Recent Post

Saturday, September 26, 2015

Lawatan ke Australia capai matlamat tambah baik import ternakan - Tajuddin

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman gembira lawatannya ke tiga bandar raya utama Australia berjaya memenuhi matlamat untuk menambah baik import ternakan.
Read more ...

Anak Mimpi Ibu Meninggal, Tetapi Takut Untuk Beritahu Pada Ibunya, Namun Akhirnya..

Luahan sayu Nur Faiqah Azhar, 13, di ruangan komen berita mengenai ibunya yang lemas di Pulau Perhentian Besar, Jertih, 12.40 tengah hari semalam. Sayu membacanya.  Semoga roh Sharifah Faridah Syed Jaafar, 47 dicucuri rahmat. Al-Fatihah.

"Umi, kakak sayang Umi. Kakak minta maaf sangat². Kakak rindu Umi. Kakak dah mimpi pasal Umi meninggal tapi kakak tak sanggup nak cakap kat Umi. Kakak tak pernah percaya mimpi itu sampai berita itu sampai.

Umi, kakak nak Umi happy kat sana. Umi, marilah 'melawat' tengok² anak Umi ini. Kakak sedih sebab kakak tak sempat nak tengok Umi sebelum Umi meninggal. Kakak dah tolong mandikan Umi, kafankan Umi, angkat Umi. Umi mesti ingat kan?

Umi mesti nak tengok kejayaan kakak kan? Kakak minta maaf dengan Umi sebab kakak hanya dapat menunjukkan kejayaan kakak sebanyak 4A sahaja dalam UPSR.

Umi, nanti siapa nak tegur pasal kuku kakak panjang? Siapa nak tegur kalau kakak tak makan ubat? Siapa nak tegur kalau kakak tak jaga muka? Dengan siapa kakak nak mengadu? Kakak nak sakat siapa nanti?

Umi dah pergi sana. Umi mati syahid. Kakak tahu Umi mesti tunggu anak-anak Umi di pintu syurga dan bersedia untuk menjadi bidadari ayah yang paling cantik.

Di mata kakak, Umi seorang je yang cantik. Umi tunggu kita orang kat sana ek? Umi kena janji dengan kakak, Umi akan ingat semua memori yang kita pernah lalui bersama.

Ayah sekarang ni sedang berlakon tabah depan kita orang. Ayah cakap ayah dah hilang isteri kesayangan ayah. Angah cakap Umi nak kakak makan mewah kan? Sebab itulah Umi bagi duit lebih setiap kali ayah bagi duit belanja sekolah.

Umi, kakak tak nak makan mewah, kakak nak makan masakan Umi. Lama dah kakak tak makan masakan Umi. Kakak menyesal time kita masak macaroni bersama, kakak tak makan sebab kakak tak lalu. Umi ingat satu je. Kita orang sayang Umi sampai bila-bila."

Nur Faieqah Eiqah Dyr

Read more ...

DILIHAT KELUAR BERSAMA - ZUL ARIFFIN BERCINTA DENGAN ZAHIRAH MACWILSON?

Menerusi kiriman e-mail, sumber tersebut turut mengirim sebuah gambar ataupun bukti bahawa Zul Ariffin didakwa telah keluar bersama pelakon Zahirah MacWilson, di Damansara.

Melalui gambar yang dikongsikan itu juga dalam masa yang sama turut menimbulkan tanda tanya sama ada Zul dan Zahirah mempunyai hubungan istimewa atau sekadar teman biasa. Klik gambar untuk size besar

Begitu juga dengan hubungan Zul dengan kekasihnya, Gayatri Su-Lin Pillai itu masih lagi bersama atau pun tidak.

Sebelum ini, Zul sendiri pernah menyatakan bahawa dia dan juga kekasih tidak pernah berselindung mengenai sebarang perkara dan bersikap telus di dalam perhubungan. Tidak mahu serkap jarang, pastinya Zul juga mempunyai penjelasan terh adap apa yang dikirimkan oleh peminat ini.

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

ALFATIHAH: Imam Muda Maut Terkena Parang Untuk Sembelih Lembu Korban Hari Raya

Mangsa Suharto Bin Meodjib Dimjati

48 thn

Taman Cahaya Baru, Yong Peng.

Pada 24/9/15 jam lebih kurang jam 1100 hrs. bertempat di Surau Tmn BCB Yong Peng. Sebanyak 4 ekor lembu akan disembelih.

Tiba giliran ke lembu kedua untuk disembelih semua proses mengikat dan membaringkan lembu telah selesai sehingga proses penyembelihan.  Setelah lembu itu selesai disembelih, lembu itu telah mengelupur dengan kuat sehingga menyebabkan simati dan imam yang menyembelih tercampak kebelakang dan pada masa yang sama parang yang digunakan oleh imam untuk menyembelih lembu itu tadi telah terkena pada lengan sebelah kiri si mati.  Orang ramai membantu si mati dengan membalut luka dan terus membawa si mati ke Klinik Kesihatan Yong Peng Untuk mendapatkan Rawatan.  Oleh kerana kecederaan terlalu serius si mati di bawa ke Hospital Batu pahat untuk rawatan lanjut. Semasa sampai di wad kecemasan dapati si.mati telah meninggal dunia.

Si mati bersama beberapa orang jemaah Surau Tmn BCB Yong Peng menjalankan ibadah qurban dan secara tidak sengaja si mati telah tercedera dan mengakibatkan kehilangan banyak darah dan meninggal dunia. 

Semasa kejadian simati ditugaskan memegang bahagian kepala lembu dan berkedudukan berhampiran imam yang menyembelih.

Post Mortem telah dijalankan pada 24/9/2015 lebih kurang jam 4.00 petang di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat.  Sebab Kematian SLASH INJURY TO LEFT FOREARM. ( KECEDERAAN TERPOTONG DI BAHAGIAN LENGAN SEBELAH KIRI )

Read more ...

'Dia Sanggup Berpanas, Berlapar & Menunggu Demi Kami'

Tadi kereta kami termasuk dalam lubang di tengah-tengah jalan raya. Dua tayar meletup sekali gus. Di tengah-tengah hutan, line telefon pun tak ada. Bingung sekejap kami sebab tayar ganti hanya ada satu. Susah hati sebab ada dua anak yang masih kecil dalam kereta. Pekan Sipitang un masih jauh lagi. Kalau terpaksa jalan, confirm rim kereta akan hancur. Tiba-tiba adik ini berhenti menawarkan diri untuk membantu. Sedangkan kereta yang lain hanya lalu saja pada masa itu. Sungguh mulia hati adik ini. Dia sanggup membantu kami yang langsung tidak dikenali. Sanggup berpanas, sanggup berlapar (jam 7 pagi - 1 petang). Sanggup temankan suami untuk mencari line telefon dan mencari tayar ganti serta menunggu sehingga ke saat kami dapat meminjam tayar ganti dari seorang hamba Allah yang sangat baik hati. Terima kasih adik kerana sudi menolong kami sekeluarga walaupun langsung tidak kenal. Semoga adik di dalam jagaan Allah selalu. Sesungguhnya kamu anak yang baik. Bertuah ibu bapa kamu. Sejuk perut ibu mengandungkan kamu. Mereka membesarkan anak yang sangat baik dan berbudi bahasa.  Adik ini kerja di Klinik SFI Sipitang. Terima kasih adik Akmal. Moga Allah memberkati kamu. - Jenn Danish Danel Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

Jamal tak sempat sembelih korban esok

Orang kuat di sebalik himpunan baju merah 16 September lepas, Datuk Jamal Md Yunos, ditahan polis Ampang Jaya malam ini.

Setiausaha beliau, Durrany Izam memberitahu, Jamal dipercayai ditahan bagi membantu siasatan polis mengikut Akta Hasutan.

Sebelum itu ketika ditemui media sebelum memberi keterangan kepada polis, Jamal sekali lagi menegaskan beliau tidak akan hadir dalam protes yang didakwa akan berlangsung di Jalan Petaling esok.

Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu berkata, beliau masih lagi berada dalam suasana sambutan Hari Raya Aidilada.

Justeru, kata Jamal esok dia perlu menghadiri banyak program menyembelih korban di kawasannya.

"Esok saya di Sungai Besar. Masih lagi sambutan raya, esok ada lagi acara korban. Jadi saya langsung tidak akan terlibat dalam perhimpunan esok. Saya tidak akan hadir," katanya kepada pemberita di depan Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya malam ini.

Jamal sebelum ini ketika dihubungi Malaysiakini menafikan beliau adalah penganjur himpunan yang akan berlangsung di Jalan Petaling esok.

Jamal mendakwa pihaknya hanya menyampaikan hasrat individu yang merusuh di Jalan Petaling ketika 'Himpunan Rakyat Bersatu' berlangsung pada 16 September lepas.

Beliau juga berkata, tindakannya menyampaikan pesanan mengenai penjaja Melayu dan Cina di Jalan Petaling dibuat kerana takut menjadi munafik.

Read more ...

Lapangan Terbang Antarabangsa Senai tidak ditutup - CEO

SENAI: Pihak pengurusan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor menafikan dakwaan bahawa lapangan terbang itu ditutup, hari ini, sehingga menyebabkan semua penerbangan dibatalkan.
Read more ...

TERKINI!! Akhirnya Datuk Jamal Md Yunus Ditangkap!!

Kuala Lumpur, 25 Sept - Salah seorang penganjur Perhimpunan Baju Merah, Datuk Jamal Md Yunos ditahan pada 8.50 malam tadi di IPD Ampang Jaya.

Beliau ditahan dibawah Seksyen 105 Cegah Kesalahan Jenayah berkaitan perhimpunan di Petaling Street esok.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata Jamal akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada petang tadi untuk memberi keterangan.

"Dia (Jamal) diminta tampil ke IPD Dang Wangi untuk memberi kenyataan berhubung perhimpunan di Petaling Street, petang ini," katanya memetik laporan dari Bernama.

Jamal sebelum ini berkata beliau yakin 99 peratus akan terjadi satu rusuhan di Petaling Street pada Sabtu ini sekiranya kerajaan tidak menyelesaikan isu monopoli bukan melayu di kawasan tersebut. - Siakapkeli.my 

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *