Recent Post

Wednesday, March 30, 2016

FourCorners: 'Jangan buat laporan berat sebelah terhadap Malaysia' - Anifah

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman beri amaran kepada media luar agar tidak membuat laporan yang berat sebelah terhadap pelbagai isu negara akhir-akhir ini.
Read more ...

(11 GAMBAR)Sekitar Sambutan Hari Jadi Fasha Sandha Yang Ke 32

Selamat hari jadi, selamat hari jadi, selamat hari jadi Fasha Sandha. Alhamdulillah. Selamat menyambut hari lahir yang 32 diucapkan kepada Fasha Sandha. Semoga anda dikurniakan kekuatan, murah rezeki dan sentiasa berbahagia di samping anak-anak tercinta. Suka Abang Nara tengok kegembiraan yang terpancar di wajah Fasha walaupun baru mengharungi episod duka di dalam hidupnya. Tabah sungguh wanita yang bernama Fasha Sandha ini.fasha sandha

Satu hari nanti, mana tahu akan hadir seorang lelaki yang dapat mengisi hati Fasha Sandha buat kesekian kalinya. Sama-sama kita doakan. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

fasha sandhafasha sandha

fasha sandhafasha sandhafasha sandhafasha sandhafasha sandhafasha sandha

fasha sandhafasha sandha

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

25 GAMBAR - SAMBUT BIRTHDAY - ENGKU ALEESYA KINI BERUSIA 7 TAHUN

Diam tak diam rupanya puteri kesayangan Erra Fazira dan Engku Emran iaitu Engku Aleesya telah menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-7 baru-baru ini.

Dalam satu majlis bertemakan 'Pyjama Party', Erra dan anak kesayangannya itu kelihatan comel sekali apabila mengenakan baju tidur sedondon.

Walaupun telah berpisah, Erra dan Emran tidak mempunyai masalah untuk bersama-sama menyambut hari kelahiran anak mereka itu. Seperti biasa, walaupun hadir... tapi mereka tidak bergambar bersama.

"Bismillahirrahmannirrahim.. Today is a very special date bcoz 7 yrs ago, it's the day where I first saw my angel..

"Happy 7th birthday Aleesya!! I hope you know how very much mom love you n how proud I'll always be to have a daughter as wonderful as you!

"Sayang mom, I may not able to carry you in my arms anymore but I will always carry you in my heart.. Moga Aleesya menjadi anak yang solehah dan sentiasa dalam lindungan dan keberkatan Allah..

"Berjaya hendaknya dunia dan akhirat mu anakku.. dan mom sentiasa doakan Aleesya bahagia zahir batin dunia akhirat.. Sayang Allah selalu.. Amin. Selamat ulangtahun sayang mom Aleesya!!!" ujar Erra di laman IGnya.

"Happy Birthday Boss," ucap Emran pula buat anaknya.

         ________________________

:: FACEBOOK :: INSTAGRAM :: TWITTER :: :: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

Kes Mara Inc.: Tiga individu bebas dengan jaminan SPRM - Kosmo!

Kes Mara Inc.: Tiga individu bebas dengan jaminan SPRM

30/03/2016 12:39pm

PUTRAJAYA - Dua bekas pegawai kanan Mara Incorporated bergelar Datuk dan seorang pengarah sebuah syarikat yang ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kontroversi pembelian aset Dudley International House di Melbourne, Australia dibebaskan hari ini.

Ketiga-tiga mereka dibebaskan masing-masing dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Perintah berkenaan diputuskan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman sebentar tadi.

Sebelum ini mereka ditahan reman selama tujuh hari bermula 24 Mac lalu.

Mereka yang ditahan membabitkan bekas pengerusi dan bekas ketua pegawai eksekutif Mara Incorporated serta seorang pengarah sebuah syarikat berumur 42 tahun.

Ketiga-tiga mereka ditahan di Ibu Pejabat SPRM di sini pada 23 Mac lalu.

Sebelum ini, sayap pelaburan Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu terlibat dengan kontroversi berikutan pendedahan akhbar Australia 'The Age' yang mendakwa ia membeli bangunan lima tingkat itu dengan harga lebih tinggi daripada harga pasaran.

Ekoran daripada itu, kedua-dua pegawai itu direhat sementara pada Julai tahun lalu bagi membantu siasatan berhubung kontroversi berkenaan. - K! ONLINE

Read more ...

Tiga Sebab Kenapa Anda Perlu Menonton Final Bintang RTM 2016

Wow, hari Sabtu 2 April ni banyak sangat event yang best-best ya. Salah satunya adalah Pertandingan akhir Bintang RTM 2016 (BRTM 2016) yang akan berlangsung Auditorium Perdana Angkasapuri.

Selain itu, Budiey juga turut mendapat jemputan untuk menghadiri Konsert Dato' Siti Nurhaliza & Friends di Stadium Merdeka. Wah, tak tahu mana satu nak pergi kan?

Tiga Sebab Kenapa Anda Perlu Menonton Final Bintang RTM 2016

1. Pertama sekali, pertandingan ini mengekalkan penjurian secara profesional tanpa melibatkan undian peminat. Jadi, keputusan yang akan kita tengok nanti sangat telus dan adil kerana yang menjadi juri bukan calang-calang okay! Tiga juri profesional bakal bertindak mengadili peserta pada malam itu adalah Datuk Mokhzani Ismail (ketua juri), Edrie Hashim dan Ajai bersama dua orang lagi juri jemputan.

2. Finalis kali ini dikatakan hebat-hebat juga dari segi vokal mereka dan mengalahkan bakat dari program realiti yang lain. Haa, betul ke? Enam peserta yang terpilih ke peringkat akhir adalah Idris Zulkifli (19), Muhammad Hafiz Ismail (23), Muhammad Adib Ibrahim (24), Nor Fazrina Mohd Gani (23), Nur Shafreeza Zainal Abidin (22) dan Rosario Ninih Chamini Bianis (21). Bbudiey dah pun menemubual mereka di majlis santai baru-baru ini dan mendapati memang mereka ada hebat cuma mungkin nak cari WOW Factor tu susah la kot.

3. Lagu yang bakal didendangkan juga sangat sedap dan menguji sejauh mana kebolehan vokal peserta. Tidak lupa juga artis jemputan yang akan hadir dan mempersembahkan lagu mereka pada malam itu nanti juga hebat-hebat.

Timbalan Pengarah Penyiaran Strategik RTM, Datuk Adilah Shek Omar berkata, ia bagi menjamin kualiti dan tidak hanya bergantung kepada populariti semata-mata selain ia memang menjadi jenama BRTM sejak dari dahulu lagi.

"BRTM secara asasnya menolak undian peminat atau pun menggunakan media sosial bagi tujuan mengundi para peserta.

"Bukan menidakkan kuasa teknologi dan kehendak peminat tetapi memang inilah jenama BRTM yang mana kesemua peserta diadili oleh juri profesional.

"Telah menjadi objektif dan hasrat RTM dalam memastikan melahirkan bintang berkualiti dan bukannya hanya bersandarkan populariti," katanya.

Adilah berkata demikian ketika ditemui pada sidang media peringkat akhir BRTM 2016 di Hotel Pullman di sini, Isnin.

Seramai enam peserta terpilih ke peringkat akhir yang bakal diadakan di Auditorium Perdana Angkasapuri pada pukul 9 malam.

Ia turut disiarkan secara langsung di TV2.

Dalam pada itu, penerbit BRTM 2016, Haliza Mat Karsa berkata, pada peringkat akhir nanti kesemua peserta akan diadili menerusi dua pusingan iaitu secara solo dan duet.

Katanya, menerusi segmen duet, para peserta akan digandingkan dengan bekas peserta BRTM terdahulu seperti Zahid, Farawaheeda, Asmidar, Amir Sofazr, Ernie Zakri dan Aisha.

"Seleksi lagu untuk dinyanyikan para peserta nanti dibuat oleh produksi dan ia adalah cabaran buat mereka pada peringkat akhir nanti.

"Selain itu ada juga beberap kelainan dan kejutan tetapi buat masa ini biarlah ia menjado rahsia terlebih dahulu dan nantikan peringkat akhir nanti," katanya.

Tambah Haliza lagi, pada malam itu juga bakal menyaksikan kemunculan penyanyi ternama seperti Ramlah Ram, Rohana Jalil, Noraniza Idris, Lan Kristal dan Mus May bagi memeriahkan acara dengan persembahan pada segmen selingan.

BRTM 2016 menampilkan aktres Amyra Rosli dan Muaz Mohamed sebagai pengacara.

Juara BRTM 2016 bakal membawa hadiah wang tunai RM20,000 dan pakej percutian ke Korea dan naib juara pula akan menerima RM15,000 dan pakej percutian ke Bali, Indonesia.

Manakala tempat ketiga akan menerima wang tunai RM10,000 dan pakej percutian ke Jakarta, Indonesia.

Tiga hadiah saguhati turut diberikan iaitu wang tunai RM1,000 setiap seorang dan pakej percutian di Hard Rock Hotel.

Persembahan Terbaik dan Vokal Terbaik pula akan menerima wang tunai RM5,000.

Semua hadiah wang tunai adalah sumbangan RTM manakala pakej percutian tajaan My Centrio Holidays.

Sama-sama la kita nantikan….

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

Individu Mahu Jual Barang Atas Talian Perlu Daftar Dengan SSM Bermula 2017

KUALA LUMPUR, 29 Mac - Individu yang mahu menjual barangan di internet perlu terlebih dahulu mendaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bermula tahun hadapan.

Laporan Bernama melaporkan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata pihaknya sedang merangka peraturan melibatkan kesemua penjualan barangan termasuk secara 'one-off'.

"Walaupun hanya menjual satu barangan seperti telefon secara dalam talian, harus mendaftar dengan SSM dan barangan itu perlu terjual dalam masa 30 hari.

"Sekiranya barangan itu tidak terjual dalam tempoh 30 hari, penjual perlu memohon semula untuk satu lagi tempoh 30 hari," katanya.

Tambah Hamzah lagi, langkah itu bertujuan untuk memastikan hak pengguna terjamin selain mengelakkan penipuan urus niaga dalam talian. - Siakapkeli.m y

Read more ...

PM umum dasar baru kontrak projek mega

Perdana menteri mengumumkan dasar baru bahawa sebahagian daripada nilai kontrak projek mega dan ikonik akan dikhaskan kepada kontraktor-kontraktor bumiputera secara kompetitif.

Datuk Seri Najib Razak berkata, inisiatif ini mula diperkenalkan dalam pembinaan MRT di Lembah Klang dan juga Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak.

Kata Najib, perkara ini telah digariskan bawah pelan Program Penyertaan Bumiputera (BPP) yang telah diterangkan secara terperinci kepada anggota Majlis Ekonomi Bumiputera oleh Syarikat Lebuh Raya Borneo Utara selaku rakan penyampaian projek.

"Sehubungan itu, pakej-pakej kontrak bernilai di antara RM5.0 kepada RM8.0 bilion bakal diagihkan kepada syarikat-syarikat Bumiputera dari negeri Sarawak bagi membolehkan lebih banyak penyertaan mereka dalam projek mega tersebut," katanya.

Bawah inisiatif yang sama, umum Najib, UDA Holdings Berhad turut memaklumkan status terkini projek pembangunan semula tapak bekas Penjara Pudu yang kini diberi nama "Bukit Bintang City Centre" (BBCC).

Peruntukan sebanyak 50 peratus atau RM1.6 bilion daripada kontrak pembinaan projek bakal diagihkan kepada syarikat-syarikat bumiputera dalam rancangan pembangunan dan pembinaan projek tersebut.

Perkara ini dinyatakan dalam kenyataan media selepas Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera yang disiarkan kembali dalam blog beliau.

Read more ...

Tun M disiasat mengikut Akta Hasutan

KUALA LUMPUR: Polis sudah membuka kertas siasatan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Akta Hasutan.
Read more ...

[BN TERENGGANU DIHUJUNG TANDUK] Undi Yang Dipertua Dewan Penentu DUN Terengganu Jika 16-16

CELAH GELEGAR - Mencari Kebenaran Yang Sebenar [BN TERENGGANU DIHUJUNG TANDUK] Undi Yang Dipertua Dewan Penentu DUN Terengganu Jika 16-16   KUALA TERENGGANU: Undi Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri (DUN) akan menjadi penentu status pemerintah di Terengganu jika kedudukan kerusi kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) dan pembangkang terikat 16-16, suatu keadaan yang boleh berlaku apabila seorang daripada wakil rakyat BN keluar parti. BN menguasai 17 daripada keseluruhan 32 kerusi manakala bakinya dimiliki PAS (14 kerusi) dan Parti Keadilan Rakyat (satu kerusi). Yang Dipertua DUN, Datuk Mohd Zubir Embong berkata undi beliau mempunyai kuasa pemutus untuk memberi sokongan sama ada kepada parti pemerintah atau parti pembangkang. Katanya keadaan itu jelas dinyatakan mengikut Perkara 116 (1) Peraturan-Peraturan dan Perintah-perintah Tetap DUN Terengganu. "(Menurut peraturan itu): Dewan hendaklah, jika tiada dengan sebulat suara, membuat keputusannya di atas undian suara terbanyak daripada ahli-ahli yang hadir dan mengundi; dan Yang Dipertua Dewan atau ahli yang menjadi Pengetua Dewan hendaklah mengundi apabila dikehendaki untuk mengelakkan undian yang sama banyak, tetapi tidaklah boleh ia mengundi pada masa yang lain," katanya ketika dihubungi Bernama.Pada 8 Mac lalu, Mohd Zubir menolak usul undi tidak percaya ke atas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman yang dibuat oleh Adun Kijal Datuk Seri Ahmad Said kerana tidak mengikut prosedur. Dakwaan sesetengah pihak bahawa kedudukan DUN Terengganu kini dalam keadaan goyah berikutan tindakan Ahmad Said, yang merupakan bekas Menteri Besar, menyanggah kepimpinan Ahmad Razif.Tindakan Ahmad mengemukakan undi tidak percaya itu menimbulkan keresahan politik dan dan dilihat seolah-olah "memberi peluang kepada pembangkang mengambil alih pemerintahan".  Ahmad Razif sebelum ini menyifatkan tindak-tanduk Ahmad itu tidak mencerminkan beliau sebagai wakil pihak kerajaan. Kenyataan Mohd Zubir hari ini seiring dengan kenyataan Ahmad Razif, yang menegaskan bahawa tidak akan ada kerajaan campuran di Terengganu. Mengikuti rapat perkembangan politik Terengganu, pensyarah Jabatan Kenegaraan dan Peradaban, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Dr Hamdan Aziz berkata tindakan Ahmad Said dilihat lebih berunsur peribadi dan tidak menyatakan pendirian yang jelas."Sekarang ini Ahmad Said tidak menyatakan pendiriannya sama ada berada di sebelah pembangkang atau kerajaan, tetapi Ahmad Said hanya dilihat tidak menyokong Menteri Besar," katanya."Sekiranya Ahmad Said keluar Umno dan menjadi Adun Bebas, 17 kerusi yang kini dimiliki BN akan menjadi 16 manakala bakinya 15 pembangkang dan satu bebas."Apabila kedudukan seri, undi Yang Dipertua DUN boleh dikira (untuk mementukan) dan kerusi akan menjadi 17-16," katanya. Namun, Hamdan mengingatkan bahawa keadaan sebaliknya boleh berlaku jika ada Adun BN yang lain turut keluar parti dan menjadi anggota bebas serta menyebelahi pembangkang.

Beliau berkata jika keadaan ini berlaku, jalan terbaik untuk Ahmad Razif keluar daripada permasalahan ini adalah memohon untuk membubarkan DUN bagi memberi laluan pilihan raya negeri diadakan.

"Tapi saya lihat dalam situasi sekarang, kedua-dua pihak BN dan pembangkang tidak akan mengambil risiko untuk pilihan raya negeri diadakan sebab kedua-duanya tiada kekuatan dan berhadapan isu-isu tersendiri," katanya.

Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *