Recent Post

Tuesday, May 03, 2016

(6 FOTO) Tahniah Rebecca Islam Selamat Timang Cahaya Mata Lelaki

Masih tidak terlambat untuk kami ucapkan tahniah kepada pelakon Rebecca Nur Al Islam yang telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur pada 30 April lepas.

Bayi tersebut dilahirkan pada jam8.30 pagi dengan berat 3.79 kilogram melalui kaedah pembedahan. Menariknya, anak lelaki beliau dilahirkan pada hari jadi Rebecca dan ia merupakan satu anugerah terindah buat beliau.

Walaubagaimanapun, buat masa ini Rebecca masih belum mendedahkan nama bayi lelaki beliau itu kepada umum.

Ini merupakan anak keempat Rebecca bersama suami Datuk Nor Azam Sulaiman. Rebecca juga mempunyai dua lagi anak tiri.

Semoga kelahiran orang baru ini dapat menambah kebahagiaan keluarga Rebecca dan mengeratkan lagi kasih sayang beliau dan suami.

Jom kita layan beberapa lagi foto anak keempat Rebecca dengan membaca entri ini sepenuhnya.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

16 ketua, dalang tonto diberkas pihak berkuasa - Kosmo!

15 ketua, dalang tonto diberkas pihak berkuasa

03/05/2016 1:00pm

Oleh JUNHAIRI ALYASA

PUTRAJAYA - Seramai 15 orang dalang dan ketua sindiket terancang tonto telah berjaya ditangkap menerusi Ops Cantas Khas Tonto yang dijalankan sejak April lalu.

Kejayaan tersebut merupakan hasil perancangan dan risikan selama tiga bulan menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan antara Pasukan Tindakan Khas Jabatan Pengangkutan Jalan dan Unit Kongsi Gelap Polis Diraja Malaysia.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pihak berkuasa turut menyita sebanyak 13 buah kenderaan tonto pada operasi tersebut.

"Kesemua mereka yang ditahan akan diambil tindakan dan didakwa dibawah Kanun Prosedur Jenayah dan Akta Pencegahan Jenayah (POCA)," katanya pada sidang akhbar mengenai Ops Cantas di sini hari ini. - K! ONLINE

Read more ...

Tiga Perubahan Ketara Selepas Menggunakan Kanta Transitions® Signature™

Masuk hari ni, rupa-rupanya dah tiga bulan nampaknya Budiey memakai kaca mata baru dengan lensa kanta Transitions® Signature™ yang sekarang ini semakin menjadi pilihan ramai. Fuh, ramai yang bertanyakan perubahannya. Ya, perubahan dan impaknya sangat ketara ya!

Rasanya, ada yang dah pun membaca entri blog tentang review produk ini di budiey.com. Jika belum baca, apa kata korang klik SINI.

Mengimbas kembali, sebagai info tentang kanta Transitions® Signature™ ianya adalah revolusi baru dibangunkan daripada teknologi Chromea7 ™ terkini Transitions® Optical dan diuji dengan kaedah pengukuran eksklusif, Life360™.

Tonton Video Ada Sebab Anda Patut Guna Kanta Transitions® Signature™: https://youtu.be/9ZEcKFaQw8M

Untitled

Dalam kata lain, warna kanta akan berubah dari jelas menjadi lebih gelap apabila terdedah kepada cahaya matahari. Lebih banyak atau lebih terang cahaya UV masuk, lebih gelaplah warna akan bertukar.

Sebaliknya, bila dah takde cahaya UV, warna akan kembali seperti asal dan menjadi clear… ya clear… jelas-sejelasnya.

Sekarang ini, Budiey nak ceritakan tentang impak dan perubahan… nak bacalah kat bawah satu-persatu…

Tiga Perkara Ini Yang Akan Berlaku Selepas Menggunakan Kanta Transitions® Signature™

1. Pandangan Lebih Jelas & Selesa Apa yang boleh Budiey katakan, selepas tiga bulan menggunakan kanta Transitions® Signature™ ini, satu pengalaman yang cukup berbeza dengan apa yang Budiey pernah guna sebelum ini.

Ramai kawan-kawan bertanyakan tentang kanta Transitions® Signature™. Apa yang boleh Budiey katakan kepada mereka adalah, mereka kena cuba sebab kalau tak cuba, mereka tak tahu bagaimana selesa dan jelasnya menggunakan Transitions® Signature™. Satu perbezaan ketara telah Budiey alami. Penglihatan lebih jelas, lebih hidup, lebih terang. Pendek kata, ianya sangat selesa.

2. Mata Tidak Penat Budiey masih ingat, semasa menghadiri satu event beberapa hari lalu, Badan Budiey penat sangat. Mata juga rasa penat sebab semalam tak dapat tidur, terpaksa menghabiskan kerja lewat malam. Namun, dengan menggunakan kanta ini, masalah keletihan mata dan rasa stress semasa membaca dapat diatasi. Ini adalah kerana apabila memakai kanta Transitions® Signature™, pandangan visual sangat rasa 'nyaman' dan terang lagi jelas.

Seperti yang Budiey katakan sebelum ini, apabila terlalu lama sangat mengadap kerja di komputer ni, memang akan memudaratkan kesihatan mata. Kesan yang positif ini membuatkan Budiey tak perlu lagi untuk berehat banyak kali semasa bekerja dan mengadap komputer.

Sedikit sebanyak, kesan ini membantu Budiey buat kerja dengan cepat dan semua siap tanpa gangguan pada mata. Kalau korang perasan la kan, Budiey memang mengalami keletihan pada mata. Jadi, dengan adanya cermin mata seperti ini Budiey rasa ia banyak mengubah gaya hidup Budiey yang sentiasa berdepan dengan masalah penglihatan.

Kalau di sosial media korang boleh tengok pada hashtag ni: #LifeInTheBestLight Ramai yang bagi feedback yang sangat positif. Patutlah kanta ni dah ramai orang guna ya sekarang ini sehingga menjadi trending di sosial media.

Cyrill Hassan

3. Tindak Balas Pertukaran Warna Sangat Cepat Untuk pengetahun pembaca, sebenarnya ada dua jenis kanta Transitions® Signature™ iaitu Transitions Signature dan Transition XTRActive®. Jadi, mana satu pilihan hati? Okay, secara kasarnya, lens Transitions Signature™ ni lebih jelas untuk aktiviti luar dan dia punya tinted pula sangat ketara ya sebab sangat optimum. Manakala Transition XTRActive® ini pula lebih kepada perlindungan dan kesihatan mata. Nak tahu lebih tentang bezanya?

Kanta Transitions® Signature™

Biasanya, sebagai blogger Budiey akan berpanas di bawah terik matahahari, almaklum sahaja ada event seperti karnival dan festival memerlukan Budiey berada di bawah cahaya terik matahari. Jadi, nak tak nak Budiey terpaksa memakai kaca mata hitam.

Namun, selepas memakai kanta ini, Budiey dah tak perlu lagi memakai cahaya mata hitam. Tak payah nak fikir kalau kita lupa bawa atau pun nak buat check list. Cukup bawa satu kaca mata dah cukup. Itu yang pentingnya apabila Chromea Technology di mana hanya Transitions Signature Adaptive Lenses yang ada Chromea7 technology menjadikan kehidupan kita lebih sempurna.

Nak tahu bagaimana teknologi ini dapat membantu kita semua, apa kata layari: http://www.transitions.com/en-my/why-transitions/the-technology/chromea7-technology/

Lepas pakai kanta dari Transitions® Signature™ kami rasa cukup bergaya lah sebab korang kan sedia maklum kanta ini sangat sesuai dengan apa jua gaya dan citarasa korang dan yang paling penting, memang serasi dengan mana-mana rabun.. maksudnya.. rabun jauh ke rabun dekat je, semua boleh pakai.

Untitled

Pandangan yang jelas dan sharp adalah satu perkara yang sangat penting untuk seorang blogger tegar seperti Budiey. Kawan-kawan rapat Budiey akan memberi respon bahawa apabila mata saya bermasalah, Budiey akan jadi murung tak tentu pasal dan mudah moody.

Untitled

Semasa pengambaran video pendek hari tu, Budiey rasa ketara sangat kesan dan impak dari memakai kanta ini di mana pandangan jadi jelas dan serasi dengan cuaca mendung ketika itu.

Budiey sebenarnya tak suka apabila Budiey tidak dapat melihat dengan jelas, dan ia akan menjejaskan produktiviti sebenarnya. Dengan mengunakan kanta ini, bukan sahaja memberikan saya visi yang jelas dalam rumah, ia juga memberikan saya penglihatan yang baik dan jelas di luar rumah. Tahap kecepatan dia bertukar juga sangat mengkagumkan ya.

Untitled

Kanta ini bagus untuk Budiey yang sentiasa bergerak dari dalam rumah untuk di luar rumah dan kembali ke dalam rumah banyak kali dalam sehari. Hanya kerana ia cepat boleh bertukar di luar rumah gelap, ia juga pudar kembali ke kejelasan cepat apabila saya kembali di dalam bangunan. Memang satu rekaan yang brilliant!

Jadi jangan teragak-agak lagi la korang kalau nak cuba guna kanta ni. Try usha: http://www.transitions.com/en-my/where-to-buy/

Dan jangan lupa untuk follow Facebook Transitions Malaysia:

https://www.facebook.com/transitions.malaysia atau layari: http://www.transitions.com

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

Dua Pendaki Yang Hilang Ditimpa Runtuhan Ais Ditemui Semula Selepas 16 Tahun..Dalam Ais

KATHMANDU: Pada Oktober 1999, pendaki terkemuka dunia, Alex Lowe dan jurugambarnya, David Bridges mendaki puncak Shishapangma, Tibet di ketinggian 8,013 meter ketika mereka ditimpa runtuhan salji.

16 tahun selepas itu, secara tepatnya minggu lalu, mayat kedua-dua pendaki itu ditemui masih dalam terperangkap di dalam ais.

Lowe, 40, disifatkan sebagai seorang pendaki yang terunggul dan terkenal dalam komunitinya kerana pernah menyelamatkan nyawa pendaki lain.

Pendakian pada 1998 itu, yang turut disertai oleh rakan Lowe, Conrad Anker, yang hanya cedera ringan berikutan runtuhan tersebut.

Anker dan beberapa pendaki lain telah cuba mencari Lowe dan jurugambarnya selama beberapa hari sebelum ia dihentikan.

Laporan CNN menyebut, mayat kedua-dua pendaki itu ditemui masih bersalut dalam ais bewarna biru.

Mayat mereka dijangka dibawa keluar dari kawasan pergunungan dalam masa beberapa hari lagi.

Balu Lowe, Jennifer Lowe-Anker, menyifatkan penemuan itu sebagai penutup kepada satu penantian yang sangat lama.

Jennifer kini sudah berkahwin dengan sabahat Lowe, Anker.

Mayat kedua-dua pendaki itu ditemui oleh Ueli Steck, 39 dan David Goettler, 37, ketika sedang mendaki gunung yang sama.

"Dia berkata, 'Kami menemui dua mayat'. "Mereka berada dalam keadaan sangat rapat. Beg galas North Face merah dan biru. Bot Koflach kuning. Itu semua peralatan masa zaman dahulu", kata Anker yang yakin dengan penemuan itu.

Mayat kedua-dua pendaki itu akan dibawa turun dalam masa beberapa hari lagi. - Siakapkeli.my

Read more ...

Kini, Royal Bank of Scotland disiasat berkaitan skandal 1MDB

The Royal Bank of Scotland (RBS) merupakan institusi kewangan terbaru di bawah siasatan berkaitan pemindahan dana yang dikaitkan dengan 1MDB.

Menurut Financial Times, Pihak Berkuasa Penyeliaan Pasaran Kewangan Switzerland (Finma) telah melancarkan siasatan berkaitan dengan akaun pelanggan-pelanggan tertentu dengan Coutts.

Coutts merupakan bekas cabang Swiss bank swasta RBS, yang telah dijual kepada Union Bancaire Privée.

Menurut laporan itu, RBS mendedahkan mengenai siasatan itu pada 29 April dan berkata ia sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa.

Ia telah dilaporkan sebelum ini, dan kemudiannya disahkan oleh Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) mengenai 1MDB, bahawa AS$1.03 bilion dana 1MB dalam usahasama dengan PetroSaudi International telah dilencongkan ke Good Star Ltd.

Dana yang dilencongkan ke Good Star itu masuk ke akaunnya di bank Swiss di RBS Coutts.

Siasatan mendapati Good Star tidak berkaitan dengan usahasama 1MDB-PetroSaudi, satu maklumat kritikal yang mana pengerusi PAC Datuk Hasan Arifin mengaku memadamnya daripada Laporan PAC selepas ditegur oleh anggota pembangkang dalam jawatankuasa itu.

Portal pemberi maklumat Sarawak Report mendakwa Good Star dimiliki sepenuhnya oleh jutawan Jho Low.

Aliran dana yang dikaitkan dengan 1MDB kini sedang disiasat oleh sekurang-kurangnya lima negara - Amerika Syarikat, Switzerland, Luxembourg, United Arab Emirates dan Singapura.

[Baca berita penuh]

Read more ...

Perintah Gaji Minimum 2016 kuat kuasa 1 Julai

PUTRAJAYA: Tarikh kuat kuasa Perintah Gaji Minimum 2016 (PGM 2016) adalah mulai 1 Julai ini ke atas semua majikan tanpa mengira bilangan pekerja.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *