Recent Post

Saturday, November 14, 2015

Cubaan seludup 48,000 tin bir yang dilabel sebagai Pepsi ke Arab Saudi gagal

Percubaan menyeludup masuk 48,000 tin minuman beralkohol ke Arab Saudi berjaya digagalkan pihak kastam kerajaan tersebut.
Read more ...

"SAYA REDHA BELUM REZEKI KAMI UNTUK TIMANG ANAK" - ADAM AF

Pasangan selebriti Adam AF, 32 dan Fiza, 34, masih belum dikurniakan cahaya mata setelah hampir dua tahun mendirikan rumah tangga. Namun, mereka tidak pernah berputus asa untuk mencuba dan terus bersabar. Pelbagai ikhtiar dilakukan termasuk menjalani ujian kesihatan.

Klik gambar untuk size besar

"Mungkin belum ada rezeki kami untuk menimang cahaya mata. Kami juga pernah berjumpa doktor untuk menjalani ujian dan doktor mengesahkan kami sihat serta tidak mempunyai masalah mendapatkan anak," ujar Adam dipetik sebagai berkata.

Untuk makluman, pada pertengahan tahun lalu, Fiza telah mengalamai keguguran ketika kandungan memasuki minggu kelapan namun tiada perkara yang serius terjadi kepada isterinya itu.

"Walaupun ia bukan rezeki kami, tetapi saya bersyukur kerana tiada apa yang serius berlaku kepadanya," jelasnya.

Tambah Adam, dia mahu kembali aktif dalam bidang nyanyian dan mahu membawakan lagu berunsurkan kerohanian dan ketuhanan.

Semoga satu hari nanti hasrat pasangan ini untuk menimang cahaya mata akan dimakbulkan.

         ________________________

FACEBOOK - SANTAI - PAPARAZZI - NOSTALGIA - GALERI - YOUTUBE - ROMANTIKA - SEJARAH MYARTIS - INSTAGRAM - TWITTER

TwitterFacebookGoogle PlusRSS FeedEmail

Read more ...

Emma Maembong Smacked Down Adiknya, Chacha Tanpa Belas Kasihan?

Nampaknya pengaruh gusti dan sukan lasak memang kuat dalam diri aktres jelita, Emma Maembong.

Jika sebelum ini portal Murai ada mengeluarkan artikel yang Emma telah menonton perlawanan gusti di Manchester, England.

Menerusi program The House pula, Emma secara tiba-tiba telah melakukan aksi smacked down sebanyak beberapa kali terhadap adiknya Chacha Maembong sewaktu menjayakan latihan tinju Muay Thai.

Chacha Maembong pula seakan tidak berdaya untuk menangkis pukulan 'menggila' Emma itu, namun dia tetap berjaya meraih sokongan serta kata-kata semangat daripada kakak sulungnya, Yaya Maembong supaya bangkit menentang Emma semula.

Situasi menarik inilah yang dapat anda saksikan dalam episod ketiga The House yang telah mula bersiaran di laman pautan www.TheHouse.com.my, sejak jam 4 petang semalam.

Sebenarnya, apa yang dilakukan oleh Emma itu bukanlah aksi sebenar untuk melempiaskan rasa geram atau tidak puas hatinya terhadap Chacha. Sebaliknya, apa yang dilakukan oleh Emma terhadap Chacha itu hanyalah sekadar satu gurauan semata-mata.

Memang sudah menjadi kebiasaan buat mereka adik-beradik untuk bergurau dengan cara begitu. Ia mungkin boleh kasar atau keterlaluan, namun itulah cara mereka untuk menambahkan lagi kemesraan serta hubungan kasih sayang di antara mereka.

Bersesuaian dengan semangat Kotex, yang begitu menitik-beratkan hubungan kekeluargaan, persaudaraan serta persahabatan, tidak kira dalam apa jua situasi atau keadaan. Begitulah juga yang cuba dilakukan Chacha, Yaya dan Emma dalam memastikan hubungan kekeluargaan dan persaudaraan di antara mereka akan tetap kekal terjalin sampai bila-bila.

Dalam pada itu, episod ketiga The House juga turut menyaksikan kemunculan Mama mereka iaitu Yatimah Zainab yang berasal dari Scotland.

Kemunculan Yatimah benar-benar memberikan impak buat The House kerana dia sungguh petah menggunakan loghat Terengganu sehinggakan kita lupa bahawa dia sebenarnya memiliki darah Mat Salleh.

Pelbagai aktiviti yang mereka lakukan bersama. Paling menarik adalah apabila mereka diberikan tugasan oleh Mama mereka itu untuk menjadi model serta melakukan catwalk tetapi pada waktu yang sama, mereka hanya diberikan masa selama 6 minit untuk bersiap.

Memang sengaja Mama memberikan tempoh masa yang sesingkat itu untuk bersiap kerana selalunya ketiga-tiga mereka akan mengambil masa yang berjam-jam lamanya untuk tampil cantik dan menarik.

Ketika memperagakan baju mereka, Emma telah menunjukkan stail 'catwalk' yang berinspirasikan gaya supermodel terkenal antarabangsa. Disebabkan itu, Mama telah memilihnya sebagai pemenang di dalam tugasan tersebut.

Apakah yang akan berlaku dalam episod keempat The House pada minggu hadapan? Jangan lupa saksikan The House yang disokong oleh Kotex di www.TheHouse.com.my pada hari Rabu depan, jam 4 petang.

Read more ...

Aleeza Kassim Buat Comeback Dalam Filem PARADOKS

Pelakon dan model, Aleeza Kassim yang telah lama menyepi dari dunia seni sejak bercerai pada 2010 kini kembali berlakon. Memetik dari laporan berita MalaysianGazette, heroin yang pernah menimbulkan kontroversi menerusi filem Panas ini muncul semula baru-baru menerusi filem Paradoks.

Filem itu merupakan kesinambungan filem XX Ray dan XX Ray II. Kali terakhir wanita berusia 44 tahun itu berlakon filem menerusi Susuk pada tahun 2007.

"Memang rasa kekok pada mula bila sudah lama tidak berlakon. Apa yang kelakar, bila sampai di lokasi penggambaran, saya yang bagi salam kepada semua orang," katanya yang terlibat selama 10 hari di set penggambaran Paradoks.

Ditanya samada dia akan terus aktif berlakon drama pula, Aleeza berkata dia tidak sanggup melihat wajahnya di kaca televisyen. Apatah lagi, tawaran berlakon drama yang diterimanya kebanyak watak datin yang memiliki anak yang hampir sebaya dengan usianya.

"Nanti tidak habis-habis kontroversi. Dulu watak wanita seksi dan penggoda kini dapat tawaran datin agresif pula. Kalau watak seorang ibu yang miliki anak-anak masih kecil okey lagi. Ini watak datin dan ada anak yang hampir sebaya dan boleh bercinta," katanya ketawa.

Bercerita tentang watak dalam Paradoks, Aleeza berkata dia masih memegang watak sebagai saintis seperti XX Ray dan XX Ray II.

XX Ray yang diterbitkan pada tahun 1992 pernah menjadi fenomena apabila dilihat sebagai satu karya revolusi dalam perfileman negara.

Ia berkisarkan tentang Amir lakonan Aziz M. Osman yang bertukar menjadi halimunan dan terpaksa mencari penawar bersama rakan-rakannya.

Antara pelakon yang pernah membintangi XX Ray ialah Faizal Hussien, Edika Yusof, Nor Aliah Lee dan Datin Sharmaine Farouk.

XX Ray II muncul hampir tiga tahun kemudian dengan menampilkan Ida Nerina, Lydiawati dan Azmil Mustapha. Ia berkisarkan tentang pengembaraan Amir dan kawan-kawan ke tamadun kesultanan Melaka.

Sementara itu, Aleeza dan pasangannya, Datuk Mohd. Fauzi Che Rus bercerai di Mahkamah Rendah Syariah pada 27 Oktober 2010 dan mereka tidak dikurniakan anak.-

Sumber: MalaysiaGazette

Komen via Facebook

Komen

— 116 Bacaan
Read more ...

Punca Sebenar Jurujual Plaza Low Yat Ditumbuk

KUALA LUMPUR - Seorang jurujual Plaza Low Yat secara tiba-tiba ditumbuk oleh seorang lelaki berusia 27 tahun yang dipercayai kurang siuman pada malam kelmarin. Difahamkan, punca sebenar kejadian itu adalah suspek berang selepas motosikal yang ditunggangnya dihimpit oleh sebuah kereta Honda Civic yang dipadu oleh seorang lelaki yang juga jurujual kedai telefon bimbit berhampiran Taman Maluri, pada jam 9.30 pagi Khamis, lapor Harian Metro. Suspek kemudian mengekori kereta itu sehingga ke tempat letak kereta Plaza Low Yat sebelum memukul belakang mangsa dan but kereta dengan topi keledarnya. Mangsa yang ketakutan kemudian terus melarikan diri.  Bagaimanapun, suspek berlegar-legar dalam kompleks itu sebelum dilihat keluar semula selepas ditegur oleh pengawal keselamatan kerana merokok di dalam bangunan tersebut. Suspek muncul semula pada jam 7.20 malam kelmarin di bangunan berkenaan untuk bertanyakan alamat rumah serta jadual kerja mangsa. Malangnya, permintaan suspek tidak diendahkan menyebabkan suspek bertindak menumbuk rakan sekerja mangsa. Tindakan suspek menyebabkan pengawal keselamatan Plaza Low Yat terpaksa menahannya sebelum diserahkan kepada pihak polis. Insiden itu juga dirakam dengan tablet milik seorang lelaki, tetapi dicampak oleh suspek yang menyedari tindakannya dirakam. Siasatan polis mendapati, suspek mempunyai masalah psikiatri berdasarkan kad rawatan dari Hospital Kuala Lumpur yang dibawanya bersama. Suspek ditahan reman sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil. - THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

Kisah Bagaimana 2 Lelaki Ini Jadi Kaya Dengan Idea Paling Bodoh di Dunia

Dua lelaki di dalam gambar di atas adalah Alan Whitman dan Andrew Masters. Mereka berdua adalah jenis yang tidak mahu 'membesar' tapi apa yang best, mereka masih lagi berjaya buat duit yang banyak.

Bagaimana?

Dengan mencipta satu spray yang dipanggil 'Liquid Ass'; cecair yang boleh menghasilkan bau yang tersangat busuk.

Semuanya bermula ketika Whitman berada di sekolah - ibu bapa Whitman memberikannya satu kit chemistry dan dia menggunakan bahan-bahan di dalam kit tersebut untuk mencipta satu kombinasi bau longkang, punggung dan bangkai haiwan. Dia menggunakannya untuk mem'prank' seorang guru bahasa Inggeris yang dia tidak suka, dan pada saat itu dia sedar bahawa dia kini memiliki satu 'senjata' yang sangat berkuasa.

Namun ramuan itu tidak berguna baginya sehinggalah 10 tahun lalu, dimana dia hampir dipecat dari sebuah syarikat pembuat trak. Hubungan yang tidak baik antara dirinya dan pihak pengurusan menyebabkan dia mengeluarkan kembali 'senjata' lamanya. Ketika itu dia sudah mengenali Masters yang turut mempunyai masalah dengan pihak pengurusan.

Whitman dan Master meletakkan sedikit Liquid Ass berdekatan dengan mikrowave di bilik rehat dan menunggu 'bau' itu mula bekerja. Hasil dari cecair Liquid Ass, seluruh kawasan itu berbau busuk namun pekerja-pekerja lain tidak dapat mengenalpasti punca bau busuk itu walaupun mereka sudah mencuba pelbagai cara; termasuklah membaiki saluran air, menukar mikrowave, membuang karpet, dan menutup bilik air; namun tiada apa yang berhasil.

Setelah itu, Whitman dan Master berhenti dari syarikat itu namun tahu apa yang perlu mereka buat seterusya, memastikan 'senjata' mereka dikongsi kepada mereka yang memerlukannya.

Whitman dan Masters masing-masing melabur $18,000 untuk produksi dan marketing "Liquid Ass" dan pada ketika itu keluarga mereka sudah mula memikirkan mereka berdua gila. Isteri Whitman melawan sekeras-kerasnya idea tersebut manakala keluarga Masters memikirkan Masters sudah gila. Namun semua tanggapan itu terbukti salah apabila "Liquid Ass" menjadi satu kejayaan besar dua ta hun selepas itu.

Mereka mula dibanjiri dengan pesanan untuk Liquid Ass. Orang ramai membeli Liquid Ass untuk pelbagai prank termasuklah menyemburnya di dalam locker dan membalas dendam kepada jiran-jiran bising. Kerana kepelbagaian guna Liquid Ass, Whitman dan Masters turut menjenamakan semula produk itu kepada BARTFume, Tex-Ass, Fake Dog Poop dan Bad Karma, tapi pada hakikatnya ia hanyalah produk yang sama. Lebih menarik, Liquid Ass kini bukan sahaja digunakan untuk prank, tetapi ia juga digunakan untuk melatih ahli perubatan professional.

"It's a great life", kata Whitman - Siakapkeli.my

Read more ...

Husam: Ketua Dewan Ulama PAS macam samseng

Bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa menegaskan beliau sama sekali tidak akan keluar daripada perjuangan parti itu.

Menjawab pertanyaan di program dialog "Demo Tanya Ambo Jawab" di Kota Bharu hari ini, Husam berkata, tiada sesiapa yang mempunyai hak untuk mengarahkan beliau supaya keluar PAS.

Husam yang juga ADUN Salor berkata, Dewan Ulama PAS juga tidak mempunyai hak untuk menyuruh beliau berbuat demikian.

"Demo sapo, kawe sapo? (kamu siapa, saya siapa) Ijtihad saya masih pilih duduk di dalam 'kapal' sebab kapal belum karam.

"Ketua Dewan Ulama PAS sama taraf dengan saya, PAS bukan milik dewan Ulama, bukan juga milik saya‎," kata Husam.

Mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mahfozd Mohamed, Husam mempersoalkan atas alasan apa beliau perlu keluar daripada perjuangan parti itu.

"‎Apa salah saya? Bagi nas, (ayat) al-Quran, hadis, ijmak dan qias, apa kesalahan saya? Ini sepatutnya cara Dewan Ulama berfikir.

"Ini serupa macam orang lain, macam orang samseng juga. Awak siapa? Kalau dia (Mahfodz) jawab, ana (saya) ketua Dewan Ulama, ana (pula) ketua PAS kawasan Kubang Kerian," tegas Husam.

Beliau memberitahu bahawa PAS Kubang Kerian antara kawasan terkuat di Malaysia.

"Saya yang patut halau orang. Sudah tiga DUN satu Parlimen bertanding, alhamdulillah menang.

"Ketika bertanding di Parlimen, selain Tun Dr Mahathir (Mohamad), saya (calon) Melayu yang mendapat m‎ajoriti tertinggi, patut saya halau dia," katanya.

Dalam program yang di hadiri kira-kira 2,000 orang itu, Husam tetap mempertahankan tegurannya terhadap PAS sebagai tidak salah.

"Kecuali nyatakan kesalahan saya. Adakah Islam dalam PAS ini menjadi kesalahan kalau menegur?"

"Jadi saya nak beritahu, saya tak akan keluar PAS," kata bekas exco kerajaan negeri Kelantan itu.

Read more ...

'Inilah Betina Bangsat Yang Menyihir Saya!' - Azwan Ali

Berikut adalah luahan amarah Azwan Ali terhadap seorang ahli perniagaan wanita yang didakwa telah menyihirnya menggunakan puaka kubur.  Bagaimana Azwan kini beransur sembuh dari perbuatan khurafat wanita berkenaan. Azwan turut memuat naik gambar wanita berkenaan di laman Instagramnya. Bagaimanapun gambar yang dikongsikan dalam bentuk puzzle yang meninggalkan tanda tanya peminatnya siapakah wanita berkenaan.  "Hanya tuhan yang tahu perbuatan keji betina neraka jahanam ini! Buat baik, tolong bisnes Rendang Chef Diva AA. Tapi telah sanggup bermain sihir kerana sakit hati bisness Rendang Chef Diva AA laris. Jika ya, azablah kau dalam alam kuburmu dan pasti kau diazab-azab api neraka jahanam di akhirat.  "Hajat kau membunuh Azwan Ali cara halus? Tak kesampaian! Si betina Melayu bangsat ini walaupun bertudung, guna maid yang dicarinya bantu kerja dapur rumah Azwan Ali, tetapi sanggup letak segala puaka kubur dalam Astana Azwana. Binatang kau! "Tak mengapa, aku sudah sembuh dari segala gangguan khianat kau. Tetapi tak sabar nak tengok azab kau. Tak di dunia tetapi pasti di akhirat. Kau lupa yang nyawa aku milik tuhan.  "Besar hama Diva AA, takkan maafkan betina Melayu bangsat bertudung. Umur 40'an, bini orang, bisnesswoman sial jual produk. Kau jangan ingat kau terlalu diagungkan dan dipercayai bisnes woman dari negara Brunei. Datin Seri konon, kau anggap dah macam kakak kandung kau? Kau boleh sihir rumah aku, harta aku dan kau cuba bunuh jasad aku? Kau memang binatang! "Inilah betina bangsa yang diakui para pemulih sebagai pengkhianat yang menghantar sihir to Astana Azwana dan cuba membunuh jasad Azwan Ali menggunakan puaka kubur. Neraka Jahanamlah tempat kau!" katanya. - THEHYPEMEDIA.COM

Read more ...

Banjir lumpur: Hanya KKR keluar kenyataan

BENTONG: Mesyuarat Kabinet hari ini memutuskan hanya Kementerian Kerja Raya (KKR) yang akan mengeluarkan sebarang kenyataan dan perkembangan terkini berhubung insiden banjir lumpur di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak.
Read more ...

RAKYAT SELANGOR HANYA TINGGAL SORANG PELIWAT JE!!!

SEMUT HITAM RAKYAT SELANGOR HANYA TINGGAL SORANG PELIWAT JE!!! Terbaik!!! Sebab itulah blog ini tidak mengambarkan pentadbiran Negeri Selangor tu sebagai sebuah 'Kerajaan'. Sebaliknya, mereka lebih sesuai untuk dilabelkan sebagai sebuah 'Rejim'. Mana tidaknya. Dah lama selama hari ini diorang hanya sekadar RETORIK je bila kata nak menjaga Kebajikan Rakyat. Tapi hakikatnya, diorang ni hanya menjaga kepentingan Politik Peribadi je. Sebagai contoh, isu bakal kenaikkan tarif air yang diumumkan oleh Si Menteri Besar Selangor tu. Jelas, tindakan yang dilakukan oleh Si Menteri Besar tu membelakangi kebajikan rakyat. Tapi bila perkara itu dibangkitkan dalam sidang DUN, Si Menteri Besar Selangor tu hanya pandai menunding jari dan menyalahkan orang lain sedangkan dia ada kuasa penuh untuk tidak melaksanakannya. Yang lebih menghairankan, tindakan Si Menteri Besar tu umum Rejim Pakatan Selangor bakal menaikkan tarif air, takde sapa pulak yang nak bantah. Terutama sekali dari kalangan Pakatan tu sendiri. Walhal, selama hari ini, diorang la yang selalu mendabik dada, sambil memukul canang dan ketuk tong kosong dengan mendakwa KONONnya diorang ni memperjuangkan kebajikan rakyat. Tapi, bila ada yang bawak usul nak mendesak agar pihak Kerajaan Pusat memberi rawatan perubatan kepada seorang Peliwat, semuanya pakat setuju belaka. Takde sekor pun yang membantah. Bayangkan. Kenaikkan tarif air yang melibat hampir berjuta - juta rakyat yang tinggal di Selangor tu, takde siapa pun dari kalangan puak - puak Pakatan Haprak tu bangkit untuk membantahnya. Sebaliknya, bila bawak usul untuk membela kepentingan Politik Si Ketua Penipu tu, semuanya setuju belaka. Tak ke itu HIPOKRIT namanya? Nampak gayanya, Rejim Pakatan Selangor ni lebih mengutamakan PELIWAT dari rakyat mereka sendiri!!!
Read more ...

Popular Posts

Berita Harian

Malaysia Kini

Mypotnews Links

Submit ExpressFree Webmaster Tools
Ping search engines.

Contact Form

Name

Email *

Message *