Recent Post

Friday, December 25, 2015

Pelajar antarabangsa sambut Krismas mengikut cara Malaysia

Bagi pelajar asing, tinggal dan menuntut di negara lain dipenuhi dengan pengalaman baharu dan keterujaan.
Read more ...

UPDATE: 7 GAMBAR & VIDEO - SAAT BAHAGIA NABILA HUDA

Read more ...

Amir Raja Lawak Nafi Dirinya Diserang Stroke!

Kecoh seketika apabila Amir Raja Lawak dikatakan terlantar di sebuah hospital di Singapura akibat 'stroke'.

Bagaimanapun ketika dihubungi Astro Gempak, Amir tidak terkejut dengan berita tersebut dan memberitahu dia masih sihat di Gombak serta tidak pernah ke Singapura dalam masa terdekat ini.

"Saya tahu mengenai berita itu pun selepas diviralkan di salah sebuah laman Facebook (FB). Itupun orang yang beritahu.

"Berita saya sakit dimuat naik pengarah Murali Abdullah kan? Tidak mengapalah...dia hanya salah faham..atau mungkin Murali nak panggil saya berlakon kot? Dah lama juga dia tak panggil saya ni," katanya sempat bergurau.

Dalam pada itu, Amir memanjatkan rasa syukur kerana ramai pihak yang mendoakan kesihatannya sebaik sahaja khabar angin tersebut tersebar.

"Ramai yang telefon, Whatsapp dan hantar pesanan ringkas bertanyakan tentang saya selepas Murali memuat naik status tersebut di FB.

"Terima kasih juga kepada yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan saya," ujarnya

Berita tersebut menjadi viral selepas pengarah Murali Abdullah memuat naik status (FB)nya, "Amir Raja Lawak, berada di Hospital Singapura akibat diserang sakit stroke. Moga dia selamat."

Bagaimanapun tidak lama kemudian Murali memohon maaf di status FB, "Maaf sangat-sangat...yang masuk hospital bukan Amir Raja Lawak tetapi Amir Khan...bekas guru saya dan pengarah filem HVD..saya minta ampun sangat-sangat..yang sms saya Hairee, pelakon pendekar dulu...Maaf Amir Raja Lawak...abang konfuse tadi.."

Sumber Astro GempakArtikel Ini Disiarkan Pada Jumaat, 25 Dis 2015

Read more ...

DatoĆ¢€™ Siti Nurhaliza Dalam Program CITRA WANITA

Dimanakah terletaknya kekuatan seorang wanita? Jawapannya disaat dia berada di dalam kesusahan. Berkongsi kekuatan insan bernama wanita, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyiarkan program majalah bertajuk "Citra Wanita" mengisi slot Seri di TV1.

Ikuti paparan menarik setiap minggu dimana program ini mengundang tetamu istimewa dan berjaya dalam bidang masing-masing yang diyakini mampu memberi suntikan semangat dan kekuatan kepada wanita lain di luar sana yang berdepan dengan pelbagai cabaran berbeza.

Untitled

Memaparkan segmen ikon wanita, fesyen dan kesihatan, program majalah 13 episod ini menampilkan pengacara Datin Zulaikha Mohamed Yassin. Ia menemui penonton mulai 31 Disember ini, setiap Khamis, pukul 10.05 pagi.

Saksikan kemunculan penggiat teater, Dato' Faridah Merican, Datin Mina Cheah Foong pemilik Perniagaan The Body Shop, Puan Hajah Nurihan pelukis ceramik, Fione Tan selaku usahawan internet, Siti Hanisah Sharuddin seorang pendaki Gunung Everest semasa Ekspedisi Everest Felda 2013, Syarifah Intan seorang jurufoto profesional.

Kongsikan pengalaman berharga mereka chef selebriti iaitu Chef Liza, Puan Alice Yong merupakan Pengasas Miko Gallery, Farah Datuk Sulaiman selaku guru tari, Datuk Paduka Shuhaimi Baba selaku pemilik Pesona Picture, dan Puan Balqis Azimin merupakan pengasas Rumah Nur Salam.

Begitu juga dua ikon yang tidak asing lagi, Datuk Doktor Maznah Hamid, Pengarah Eksekutif Securiforce dan seorang penyanyi tersohor tanah air, Dato' Siti Nurhaliza.

Komen via Facebook

Komen

— 126 Bacaan
Read more ...

Wanita Isu KimK Teringin Fazura Jadi Duta Tudungnya

7-Wanita-Isu-KimK-Teringin-Fazura-Jadi-Duta-Tudungnya

Anda masih ingat lagi bukan mengenaiisu KimK yang hangat diperkatakan beberapa minggu lalu? Kali ini, wanita yang bertanggungjawab meninggalkan komen KimK tersebut, Vii Narza atau nama sebenarnya Atiqah Annuar menyimpan hasrat untuk menjadikan Fazura sebagai model tudungnya.

"Kalau ditakdirkan saya berjaya dan dapat butik sendiri, kenapa tidak kalau saya ambil Fazura jadi duta saya? Apa salahnya sebab semua orang nak jadi macam Fazura, dia sangat cantik"

"Saya memang tak ada masalah, sebab saya memang peminat dia dan jujur saya impikan dia dapat pakai tudung rekaan saya. Kalaulah betul dia pakai, saya sangat gembira sebab kita (bersama Fazura) dapat bekerjasama dengan baik," jelasnya yang juga merupakan bekas pramugari kepada Malay Mail Online.

Bagaimanapun, dalam masa yang sama, Atiqah berharap agar perkara tersebut tidak dihebahkan di laman sosial kerana beranggapan perkara tersebut hanyalah berpunca daripada salah faham.

"Minat saya pada Fazura, sejak dulu lagi. Saya selalu tengok filem lakonan Fazura, ikuti perkembangan dia dan sekarang walaupun kena hentam saya tak pernah membenci dia sebab saya sayang Fazura.

"Apa yang berlaku itu cuma salah faham dan tak perlu nak perbesarkan lagi. Kalau ada peluang nak jumpa dia secara peribadi pun saya tak ada masalah"

"Ada hikmah dengan apa yang terjadi sebenarnya. Kesannya, orang sudah tahu perniagaan saya dan ada yang nak jadi stokis. Saya anggap itu rezeki buat saya," katanya. Jadi, apa kata Fazura pula? Semoga kolaborasi antara Atiqah dan juga Fazura akan menjadi realiti satu hari nanti.Good luck.

Incoming search terms: Berita berkaitan:

Cinta Rihanna dan Chris Brown berakhir?

Zizan Razak Enggan Komen Isu Bersekedudukan

Noh tuju lagu buat Mizz Nina

Hafiz Suip Akui Warna Rambut Barunya Dikritik Ramai

Nabil Ahmad Terbuka Terima Gurauan, Akui Diri Tidak Sempurna

Komen

comments

Read more ...

'Walaupun Dalam Cuti, Dia Sanggup Berhenti & Hulur Bantuan'

Anak saudara saya kemalangan di Puncak Alam pagi tadi. Sementara menunggu ambulans tiba di lokasi kejadian, tiba-tiba ada sebuah kereta berhenti dan seorang lelaki keluar sambil membawa beg. Dia terus membuat rawatan kecemasan pada anak saudara saya.  Saya ternampak topi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), dalam hati saya fikir, mungkin dia adalah paramedik on call, sebab itu dia datang.  Selepas selesai kerja, dia masih menunggu ambulans yang tidak kunjung tiba. Sambil menunggu, saya sempat berborak dengannya. Katanya dia bertugas di Klinik Kesihatan Kampung Pandan dan pada masa yang sama membantu JPAM.  Saya bertanya lagi, apakah kedatangannya di sini untuk membantu dan juga sebab on call ke? Katanya tidak. "Saya dalam perjalanan nak balik ke Taiping, Perak. Nampak ada kemalangan ini, saya berhenti dan membantu apa yang boleh dibantu." katanya. Dalam hati saya terdetik, mulianya hati dia. Sanggup berhenti untuk membantu walaupun dalam waktu cuti. Bukan itu saja, barang-barang dalam beg First Aid dia pun menggunakan duit sendiri. Keluarganya pula sangat sporting. Tak kisah pun menunggu di tepi jalan sambil menunggu suaminya selesai kerja.  Selepas hampir tiga jam menunggu ambulans, akhirnya ambulans Bomba tiba. Dia pun meminta izin untuk meneruskan perjalanan. Sepupu saya, Abdul Rani menghulurkan sedikit sumbangan tetapi dia menolak dengan baik. "Saya bantu seikhlas hati," katanya. Si baju hijau itu bernama Doktor Nazrul. Terima kasih doktor di atas keprihatinan anda. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik anda. - Abdul Aziz Ahmad.  Ditulis semula untuk siaran di THEHYPEMEDIA.COM sahaja. 

Read more ...

Pelampau Yahudi Rai Kematian Rakyat Palestin di Majlis Perkahwinan

BAITULMAQDIS - PALESTIN.  - Satu rakaman video yang merakamkan aksi pelampau-pelampau Yahudi yang meraikan kematian rakyat-rakyat palestin dan bersorak atas serangan bom api yang meragut tiga nyawa pada musim panas yang lalu mengejutkan ramai pihak, termasuklah pihak berkuasa Israel sendiri.

Memetik laporan dari Haaretz, rakaman tersebut disiarkan semasa satu laporan oleh Channel 10 kelmarin dan ia memaparkan imej seorang anak muda Israel menari sambil memegang pistol serta pisau di sebuah majlis perkahwinan.

Selain itu, seorang lelaki lain turut dilihat menikam gambar seorang bayi dari Palestin, Ali Dawabsha, 18 bulan yang terbunuh selepas rumah mereka sekeluarga di bakar di kampung Duma dekat Tebing Barat pada Julai lalu. Difahamkan, video keraian itu dirakam di sebuah majlis perkahwinan pasangan Israel, yang dilaporkan berkawan dengan suspek yang terlibat dalam kes pembunuhan keluarga Dawabsha.

Seorang pemimpin Israel menulis di Twitter : "Kepercayaan Yahudi saya tidak sama dengan kepercayaan mereka yang menari diatas darah-darah bayi yang terkorban" - Siakapkeli.my

Read more ...

Pelakon Australia dibebaskan semalam

Pelakon Australia, Eliza Szonert yang didakwa melarikan anak lelakinya daripada bekas suaminya pada 10 Disember lalu, dibebaskan semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Shahrul Othman Mansor berkata Szonert dibebaskan atas nasihat timbalan pendakwa raya (DPP) selepas meneliti kertas siasatan.

"Siasatan mendapati masalah timbul apabila suaminya Ashley Crick membuat laporan polis sedangkan pihak mahkamah di Australia sebelum ini telah mengeluarkan arahan yang hak penjagaan anak mereka adalah secara bersama.

"Rasa tidak puas hati suaminya yang menyebabkan perkara ini berbangkit lagi sedangkan perkara ini telah selesai di Australia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata DPP turut mengesyorkan supaya kedua-dua pihak membuat akujanji mengenai hak penjagaan anak mereka di kedutaan Australia di Malaysia sebagai menurut perintah mahkamah Australia.

"Keutamaan ketika ini adalah supaya anak ini perlu diberi perlindungan dan tindakan selanjutnya kami serahkan kepada peguam kedua-dua pihak," katanya.

Pelakon wanita itu ditahan ketika beliau menyerah diri di sebuah balai polis di Kuala Lumpur pada Isnin lalu berikutan Crick membuat laporan polis terhadap Szonert kononnya melarikan anak lelaki mereka di sebuah pusat beli-belah di ibunegara pada 9 Disember lalu.

- Bernama

Read more ...

25 maut, lebih 100 cedera hospital terbakar di Arab Saudi

RIYADH: Sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh dan 107 cedera dalam kebakaran sebuah hospital di selatan Arab Saudi hari ini, kata agensi pertahanan awam.
Read more ...

Ketua Pesuruhjaya SPRM akui siasatan terhadap SRC International, RM2.6 bilion diganggu

CELAH GELEGAR Ketua Pesuruhjaya SPRM akui siasatan terhadap SRC International, RM2.6 bilion diganggu BANGI, Khamis – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengakui pihaknya diganggu ketika menjalankan siasatan terhadap kes SRC International dan wang RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Bagaimanapun, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed, berkata pihaknya tetap melakukan siasatan tanpa mengira kedudukan, jawatan, warna kulit atau status seseorang. Beliau berkata, pasukan penyiasatnya sudah menjalankan tugas dengan baik walaupun ia antara kes yang paling mencabar. "Walaupun ada pelbagai persepsi mengenai isu ini, selagi saya (jadi) ketua pesuruhjaya, saya akan menjalankan siasatan dengan profesional. Sekiranya ada kes, kita akan cadangkan di dalam kertas siasatan kita apa yang kita jumpa. Dan ia betul-betul berasaskan merit . "Tidak ada pihak-pihak lain yang akan mempengaruhi kita dan hala tuju siasatan kita. Itu janji saya kepada pegawai SPRM dalam satu perjumpaan. "Kita memegang (berpegang kepada) prinsip menjalankan tugas cara profesional. Tanggungjawab kita dari segi undang-undang ialah menjalankan siasatan dan mendapatkan apa sebenarnya berlaku bergantung kepada saksi yang kita temui dan temu bual. "Apa yang kita dapat itulah yang akan kita masukkan dalam kertas siasatan kita. Dan itulah juga yang akan kita kemukakan kepada peguam negara berserta dengan pandangan pandangan kita. Kita tidak akan beranjak dari itu," katanya dalam temu bual yang disiarkan Sinar Harian, hari ini. Sehubungan itu, Abu Kassim berkata, SPRM sama sekali tidak akan berganjak dalam memastikan ketelusan hasil siasatan berhubung kes derma RM2.6 bilion dan SRC International yang kini sudah di peringkat akhir. Beliau berkata, siasatan mengenai kedua-dua kes berkenaan sedang dikemaskini dan akan diserahkan kepada Peguam Negara sebelum 31 Disember ini. Katanya, walaupun siasatan sedikit terganggu dengan beberapa insiden seperti yang sudah diketahui umum, namun pasukan penyiasat SPRM dapat berada pada landasan yang betul dan berjaya melaksanakan tugas siasatan dengan profesional. "Siasatan berdasarkan apa yang menjadi tanda tanya rakyat berhubung kedua-dua isu berkenaan, termasuk berjumpa dan mengambil keterangan penderma RM2.6 bilion. "Ia satu tempoh siasatan panjang, dan paling mencabar, membabitkan banyak pihak. Untuk SRC International sahaja, kita panggil lebih 90 saksi, manakala bagi kes derma RM2.6 bilion pula banyak melibatkan pihak yang berada di luar negara. "Saya akui memang ada gangguan dalam siasatan ini, tetapi kita buat siasatan tanpa mengira kedudukan, jawatan, warna kulit dan status. (Daripada) Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga sudah diambil keterangan bagi bantu siasatan berhubung kedua-dua kes," katanya. Katanya, SPRM melakukan yang terbaik. "Semua siasatan ada dalam laporan kertas siasatan yang akan diserah kepada Peguam Negara, dan menjadi kuasa Peguam Negara untuk membuat dakwaan atau sebaliknya," katanya. -ismaweb
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *