Recent Post

Saturday, April 09, 2016

Patuh syariah bukan pada pakaian dan makan minum sahaja - Shabery

Menerusi status yang dimuat naik di laman Facebook miliknya, Ahmad Shabery menekankan patuh syariah juga harus menitikberatkan perkara-perkara lain yang melibatkan kepuasan dan keselesaan pelanggan.
Read more ...

Muatnaik Status Berbaur Sindiran : Harith Iskander Nafi Anti Pemandu Teksi

Baru-baru ini, hangat dengan isu pemandu teksi Malaysia yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan Grab Car dan Uber yang kini lebih popular dan dianggap mengganggu periuk nasi mereka.

Dalam hal berkenaan, pelawak terkenal Harith Iskander ada memuat naik satu foto pemandu teksi yang mogok serta status berbaur sindiran mengenai  isu berkenaan di akaun Instgram miliknya.

Antara yang dikatakan oleh Harith ialah, "pemandu teksi berkumpul di Bukit Bintang kerana protes Uber dan Grab Car, baguslah tu…pelanggan terpaksa menggunakan perkhidmatan Uber dan Grab Car untuk ambil mereka."

Ada yang setuju dengan pendapat Harith dan terdapat juga pihak yang mengatakan kenyataan itu agak melampau dan menerima komen negatif daripada mereka yang mewakili pemandu teksi.

Namun menurut Harith, sebagai pengguna beliau mempunyai hak untuk menegur servis pemandu teksi yang tidak setanding dengan Grab Car dan Uber.

Sebagai anggota masyarakat yang prihatin, saya berhak bersuara untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap servis diberikan. Ia bagaimanapun tidak bermakna saya 'anti' pemandu teksi atau berpihak kepada mana-mana perkhidmatan lain.

Saya juga mempunyai rakan yang bekerja sebagai pemandu teksi. Ada yang bagus dan ada yang tidak. Cuma, mana-mana perkhidmatan yang tidak bagus, saya akan bersuara.

Kami bukan mahu menjadi bias tetapi apa salahnya untuk pemandu teksi Malaysia memperbaiki servis mereka daripada mogok seperti ini. Bertahun lamanya rakyat Malaysia "ditipu" dengan beberapa pemandu teksi (bukan semua) bab harga, lebih-lebih lagi yang tidak pakai meter, jadi bila ada alternatif lain yang lebih baik tentu pengguna juga mahu berubah angin.

Sumber Berita : BH ONLINE

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.
Read more ...

RTM sedia siar debat 'live' Rahman dan Guan Eng...... - AgendaDaily

Terakhir dikemaskini: 08 April 2016 By WARTAWAN AGENDADAILY Apa macam berani ke... Radio Televisyen Malaysia (RTM) sedia menyiarkan secara langsung debat mengenai tanah Taman Manggis antara Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Bagaimanapun Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata ada syarat-syaratnya termasuk tidak ada penonton supaya program berjalan lancar.

Menurutnya RTM akan membantu melancarkan perjalanan debat itu melalui slot program 'Demokrasi' RTM.

"Kami bersedia menyiarkan secara langsung debat itu dan terpulang kepada mereka berdua untuk menerima tawaran ini. Debat itu akan tanpa kehadiran audiens bagi memastikan program berjalan lancar," katanya.

Abdul Rahman yang juga Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), menyambut baik kesediaan Lim untuk menyertai debat umum itu dengan beliau.-8/4/2016

PERINGATAN: AgendaDaily tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Read more ...

JoHaRa Tinggalkan Konti Demi JUARA JoHaRa

Jika tahun-tahun lalu, ERA fm sinonim dengan beberapa peraduan yang mengasah bakat pedengar melalui beberapa pertadingan. Sebagai contoh, Raja Spontan ERA, Bakat JoHaRa dan beberapa lagi pertandingan yang akan mengetengahkan bakat-bakat dikalangan pedengar.

Bermula 11 April depan, satu pertandingan luar biasa akan dilakukan oleh ERA fm. Pertandingan ini dilaksanakan di sekitar lokasi yang terpilih di Kuala Lumpur. Pengemudi rancangan pagi JoHaRa Pagi ERA (Johan, Haniff dan Ray) akan bersiaran secara langsung di lokasi terpilih untuk meneruskan misi pencarian 'Juara JoHaRa' selama 3 minggu.

JuaraJohara

ERA fm Seru Pendengar Cabar Diri & Menangi Hadiah Menarik! Pencarian 'Juara JoHaRa' ini merupakan sebuah pertandingan yang menguji kemahiran masyarakat Malaysia dengan beberapa cabaran lucu yang akan diberikan. Contoh cabaran-cabaran yang bakal dilakukan adalah seperti mencabar orang ramai untuk membungkus nasi lemak dengan memakai sarung tangan gusti, meniup lilin sambil memakai topeng muka dan macam-macam lagi cabaran lucu yang diadakan.

JuaraJoHaraPoster

Menurut Pengurus Kandungan ERA fm, Dhan Andreas,

"Pertandingan Juara JoHaRa akan dilaksanakan selama tiga minggu bermula 11 April ini. Objektif kami adalah untuk mencungkil bakat yang ada dikalangan pedengar sambil beramah mesra bersama mereka. Inisiatif ini merupakan salah satu elemen penting bagi kami untuk mengeratkan hubungan bersama pendengar. Setiap minggu, JoHaRa akan bersiaran luar pada hari-hari yang terpilih untuk berjumpa para penyokong ERA fm dan pastinya meneruskan misi pencarian 'Juara JoHaRa'.

"Pihak kami telah pun menyusun jadual trio JoHaRa sepanjang minggu hadapan dan lokasi pertama Juara JoHaRa pada Isnin hadapan (11 April) di NZ Curry House, Wansag Maju pada jam 7 pagi hingga 8 pagi. Kami mengalu-alukan kedatangan orang ramai ke lokasi tersebut untuk menguji kemahiran mereka melaksanakan cabaran-cabaran lucu itu nanti."

Bagi pemenang yang telah bergelar juara pada hari tersebut, mereka akan membawa pulang baucer tunai bernilai RM 1000. Seterusnya, bagi peserta yang kurang bertuah, akan membawa pulang hadiah- hadiah menarik. Baucer membeli-belah RM 1000 ini akan terus diberikan kepada setiap juara mengikut lokasi pilihan Juara JoHaRa.

Untuk maklumat lanjut mengenai Juara JoHaRa, sila layarai laman web ERA fm, www.era.fm atau ikuti perkembangan pertandingan ini di laman sosial ERA fm (Twitter, Facebook dan Instagram) dan dengarkan frekuensi mengikut lokasi anda. Temui Johan, Haniff dan Ray pada 11 April (Isnin) bertempat di NZ Curry House, Wangsa Maju bermula jam 6 pagi hingga 10 pagi.

SAM_4052

Komen via Facebook

Komen

Read more ...

Nora Danish: Kami Mungkin Kahwin Tahun Ini

10299801_585120071650591_2024682895_n-700x420

Bagi peminat kepada pasangan romantik, Nora Danish dan Nedim Nazri pastinya teruja untuk melihat mereka naik pelamin secepat yang mungkin. Terkini Nora memberitahu bahawa mereka mungkin akan berkahwin pada hujung tahun ini selepas tiga tahun menyulam cinta.

"Nampak gayanya tahun ini juga kami akan berkahwin. Bagaimanapun sejujurnya saya tidak mahu terburu-buru kerana ia juga perkahwinan kedua saya. Saya tidak mahu berkahwin atas dasar cinta semata-mata, tetapi biarlah kerana Allah"

"Walaupun perbincangan ke arah itu pernah dilakukan, namun kami masih belum menetapkan sebarang tarikh untuk detik bersejarah terbabit. Selain itu, saya juga mengimpikan perkahwinan yang sederhana, apa yang penting kami sebagai pasangan sah bergelar suami isteri," katanya kepada Berita Harian Online.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kenyataan bapa Nedim, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan tempoh hari, Nora berkata, mereka pernah bertemu beberapa kali namun beliau enggan memberikan sebarang komen mengenai perkara itu demi menghormati status bapa Nedim sebagai menteri.

Terdahulu, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz pernah mengeluarkan kenyataan berhubung hubungan cinta diantara anak lelakinya dengan Nora Danish. Dalam kenyataan tersebut, beliau seolah-olah memberikan lampu hijau atau restu sekiranya mereka ingin berkahwin

Berita berkaitan:

Hairul, Dazrin juara Fear Factor Selebriti Malaysia

Gomez tertarik dengan Pitt!

Demi ibu, Pak Nil tinggalkan MSM2

Shafimie Bakal Pengganti Shaheizy Sam?

Fazura Bengang Dengan Sikap Berlagak Zizan Razak Di MLM 2014?

Komen

comments

Read more ...

"Jangan Sesiapa Pun Sedih atau Menangis"

Hari ini, Malaysia dikejutkan dengan pemergian seorang pelawak tanah air, Mohd Yusoff Abdul Hamid atau lebih mesra dengan nama Mr. Os.

Allahyarham dimasukkan ke Hospital Selayang Isnin lalu akibat sesak nafas.

Anak Allahyarham, Mohd Hazwan berkata ayahnya memang seorang yang tabah dan sangat kuat melawan sakit.

Menurut Hazwan, biarpun arwah ayahnya tahu tentang penyakitnya, dia tidak mahu sesiapa pun bersedih.

"Abah memang ada kanser tonsil tahap empat. Keadaannya bertambah teruk dan kanser telah merebak ke paru-parunya. Tapi, dia tidak mahu kami bersedih. "Katanya, kalau mahu dia sihat, jangan sesiapa pun sedih atau menangis," katanya menahan sebak.

Menurutnya juga, beberapa jam sebelum ayahnya 'pergi' menghadap Ilahi, Allahyarham masih boleh duduk dan cuba mencabut oksigen di bahagian hidungnya.

"Sejak Rabu lagi, doktor dah panggil saya menyatakan keadaan sebenar ayah. "Menurut doktor, ayah sudah tiada harapan dan minta saya panggil ahli keluarga yan g lain. Sepanjang dua hari ini keadaan ayah baik. Walaupun tahu keadaan sebenar, tapi melihat semangatnya, saya ketepikan kata-kata doktor. "Tapi, pada jam 2.30 petang tadi, ayah pergi dengan tenang," katanya sebagaimana lapor Sinar Online.

Sementara itu, rakan artis turut melahirkan rasa sedih dengan pemergian arwah.

Antaranya Bob Lokman, rakan artis yang sering bersama Allahyarham dalam aktiviti berdakwah.

"Saya jumpa Allahyarham Jumaat lalu. Ketika itu kami ada majlis di Temerloh, Pahang. Keadaan beliau memang nampak tak sihat, tapi semangatnya membuatkan dia tetap bersama kami. "Sepatutnya kami bermalam di sana, tetapi tempat tinggal tu resort dua tingkat, Allahyarham tidak larat dan kami pulang terus ke Kuala Lumpur malam itu juga," katanya.

Menurut Bob juga, Allahyarham ada berkata jika dia pergi dalam masa terdekat, Dia akan rasa lain kerana akhirnya dapat kembali kepada Islam sebenar.

"Dalam keadaan sedih, saya gembira ALLAH SWT menjemput beliau pada hari Jumaat," katanya. - Siakapkeli.my

Read more ...

Dua pelajar cedera diserang, 16 ditahan

Dua pelajar sekolah menengah dipercayai menjadi mangsa kesilapan identiti setelah tersepit dalam pertelingkahan beberapa kumpulan pelajar sekolah dan individu di Jalan Wangsa Siaga di ibunegara.

Dalam kejadian jam 2 petang kelmarin, kedua-dua pelajar berkenaan menaiki motosikal dalam perjalanan pulang dari sekolah telah bertembung dengan beberapa kumpulan tersebut, yang kebanyakan mereka menaiki motosikal.

Pelajar itu tiba-tiba dikejar lalu diserang kumpulan itu, yang menggunakan batang kayu, topi keledar dan batang besi.

Beberapa penduduk setempat, yang menyaksikan kejadian itu tampil membantu mereka dan memaklumkan polis. Polis tiba di tempat kejadian beberapa minit kemudian.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad ketika dihubungi Bernama berkata: "Akibat serangan itu, dua pelajar mengalami kecederaan di kepala dan mereka dibawa ke Hospital Ampang."

Zainuddin berkata salah seorang pelajar tersebut menerima 10 jahitan di kepala dan seorang lagi tujuh jahitan.

Susulan kejadian itu, polis menahan 12 individu di tempat kejadian kelmarin, manakala empat lagi ditahan semalam, dan kesemua mereka berumur antara 16 dan 18 tahun.

Mereka akan membantu siasatan kes berkenaan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan, menurut sumber polis.

Sumber itu berkata pergaduhan itu melibatkan empat kumpulan daripada beberapa sekolah di sekitar Wangsa Maju, Keramat dan Ampang.

Difahamkan polis kini mencari 51 individu lagi bagi membantu kes berkenaan.

- Bernama

Read more ...

Chong Wei melangkah ke separuh akhir Terbuka Malaysia

SHAH ALAM: Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei semakin hampir dalam misi melakar kejuaraan ke-11 Terbuka Malaysia Celcom Axiata apabila mara ke separuh akhir, sebentar tadi.
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *