.

Bagaimanapun, yang pasti, kata mereka, bantuan itu sukar diperoleh dan tidak seberapa.

Bagaimanapun, Pengerusi Persatuan Cina Islam Malaysia Melaka Lim Jooi Soon berkata jika perkara itu benar-benar berlaku, Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) perlu membuktikannya.

"Saya tak pernah jumpa kes macam ni. Biasanya mualaf minta bantuan baitulmal sudahlah susah. Lepas itu bila dah dapat, (berapa) dapat sangat.

"Tugas mereka, bila mualaf mohon, dia patut berikan kerana wang zakat itu memang untuk asnaf itu. Jadi apa yang mereka buat (dengan wang itu) adalah urusan dia dengan Allah.

"Ada tak orang minta bantuan dan akhirnya beri pada orang lain? Bila awak sendiri susah, awak willing tak beri pada orang lain ke?

"Kadang-kadang memang ada orang ajar dia (mualaf) cara mohon bantuan tapi (baitulmal) tuduh ada fakta? Dan kalau betul, tunjuk dan ambil tindakan," katanya kepada Malaysiakini.

Kelmarin, Timbalan Pengurus Baitulmal Maiwp, Ahmad Tarmizi Yahya mendakwa wujud sindiket mempergunakan golongan mualaf di negara ini bagi mendapatkan bantuan kewangan.

Ahmad Tarmizi berkata perkara tersebut perlu didedahkan selepas banyak yang mempersoalkan kesukaran golongan itu mendapatkan bantuan daripada agensi di bawah majlis agama Islam.

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *