Recent Post

Friday, August 12, 2016

Lara Oh Lara : Program Realiti Khas Lara Alana, Anak Awal Ashaari & Scha Al-Yahya

Anak kepada pasangan Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya iaitu  Lara Alana nampaknya mengalahkan populariti anak selebriti lain apabila beliau kini sudah ada program realiti sendiri.

Program berkenaan yang bertajuk Lara Oh Lara bakal menemui penonton mulai 17 Ogos ini jam 9 malam di saluran Astro Ria.

Berikut sedikit sedutan video promosi untuk program Lara Oh Lara :-

Wah, kecil-kecil lagi Lara sudah mempunyai program beliau sendiri. Nampaknya, tidak mustahil satu hari nanti beliau juga akan aktif dalam bidang seni seperti ibu bapanya. Lepas ini peminat Lara boleh lah melihat bagaimana kehidupan seharian beliau. PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

Nak lulus..luluslah…tapi jangan guna perkataan 'Bersatu' – Tengku Adnan - AgendaDaily

Terakhir dikemaskini: 12 Ogos 2016 By MOHAMED HIEKAL

UMNO tidak setuju parti baru pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengunakan perkataan ' Bersatu' pada nama parti berkenaan kerana ia boleh mengelirukan orangramai.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Mansor merayu Pendaftar Pertubuhan (ROS) tolak perkataan 'Bersatu' pada nama yang dipohon.

Katanya," Nak lulus…luluslah ( permohonan ) parti itu tapi minta mereka jangan guna Bersatu."

Namun katanya perkataan 'Bersatu' itu adalah perkataan umum yang digunakan ramai pihak dan ia boleh mengelirukan orangramai.

Menurut Tengku Adnan beliau sendiri banyak guna perkataan ' Bersatu' dalam surat menyurat rasminya.

Beliau juga kata perkataan 'Amanah' yang diluluskan pada Parti Amanah Negara juga perkataan umum.

"Saya tidak faham kenapa ia diluluskan,"katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika ditemui wartawan selepas satu majlis di Kuala Lumpur Khamis.

Selasa lalu Muhyiddin mengemukakan permohonan kepada ROS untuk daftar partinya atas nama Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau ringkasannya 'Bersatu'.

Tengku Adnan juga memberitahu setakat ini semua mesyuarat bahagian bahagian UMNO yang diadakan setakat ini berjalan lancar dan tidak ada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

"Saya memantau mesyuarat mesyuarat di seluruh negara,"katanya.

Juga katanya hal-hal berkaitan dengan UMNO Bahagian Semporna,Pagoh dan Jerlun sudah dibereskan dan tidak ada masalah.-11/8/2016 - OLEH MOHAMED HIEKAL

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Read more ...

Dain Iskandar Said Bawa INTERCHANGE ke Filem Festival Toronto

Selepas INTERCHANGE mendapat sambutan luar biasa di tayangan dunia (world premiere) di Filem Festival Locarno pada Ogos 2016, filem terbaru Dain Iskandar Said kini dijemput ke tayangan perdana Amerika Utara di Filem Festival Toronto September 2016 bulan hadapan.

Ini merupakan pemilihan kedua berturut-turut ke Toronto, selepas filemnya sebelum ini, BUNOHAN dipilih untuk tayangan perdana dunia pada tahun 2011.

Interchange by Dain Iskandar Said - Piazza Grande

Pada tahun 2011 lalu, BUNOHAN dipilih untuk tayangan dunianya di bawah kategori Discovery dan kini INTERCHANGE dipilih di bawah kategori Vanguard. Kategori Vanguard meliputi filem-filem arthouse (seni) dan bergenre cemas hingga ke suatu yang tidak disangkakan, kisah yang menyeronokkan hingga ke cerita yang memaparkan kejutan. Vanguard juga meliputi filem-filem berunsur gelap, dengan ciri-ciri transgresif dan berbahaya.

Festival yang dianjurkan sejak 1976, Filem Festival Toronto dianggap salah satu filem yang paling berprestij di dunia. Pada tahun ini, antara filem yang bakal ditayangkan termasuk Snowden oleh Oliver Stone, The Salesman oleh Asghar Farhadi, Paterson oleh Jim Jarmusch dan Nocturnal Animals oleh Tom Ford. Selepas mendapat berita filemnya terpilih sekali lagi, Dain Said menyatakan kesyukuran yang tidak terhingga kerana filem Malaysia diterima di peringkat dunia.

Interchange by Dain Iskandar Said - Piazza Grande

Filem INTERCHANGE bakal ditayangkan di Malaysia bermula 1 Disember 2016 di maa GSC Movies bertanggungjawab untuk mengedarkan filem berkenaan di Malaysia. Budiey tak sabar nak menonton filem ini sebenarnya. Mesti banyak seni dan visual yang menarik akan diketengahkan oleh Dain dalam filem ni.Ia diterbitkan oleh Apparat dan dibiayai oleh Sonneratia Capital, Malaysia Digital Economy Corporation (MDec) dan Seeing Eye Films dengan kerjasama Filem Nasional (FINAS). Interchange juga diterbitkan bersama penerbit Indonesia, Cinesurya.

Berita gembira dari Toronto ini diterima sebaik sahaja rombngan INTERCHANGE dalam perjalanan pulang dari Locarno, Switzerland untuk tayangan dunia mereka. INTERCHANGE ditayangkan di lapangan terbuka Piazza Grande, Pengarah Dain Said bersama barisan pelakon yang hadir dijemput oleh pengarah artistik festival tersebut, Carlo Chatrian untuk memberi ucapan di hadapan ribuan penonton yang hadir pada tayangan tersebut.

SINOPSIS Filem  INTERCHANGE

Kisah bermula daripada seorang jurufoto forensic ADAM (EIDIL PUTRA) yang terlibat dalam halusinasi selepas terlibat dalam satu siri kes pembunuhan ngeri di sebuah bandar yang dipenuhi dengan rahsia sehinggalah seorang detektif bernama MAN (SHAHEIZY SAM) muncul dalam misi menyelesaikannya.

Kes tersebut menjadikan Adam suka bersendirian di rumah dan meluangkan masa mengambil foto dari balkoni apartmennya. Satu lagi kes pembunuhan berlaku di mana terdapat banyak persamaan dengan kes yang berlaku sebelum ini menjadikan Adam terdesak untuk menyelesaikan misteri tersebut – yang dipenuhi dengan darah dan mayat, bulu-bulu yang tidak pernah wujud dan fotograf antik yang berpunca daripada rakaman-rakaman IVA (PRISIA NASUTION), seorang wanita menawan berasal dari Borneo yang baru sahaja berpindah ke apartmen berhadapan dengan Adam, Fotograf Iva menjadi gambar berlatarbelakangkan puluhan tahun dahulu yang ternyata sebelum mereka dilahirkan.

Tatkala Adam dibawa masuk ke dapan dunia puak asli Iva, Man berjaya mengorek kes pembunuhan yang berlaku dan akhirnya berhadapan dengan pelbagai kejadian mistik, ngeri dan dipenuhi dengan kepercayaan-kepercayaan dahulukala yang kembali hidup.

Interchange by Dain Iskandar Said - Piazza Grande

Interchange by Dain Iskandar Said - Piazza Grande

Interchange by Dain Iskandar Said - Piazza Grande

Interchange by Dain Iskandar Said - Piazza Grande

Interchange by Dain Iskandar Said - Piazza Grande

Related

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

Terkini : 2 Bom Gegar Pusat Peranginan Popular di Thailand

Thailand, 12 Ogos - Dua bom telah meletup di sebuah pusat peranginan popular di Hua Hin, Thailand menyebabkan sekurang-kurangnya seorang maut dan 10 cedera termasuk pelancong asing.

BBC melaporkan, bom-bom itu disorok di pasu bunga dan diletup menggunakan telefon bimbit, kata polis.

CNN pula melaporkan, mangsa yang maut adalah seorang wanita yang bekerja sebagai penjual makanan yang mana gerainya terletak di hadapan sebuah bar.

Kes pengeboman ini dianggap sesuatu yang luar biasa kerana berlaku di kawasan peranginan yang popular dalam kalangan pelancong.

Sumber : CNNBBC

Read more ...

'Mansuh 3 kategori lebih rugikan pembikin filem bukan BM'

Keputusan memansuhkan tiga kategori dalam pencalonan Festival Filem Malaysia (FFM) dianggap lebih mendatangkan kerugian kepada pembikin yang menghasilkan filem bukan bahasa Malaysia.

Pengkritik dan pengarah filem Mansor Puteh berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berhubung isu pencalonan FFM ke-28.

Secara peribadi, Mansor melihat pengasingan kategori sebenarnya membuka jalan kepada filem bukan bahasa Malaysia untuk meraih anugerah.

"Jangan memandang rendah kepada filem bahasa Malaysia, kerana walaupun ia membawa tema gangster, sekurang-kurangnya ada mesej yang boleh dimanfaatkan.

"Yang akan rugi di sini adalah filem bukan bahasa Malaysia, kerana yang memilih pemenang adalah juri yang mengikut peraturan ditetapkan dan siapa boleh memaksa mereka? - menteri pun tidak.

"Sekarang kemungkinan besar untuk menang mungkin sudah tiada kerana semua kategori sudah disatukan," katanya kepada Malaysiakini.

Kata-kata Mansor itu merujuk kepada Jagat - filem yang ketika ini sering menjadi bualan ramai dan diramal membawa pulang trofi.

Semalam Salleh mengumumkan penyertaan bagi Anugerah Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FMM) September ini dibuka kepada semua penggiat industri filem di negara ini.

Mansor adalah seorang bekas penuntut di Universiti Columbia, New York dalam bidang perfileman pada 1978.

Tulisan dan kritikannya banyak tersiar dalam akhbar tempatan, manakala filem pertama arahan Mansor adalah Seman yang dihasilkan pada 1987.

Apabila ditanyakan mengenai kategori khas Filem Terbaik Bahasa Kebangsaan pula, kata Mansor, ia diibaratkan dunia sudah terbalik.

"Sepatutnya perkara itu harus diutamakan, sebaiknya ia sudah semacam anugerah penghargaan daripada juri.

"Anugerah itu patut diberikan kepada filem bukan bahasa Malaysia, tapi ini sudah terbalik.

"Dari segi linguistik ia mendatangkan kekeliruan, apa bezanya Filem Bahasa Malaysia terbaik dengan Filem Terbaik Bahasa Kebangsaan?" soalnya.

Sementara itu, penulis skrip dan pengarah Al Jafree Md Yusof pula berkata keputusan dibuat Salleh membuatkan seluruh Komuniti Filem Titiwangsa gembira.

"Kami memang menentang segregasi, apabila Datuk Dr Salleh Said Keruak umum Anugerah Filem Terbaik terbuka untuk semua, kami apa lagi, sangat gembira.

"Kerana filem yang wajar bertanding dalam kategori Filem Terbaik mendapat haknya.

"Apa yang saya maksudkan adalah Ola Bola dan Jagat," katanya.

Jafree adalah penulis skrip untuk Tulus Ikhlas, Paloh dan P Ramlee the Musical, dia juga menjadi pengarah bersama dengan Dain Said bagi Senandung Malam.

Namun, katanya, kegembiraan itu hanya tercapai separuh sahaja tidaklah secara menyeluruh.

Jafree masih tetap tidak berpuas hati apabila Filem Terbaik Bahasa Kebangsaan diwujudkan sebagai kategori khas.

Jafree berpendapat masih terdapat 'keresahan' dalam kalangan pihak tertentu terhadap kebolehan filem bahasa Malaysia untuk membolot kemenangan.

"Sebab apa masih hendak letakkan Filem Terbaik Bahasa Kebangsaan?

"Adakah risau filem kita (Melayu) tidak boleh menjadi yang terbaik secara keseluruhan?

"Kalau menang, menang lah kalau tidak, tidaklah," katanya.

Read more ...

Pie meninggal dunia

GEORGETOWN: Pelawak dan pelakon veteran, Shafiee Jaafar, 86, atau lebih dikenali dengan nama Pie, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 9 malam tadi.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *